WELCOME TO MY BLOG

Si Pelik yang jelik,
dream catcher
i hate backstabbers,
chocolates lover







Tuesday, May 31, 2011

kemurungan selepas bersalin..

dah lama saya tidak mengupdate  blog saya ini.. maklumlah saya sibuk menanda kertas peperiksaan.. baru tadi lappy saya kena h1n1.. duit keluar lagi.. harap2 boleh diselamatkan lagi.. kalau nak beli lappy baru, aduhhh... mana nak cekau duit.. mintak along? angah?hehe.. kalau mintak tolong abg wan ( hubby saya ) agak2 dia nak tolong tak? haha!!!

saya tertarik untuk berkongsi cerita mengenai kemurungan selepas bersalin.. saya tertarik dengan isu yang diutarakan oleh selebriti Wardina saffiyah.. mungkin ramai yang kurang bersetuju dengan idea beliau mengutarakan kisah kemurungan selepas bersalin. Pada saya, wardina seorang yang berani.. hal seperti ini tidak ramai wanita yang berani mengakui mengalaminya.. tapi muhasabahlah diri sendiri, sekiranya anda mempunyai simptom2 seperti ini, jangan malu untuk mengakuinya.. mungkin ada jalan untuk mengatasi permasalahan ini.. selamat membaca entri saya..


Kemurungan selepas bersalin atau postpartum depression adalah keadaan serius yang terjadi pada ibu di bulan-bulan pertama selepas melahirkan. Ia juga boleh berlaku kepada mereka yang mengalami keguguran atau selepas kematian anak.




Postpartum Depression boleh menyebabkan anda berperasaan sedih yang keterlaluan, tidak harapan dan rasa seperti tidak berguna (worthless). Sekiranya ia terjadi, ia boleh memberikan masalah dalam menjaga bayi atau kurang rasa hubungan atau 'bonding' terhadap bayi anda.



Kemurungan selepas bersalin sama-sekali tidak sama dengan 'baby blues' satu keadaan yang lebih kerap terjadi sebaik sahaja bersalin. Dalam 'baby blues' anda cuma mengalami kesukaran tidur, berasa moody atau sedikit sedih. Anda masih merasa gembira dengan kehadiran bayi anda. 'Baby blues' selalunya hilang 1-2 minggu selepas bersalin. Dalam kes Postpartum Depression pula, simtomnya adalah lebih lama dan sukar hilang sehingga berbulan-bulan lamanya.



Dalam kes yang sangat jarang terjadi, segelintir daripada mereka mungkin mengalami keadaan yang dinamakan Postpartum Psychosis dimana wanita mungkin akan berperangai pelik, melihat benda-benda yang anih yang tidak dilihat oleh orang lain, dan boleh memberikan bahaya kepada bayi ataupun dirinya sendiri. Postpartum Psychosis adalah penyakit yang serius dan perlu rawatan segera kerana simtom akan menjadi lebih teruk dengan cepat.



Adalah sangat penting untuk mereka yang mengalami kemurungan mendapat rawatan yang sepatutnya dihospital kerana lebih cepat rawatan diberikan, lebih cepat untuk anda pulih dari masalah ini.

Apa yang menyebabkan berlakunya kemurungan selepas bersalin?



Ia berkait dengan perubahan hormon yang berlaku selepas bersalin dan boleh terjadi kepada sesiapa sahaja. Walaubagaimanapun, anda lebih berisiko untuk mendapat masalah ini sekiranya:



Anda mempunyai masalah kemurungan pada kelahiran bayi yang lepas.

Anda kurang mendapat sokongan dari suami dan ahli keluarga

Bayi anda kerap sakit dan mengalami kolik

Anda mengalami banyak tekanan perasaan

Anda juga berisiko tinggi sekiranya anda atau ahli keluarga mengalami masalah bipolar disorder



Apakah simtomnya?



Wanita yang mengalami Postpartum Depression seringkali:



Berasa sangat sedih, kecewa, rasa tak berguna

Rasa tidak bermaya dan hilang minat kepada segala benda

Tidak lalu makan dan kehilangan berat badan

Sukar tidur

Tidak dapat memberikan tumpuan



Bagi mereka yang mengalami Postpartum psychosis simtomnya adalah lebih serius:



Melihat atau mendengar benda-benda yang pelik dan tiada iaitu halusinasi

Rasa seperti mahu membunuh diri dan mencederakan bayi dan orang sekelilingnya



Bagaimana Postpartum Depression boleh didiagnos?



