WELCOME TO MY BLOG

Si Pelik yang jelik,
dream catcher
i hate backstabbers,
chocolates lover







Friday, June 24, 2011

40 kesilapan ibu bapa dalam mendidik anak

saja je boring tak tahu nak buat apa.. ( walhal keje tu berlambak).. saya terjumpa satu entri untuk renungan bersama.. iaitu mengenai kesilapan ibu bapa...kadang2 kita fikir kita dah bagi yang terbaik untuk anak2.. tapi ada gak kesilapan yg kita buat.. selepas membaca entri ini, insyaallah sama2 lah kita berubah untuk anak2..


1.Pemilihan jodoh tanpa memperhitungkan mengenai zuriat


2.Perhubungan suami isteri tanpa memperhitungkan mengenai zuriat

3.Kurang berlemah lembut terhadap anak-anak

4.Memaki hamun sebagai cara menegur kesilapan anak-anak

5.Tidak berusaha mempelbagaikan makanan yang disajikan kepada anak-anak

6.Jarang bersama anak-anak sewaktu mereka sedang makan

7.Melahirkan suasana yang kurang seronok ketika makan

8.Membeza-bezakan kasih sayang terhadap anak-anak

9.Kurang melahirkan kasih sayang

10.Sering mengeluh di hadapan anak-anak

11.Tidak meraikan anak-anak ketika mereka pergi dan pulang dari sekolah

12.Tidak mengenalkan anak-anak dengan konsep keadilan

13.Tidak memberatkan pendidikan agama di kalangan anak-anak

14.Tidak terlibat dengan urusan pelajaran anak-anak

15.Tidak memprogramkan masa rehat dan riadah anak-anak

16.Tidak menggalakkan dan menyediakan suasana suka membaca

17.Mengizinkan anak-anak menjamah makanan dan minuman yang tidak halal

18.Tidak menunjukkan contoh tauladan yang baik di hadapan anak-anak

19.Jarang meluangkan masa untuk bergurau senda dengan anak-anak

20.Terdapat jurang komunikasi di antara ibubapa dengan anak-anak

21.Tidak menggunakan bahasa yang betul

22.Suka bertengkar di hadapan anak-anak

23.Sentiasa menunjukkan muka masam di hadapan anak-anak

24.Tidak membimbing anak-anak supaya mematuhi syariat

25.Memberi kebebasan yang berlebihan kepada anak-anak

26.Terlalu mengongkong kebebasan anak-anak

27.Tidak menunaikan janji yang dibuat terhadap anak-anak

28.Tidak menunjukkan minat kepada aktiviti anak-anak

29.Tidak memupuk semangat membaca di kalangan anak-anak

30.Tidak berminat melayan pertanyaan atau kemusykilan anak-anak

31.Tidak memberi perhatian terhadap buah fikiran anak-anak

32.Lambat memberi penghargaan kepada anak-anak

33.Kerap meleteri sesuatu kesilapan yang dilakukan anak-anak

34.Hukuman yang tidak setimpal dengan kesalahan yang dilakukan

35.Sering mengancam dan menakutkan anak-anak

36.Menghukum tanpa menyatakan kesalahan yang dilakukan

37.Tidak konsisten dalam menjatuhkan hukuman ke atas anak-anak

38.Memberi nasihat yang sama kepada anak-anak

39.Tidak tegas mendidik anak-anak

40.Tidak menggalakkan anak-anak hidup bekerjasama

Saturday, June 18, 2011

santau..

   masa cuti penggal sekolah, saya sempat menonton al- kuliyyah.. tajuk perbincangan sangat menarik iaitu mengenai santau.. asyik tengok sampai terlupa nak menyalin macamana nak tahu sama ada seseorang itu terkena santau, apa itu santau.. selama ini saya memang memandang remeh akan hal ini.. serius, saya memang takut terkena, selama ini saya disenangi oleh kebanyakan rakan - rakan saya.. ( poyo je aku nih..) jadi saya cedok daripada sebuah blog ( sharing is caring kan? hehe..) untuk panduan kita semua..


Apa itu santau?
Santau terbahagi kepada dua:



1. Santau yang diadun secara hakikat iaitu dengan menggunakan bahan dan kaedah tertentu semata- mata, tanpa melibatkan iblis dan syaitan.



2.Santau yang diadun secara hikmat iaitu yang disertakan dengan pemujaan terhadap iblis dan syaitan. Santau ini juga dikenali sebagai santau angin.



Umumnya tujuan utama santau dikenakan kepada mangsanya adalah seperti yang berikut:



1.Untuk membalas dendam atau hasad dengki kerana sebab-sebab tertentu. Mungkin kerana perselisihan faham antara orang tertentu dengan mangsanya. Oleh sebab itu mangsa tersebut perlu dibinasakan dengan perlahan-lahan sama ada supaya dia menderita berpanjangan yang berakhir dengan kematian, ataupun menemui ajalnya dalam jangka masa tertentu seperti sebulan atau dua bulan tanpa dapat dikesan puncanya.



2. Semata-mata kerana hendak menguji ketahan batin seseorang. Seorang pendatang baru di satu tempat yang dirasakan mempunyai kedudukan, atau seseorang yang merawat pesakit secara tradisional mungkin akan mengalami dugaan seperti ini untuk menguji ketahanan batinnya. Dalam hubungan ini, permusuhan antara dua pihak sebenarnya tidak ada. Mereka mungkin tidak pernah bertegur sapa atau berkenalan sebelum itu. Mungkin mereka hanya setakat pernah berjumpa sahaja.



4. Untuk menguji kekuatan santau yang dimiliki. kadang-kadang dilakukan oleh mereka yang sama-sama mempunyai ilmu santau.



5. Membuang santau. Santau puja atau santau angin perlu dibuang pada masa-masa tertentu. Kalau tidak, santau yang di dalarn simpanan seseorang mungkin akan rnemakan tuannya atau keluarganya. Dalam keadaan yang seumpama ini, santau perlu dibuang tanpa niat mengenakan orang tertentu atau berpunca daripada permusuhan.



Jari-jari yang dicelupkan sedikit dalam santau dan dijentikkan, mungkin boleh terkena kepada orang yang sedang makan atau minum di hadapan orang yang membuangnya tadi sekiranya angin bertiup ke arah mereka. Begitu juga pembuangan santau yang dilakukan dengan meletakkannya di sapu tangan. Dalam keadaan ini, orang yang tidak berdosa dan tidak bermusuh dengan orang yang mempunyai santau mungkin menjadi mangsa termasuk kanak-kanak.



