WELCOME TO MY BLOG

Si Pelik yang jelik,
dream catcher
i hate backstabbers,
chocolates lover







Tuesday, December 11, 2012

kemana perginya kanak - kanak genius?

Salam to all my readers.. kebetulan masa kuliah baru - baru ni aku ada belajar tajuk kanak - kanak pintar cerdas dan multiple intelligent.. masa dalam kelas pensyarah aku ada bangkitkan isu - isu kanak - kanak genius ni.. sayangnya suatu ketika dulu, kanak - kanak ni mendapat perhatian lensa kamera.. semua rakyat jelata nak tahu pasal kanak - kanak genius ni.. tapi persoalannya, apa yang terjadi pada mereka? apa yang menyebabkan keadaan mereka sebegini? pelbagai persoalan menerpa di dalam mindaku.. jadi aku pun mengoogle lah kisah - kisah diaorang ni.. 


CEKIDAUT..


nur amalina
Nur Amalina Che Bakri adalah merupakan anak tunggal kepada pasangan Sabariah Hassan seorang guru dan bapanya Che Bakri seorang jurutera DBKL. Beliau mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan SPM 2004 dengan memperoleh 17A1. Beliau bercita-cita untuk menjadi pakar perbidanan dan sakit puan.
Selepas mendapat keputusan cemerlang itu, Amalina mendapat tajaan penuh dari Bank Negara untuk buat A-Level sebelum memasuki University Of Edinburgh, Scotland bagi melanjutkan pelajarannya dalam bidang perubatan
Tak lama kemudian tersebar di internet cerita dia gagal dalam peperiksaan dan sudah pun pulang ke Johor Bahru, Dan minggu ini kita dikejutkan dengan gambar yang dikatakan perubahan yang agak ketara (seksi) Nur Amalina Che Bakri. Mengejutkan, bila seorang yang dulunya dijadikan idola, kini hanyut dengan kebebasan di luar negara.
Gambar MOHD SHUKRI HADAFI genius
MOHD SHUKRI HADAFI
Dulu negara pernah dihadiahkan dengan seorang kanak-kanak genius yang sudah mampu membaca surat khabar di usia tiga tahun, bernama Mohd. Shukri Hadafi.
Kanak-kanak genius ini kemudiannya diambil berlakon oleh Jins Shamsuddin di dalam filemnya Menanti Hari Esok (1976/7) .
Prof. Diraja Ungku Aziz telah mengambil kanak-kanak genius itu sebagai anak angkat bagi membolehkannya mendapat perhatian dan pendidikan yang lebih rapi.
Bagaimanapun, beliau juga akhirnya melalui detik-detik hitam sepanjang menempuh alam remaja dan dewasa, tiba-tiba kita dikejutkan dengan berita pada akhir 90′an bahawa beliau bekerja sebagai penebar roti canai! Ada cerita yang memberitahu beliau menjual kelapa di Padang Terap, malah yang tidak enaknya ialah kisah beliau menjadi penagih dadah.