Doktor selalunya akan membuat pemeriksaan fizikal dan bertanya tentang gejala yang anda . Pastikan anda bertanyakan doktor tentang perasaan anda pada pemeriksaan pertama selepas lahir. Doktor mungkin akan membuat follow-up terhadap simtom anda.

Bagaimana ia diubat?



Postpartum depression selalunya dirawat dengan ubat anti-murung dan nasihat kaunselling oleh pakar psychiatri. Untuk memastikan anda pulih dengan cepat, pastikan anda mendapat makanan yang seimbang dan buatlah senaman setiap hari. Dapatkan tidur yang secukupnya dan sokongan dari keluarga dan rakan juga diperlukan.



Jangan merasa rendah diri sekiranya anda mengalami masalah ini, ia tidak bermakna anda seorang ibu yang tidak baik. Memang ramai yang mengalami masalah yang sama dengan anda, tetapi ia mengambil masa untuk sembuh dan rawatan seharusnya akan membuatkan anda pulih dengan lebih cepat.

Friday, May 20, 2011

Ketua Bidadari di syurga

“Ustaz, boleh tak kalau di syurga nanti, saya tak nak suami saya ada bidadari?”



Soalan ini pernah dikemukakan oleh seorang wanita (entah datin mana tah), sewaktu sesi soal jawab dalam satu kuliah (kalau aku tak silap, oleh Ustaz Dato Abu Hassan Din Al-Hafiz), pada sekitar awal 90-an.

Jawapannya nanti dulu. Aku nak bincang hal yang lebih penting. Haha..



Datin tersebut wajar diberi ucapan syabas kerana berani menyuarakan apa yang terbuku di kalbu ramai wanita. Tapi pasti kebanyakannya tak tergamaknak luahkan perasaan tu.


Mmm..nampaknya sampai begitu sekali kaum wanita ni meluat dengan bidadari syurga. Aku guna perkataan ‘meluat’ sebab aku rasa inilah istilah yang paling sopan. Mungkin ada yang sampai rasa benci bila mendengar perkataan‘bidadari’, aku tak nafikan.

Apa puncanya sampai jadi macam tu?

Penjelasan yang paling mudah, sebab cemburu.

Penjelasan yang lebih mendalam; sebab wanita sebegitu menyangka bahawa suaminya adalah MILIK mutlak si isteri. Sebagaimana miliknya terhadap kereta Mercedesnya dan rumah banglonya. Tak mahu KONGSI dengan orang lain.



Aku pernah menghadiri majlis ilmu yang dianjurkan satu jemaah tabligh..ustaz yang sedang memberi amanat kepada bakal-bakal da`ie itu ada menyebut, “Jangan sekali-kali ceritakan mengenai bidadari apabila anda sedang membicarakan tentang nikmat syurga di khalayak yang ada wanita menghadirinya. Dikhuatiri jika anda tidak bersedia dengan ilmu yang cukup, majlis ilmu itu akan hanya menimbulkan rasa benci di kalangan wanita yang masih lemah imannya..”

Fuhh~! Sampai begitu sekali rupanya. Dahsyat..


Aku tak sangka sampai begitu sekali, hingga ‘pantang’ disebut tentang bidadari di depan wanita.

Tapi..Dalam Al-Qur’an kan bidadari disebut tanpa berselindung?

Ohoho…mungkin tak apa la sebab kebanyakan wanita di luar sana tak faham pun bila mendengar atau membaca Qur’an.


Habis, nak biarkan macam tu je? Biarkan je wanita ‘bermusuh’ dengan bidadari? Tak ada cara nak‘mendamaikan’ dua golongan ni ke?


Biar aku beritahu apakah jawapan ustaz yang awal tadi.


“Di syurga nanti, selagi puan tak berenggang dengan suami puan, suami puan seakan-akan tak nampak pun bidadari. Tak perlu lah puan risau sangat. Yang penting sekarang, usahakan agar puan bersama suami dapat menjadi ahli syurga. Kalau isteri terpaksa masuk neraka buat sementara, dan suami yang masuk syurga dulu, saya tak jamin la bidadari tak ganggu dia..” Padat dan bersahaja jawapan yang diberikan ustaz, disambut gelak ketawa hadirin. Si datin tunduk sambil tersenyum kelat.