6. Santau dimiliki untuk kepentingan diri dan keluarga. Pada zaman dahulu kekuatan ilmu batin yang dimiliki oleh seseorang menjadikannya ditakuti dan disegani oleh orang lain termasuk musuhnya. Ilmu batin tersebut termasuklah ilmu santau.



Tanda-tanda Terkena Santau




Santau dikenakan kepada seseorang supaya dia menderita berpanjangan tanpa menyedari yang dirinya terkena santau. Kesan santau kebanyakannya tidak berlaku secara mengejut atau mendadak seperti yang terjadi kepada mangsa keracunan. Namun santau yang cukup masak boleh menyebabkan kematian sekiranya mangsa tidak segera dirawat.



Tanda-tanda awal seseorang itu terkena santau ialah rasa perit dan gatal pada tekak yang disertai dengan batuk. Batuk merupakan tanda yang paling lumrah bagi mereka yang terkena santau. Pada peringkat, permulaan batuk disertai dengan pening kepala dan demam pagi dan petang. Batuk ini berlainan daripada batuk biasa. Ia lebih merupakan batuk kering yang memanjang tanpa mengeluarkan kahak.



Pesakit mungkin akan terus menderita, tekak gatal dan perit. Batuk mungkin mula menyerang pada pukul dua malam hingga pagi. Pesakit juga akan merasa lesu dan demam. Ada pendapat mengatakan santau yang dicampur dengan minyak dagu menyebabkan mangsa tidak boleh tidur malam, rasa gelisah; tidur tidak boleh, bangun rasa serba salah dan tidak berupaya berfikir seperti biasa.



Tidak ada jarak tertentu antara masa seseorang termakan santau dengan batuk ini. Walaupun demikian, santau yang kuat boleh menyebabkan mangsanya muntah darah sebaik-baik sahaja dia termakan santau atau beberapa jam selepas itu. Ini bergantung kepada bahan campuran yang disediakan. Darah yang keluar adalah akibat luka atau kerosakan mana-mana organ dalam badan akibat terkena bisa santau atau bahan-bahan yang melukakan.



Akibat kesan yang terjadi secara mengejut inilah menyebabkan ramai orang mengatakan bahawa antara santau dengan racun tidak berbeza.



Apabila batuk sampai ke satu tahap yang serius, mangsa santau tadi akan muntah mengeluarkan darah yang kadang-kadang bercampur nanah. Pesakit kadang-kadang berasa seolah-olah ada rasa busuk keluar dari saluran tekaknya. Ini terjadi akibat luka yang telah menanah dari mana-mana organ dalam badan. Ketika ini pesakit akan berasa lenguh sendi terutama di bahagian lutut.



Dia juga mungkin berasa sakit pinggang, yang mungkin berpunca akibat serangan santau pada buah pinggang atau akibat tekanan batuk yang kuat dan berpanjangan. Dalam keadaan demikian pesakit akan barasa tidak selesa dan sering sakit kepala. Apabila kesan santau itu sampai ke tahap ini, selera makan akan menjadi kurang menyebabkan badan begitu kurus dan pucat. Kesan penderitaan yang berlarutan dan kurang selera makan menyebabkan seseorang mudah pucat, letih dan menjadi kurang aktif.



Daya ingatan mangsa santau mungkin menjadi lemah beberapa tahun selepas itu, mungkin setelah lima atau enam tahun dari tarikh mangsa termakan santau. Ini bergantung kepada bahan yang digunakan. Sesetengah santau tidak menyebabkan kurang daya ingatan. Proses ini berlaku sedikit demi sedikit tanpa disedari oleh mangsa yang berkenaan, juga oleh orang lain.



Kesan santau boleh menyebabkan tabiat asal seseorang berubah. Yang penyabar mungkin menjadi pemarah atau panas baran. Penderitaan yang berpanjangan akan menyebabkan pesakit hilang seri muka. Pesakit juga mungkin akan,mengalami sakit di bahagian tengkuk. Selain tanda perubahan fizikal di atas, dada orang yang sakit teruk dan lama menderita akibat santau akan menjadi sedikit bongkok dan tidak bidang seperti biasa. Manakala kedua-dua bahunya akan lebih bertaup ke hadapan. Ini terjadi akibat tarikan batuk yang dideritainya.



Menurut kebanyakan perawat yang berpengalaman merawat pesakit santau, bahan-bahan santau bergerak sedikit demi sedikit menurut pergerakan darah dan berhenti di sendi-sendi. Bahan-bahan ini akan terus bergerak sedikit demi sedikit hingga ke hujung kaki dan tangan. Oleh sebab itu kuku seseorang yang terkena santau akan berwarna hitam kebiru-biruan. Ini menunjukkan penyakit yang dideritainya itu telah tiba ke tahap yang teruk. Bahan-bahan santau telah tiba ke hujung jari kaki dan tangan. Ketika itu pesakit selalu berasa kebas di hujung-hujung jari tangan dan kaki.



Menurut Para perawat sakit santau, bahan-bahan santau yang diperbuat daripada bahan gatal, miang dan bisa itu apabila terkena pada organ-organ tertentu boleh menyebabkan bahagian-bahagian tersebut luka dan berkudis. Kuman-kuman yang ada pada kudis itu akan terus menyerang anggota lain sedikit demi sedikit. Kuman-kuman ini mungkin menyerang paru-paru, buah pinggang dan lain- lain lagi. Serangan pada bahagian in boleh menyebabkan lelah, sakit pinggang dan yang sebagainya.



Sunday, June 12, 2011

Kisah di Neraka

? Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala (bentuknya seperti tanduk besar) yang memekakkan telinga, seluruh makhluk mati kecuali Izrail & beberapa malaikat yang lain. Selepas itu, Izrail pun mencabut nyawa
malaikat yang tinggal dan akhirnya nyawanya sendiri.? Selepas semua makhluk mati, Tuhan pun berfirman mafhumnya “Kepunyaan siapakah kerajaan hari ini?” Tiada siapa yang menjawab. Lalu Dia sendiri menjawab dengan keagunganNya “Kepunyaan Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa.” Ini menunjukkan kebesaran & keagunganNya sebagai Tuhan yg Maha Kuasa lagi Maha Kekal Hidup, tidak mati.?