sufiah yusof
SUFIAH YUSOF
Kisah seorang lagi anak Malaysia yang genius yang gagal, Sufiah Yusof.
Anak kepada pasangan Halimahton dari Muar dan bapanya, Yusuf, berasal dari Pakistan, Sufiah Yusuf mencipta sejarahnya yang tersendiri apabila beliau diterima masuk ke pengajian di Universiti Oxford pada usia 13 tahun. Masa tu media penuh dengan berita kehebatannya..Apa yang dia makan?..Cara dia belajar?..Berapa jam Tido…semua tu dijadikan contoh kepada anak-anak pelajar sekolah masa tu.
Namun pada usia 15 tahun, Sufiah telah menghilangkan diri dari kampus hingga kemudiannya ditemui di Bournemouth, dan bekerja di sebuah hotel di sana.
Dia enggan pulang kepada keluarga, yang disifatkannya seperti hidup dalam neraka, Sufiah diletakkan di bawah jagaan sebuah pertubuhan sosial untuk kembali penyambung pengajian sarjananya di Oxford.
Hidup Sufiah terus tidak keruan, apabila perkahwinannya pada usia 19 tahun dengan Jonathan Marshall, runtuh hanya kira-kira setahun selepas diijabkabulkan.
Tidak lama kemudian, Bapanya pula ditangkap atas dakwaan mencabuli dua kanak-kanak berusia 15 tahun yang mengikuti kelas tusyen accelerated learing kendaliannya.
Dengan kebanyakan orang membayangkan Sufiah Yusuf bakal menjadi seorang genius atau sesuatu yang luar biasa sewaktu dia menjejakkan kaki ke Oxford, sebaliknya pula berlaku apabila Sufiah mencatatkan sesuatu yang lebih dahsyat apabila mencari nafkah dengan menjadi pekerja seks.
Sufiah mendapatkan wang dengan menjaja tubuhnya untuk memperoleh kira-kira RM828.99 untuk satu sesi perkhidmatan. Yang pasti di sebalik pendedahan itu, ia bagaikan halilintar kepada masyarakat Malaysia, lantaran berita yang tidak pernah terlintas itu akan berlaku.
gambar chiang ti ming
CHIANG TI MING
Tak banyak kisah mengenai Chiang Ti Ming yang menjadi pelajar termuda di California Institute of Technology (CalTech).
Chiang, ketika berumur 15 tahun pada masa itu, bukan sahaja pelajar termuda California Institute of Technology (CalTech). tetapi juga di kalangan “Top 5″ keputusan terbaik.
Antara kejayaannya, beliau menjadi pelajar termuda yang pernah menerima Anugerah “Undergraduate Students Merit Award” selama dua tahun berturut-turut di CalTech.
Kerana kepandaiannya yang luar biasa beliau kemudiannya melanjutkan dan berkelulusan doktor falsafah dalam fizik zarah di Cornell Universiti di New York.
Pada tahun 2002 dia telah dimasukkan ke HKL selepas dikatakan mengalami gejala-gejala kemurungan dan tekanan perasaan yang amat teruk. Dia kemudiannya meninggal pada 6 Januari 2007 di Seremban,

KISAH KEJAYAAN CHAN YAO BAN
Chan Yao-ban, seorang lagi anak kecil istimewa kelahiran Malaysia. Beliau kini adalah pemegang PhD termuda dari Universiti Melbourne. Pada usia 21 tahun, Chan Yao-ban telah menjadi salah seorang tenaga pengkaji penting di Universiti Melbourne, mengendalikan projek kajian metod statistik bagi mengenalpasti anomaliti protein di dalam otak untuk mendiagnos schizophrenia dan bipolar disorder.
Biar pun lahir di Malaysia, Chan Yao-ban telah dibesarkan di New Zealand. Beliau melalui proses home schooling oleh ibunya, seorang Mikrobiologist dan ayahnya, pengarah di sebuah syarikat industri makanan terkemuka, Heinz.
Chan Yao-ban akhirnya telah berjaya dan bakal memanfaatkan kelebihannya.Sejuk perut mak bapak dia.

ady putra
ADY PUTRA ABDUL GHANI
Teringat kembali kisah pelajar genius Malaysia, kira-kira 2 tahun lalu kita didedahkan tentang kemunculan seorang lagi pelajar genius Matematik yang berasal dari Bagan Serai, Perak. Ady Putra Abdul Ghani yang kini berusia 9 tahun mendapat perhatian luar biasa kerana kebolehannya menyelesaikan soalan matematik peringkat universiti.
Bagaimanapun, dia kini berdepan dengan dilema lantaran sistem pendidikan yang dikatakan kurang menyokong kemahirannya. Soalnya, apakah Ady Putra mampu mengubah kisah malang yang dilalui oleh Sufiah dan Shukri?
Yang pasti, seluruh rakyat Malaysia tidak putus-putus mendoakan agar Adi Putra mencapai impiannya bergelar profesor matematik Islam
Rakyat Malaysia mendoakan agar Ady Putra mencapai cita-citanya untuk menjadi pakar matematik Islam.



Thursday, December 6, 2012

jadilah ibu bapa yang prihatin

salam to all my readers..
      kali ni aku nak cerita pasal sesi bertemu waris kat sekolah aku.. kata orang mak bapak amik report card.. aku di minta untuk menggantikan rakan aku yang kebetulan pada hari tu ada exam.. why me??