Hmm..kenapa suami tak nampak bidadari bila isterinya ada? Sebab wanita ahli syurga kelak akan dijadikan oleh Allah sebagaiketua bidadari.

Hebatnya kecantikan ketua bidadari ni, adalah ibarat cahaya bulan mengambang penuh di musim panas. Para bidadari yang lain pula ibarat bintang-bintang yang bertaburan di sekelilingnya. Hanya menyerlah tika bulan menyepi.



Maka apabila Ketua Bidadari itu hadir, si suami seolah-olah terpukau, dan bidadari yang lain seakan tak kelihatan, ataupun nampak kecil saja. Macam gadis jelita dikelilingi budak-budak tadika. Tentu saja fokus si suami takkan beralih dari melihat isterinya.


Hebat kan? Tapi macam mana kalau tiada bidadari langsung? Kan lagi bagus kalau tiada saingan?


Tidak juga.

Andai tiada bidadari, maka cantiknya Ketua Bidadari umpama bulan penuh di langit yang kosong. Kejelitaannya jadi kurang menyerlah kerana dia cantiksorang-sorang, tak ada siapa yang kurang dari dia, jadi pada siapa dia nak dibandingkan? Pada jiran di mahligai bersebelahan yang jaraknya sejauh mata memandang?



Wahai wanita penghuni syurga; anda sama cantik saja dengan Ketua Bidadari yang lain. Tak berapa seronoklah. Anda hanya paling cantik di mata suami anda. Begitu juga Ketua Bidadari yang menjadi jiran anda, tercantik di mata suaminya.


Satu perkara lagi, para bidadari syurga adalah penghuni asal yang telah Allah tempatkan di situ. Mereka penduduk asal syurga. Tak bolehlah nak halau mereka pula. Nanti mereka mengadu pada Allah. Mereka tidak pernah berbuat dosa, taraf mereka seakan malaikat yang sentiasa makbul doanya.

Cuma mereka ini Allah kurniakan nafsu sebagaimana manusia. Tetapi nafsu mereka bersih (tidak takabbur terhadap Allah) dan tidak terhijab.


Dalil tentang mereka mempunyai nafsu, dalam surah Al-Waqi`ah ada ayat yang berbunyi `uruban atraaba, yang apabila diterjemahkan bermaksud:“sentiasa merindui (suami mereka yang berada di dunia) dan muda belia usia mereka”.


Di dalam bahasa Arab, kalimah `uruban juga bermaksud berahi berpanjangan.

Dalam istilah yang agak kurang sopan (minta maaf), mereka ini sentiasa merindui jimak. Saya mohon maaf sekali lagi, tapi wanita dengan sifat sebeginilah yang diidamkan oleh hampir semua lelaki. (ah..aku rasa bukan
HAMPIR semua, tapi memang SEMUA lelaki normal macam tu).


Baiklah. Anda dah nampak, cara untuk mengelakkan suami anda dari melayani bidadari, ialah dengan sentiasa ada di sisi suami. Senang saja bukan?

Barulah bidadari lain tak ‘kacau daun’.


Betul?



Tapi adakah anda pasti?



Kita rujuk sebuah hadith yang menceritakan tentang keadaan penghuni syurga;


Para Sahabat bertanya, adakah penghuni syurga melakukan jimak, dan bagaimanakah keadaan mereka? Dijawab oleh Rasulullah, “Benar. Oh, sungguh hebat sekali. Tenaga dan kenikmatan mereka Allah gandakan kepada seratus, dan mereka sekali pun tidak akan merasa letih.” ~au kama qaal


Hmm. Maknanya, kalau Ketua Bidadari tak mahu berenggang dengan suami, maka alamatnya tak keluar dari bilik la. Layanlah sampai dia puas.

“Tak kisah, janji dia tak layan bidadari..” mungkin itu jawapan seorang wanita.



Saya beritahu lagi; Ahli syurga juga tidak tidur, kerana terdapat hadith yang menyatakan bahawa “tidur itu saudara mati, maka ahli syurga tidak memerlukan kepada tidur, tidak mengantuk, dan tidak letih, lapar, atau
dahaga..”. (au kama qaal)



Jenuh la kali ni tak turun-turun dari katil. Sanggupkah anda? Berapa minggu anda sanggup? Berapa tahun? Berapa dekad? Berapa kurun?