Selepas 40 tahun, Malaikat Israfil a.s. dihidupkan, seterusnya meniup sangkakala untuk kali ke-2, lantas seluruh makhluk hidup semula di atas bumi putih, berupa padang Mahsyar (umpama padang Arafah) yang rata tidak berbukit atau bulat seperti bumi.? Sekelian manusia hidup melalui benih anak Adam yg disebut “Ajbuz Zanbi” yang berada di hujung tulang belakang mereka. Hiduplah manusia umpama anak
pokok yang kembang membesar dari biji benih.

 Semua manusia dan jin dibangkitkan dalam keadaan telanjang dan hina. Mereka tidak rasa malu kerana pada ketika itu hati mereka sangat takut dan bimbang tentang nasib & masa depan yang akan mereka hadapi kelak.

 Lalu datanglah api yang berterbangan dengan bunyi seperti guruh yang menghalau manusia, jin dan binatang ke tempat perhimpunan besar. Bergeraklah mereka menggunakan tunggangan (bagi yang banyak amal),
berjalan kaki (bagi yang kurang amalan) dan berjalan dengan muka (bagi yang banyak dosa). Ketika itu, ibu akan lupakan anak, suami akan lupakan isteri, setiap manusia sibuk memikirkan nasib mereka.

 Setelah semua makhluk dikumpulkan, matahari dan bulan dihapuskan cahayanya, lalu mereka tinggal dalam kegelapan tanpa cahaya. Berlakulah huru-hara yang amat dahsyat.

Tiba-tiba langit yang tebal pecah dengan bunyi yang dahsyat, lalu turunlah malaikat sambil bertasbih kepada Allah SWT. Seluruh makhluk terkejut melihat saiz malaikat yang besar dan suaranya yang menakutkan.
Kemudian matahari muncul semula dengan kepanasan yang berganda. Hingga dirasakan seakan-akan matahari berada sejengkal dari atas kepala mereka.

Ulama berkata jika matahari naik di bumi seperti keadaannya naik dihari Kiamat nescaya seluruh bumi terbakar, bukit-bukau hancur dan sungai menjadi kering. Lalu mereka rasai kepanasan dan bermandikan peluh sehingga peluh mereka menjadi lautan. Timbul atau tenggelam mereka bergantung pada amalan masing-masing. Keadaan mereka berlanjutan sehingga 1000 tahun.

Terdapat satu telaga kepunyaan Nabi Muhammad SAW bernama Al-Kausar yang mengandungi air yang hanya dapat diminum oleh orang mukmin sahaja. Orang bukan mukmin akan dihalau oleh malaikat yang menjaganya. Jika diminum airnya tidak akan haus selama-lamanya. Kolam ini berbentuk segi empat tepat sebesar satu bulan perjalanan. Bau air kolam ini lebih harum dari kasturi, warnanya lebih putih dari susu dan rasanya lebih sejuk dari embun. Ia mempunyai saluran yang mengalir dari syurga.
 Semua makhluk berada bawah cahaya matahari yang terik kecuali 7 golongan
yang mendapat teduhan dari Arasy. Mereka ialah:
1- Pemimpin yang adil.
2- Orang muda yang taat kepada perintah Allah.
3- Lelaki yang terikat hatinya dengan masjid.
4- Dua orang yang bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah.
5- Lelaki yang diajak oleh wanita berzina, tetapi dia menolak dengan
berkata “Aku takut pada Allah”.
6- Lelaki yg bersedekah dengan bersembunyi (tidak diketahui orang ramai).
7- Lelaki yang suka bersendirian mengingati Allah lalu mengalir air
matanya kerana takutkan Allah.

Oleh kerana tersangat lama menunggu di padang mahsyar, semua manusia tidak tahu berbuat apa melainkan mereka yang beriman, kemudian mereka terdengar suara “pergilah berjumpa dengan para Nabi”. Maka mereka pun pergi mencari para Nabi. Pertama sekali kumpulan manusia ini berjumpa dengan Nabi Adam tetapi usaha mereka gagal kerana Nabi Adam a.s menyatakan beliau juga ada melakukan kesalahan dengan Allah SWT. Maka kumpulan besar itu kemudiannya berjumpa Nabi Nuh a.s., Nabi Ibrahim a.s., Nabi Musa a.s.,


Nabi Isa a.s. (semuanya memberikan sebab seperti Nabi Adam a.s.) dan akhirnya mereka berjumpa Rasullullah SAW. Jarak masa antara satu nabi dengan yang lain adalah 1000 tahun perjalanan.
 Lalu berdoalah baginda Nabi Muhammad SAW ke hadrat Allah SWT. Lalu diperkenankan doa baginda.

 Selepas itu, terdengar bunyi pukulan gendang yang kuat hingga menakutkan hati semua makhluk kerana mereka sangka azab akan turun. Lalu terbelah langit, turunlah arasy Tuhan yang dipikul oleh 8 malaikat yang sangat besar (besarnya sejarak perjalanan 20 ribu tahun) sambil bertasbih dengan suara yang amat kuat sehingga ‘Arasy itu tiba dibumi.

‘Arasy ialah jisim nurani yang amat besar berbentuk kubah (bumbung bulat) yang mempunyai 4 batang tiang yang sentiasa dipikul oleh 4 orang malaikat yang besar dan gagah. Dalam bahasa mudah ia seumpama istana yangmempunyai seribu bilik yang menempatkan jutaan malaikat di dalamnya. Ia dilingkungi embun yang menghijab cahayanya yang sangat kuat.

 Kursi iaitu jisim nurani yang terletak di hadapan Arasy yang dipikul oleh 4 malaikat yang sangat besar. Saiz kursi lebih kecil dari ‘Arasy umpama cincin ditengah padang . Dalam bahasa mudah ia umpama singgahsana
yang terletak dihadapan istana.

Seluruh makhluk pun menundukkan kepala kerana takut. Lalu dimulakan timbangan amal. Ketika itu berterbanganlah kitab amalan masing-masing turun dari bawah Arasy menuju ke leher pemiliknya tanpa silap dan tergantunglah ia sehingga mereka dipanggil untuk dihisab. Kitab amalan ini telah ditulis oleh malaikat Hafazhah / Raqib & ‘Atid / Kiraman Katibin.

