WELCOME TO MY BLOG

Si Pelik yang jelik,
dream catcher
i hate backstabbers,
chocolates lover







Friday, December 23, 2011

Rahsia Hadiah Dari Si Dia






Hadiah yang anda beri kepada kawan/kekasih/isteri/suami anda mempunyai maksud yang tersirat...



JAM TANGAN... ... ... Tanda meningati setiap masa dan waktu.

CINCIN... ... ... ... .Tanda ikatan kasih yang abadi.

GELANG... ... ... ... .Tanda mesra

RANTAI LEHER ... ... .Ikatan cinta yang perlu perhatian.

SUBANG... ... ... ... .Tanda penghargaan dan penghormatan.

KASUT... ... ... ... ..Sentiasa mengambil berat/prihatin.

PAKAIAN/KAIN... ... .Semoga kasih berkekalan dan dekatselalu.

PAYUNG... ... ... ... .Tanda kasih dan sentiasa ingin melindungi.

MINYAK WANGI... ... .Tanda cinta

BINGKAI GAMBAR... ..Sentiasa merindu dan tak ingin berjauhan.

BUKU... ... ... ... ... Bersifat terbuka dan bertolak ansur.

BUNGA... ... ... ... ... Tanda perkenalan dan tanda sayang

COKELAT ... ... .. semanis cintamu.

LAGU/CD/KAD UCAPAN ... ... ... mengabadikan cinta

SEJADAH DAN ALQURAN... ... ... tandanya kekasihnya ituvmenyayanginya dunia dan akhirat.



Satu lagi... . zaman mellinieum... .

HANDPHONE... tandanya... . kau jangan lari dariku!!!!... ... .aku kan cari kamu walau dimanapun... melainkan kalau handphone tu ditutup... ..



HADIAH PALING BERHARGA DALAM DUNIA!!

MASUK MEMINANG... ... tandanya dia serius dan betul2 seriuss..!



Wednesday, December 14, 2011

tips untuk kurangkan hutang

Salam to all my readers.. kali ini saya nak berkongsi mengenai tips untuk kurangkan hutang.. saya bukannya seorang yang arif bab- bab hutang nih.. cuma saya terpanggil untuk berkongsi tips untuk kurangkan hutang.. layanz..

1. PERIKSA rekod perbelanjaan untuk tempoh 12 bulan. Setahun adalah jangka masa yang tepat untuk melihat apa yang berlaku. Jadi lihat semua perbelanjaan, penyata bank, rekod buku cek, penyata kad kredit atau apa sahaja rekod yang anda ada.


Dan untuk perbelanjaan yang menggunakan wang tunai, bawa buku nota untuk beberapa minggu dan tulis semua perbelanjaan anda, walaupun untuk membeli goreng pisang makcik. Akhirnya, anda akan dapati betapa sedikit akan menjadi bukit. Saya telah mencubanya dan memang boleh dapat angin ahmar tau (sebab terkejut)… hehe



2. KIRAKAN jumlah perbelanjaan anda dalam sebulan, dengan mencampurkan semua bil yang perlu anda bayar dalam sebulan.



3. TULISKAN senarai hutang yang anda tanggung. Jangan lupa masukkan sekali ansuran rumah. Telefon bank jika anda tidak pasti berapa hutang yang anda ada.(Pastikan ada selalu kemas kinikan rekod senarai hutang ini)



4. BUAT SENARAI pembayaran minima yang perlu anda lakukan setiap bulan. Katakan anda perlu membayar RM2000 setiap bulan.



5. TENGOK BAKI yang perlu anda bayar, dengan anggapan bahawa anda membayar setiap bulan tanpa ada yang tertunggak.



6. SENARAIKAN hutang anda supaya hutang yang sedikit diatas sekali, dan yang banyak terletak dibawah. Jangan lupa senaraikan semua hutang anda. Contohnya:



1)Hutang stereo RM2000

2)Hutang kad kredit RM5,000

3)Hutang kereta RM50,000

4)Hutang rumah RM100,000



7. Sekarang anda perlu ‘MENYERANG’ untuk membayar hutang yang sedikit dahulu. Buat keutamaan untuk habiskan hutang yang sedikit dahulu (tv?) dan akhir sekali hutang yang agak besar, contohnya kereta atau rumah.



8. Pada langkah Nombor 4, anda telah kirakan jumlah minima hutang yang perlu anda bayar setiap bulan iaitu RM2000. Sematkan di minda anda untuk tambahkan sebanyak 10% daripada jumlah tersebut, iaitu RM200!



9. Untuk mempunyai tambahan RM200 untuk membayar hutang, kurangkan RM200 daripada perbelanjaan, dan simpan untuk membayar hutang.