Jika di hati anda terdetik rasa bosan, para bidadari di luar bilik akan mengetuk pintu sambil bertanya bilakah gilirannya akan sampai. “Ketua! Biar kami pula ambil alih!” …mungkin itu yang mereka kata.


“Biarlah diorang menunggu kat luar..aku takkan tinggalkan suami aku!”

Mungkin ada wanita yang berfikir begini.



Izinkan saya bertanya lagi; “Tak nak pergi shopping ke?” ; )



“Eh, shopping? Shopping apa? Kat mana?”



Mafhum daripada beberapa hadith yang mutawatir,

Pada setiap Jumaat Allah adakan suatu ‘pasar’ di syurga. Di pasar inilah, ahli syurga diberi nikmat terbesar antara segala nikmat di syurga, iaitu diizinkan melihat kepadaNya. Tiada satu pun ciptaanNya yang mengatasi
keindahan Sang Pencipta, Rabbul Jalil yang bersifat Al-Jamiil.

Dan di ‘pasar’ syurga inilah Allah sediakan segala pakaian, makanan, dan perhiasan (barang kemas dan aksesori) yang berbagai-bagai rupa, beraneka warna dan bentuk.


Ahli syurga cuma perlu melihat kepada contoh ‘produk’ yang dipamerkan, niatkan “Aku mahu yang ini!”; maka dengan serta-merta benda itu sudah dipakai di tubuhnya. Boleh juga meminta seperti itu apabila terlihat ada ahli syurga yang lain, memakai sesuatu yang menarik perhatiannya.
Kenapa perlu ada pasar? Kan boleh minta saja dari dalam bilik?


Perlunya ada pasar ini kerana ahli syurga ketika itu dah tak tahu apa lagi yang mahu diminta, kerana terlalu lama dan banyaknya nikmat yang diperolehi mereka. Ibarat anda dah dapat semua file/software yang anda ingini, sampai anda tak tahu nak download software/file apa lagi di internet. Dah tak tahu nak’search’ apa, sampai termenung di depan superkomputer yang terhebat dan terlaju di dunia, milik anda. Lebih kurang macam tu la ibaratnya.



Maka di ‘pasar’ syurga inilah terdapat pakaian dan barang kemas sertaaksesori wanita (dan lelaki) dalam ‘rekabentuk terbaru’…’latest design’ kata sesetengah orang. Sebab itu ahli syurga tidak akan merasa jemu.


Dan apa yang paling hebat, semua yang ada di pasar ini adalah PERCUMA!

Ibarat Ivana Trump pergi shopping di HyperMall milik ayahnya yang asyik pecat orang (”you’re fired!”). Tapi di syurga pastinya berjuta-juta-jutakali lebih mewah. Dan anda kekal muda selama-lamanya, tak macam minah saleh tu..
Di pasar syurga tu, semua benda yang menyenangkan hati anda boleh didapati. Niat saja nak pakaian baru, anda akan tiba di Department Pakaian Wanita.
“Handbag LV (Louis Vuitton) ada ke?” ..cheh. Ada sorang minah yang baca artikel ni boleh terfikir nak tanya camni..



Begini sajalah. Biar saya bacakan mafhum sebuah hadith lagi. “Jannah itu ialah satu kawasan yang tersangat luas. Terdapat lembah,sungai, pohon, dan bukit. Tanah di tengah-tengahnya yang paling tinggi, dan Al-Firdaus berada di tempat yang paling tengah dan paling tinggi”.

belum habis lagi..ada sambungan hadith ni;



“Keseluruhan syurga itu terdapat seratus tingkat. Pada tingkat yang terendah dan pertama, kesemua sudu senduknya, gelas pinggannya, kerusi mejanya diperbuat daripada perak. Tingkat yang kedua, semua sudu
senduknya, gelas pinggannya, kerusi mejanya daripada emas; pada tingkat yang ketiga, sudu senduknya, gelas pinggannya, kerusi mejanya daripada yaqut, lu’lu’ dan zabarjad (batu-batu permata yang mahal), dan pada sembilan puluh tujuh tingkat lagi hanya Allah yang mengetahuinya. Jarakantara satu tingkat dengan tingkat yang lain adalah sejauh jarak langit dan bumi.”