 Manusia beratur dalam saf mengikut Nabi dan pemimpin masing- masing. Orang kafir & munafik beratur bersama pemimpin mereka yang zalim. Setiap pengikut ada tanda mereka tersendiri untuk dibezakan.
Umat yang pertama kali dihisab adalah umat Nabi Muhammad SAW, dan amalan yang pertama kali dihisab adalah solat. Sedangkan hukum yang pertama kali diputuskan adalah perkara pertumpahan darah.

 Apabila tiba giliran seseorang hendak dihisab amalannya, malaikat akan mencabut kitab mereka lalu diserahkan, lalu pemiliknya mengambil dengan tangan kanan bagi orang mukmin dan dengan tangan kiri jika orang bukan mukmin.

Semua makhluk akan dihisab amalan mereka menggunakan satu Neraca Timbangan. Saiznya amat besar, mempunyai satu tiang yang mempunyai lidah dan 2 daun. Daun yang bercahaya untuk menimbang pahala dan yang gelap untuk menimbang dosa.

 Acara ini disaksikan oleh Nabi Muhammad SAW dan para imam 4 mazhab untuk menyaksikan pengikut masing-masing dihisab.

Perkara pertama yang diminta ialah Islam. Jika dia bukan Islam, maka
seluruh amalan baiknya tidak ditimbang bahkan amalan buruk tetap akan ditimbang.

 Ketika dihisab, mulut manusia akan dipateri, tangan akan berkata- kata, kaki akan menjadi saksi. Tiada dolak-dalih dan hujah tipuan. Semua akan di adili oleh Allah Ta’ala dengan Maha Bijaksana.

 Setelah amalan ditimbang, mahkamah Mahsyar dibuka kepada orang ramai untuk menuntut hak masing-masing dari makhluk yang sedang dibicara sehinggalah seluruh makhluk berpuas hati dan dibenarkannya menyeberangi titian sirat.

 Syafaat Nabi Muhammad SAW di akhirat :
  Meringankan penderitaan makhluk di Padang Mahsyar dengan mempercepatkan
hisab.
- Memasukkan manusia ke dalam syurga tanpa hisab.
- Mengeluarkan manusia yang mempunyai iman sebesar zarah dari neraka.
(Semua syafaat ini tertakluk kepada keizinan Allah SWT.)

 Para nabi dan rasul serta golongan khawas juga diberikan izin oleh Tuhan untuk memberi syafaat kepada para pengikut mereka. Mereka ini berjumlah 70 000. Setiap seorang dari mereka akan mensyafaatkan 70 000 orang yang lain.

 Setelah berjaya dihisab, manusia akan mula berjalan menuju syurga melintasi jambatan sirat. Siratul Mustaqim ialah jambatan (titian) yang terbentang dibawahnya neraka. Lebar jambatan ini adalah seperti sehelai rambut yang dibelah tujuh dan ia lebih tajam dari mata pedang. Bagi orang mukmin ia akan dilebarkan dan dimudahkan menyeberanginya.

 Fudhail bin Iyadh berkata perjalanan di Sirat memakan masa 15000 tahun. 5000 tahun menaik, 5000 tahun mendatar dan 5000 tahun menurun. Ada makhluk yang melintasinya seperti kilat, seperti angin, menunggang binatang korban dan berjalan kaki. Ada yang tidak dapat melepasinya disebabkan api neraka sentiasa menarik kaki mereka, lalu mereka jatuh ke dalamnya.

Para malaikat berdiri di kanan dan kiri sirat mengawasi setiap makhluk yang lalu. Setiap 1000 orang yang meniti sirat, hanya seorang sahaja yang Berjaya melepasinya. 999 orang akan terjatuh ke dalam neraka.
Rujukan: Kitab Aqidatun Najin karangan Syeikh Zainal Abidin Muhammad Al-
Fathani. Pustaka Nasional Singapura 2004.

 Jika sekiranya kalian ingin mengumpul saham akhirat, sampaikanlah ilmu
ini kepada sahabat² yang lain. Sepertimana sabda Rasulullah SAW: ?Sampaikanlah pesananku walaupun satu ayat.

Sesungguhnya apabila matinya
seseorang anak Adam itu, hanya 3 perkara yang akan dibawanya bersama :
1) Sedekah/amal jariahnya.
2) Doa anak²nya yang soleh.
3) Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain.
sumber: Amar Sufi

Thursday, June 9, 2011

Neraka Dunia

TANYALAH sesiapa saja – hatta manusia paling kejam sekali pun – tiada siapa yang ingin menjadi penghuni neraka. Ia yang dikaitkan dengan panas, api dan bentuk seksaan mengerikan sudah cukup membuatkan tempat itu tidak ingin dijejaki langsung walaupun sekadar dalam mimpi.
Tidak kira apa jenis gambaran yang timbul mengenai neraka, ia bukan sesuatu yang baik dan molek sesuai dengan kedudukannya sebagai kediaman tetap iblis. Sebagai umat Islam, gambaran neraka cuma diperoleh menerusi al-Quran.
Namun hakikatnya, ada beberapa tempat di dunia ini sebaliknya kerap dilabel atau diumpamakan neraka kerana pelbagai sebab dan pastinya bukan tempat pilihan untuk dikunjungi ketika bercuti. Alasannya, selain membahayakan akibat faktor pelepasan gas beracun, ia juga dikaitkan dengan bahaya berikutan geografi serta rupa fizikalnya yang ekstrem dan cukup menggerunkan. Tidak ketinggalan, bentuk muka buminya yang pelik dan aneh dengan batuan serta tumbuh-tumbuhannya bersaiz gergasi dan tidak menepati aspek geografi fizikal pada masa kini.
Namaskar Pass di Iceland, dikenali sebagai ‘Pintu Masuk ke Neraka’ mendapat gelaran itu kerana landskapnya yang aneh dan pelbagai. Jauh bertentangan dengan negara tempat letaknya yang sepatutnya sejuk, Namaskar Pass, pula dipenuhi kawah gunung berapi yang mendidih, air pancut panas, kolam lumpur malah pembentukan lahar.