Cuba fikirkan semua cara untuk mengumpulkan RM200 ini. Anda perlu berbincang dengan keluarga anda apa yang perlu dan tidak perlu dibeli. Contohnya jika anda selalu makan diluar, cuba kurangkan. Jika anda merokok, cuba berhenti. Jika anda berusaha, pastinya anda temui jalan untuk jimatkan paling kurang RM200 sebulan.



10. Gunakan wang tambahan RM200 ini untuk membayar hutang No.1 anda yang kecil dahulu. Jika anda membayar RM100 sebelum ini, sekarang anda bayar RM300 (RM100+RM200). Apabila habis hutang pertama, gunakan RM300 untuk tambahkan bayaran kepada hutang kedua. Jika sebelum ini anda membayar RM200 untuk hutang kedua, anda bayar RM500 (RM200+RM300) selepas hutang pertama habis. Ianya akan memberikan impak maksima untuk melangsaikan hutang anda dengan cepat. Teruskan penambahan sehingga ke senarai yang terakhir.



Dengan cara ini anda akan bebas dari hutang dalam masa beberapa tahun. Kelebihan daripada sistem ini bermula hanya daripada RM200 yang anda jimatkan, dan ianya bertambah sebaik sahaja hutang pertama anda habis.

Cuba praktikkan teknik ini dan anda pasti terkejut dengan hasilnya dalam masa beberapa tahun akan datang. Jangan biarkan anak-anak anda sengsara kerana terpaksa menanggung semua beban hutang anda nanti.

p/s : apa - apa pun kenali diri anda dulu.. kalau anda tahu anda seorang yang agak boros, jangan cari nahas dengan menggunakan kad kredit. Saya tak nafikan kad kredit memang perlu pada zaman sekarang, tapi kad kredit boleh menjerat anda.. kurangkan jumlah kad kredit anda, pilih satu kad kredit yang rendah premium bunga.. guna apabila perlu sahaja.. seperkara lagi perlu faham antara keperluan dengan kehendak.. bincang dengan pasangan sekiranya anda hendak membeli sesuatu benda yang agak mahal.. sekiranya mampu, tidak salah sekiranya anda membelinya..

        Jangan sesekali bersaing dengan orang lain.. anda juga yang akan rugi.. setiap orang telah ditentukan oleh Allah akan rezekinya.. anda telah berusaha, mungkin bukan sekarang rezeki anda, rezeki bukannya datang dari segi kewangan sahaja.. ada banyak cara rezeki itu hadir dalam diri anda.. jangan cemburu dengan kemewahan orang.. syukur dengan apa yang anda ada..

    Kurangkan meminjam barang orang dan mengaku barangan tersebut adalah barang anda.. anda boleh buat orang kagum dengan anda.. tapi ketahuilah anda apabila tembelang anda pecah.. mau diaorang gelak guling dengan sikap anda.. secara tidak langsung, anda tipu diri anda sendiri.. paling penting, jadilah diri anda sendiri tak perlu dibayangi oleh orang lain..





Monday, December 12, 2011

langsuir bertenggek di palung air

Salam to all my readers..
 Semalam saya saja - saja je bukak blog kawasan perumahan saya. Hasil carian saya mendapati ada cerita menarik untuk dikongsi bersama..
http://permatakaku.blogspot.com/2011/12/gemparlangsuir-bertenggek.html

    Selama dua tahun saya menetap di Kulim,saya  tak pernah lagi  dengar pasal cerita - cerita macam nih.. keesokan harinya saya ceritakan pada hubby.. hubby macam excited.. siap post dalam fb lagi blog tadi..
    alahai, nape lah kat area kawasan perumahan saya pulak 'dia' nak kacau.. mula - mula ketawa gak, boleh percaya ke? nak lalu kat area tu hati kata jangan cari nahas.. selama ini memang saya kerap menggunakan jalan situ, pernah jugak sampai pukul 2 - 3 pagi.. setakat ini tak pernah terserempak apa - apa.. Nampak gayanya kena lah lebih berhati - hati selepas ini..
    paling best, penjaga keselamatan di kawasan perumahan saya pulak dah bertambah anggota rondaan.. hehe.. takut jugak diaorang nih.. hehe..
    

Saturday, December 10, 2011

me & my bff

       Di kesempatan cuti sekolah ini, saya sempat berkunjung ke rumah kakak angkat saya, kak mala.. Hampir 2 tahun saya tidak bersua dengan kak mala.. kali ini disebabkan kak mala beriya- iya sangat, saya tidak sampai hati hendak menghampakan pelawaannya..

       Sampai saja di umah kak mala, kami seperti biasa, berborak sampai tak ingat dunia.. buat umah dia macam umah sendiri.. kak mala pun tak kisah sangat.. kak zan pulak sms kak mala, ajak saya sekali ke rumah dia.. sampai je kat umah kak zan, rupa- rupanya kak mek pun ada.. sempat berborak kejap sebab hajat di hati nak menyinggah umah kak mahizun.. tuan umah pulak tak ada..