Rasulullah hanya sempat meninjau tiga tingkat yang pertama sahaja sewaktu

isra’ dan mi`raj.



Syurga tingkat pertama yang terendah adalah untuk ahlul fitrah, manusia yang tidak pernah beriman tetapi seruan tauhid tidak pernah sampai kepada mereka ketika hidup di dunia dahulu. Mereka diizinkan masuk ke syurga setelah selesai menjalani qisas di mahsyar, jika mereka ada menzalimi sesama mereka. Inilah tanda betapa Maha Pemurahnya Allah Yang Maha Adil, tidak menzalimi seorangpun hambaNya.
Tingkat pertama ini juga adalah untuk para muallaf yang hanya sempat mengucapkan syahadah tanpa satu pun amalan baik, dan tiada satu pun kalimah Allah yang sempat dipelajarinya.


Maka sekiranya kita umat Islam ini berjaya ke syurga, tempat kita adalah bermula dari tingkat yang kedua, atau lebih tinggi lagi. Tingkat kedua, barang-barang perkakas dapur serta perabutnya diperbuat daripada emas.



Saya tanya; Di dunia sekarang (di bumi) ini, adakah pakaian dan barang kemas kita diperbuat daripada bahan yang serupa dengan bahan membuat perabut dan peralatan dapur?

Anda tahu jawapannya ialah tidak. Bahan untuk pakaian dan perhiasan kita lazimnya mestilah lebih mahal daripada bahan membuat perabut dan perkakas dapur.

Ertinya, bila sudu dan meja pun diperbuat daripada emas, agaknya apakah bahan yang jadi pakaian dan barang kemas ahli syurga? Sudah tentu lebih mahal daripada emas!


Ya. Bahan dan unsur yang lebih mahal itulah yang dibuat pakaian ahli syurga..termasuk juga kasut tumit tinggi dan handbag (jika anda mahu, pasti ada!), termasuk juga barang kemas yang ada di Pasar Syurga tu.

Ketika itu jika anda ternampak handbag LV dari alam dunia, mungkin anda akan terasa jijik nak menyentuhnya macam tengok tahi ayam. Mana ada kelas! Emas pun setakat jadi jug air je..Gelas minuman pun dibuat daripada berlian (kalau anda menghuni syurga tingkat atas sikit).
Hm..Di pasar yang bagaikan real-life catalogue ini, semuanya lebih mahal dari perkakas dan pinggan mangkuk anda. Terlalu banyak pilihan. Shopping la sebanyak mana yang anda mahu. Tak perlu trolley. Kalau anda nak suruh bidadari bawakan barang yang anda shopping itu pun, mereka pasti gembira dapat membantu.



Janganlah lupa pula..para bidadari itu juga khadam anda yang sangat suka berkhidmat. Anda kan ketua mereka?

Ingat ni, kesemuanya anda tak perlu bayar! Bayarannya telah dilangsaikan dengan keringat, darah dan air mata anda ketika di dunia dahulu.

Tapi kalau nak dapatkan ‘design’ terbaru tu, kenalah keluar dari rumah (istana) dan tengok sendiri di pasar Jumaat. Di pasar ini juga ahli syurga akan bersosial, bertemu rakan lama dan saudara mara.



Berapa luas pasar tu? Jika anda terbang menaiki buraq selama sehari pun belum habis melihat keseluruhan bahagian ‘pasar’ itu. (kalau naik kenderaan yang lebih laju, anda tak nampak apa-apa sebab laju sangat,

mengatasi kelajuan cahaya). Dan sudah tentu suami anda pun nak pergi ke Pasar Jumaat itu juga untuk

melihat Allah Rabbul Jalil. Ajaklah suami shopping sekali!



Setiap minggu, akan ada design terbaru yang boleh anda dapati. Setiap

minggu juga anda boleh datang shopping di pasar ini. Sampai tahun depan,

kurun hadapan, alaf hadapan…sampai bila-bila. Tiada had usia di syurga..



Soalan terakhir saya: Yang mana lebih menyeronokkan bagi anda; shoppingdengan suami, atau pergi shopping bersama bekas teman-teman rapat, rakan sekolej (atau rakan serumah) anda dahulu?