Gabungan itu menjadi keseluruhan tempat berkenaan sentiasa hidup dengan tenaga yang mendidih berterusan.
Tidak kurang ngeri ialah Bisti Badlands, padang pasir tandus di New Mexico yang digambarkan seolah-olah memasuki pintu masuk ke satu dunia lain sebaik menjejakkan kaki ke situ. Hampir 70 juta tahun dulu, ia adalah hutan hujan tetapi hari ini tempat itu kekal sebagai kawasan perkuburan kepada haiwan prasejarah, dinosaur.
Satu lagi Pintu ke Neraka terletak di pekan kecil Darvas di Uzbekistan. Kisah mengenai tempat itu sudah tersebar 35 tahun lalu apabila pakar geologi mula menggali untuk mencari gas. Dalam proses itu mereka menemui gua bawah tanah yang cukup besar untuk memuatkan peralatan menggali.
Namun tiada siapa berani memasukinya kerana dipenuhi gas. Mereka membakarnya untuk menghalang gas beracun daripada terlepas dan sejak itu ia tidak pernah terpadam. Tiada siapa tahu berapa tan gas yang dibakar sejak 35 tahun lalu tetapi kelihatannya ia mungkin tidak akan habis.
Satu daripada padang pasir paling ekstrem di dunia – Victoria Dry Valley atau Lembah Kering Victoria di Antartika, adalah kawasan bebas ais paling besar yang ada di benua itu. Paras kelembapan yang amat rendah dan kekurangan liputan ais menjadi sebab utama berlakunya tiupan angin katabatic yang boleh mencecah kelajuan 321 kilometer sejam.
Satu lagi kawasan digelar ‘neraka dunia’ adalah Socotra. Sebagai pulau terbesar daripada empat pulau di Lautan Hindi, Socotra terletak kira-kira 240 kilometer ke timur Afrika Timur. Ia pulau terpencil dan satu pertiga daripada tumbuhan di situ, termasuk pokok gergasi tidak akan ditemui di tempat lain. Socotra amat aneh sehingga digambarkan sebagai tempat paling pelik di bumi.
Bukan sukar untuk berasa tiba-tiba saja kita berada di satu planet lain yang lebih kasar dan lebih mengelirukan apabila melawat Vale de Lua, Brazil. ‘Lembah Bulan’ itu menjadi kawasan paling dilawati di Taman Negara Chapadea de Veadeiros dan dikatakan sudah berusia 1.8 juta tahun. Pembentukan batu yang dihakis oleh air Sungai San Miguel, adalah antara yang tertua dan paling aneh di dunia.

Cuma boleh dilihat daripada angkasa lepas, Richat Structure, adalah paparan pusingan di Gurun Sahara Mauritania berhampiran Ouadane. Ia menarik perhatian sejak misi ke angkasa lepas terawal kerana mudah dilihat dan mempunyai berbentuk mata lembu.
Sementara itu, Mata Air Panas Mammoth di Yellowstone, Amerika Syarikat adalah mata air yang menyimpan karbonat paling besar. Ciri mata air itu yang paling popular, Minerva Terrace, adalah hasil ribuan tahun air panas yang turut kaya hasil kalsium karbonat. Lebih dua tan mengalir ke dalam kawasan ini setiap hari.
Satu lagi lokasi yang digeruni adalah padang geotermal paling aktif di kawasan Rotorua, New Zealand. Ia diberi gelaran Pintu Neraka kerana bau busuk air dicemari belerang dan kolam lumpur. Di sekitar gunung berapi di Pulau Utara New Zealand dan kawasan geotermal, hampir 1,000 spesies bakteria paling pelik ditemui di sebalik suhu, paras asid, alkali, tekanan dan kerapnya tanpa cahaya matahari atau oksigen.
Hakikatnya, semua lokasi ini sememangnya jauh tersasar daripada definisi neraka seperti yang disebutkan dalam al-Quran. Tetapi mungkinkah kewujudannya boleh dijadikan peringatan kepada manusia betapa neraka akhirat jauh lebih menakutkan?

Friday, June 3, 2011

hargai perasaan isteri anda..

Bagi para suami yang masih mempunyai isteri, hargailah isteri anda sebelum mereka meninggalkan anda. Berikut adalah antara pedoman untuk suami ketika melayan dan menghadapi kerenah isteri sebagai satu cara mewujudkan keharmonian rumah tangga:
Jangan buat tidak peduli ketika isteri merajuk atau berkecil hati. Kalau perlu minta maaf, minta maaflah dengan ikhlas. Kalau perlu pujuk, pujuk dengan mesra. Ini kerana hati perempuan agak sensitif dan sesetengahnya mahu dipujuk.
Hormatilah isteri anda sebagaimana anda mahu dihormati dan jangan sesekali bermain kayu tiga dengan perempuan lain. Ada ketikanya isteri sedar mengenai perubahan fizikal dan naluri suami.
Kalau tidak menyukai sikap atau perbuatan isteri, tegurlah secara baik, jangan asyik mahu menengking dan menyalahkannya saja. Jauhi perbuatan tidak bermoral seperti memukul isteri.
Kalau isteri nampak tidak sihat, cepat-cepatlah merawatnya dan jika serius bawa jumpa doktor. Tunjukkanlah anda mengambil berat mengenai dirinya.
Apabila isteri bercakap, pandanglah mukanya dan buka telinga luas- luas. Biar apa yang dikatakannya masuk telinga kanan dan tersimpan telinga kiri. Sambil itu minda suami kenalah memproses informasi yang diterima daripada isteri dengan bijak dan prihatin.
Jangan sekali-kali membandingkan masakan isteri atau cara isteri menghias rumah dengan emak anda kecuali masakan dan cara menghias isteri anda lebih baik dan canggih daripada emak anda.
Kalau pasangan sudah ada anak, sama-samalah menjaga anak. Jangan sekali-kali lepas tangan dan suami duduk tersandar depan TV atau relaks. Tidak salah jika suami turut menjemur kain dan menyapu sampah.
Sekiranya suami makan dulu, tinggalkan sedikit lauk untuk isteri dan jangan habiskan semua kerana kemungkinan si isteri belum makan lagi kecuali isteri memberitahu lebih awal dia sudah atau tidak mahu makan.
Kalau ada kawan dan kenalan mahu bertandang ke rumah, sebaik-baiknya beritahu isteri terlebih dulu, untuk membuat persiapan seperti memasak, mengemas rumah dan menghias diri. Ini akan mengelakkan isteri berasa malu apabila tetamu datang mengejut.
Jangan sekali-kali menyakat dan menyindir isteri mengenai saiz dan bentuk badannya yang semakin gejuk atau semakin melidi. Ada ketikanya perempuan cukup sensitif apabila ditanya mengenai perkara itu.
Hormatilah ibu bapa dan kaum keluarga sebelah isteri walaupun anda cuma bermain wayang dan membodek mereka. Jangan sekali mencaci mereka walaupun secara bergurau.
Jangan kedekut dengan isteri serta belanja untuk keperluan rumah tangga. Jangan pula si suami lebih mementingkan adik beradik. Jagalah maruah anda sebagai suami dan lelaki. Jika boleh, jangan bebankan isteri dengan masalah kewangan anda.
Jangan bersepah dan bersikap pengotor. Apabila anda membuka baju, letakkan dalam bakul baju kotor. Apabila mengambil sesuatu barang, simpan semula di tempat asal. Jika anda merokok, jangan merokok dalam rumah dan bilik air.
Rajin-rajinlah bertanya isteri kalau dia memerlukan bantuan anda dengan kerja rumah dan menjaga anak, apa lagi jika isteri sama-sama bekerja. Jangan tunjuk rajin hanya jika ada tetamu atau mentua bertandang ke rumah.
Berbincanglah dengan isteri sebelum sesuatu keputusan dibuat. Walaupun suami bermegah ada kuasa veto, pendapat isteri harus diambil kira. Pokok pangkalnya ialah timbang rasa dan saling menghargai. Ketepikan ego yang keterlaluan.
Berusahalah dengan ikhlas untuk mempertahankan keharmonian rumah tangga. Jangan membuat apa yang isteri tidak suka. Kalau sekali suami buat baik dengan isteri, isteri mungkin balas sepuluh kali.