    Kak mala sempat hadiahkan saya kain yang dibeli di vietnam.. terkejut gak saya.. kak mala mintak saya buat kain vietnam.. hmm.. kak mala bab berfesyen memang klass.. dia lah tukang rujuk aku kalau bab berfesyen.. sempat gak dia bercerita pasal trip dia kat vietnam.. jeles lak dengar.. kak mala memang tak boleh lupa saya.. best gi jalan - jalan dengan saya.. maklumlah stail kami gila - gila sikit.. sporting.. saya janji dengan kak mala, next trip aku akan ikut rombongan R10 nanti..insyaallah kalau panjang umur..


Wednesday, December 7, 2011

singgahan abadi buat nana

5hb Disember 2011.. tarikh yang tidak akan kami sekeluarga lupakan.. arwah nana ( panggilan untuk datuk sebelah mak ) telah menghembuskan nafas yang terakhir pada jam 9.25 mlm.. dapat tahu berita pun lambat, then, kelam kabut packing barang and balik penang.. malam tu memang saya tak dapat lelapkan mata..

   terkilan sungguh terkilan.. sampai saja kat kulim, rehat kejap maklumlah dah semalaman tidak dapat melelapkan mata.. sempat tidur 2 jam saja.. kelam kabut balik penang, dengan traffic jam lagi.. sampai - sampai je kat umah arwah nana.. semua dah lengang.. terus pergi tanah perkuburan kat Jalan Perak.. sampai - sampai kat sana, talkin sedang dibacakan.. abg anuar, suami kepada bu mimi sedar akan kehadiran saya, menyuruh saya pergi ke hadapan, nampak tanah perkuburan nana dengan kubur arwah nani di sebelah.. masa tu air mata tak dapat ditahan.. betapa saya terkilan tidak dapat menatap wajah nana untuk kali terakhir, cium nana pun tak sempat.. datang- datang semuanya dah selamat disempurnakan.. baru je tergerak untuk menjenguk nana, tahu - tahu nana dah tak ada.. 

   nana dikebumikan bersebelahan dengan kubur arwah nani.. selama arwah nani tak ada, nana lah yang kerap datang dan bersihkan kubur nani dan adik beradik nana.. nana seorang yang cukup simple.. suka menolong orang, tidak kedekut dengan wang ringgit, walaupun dia sendiri tak ada duit.. nana selalu pesan dekat anak - anak, harta tak penting, kalau mati  bukannya boleh bawak ke kubur pun.. saya kagum dengan semangat nana.. tapi apakan daya, saya redha dengan ketentuan Allah.. saya redha dengan pemergian nana.. nana dah terlalu menderita dengan sakitnya.. hampir 2 tahun arwah nana bertarung nyawa dengan sakit buah pinggangnya.. Allah lebih menyayanginya.. Al - Fatihah buat arwah nana..

    sebagai cucu arwah nana, saya dah buat apa yang patut seorang cucu patut buat, nana dah merasa duit gaji saya, saya  pernah jaga nana masa nana sakit.. masak untuk nana.. nana pun kata.. apa susah - susah lina, masak macam - macam.. Kalau bagi duit kat nana pun, dia teragak - agak untuk terima.. saya puas dapat berbakti untuk nana.. 

    nana, ampunilah dosa lina sejak lina dilahirkan hingga ke akhir hayat nana.. damai lah nana di sana.. lina tetap akan ingat dan rindukan nana.. Al - Fatihah buat nana tersayang.. :(

Monday, December 5, 2011

apabila nyawa menjadi taruhan

    hari sabtu lepas sempat gi melaka.. lama tak gi melaka.. anak - anak memang excited giler.. jalan - jalan cuma tengok tempat bersejarah dan beli ole- ole untuk diberi pada keluarga.. cuma kali ni nak cerita pasal kemalangan jalan raya.. selama saya menjadi lady driver, ni lah kali pertama tengok orang eksiden dan mangsa tersebut mati di tempat kejadian.. serius, scary giler..

   jam dah menunjukkan pukul 11.30 malam.. anak - anak pun diam sambil dengar alunan lagu - lagi di radio.. hubby pun berhentikan kereta apabila nampak isyarat merah.. tiba - tiba satu motor memecut laju, nyaris kemalangan.. hubby dah menjerit ingatkan eksiden.. eehh.. budak - budak ni tak sayang nyawa ke.. then, satu lagi motor memecut.. kali ni memang berlanggar dengan kereta yang nak membelok.. kereta tu perlahan je.. tapi dah memang budak tu bawak laju.. berdentum lah.. budak tu melambung, jatuh dan badan dalam keadaan berlipat dan berguling sebanyak 2 kali.. kami dalam kereta tergamam.. budak ni mati lah.. tak bergerak - gerak pun.. ramai yang tergamam.. hubby berhentikan kereta tengok keadaan budak malang tu.. darah keluar sampai ke jalan.. ngerinya.. hubby tak  jadi memberhentikan kereta sebab bawak anak - anak.. dalam kereta kami semua tak habis - habis bercakap pasal insiden tadi.. ngerinya Allah sahaja yang tahu.. kesian pada budak tu dan pemandu kereta.. terpikir lak pasal mak bapak budak ni.. kesiannya...