..dan mungkin pada kurun hadapan, suami anda nak pergi memancing di sungai syurga bersama bekas rakan sekampungnya…atau mungkin dia cuma nak ‘berehat di rumah’ saja.. ;-j



Dah la..tak payah risau. Perasaan cemburu tu kerana disebabkan kejahilan tentang fitrah lelaki dan tak faham kehendak suami. Ahli syurga tidak ego dan cemburu buta. Di syurga tiada hasad dengki dan tiada sifat takabbur.

Qaalu salaaman-salaama~






Monday, May 16, 2011

Ibu bapa bukan liabiliti

Inilah cerita benar. Cerita benar seorang penulis yang berjaya. Beginilah kisahnya…




Entahlah apa yang selalu bermain pada fikiran ayah. Apabila saya ingin

pulang kembali ke kota, dia kerap minta duit. Seakan-akan mendesak…



“Ada duit? Minta ayah sedikit..”



Saya masih ingat waktu itu kehidupan saya terlalu sukar. Untuk mendapat

seratus ringgit di dalam poket pada satu-satu masa pun payah. Kalau balik

kampung selalunya duit yang ada hanya cukup-cukup tambang. Mujurlah,

isteri dan anak-anak saya sudah faham. Alhamdulilah mereka ’sporting’ dan

tidak banyak meragam.



“Emak, ayah asyik minta duit. Bukan tak mahu bagi, tapi saya memang tak

ada duit,” Bisik saya kepada emak. Emak seperti biasa, berwajah selamba,

sukar ditembak reaksinya.



” Bagilah beberapa yang ada,” cadang emak pendek.



“Takkan 5 ringgit?”



Emak mengganguk.



Saya rasa bersalah untuk memberi ayah wang sebanyak itu. Apalah yang boleh

dibeli dengan wang 5 ringgit….Tapi kerana tidak mahu menghampakan harapa

ayah dan ikutkan cadangan emak, saya gagahi juga memberinya.



Ayah selalunya tersenyum menerima pemberian saya. Tetapi yang mengejutkan

ialah apabila kami sekeluarga berada dalam perut bas dalam perjalanan

pulang ke kota. Di kocek anak saya sudah terselit wang sepuluh ringgit.

Siapa yang bagi kalau bukan ayah? 10 tolak 5, saya masih ‘untung’ 5

ringgit. Geli hati mengenangkannya.



Begitulah selalunya tahun demi tahun. Apabila kami pulang ziarah ke

kampung, saya akan memberi pemintaan ayah. Kengkadang terlupa, tetapi ayah

akan selalu mengigatkan. Akhirnya, saya memang sediakan peruntukan khas

untuk diberikan kepada ayah setiap kali pulang kampung. Kedudukan ekonomi

saya yang masih goyah kekadang hanya mengizinkan wang dua ringgit untuk

diberikan kepada ayah. Ironinya, ayah tetap dengan pemintaannya dan tetap

tersenyum apabila menerima. Tidak kira berapa jumlahnya. Emak

terus-terusan selamba.

Saya masih sukar menandingi ketajaman rasa seorang isteri (emak) dalam

memahami hati suaminya (ayah).



Begitupun setiap kali dalam perjalanan pulang, kocek anak saya akan jadi

sasaran. Kekadang itulah duit pelengkap membeli tiket pulang. Ayah akan

setiap memasukkan duit yang melebihi jumlah saya berikan kepadanya. Saya

tidak mengambil masa lama untuk memahami apa maksud tersirat disebalik

perlakuan ayah itu. Dia meminta wang pada saya bukan kerana ‘tidak ada’,

tetapi dia ada sesuatu yang lebih besar ingin dicapainya atau

disampaikannya.



Namun, secara bertahap-tahap buku tulisan saya semakin mendapat sambutan.

Bukan itu sahaja, perniagaan yang saya mulakan secara kecil-kecilan

semakin membesar. Kalau dulu kami pulang ke kampung dengan bas, tetapi

selepas beberapa tahun saya pulang dengan kereta milik sendiri. Saya masih

ingat komen ayah ketika saya pulang dengan kereta kecil Kancil milik kami

sendiri.



“Nanti, besarlah kereta kamu ini….” ujur ayah senyum.



Apapun saya tetap memenuhi permintaan ayah setiap kali pulang ke kampung.

Wang saya dahulukan kepadanya. Dan ayah juga konsisten dengan sikapnya,

ada sahaja wang yang diselitkan dalam kocek anak saya.