Thursday, June 2, 2011

Senarai game yang menghina Islam

Senarai Game Menghina Islam


1) Devil May Cry 3
Satu permainan komputer yang digilai remaja negara ini dikhuatiri boleh menjejaskan akidah pemainnya kerana ia mengandungi elemen menghina Islam apabila memaparkan kalimah Allah dan Kaabah.

Pemain permainan itu didakyah kononnya mereka berjihad untuk menentang syaitan kerana dikehendaki menewaskan makhluk itu untuk menembusi 12 pintu sebelum ‘penghulu syaitan’ menanti mereka di pintu terakhir iaitu pintu Kaabah.

Elemen penghinaan ke atas Islam jelas tertera apabila kalimah Allah dipaparkan di setiap pintu yang dikawal syaitan termasuklah di pintu kaabah.

Difahamkan, permintaan tinggi terhadap permainan itu menyebabkan pihak pengeluar kini sudah mengeluarkan empat edisi bagi permainan berkenaan sejak mula memasarkannya pertengahan tahun lalu.

Tokoh agama yang juga penceramah bebas, Hassan Mahmud Al-Hafiz menyifatkan permainan komputer itu satu penghinaan melampau kepada umat Islam kerana kaabah adalah kiblat dan tempat suci, begitu juga dengan kalimah Allah yang tidak boleh dijadikan bahan permainan sesuka hati.
Satu adegan dalam game tersebut dipaparkan pintu kaabah sebagai pintu yang menghubungkan di antara dunia syaitan dan dunia nyata dan yang membukakan pintu tersebut adalah karaker CGI yang telah menyerahkan diri pada kuasa ilmu hitam yang sememangnya Islam melarang amalan itu.


Karaker CGI. itu ada membaca ayat, jika kalau tak silap lebih kurang begini permulaannya.


(Diterjemahkan dalam bahasa Melayu)
"wahai pintu yang menghubungkan dunia kegelapan"

dan karaker itu membaca ayat itu didalam kitab yang dipegangnya. Kalau tak silap kitab bible. Pasal di akhir scene karaker tersebut ada menyebut 7 ayat kemusnahan yg tercatit didalam bible.


"Wrath, Sloth, Lust, Gluttony, Greed, Pride dan akhir sekali Envy"

|Kalimah Allah pada pintu dalam permainan tersebut|


2) Clive Barker Undying 
Permainan ini mengisahkan tentang perlawanan dengan syaitan. Tetapi ianya memberi gambaran keadaan dalam istana yang didiami syaitan itu terdapat nama-nama Allah di dinding istana tersebut. Ini seolah-olah menggambarkan bahawa sesiapa yang menyembah Allah itu adalah sekutu syaitan.
Berita mengenai permainan ini dirampas : Permainan Undying dirampas kerana hina Islam


PERISIAN permainan komputer Clive Barker, Undying telah dirampas dalam operasi di sebuah pusat beli-belah di Kelang baru-baru ini kerana memaparkan beberapa perkataan dipercayai dipetik daripada al-Quran. Penolong Pengarah Penyelidikan dan Pembangunan, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Abdul Malek Ramli, berkata pihaknya merampas 50 keping cakera padat dari tiga premis di pusat beli-belah itu, hasil maklumat orang awam. Permainan itu mengisahkan watak utama, Clive Baker mengunjungi istana yang penuh ukiran artistik bercorak Islam termasuk ayat Al-Quran, yang dikuasai hantu dan syaitan.

Pemain permainan itu, menerusi watak Clive Baker perlu membunuh semua hantu dan syaitan bagi memperolehi sejenis tangkal bagi menghidupkan semula pemilik istana. Dalam laporan eMedia/Berita Harian yang disiarkan baru-baru ini Abdul Malek berkata, perisian cakera padat dipercayai cetak rompak yang dijual dengan harga RM10 itu, menggambarkan seolah-olah Islam berkompromi dengan syaitan.

Jika terbeli, beliau berkata, ibu bapa beragama Islam dinasihati memulangkan cakera padat itu kepada JAIS kerana ia boleh menpengaruhi kanak-kanak, selain menyalahi undang-undang.

Mengikut Seksyen 10 Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995, mana-mana orang Islam yang memiliki, menyimpan atau menjual bahan menghina Islam boleh dipenjara maksimum lima tahun atau denda RM5,000 ataupun kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan. Hukuman bagi orang bukan Islam yang terbukti menyimpan, menjual atau memiliki bahan itu, akan dirujuk kepada Kementerian Dalam Negeri.

Abdul Malek berkata, JAIS juga menerima dakwaan orang awam mengatakan, perkataan Allah dalam abjad jawi, timbul setiap kali Clive membunuh syaitan tertentu. “Jais masih menjalankan siasatan lanjut mengenai perisian itu dan ia mungkin mengambil masa tetapi serbuan terhadap premis lain akan dibuat secepat mungkin,” katanya. 