     then, hubby tersalah jalan, kami terpaksa lalu semula jalan tadi, kali ni ada lah kereta ambulans, bomba, pemandu kereta tadi mungkin buat report polis.. nampak badan budak tadi ditutup dengan kain putih.. angapan kami budak ni mungkin dah tak ada.. innalillahi wainna ilai hi rajiun..


anda bermakna untuk seseorang.. jangan biarkan dia menangis kerana pemergian anda..


   saya percaya budak malang ni memang tengah racing dengan kawan dia.. nasib dia saja yang terkena.. kalau bawak awek, tak ke naya.. sayang, kerana berlumba, nyawa melayang.. budak ni silapnya memecut ketika lampu isyarat berwarna merah.. satu kesalahan yang sukar untuk diterima.. kesian kat mak bapak budak ni.. dah lah kehilangan anak dalam keadaan yang tragis, kalau orang tanya meninggal sebab apa? sanggup ke jawab kerana merempit?.. dan mungkin yang pemandu kereta, trauma selepas kejadian ini.. saya percaya dia pemandu yang berhemah.. nak menghadapi kesulitan kerana orang lain.. kesiannya.. semoga Allah permudahkan lah urusannya kelak..

       sepanjang perjalanan, kami terjumpa dua lagi kemalangan.. tapi buat tak tahu je.. keesokan hari nya, berita melaporkan terdapat lagi dua kemalangan yang berakhir dengan kematian di melaka.. semuanya budak belasan tahun.. ya rabbi.. sayangi lah nyawa.. jangan kerana kawan, nyawa melayang dik..

Thursday, December 1, 2011

Melihat Kelip - Kelip Di Kampung Kuantan

salam semua..

    kebetulan cuti sekolah, hubby ajak ikut balik kl.. dalam perjalanan, terpaksa guna jalan lama sebab kesesakan trafik kat highway.. tiba - tiba je hubby ajak, jom kita tengok kelip - kelip nak tak.. bagai pucuk di cita, ulam mendatang.. setuju jerr.. Kg. Kuantan terletak kat Bestari Jaya ( dulu Batang Berjuntai ) cuma 45 minit je dari kl..

   jam menunjukkan pukul 10.30 malam.. ehh.. bukak lagi ke?? bukak lagi sampai pukul 11 malam.. dengan pantas kami bergerak.. nak kena naik sampan.. mula - mula susah hati lak.. maklumlah anak - anak saya masih kecil, mana lah tahu diaorang over lebih kot.. mau terbalik sampan tu.. tiket untuk naik sampan( maksimum 4 orang ) berharga rm 40.. mahal giler.. tengok kelip - kelip je.. bukannya kelip- kelip tu gi import.. tapi nak tengok punya pasal, naik sampan pun naik lah.. tension gak sebab tak dibenarkan guna kamera atau handphone untuk ambil gambar.. katanya takut kelip - kelip lari kalau nampak flash..


    mulut adriana macam bertih goreng.. tanya macam - macam.. mama, agak - agak sungai ni ada buaya tak? meremang bulu roma dengar dia kata macam tu.. tapi serius memang scary sikit.. tak lama lepas tu nampak lah pokok yang bersinar - sinar macam pokok krismas berhias pun ada.. cantik.. dengar khabar, hanya terdapat dua tempat saja di dunia yang ada pemandangan seumpama ini.. salah satunya di kampung kuantan.. kelip - kelip suka hinggap kat pokok berembang.. then, kami dibawa dekat dengan pokok berembang.. siap tangkap kelip- kelip lagi.. anak - anak punya lah happy.. seronok dengar gelak ketawa anak - anak.. azriq dengan adriana excited giler.. adelia lak macam takut - takut sikit.. tapi bila kelip - kelip jatuh dekat baju adelia, dia lak yang terlebih dos.. hehe..

  pada saya, sekali seumur hidup memang patut lah kita tengok kelip- kelip.. bukan senang tau nak tengok ribuan kelip - kelip hinggap kat satu pokok.. disebabkan tidak dibenarkan sama sekali snap gambar, saya hanya membuat sedikit carian google mengenai Kelip - kelip di Kampung Kuantan.. sila cek cekidaut ye..




        Peta Kuala Selangor..


jeti kampung Kuantan





macam ni lah kelip - kelip yang saya jumpa kat Kg Kuantan