” Eh tak payahlah ayah…” sekarang saya mula berani bersuara. Ekonomi

keluarga sudah agak stabil. Malu rasanya mengambil duit ayah walaupun

perantaraan pemberian datuk kepada cucunya. Saya tahu dan sedar,

hakikatnya ayah hendak memberi kepada saya sejak dulu, tetapi sengaja atau

tidak ingin saya merasa segan, duit diberi melalui anak.



“Kenapa, dah kaya?” usik ayah. Hendak tak hendak, duit dikocek anak tetap

diselitkannya. Cuma sekarang bezanya, duit itu tidak lagi ‘dikebas’ oleh

saya. Dan dalam hati, saya mula berasa senang kerana jumlah yang saya

berikan kepada ayah, kini sudah melebihi apa yang mampu diselitkan ke

kocek anak saya. Tidak semacam dulu lagi, duit pemberian ayah kepada anak

saya sentiasa melebihi duit pemberian saya kepadanya.



Masin sungguh mulut ayah. Tidak sampai tiga tahun, kami bertukar kereta!.

Di samping menulis, saya menjadi penerbit. Perniagaan semakin rancak. Oleh

sebab bilangan anak bertambah dan keperluan kerja yang meningkat saya

sudah membeli MPV utuk kegunaan harian. Anak-anak mula menjejak menara

gading.

Kehidupan semakin laju dan aktiviti semakin rancak. Namun sibuk sekalipun

saya tetap pulang menziarahi ayah dan ibu. Anehnya ayah tetap memberi

kepada anak saya walaupun kini saya telah dikenali sebagai korporat yang

berjaya.

Rupa-rupanya, ayah memberi bukan kerana kekurangan atau kelebihan kami,

tetapi dia MEMBERI KERANA ALLAH. Mencontohi Allah al-Wahhab itu!



Anda ingin tahu apa pesan penulis itu kepada saya? Ya, mari kongsi bersama:



” Kini aku benar-benar faham bahawa ibu ayah yang tua bukan beban dalam

kehidupan di dunia, lebih-lebih lagi dalam kehidupan di akhirat. Mereka

bukan ‘liabiliti’ tetapi sebenarnya aset untuk kita (walaupun istilah itu

sebenarnya kurang atau tidak tepat kerana ibubapa bukan benda). Rugi betul

siapa yang mempunyai ibu bapa yang telah tua tetapi mengabaikannya.



“memberi kepada ibu bapa hakikatnya memberi kepada diri sendiri. Walaupun

itu bukan niat kita ketika memberi, tetapi percayalah rezeki berganda akan

pulang kepada kita semula. DOA MEREKA MUSTAJAB. Harapan mereka kenyataan.

Kasih mereka bekalan. Benarlah sepertimana sabda Rasulullah s.a.w,

keredhaan Allah terletak kepada keredhaan ibu bapa.”



Baiklah, inilah sebenarnya rahsia ‘perniagaan’ yang jarang-jarang

diperkatakan oleh tokoh korporat. Juga tidak pernah ditulis dalam

mana-mana buku perniagaan. Masih punya ibubapa? MEMBERILAH KEPADA MEREKA.

Tidak ada?

Tidak mengapa, memberilah kepada anak-anak anda. Tidak ada juga?

Memberilah kepada sesiapa sahaja. Kita sentiasa berfikir untuk memberi.

Memberi kepada orang lain bererti memberi kepada diri kita sendiri

walaupun itu bukan maksud kita ketika mula memberi!



Saturday, May 7, 2011

selamat hari ibu

selamat hari ibu to the most wonderful mother in the world, hjh maria bt noor aka datin maria.. Terima kasih kerana melahir dan membesarkan lina.. Lina sayang mak.. Muahh..
memandangkan hari ahad merupakan hari bekerja untuk kedah.. tak dapek lah nak meraikan hari ibu bersama2 mak.. sedihnya.. kena kerja lak tu..
pada hari sabtu yang lepas, merupakan hari persekolahan .. kena ganti sekolah .. mengajar adriana dan kawan2 dunia seni visual.. seni lukis kata orang dulu.. hehe.. mengajar diaorang buat kad untuk hari ibu.. adriana memang teruja.. aku hanya mengajar secara asas bagaimana nak buat kad untuk hari ibu..  sempat gak aku pesan, balik rumah buat untuk mak awak cantik2..
selepas makan malam, adriana mula membuat projeknya.. jeng..jeng..jeng.. maka terhasil lah.. tanpa sebarang warna, tapi ayat - ayat dia agak touching.. nak nanges pun ada.. tq adriana.. mama loves anak - anak mama forever.. do anything for three of u..