3) Zack And Wiki  
Luahan dari seorang gamer Wii :

Sebagai Avid seorang gamer Wii, saya sedang melihat trailer video game ini dan beberapa gameplay dari Zack and Wiki. Saya dibesarkan dalam sebuah keluarga Muslim dan melawat Pakistan beberapa kali. Oleh kerana itu, saya boleh mengatakan bahawa pada minit ke 0:20 dan 0:44 saat dalam video ini, anda boleh mendengar penghuni pulau sedang berdoa dengan suara panggilan Muslim untuk berdoa, "Allahu Akbar", dan kemudian meniru cara doa. Aneh dan agak mengerikan, saya sangat berharap laungan itu bersifat sementara sebelum diganti ke suara lain. Walaubagaimanapun, mengapa game tersebut dapat tempat pertama di sana?


Note: Pembaca boleh mendengar laungan "Allahu Akbar" pada minit ke 0:20 dan 0:44 pada video dibawah. 

Tindakan yang dibuat :

The Council of American-Islamic Relations (CAIR) has announced that Capcom has removed what CAIR calls a "common Islamic phrase" from Zack & Wiki: Quest for Barbaros' Treasure on the Wii. The phrase's removal comes following complaints from CAIR and others.


The phrase in question is "Allahu akbar" ("God is most Great"), an Arab phrase frequently used in prayer. The phrase came to CAIR and several complainants' attention after it appeared in a promotional video for the game.

A Capcom representative told CAIR, "We have already contacted the team working on the game, and the phrase has been removed from the game and will not be heard in future videos released to the public."

"We appreciated Capcom's willingness to address Muslim concerns about the use of a religious phrase in an inappropriate context and applaud the company's swift response.


4) Prince of Persia
Prince Of Persia Pedang pada watak tu ada tulisan Kaligrafi Arabic Alphabatic yang diatasnya ditulis,


"Sebarkanlah ajaranku walau satu ayat pun"
(Sabda Rasulullah SAW)



"Nescaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan mengampuni bagimu dosa-dosamu. Dan barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya, maka sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar" (Surah Al- Ahzab:71)

Jika kita bermain permainan ini bermaksud kita juga menyokong apa yang mereka cuba sampaikan dan mereka lakukan. Justeru, semoga dapat disampaikan kepada saudara-saudara kita di luar sana.


5) Counter Strike Condition Zero Deleted Scene
Counter Strike Condition Zero Deleted First Stage dia. Kita kena tembak dengan askar-askar yang beragama Islam. Kalau kita sedar, masa kita tembak tu kita boleh dengar askar yang kena tembak menjerit "ALLAHUAKBAR" & "JIHADD". 


6) Stronghold Crusader 
Permainan Perang Salib. Pemain memain watak sebagai Crusader dan menentang musuhnya iaitu adalah orang Arab, dan ketika perang Salib, orang Arab semestinya orang Islam. 


7) Guitar Hero 3 Legends Of Rock

Tidak cukup dengan karikatur dan filem pendek Fitna yang menghina kesucian Islam. Datang pula game komputer yang menghina kalimah Allah SWT. Kali ini game Guitar Hero 3 telah menghina kalimah Allah SWT. Guitar Hero 3 adalah permainan komputer yang memainkan lagu-lagu rock klasik.
Lihatlah bagaimana paparan kalimah Allah ini telah dijadikan paparan lantai dan kemudian dipijak-pijak oleh makhluk yang berupa “syaitan” bermain gitar. Sungguh biadap game ini. Game ini dibangunkan oleh syarikat Neversoft dan dikeluarkan oleh Activision dan RedOctane. Neversoft adalah sebuah syarikat pembangunan video game yang berpangkalan di Amerika Syarikat. Dimiliki oleh Joel Jewett (berasal dari Montana, Amerika) bersama dengan Chris Ward dan Mick West. Chris dan Mick kedua-duanya berasal dari Yorkshire, England.
Jika kita tidak teliti, kita tidak akan perasan paparan kalimah Allah SWT ini. Pada sesiapa yang melihat permainan komputer ini sila uninstall game ini. Sungguh halus permainan golongan Yahudi dan Nasara untuk menyesatkan orang Islam. Waspadalah kita sebelum membeli mana-mana permainan komputer.

AZRINIZAM IBRAHIM
Presiden Gabungan Pemimpin Mahasiswa Malaysia

Ada dua kemungkinan di sini : 

a) Penghinaan Senyap
Memang sengaja menyelitkan unsur penghinaan.

b) Zodiak Virgo
Jika zodiak Virgo diterbalikkan 180 darjah, maka jadilah seperti bentuk dalam gambar tadi.

Zodiak Virgo:


Zodiak Virgo diterbalikkan 180 darjah:


Adakah simbol di dalam video game ini hanyalah zodiak Virgo yang terbalik atau memang sengaja menghina Islam? 

8) Resident Evil 4
Sebuah lagi game yang menghina Islam ialah Resident Evil 4. Resident Evil 4 merupakan game berdasarkan bahayanya biologi iaitu virus dan zombie. Ringkasnya, misi game ini adalah untuk menyelamatkan anak presiden Amerika yang diculik oleh kumpulan yang bernama "Los Illuminados".

Los Illuminados bermaksud The Illuminated. Gambar berikutnya adalah lambang illuminati pada permainan tersebut.
 |Lambang illuminati pada loket atau tangkal tersebut|
 |Screenshot dari gameplay Resident Evil 4|

 |Zoom pada pintu tersebut|
Sedarkah anda apa yang tidak kena dengan gambar di atas?. Jika pembaca ingin tahu itulah pintu Omar Bin Khattab, Masjid Nabawi, Madina. Bagaimana ia boleh tersesat dalam game ni pula.
|Pintu Omar Bin Khattab, Masjid Nabawi|

Apa yang lebih teruk lagi ialah pintu tersebut telah di Illuminati-kan. Lihat gambar di bawah ini.

|Perbezaan pintu dalam game dengan realiti|

|Selepas meletakkan logo illuminati game tersebut|

Game ini turut dikeluarkan oleh CAPCOM bersama Devil May Cry. Tidak pasti pula apakah punca warga Jepun ini tidak berpuas hati dengan umat Islam.
9) Dante's Inferno 
Dante’s Inferno adalah game mengenai seorang karakter yang ingin menamatkan misinya yang dilakukan dalam neraka membolehkan pemain membuat pilihan sama ada mahu memusnah atau menyucikan roh manusia dikutuk menggunakan cahaya salib untuk dihantar ke syurga. Game ini menggunakan tempat neraka yang diilustrasikan terbahagi kepada sembilan tingkat lingkaran (Circles Of Hell) dengan mengikut dosa pada setiap manusia, seperti Lust, Gluttony, Greed, Anger, Violence, dan lain sebagainya. Dante adalah karakter yang di adaptasikan dari nama Dante Alighieri, seorang penyair abad ke-14, iaitu seorang pejuang di masa Perang Salib III.