Thursday, May 5, 2011

Farewell En. Azizan

Hari Khamis bersamaan 5hb Mei 2011 merupakan hari terakhir buat big boss saya,Encik Azizan di SKSU. Bila dapat tahu saja, En Azizan akan meninggalkan sekolah, ramai yang berasa sedih, termasuklah saya. Terus terang saya katakan, saya amat menghormati beliau. Beliau seorang yang tidak banyak cakap. Jarang masuk campur urusan kerja kami, cikgu - cikgu. Kalau nak tegur pun, beliau akan menegur kami secara berhemah. Tidak menjatuhkan air muka kami, cikgu - cikgu.. Orangnya cukup simple, apabila sekolah menganjurkan apa - apa aktiviti beliau sering kelihatan.. jarang saya nampak beliau pulang awal dari pejabat. Sebaliknya, beliau lah manusia terakhir yang akan kunci pintu pejabat.
  Saya akui bukan senang nak jadi seorang pemimpin di organisasi yang mempunyai ramai pekerja. Kadang - kadang terpaksa melalui pelbagai rungutan dan karenah guru - guru. Bukan senang hendak jadi seorang yang dihormati dan disegani. Ramai yang ambil jalan pintas, hentam orang bawahan semasa mesyuarat, namanya disebut, paling tak boleh masuk akal, membabitkan soal halal haram gaji yang diterima..
    Kesimpulannya, jadilah seorang pemimpin yang disegani dan dihormati oleh orang bawahan anda, jangan pandang rendah akan kebolehan orang bawahan anda.. Semua orang berpeluang untuk menjadi pemimpin.. sama ada miskin atau kaya.. Paling penting, jangan pilih kasih dan jaga pertuturan anda.. perlu diingatkan kerana mulut badan binasa..



Adriana bagi hadiah kat En. Azizan
  

Sunday, May 1, 2011

cinta pantai merdeka

lama gak saya tak meng update blog saya.. kebelakangan ini saya agak sibuk dengan kerja - kerja sekolah dan kerja rumah.. kebetulan sekarang ini saya ada sedikit kelapangan, baru lah boleh mengupdate blog saya ini.. 
Jumaat yang lepas, sekolah saya menganjurkan family day di pantai merdeka.. kat mana tu pantai merdeka? ramai yg tahu lagu cinta pantai merdeka.. tapi tak tahu dimana letaknya pantai merdeka.. actually, pantai merdeka terletak kat sungai petani, kedah... bukannya dekat ye.. jauh.. jalan lak tak berapa elok.. dah berkurun lama saya tak menjejak kan kaki ke sana.. memang dah banyak berubah pantai merdeka.. pantai merdeka tak lah seindah batu feringghi.. tapi ada lah port melepak dan berkelah kat kedah..
yg bestnya pasal pantai merdeka, kita boleh naik bot ke tanjung dawai.. tanjung dawai terkenal dengan hasil lautan nya.. tak sampai lima minit dah sampai dah kat tanjung dawai.. kalau guna jalan darat mahu 30 minit.. sempat lah gak memborong ikan bilis, sotong kecik kering ( first time tengok sotong kecik ) .. nanti nak cuba buat sambal tumis.. memandangkan masa agak suntuk, sempat sampai 15 minit je kat tanjung dawai.. bot nak cepat coz nak maghrib dah time tu..
berbalik pula pada aktiviti sekolah, ada lah beberapa aktiviti seperti musical chair, treasure hunt.. nak tergelak gak.. adriana dapat tempat ke 2 untuk musical chair.. hehe!!.. syukur...
pada malamnya, pulak diadakan makan malam secara buffet.... habis je makan, kami macam pacat kekenyangan, terus je blah.. tak sanggup berlama - lama memandangkan nak kena balik kulim lepas tu.. my cik abang tak boleh miss maharaja lawak.
disini saya uploadkan pic saya dan keluarga di pantai merdeka.. selamat menatap.. sorry, pic saya paling banyak, jarang interframe, sekali sekala interframe biasa lah ye.. hehe!!!
buli time.. hehe