Jadi apa yang tak kena dengan game ni?. Permainan ini sebenarnya telah meletakkan Nabi Muhammad SAW ke dalam Neraka.

Menurut dari website Gameslatest : Middle East avoids Dante’s Inferno (telah dipadam)
Menurut website Gameslatest, di atas bahawa Timur Tengah telah mengharamkan game Dante's Inferno yang diterbitkan dari syarikat game terbesar iaitu EA Games kerana "keutamaan selera pelanggan, campuran platform dan faktor lain". Faktor lain? Ya, faktor lain seperti penyair Dante (pejuang zaman perang salib III), menempatkan Nabi Muhammad, nabi palsu dalam lubang neraka. Mengapa Islam ingin membantu mempromosikan di kalangan pengikut-pengikutnya satu videogame yang berdasarkan Divine Comedy nabi palsu yang menempatkan mereka di neraka?. Berdasarkan maksud tersirat pada "sajak suci" ianya dari Inferno Canto XXVIII:

No barrel, even though it's lost a hoop
or end- piece, ever gapes as one whom I
saw ripped right from his chin to where we fart:
his bowels hung between his legs, one saw
his vitals and the miserable sack
that makes of what we swallow excrement.
While I was all intent on watching him,
he looked at me, and with his hands he spread
his chest and said: "See how I split myself!
See now how maimed Mohammed is! And he
who walks and weeps before me is Ali,
whose face is opened wide from chin to forelock.
And all the others here whom you can see
were, when alive, the sowers of dissension
and scandal, and for this they now are split.
Behind us here, a devil decks us out
so cruelly, re-placing every one
of this throng underneath the sword edge when
we've made our way around the road of pain,
because our wounds have closed again before
we have returned to meet his blade once more.
But who are you who dawdle on this ridge,
perhaps to slow your going to the verdict
that was pronounced on your self-accusations?
"Death has not reached him yet," my master answered,
"nor is it guilt that summons him to torment;
but that he may gain full experience,
I, who am dead, must guide him here below,
to circle after circle, throughout Hell:
this is as true as that I speak to you."
Inferno XXVIII

Untuk pengetahuan anda, ayat diatas mempunyai maksud tersirat :

"See how I split myself!"
"See now how maimed Mohammed is!"

Dante Alighieri (1265-1321), sasterawan besar Italy, dalam Inferno-nya mengatakan bahawa Nabi Muhammad dan sahabat Baginda, Ali bin Abi Talib, dihumbankan ke dalam neraka tingkat ke lapan, kerana ia telah memecah belah masyarakat dengan ajarannya dan menabur kekejian selama hidupnya. 
Inferno XXVIII, 19-42
The poets are in the ninth chasm of the eighth circle, that of the Sowers of Discord, whose punishment is to be mutilated. Mahomet shows his entrails to Dante and Virgil while on the left stands his son Ali, his head cleft from chin to forelock.

Gambaran ilustrasi di atas adalah diambil dari salah satu lukisan-lukisan dalam pelbagai manuskrip yang tersimpan di perpustakaan-perpustakaan besar di dunia termasuk yang telahpun membuat satu filem bisu (tanpa dialog) pada tahun 1911 (The 1911 Italian silent film L’Inferno contained a dramatization of the scene; Mohammed is shown with his entrails hanging out).

Justeru, game Dante's Inferno ini telah menerapkan nilai-nilai negatif dan berunsur penghinaan kepada umat Islam sedunia dari sajak Dante Alighieri. Ianya sungguh membimbangkan walaupun ia sekadar permainan, namun memberi kesan dibawah sedar terhadap sesiapa yang bermain permainan tersebut dan ianya haram dibeli dan haram dimainkan oleh orang Islam. Generasi muda dinasihatkan agar berhati-hati dengan permainan terbabit yang boleh menyebabkan kerosakan akidah.

Kepada pembaca yang telah membaca artikel ini diharapkan supaya membantu dengan menyebarkan artikel ini kepada keluarga, rakan-rakan dan orangMuslim yang lain secepat mungkin.
“…Dan jauhkanlah diri dari orang-orang yang menjadikan ugama mereka sebagai permainan dan hiburan, dan mereka pula telah diperdayakan oleh kehidupan dunia…”; Al-Quran: al-An’aam : 70 
“…Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu, apabila dikatakan kepada kamu: “Pergilah beramai-ramai untuk berperang pada jalan Allah”, kamu merasa keberatan di tempat (masing-masing)? Adakah kamu lebih suka dengan kehidupan dunia daripada akhirat?… Jika kamu tidak pergi beramai-ramai, Allah akan menyeksa kamu dengan azab seksa yang tidak terperi sakitnya…”; Al-Quran: at-Taubah:38-39

Diriwayatkan daripada beberapa orang sahabat ; Abdullah bin ‘Umar, Huzaifah bin al-Yaman dan Anas bin Malik.
“Sesiapa yang menyerupai sesuatu kaum, maka dia dalam kalangan mereka" 
Kesimpulannya, seluruh umat Islam adalah diharamkan bermain permainan video yang mempunyai unsur penghinaan terhadap mana-mana agama di dunia. Samada penghinaan keatas agama Islam, Kristian,  Yahudi, (Judais), Buddha, Hindu atau lain-lain agama. Jika kita tetap bermain permainan ini, bermakna kita telah menghina agama-agama tersebut dan bersubahat dengan penghina agama itu. Ia juga bermakna kita telah melanggar perintah Nabi Muhammad SAW.

Nabi Muhammad SAW melarang umat Baginda daripada menghina agama Islam dan semua agama yang ada di muka bumi ini. Orang Islam adalah dilarang dan diharamkan daripada menghina agama lain.