     Dari pukul 8.30 pagi sampai lah pukul 1 petang non stop, parents datang jumpa aku .. total semua parents yang aku layan ialah seramai 39 orang.. fuhh!! ramai jugak, aku sendiri tak sempat makan dan minum.. Parents kelas yang aku handle tu alhamdulillah lah ok jugak.. ada yang sporting habis.. tapi jenuh jugak lah aku ni nak explain kat diaorang pasal sistem KSSR dan PBS. Among 39 parents aku kira adalah 35 parents yang tanya aku pasal sistem PBS. Apa tu band, kenapa anak diaorang dapat band 1.. Siap tanya lagi kenapa tak balik ke sistem lama.  Aku rasa kami cikgu - cikgi kat sini suka sangat sistem lama.. sistem baru ni alahai.. banyak keje dengan sistem online yang mengalahkan  siput.. Malah ada kalangan kawan - kawan aku yang bersengkang mata sampai 3-4 pagi semata - mata nak isi  kotak pentaksiran. Bayangkan satu kelas kalau ada 40 orang cuba kalikan dengan jumlah kelas. kalau cikgu tu mengajar 5 kelas. cuba kalikan 40 x 5 = 200. 200 orang untuk di isi sebulan. Kami wajib isi dari bulan Januari sampai lah bulan Oktober. 200 orang  x 10 bulan = 2000. tak buang masa ke tu?

   Ada jugak yang suara - suara sinis yang aku dengar luar daripada kawasan sekolah.. kalau cikgu tak suka habis lah anak diaorang.. Tak kan lah dari tahun 1 sampai tahun 6, cikgu tak suka pelajar tu.. kami cikgu - cikgu sering di ingatkan bila bagi band tu, kesian lah kat budak - budak korang, korang pun ada anak - anak. Kadang - kadang nak di ikutkan budak tu pun tak layak dapat band, kami tetap bagi band yang tinggi sikit dari yang sepatutnya sebab kesiankan budak.. lagi pun kami cikgu - cikgu ni pikir  diaorang nak carry band tu sampai tahun 6.

      Sistem pentaksiran dah dua tahun dilaksanakan. Aku tengok siap ada promo kat tv lagi pasal sistem pentaksiran. sedangkan awal - awal tahun sekolah dah beri taklimat mengenai sistem pentaksiran. Jadilah ibu bapa yang prihatin akan pembelajaran anak. Jangan alpa akan hal anak. Luangkan sedikit masa anda denga menyemak buku latihan anak anda. Kami di sekolah dah mencuba setakat mana yang mampu.. apa - apa pun terpulang pada ibu bapa untuk memantau perkembangan anak anda.. 
     
    

 


Sunday, November 18, 2012

buat sang penipu

salam to all my readers.. ( ada ke yg baca blog aku nih ) .. hehe.. 
kali ni nak bercerita mengenai ragam manusia nih.. actually dah 3 kali aku cuba post entri ini.. ada saja halangan .. macam tak bagi aku mengumpat je.. hehe.. kan dosa tu.. ekeke..

bulan lepas aku di duga dengan satu insiden.. masa ni lah aku cuba sabar kan diri aku dengan dugaan Allah ini.. masa tu aku cakap kat diri aku.. redha dengan ujian Allah pada ku ini.. penat memang penat.. tapi aku cukup tercabar dengan seorang minah ni yang cuba ambil kesempatan dengan keadaan yang melanda diri aku..

  kepada minah berkenaan, sudah - sudah lah hendak menipu orang.. tak berkat rezeki awak.. awak tu ustazah.. jangan fikir awak tu ustazah dan petah bercakap, awak boleh tipu orang.. aku tak nyanyuk ok.. bab - bab duit orang saya cukup jaga.. ramai orang percayakan aku bab - bab duit ni.. aku bukan kaki penipu.. kerana awak, aku dah hilang kepercayaan kat ustaz dan ustazah kat tempat keje aku.. patutlah penolong kanan bising dengan perangai awak.. cakap tak serupa bikin.. malang betul lah siapa yang dapat awak.. kalau betul salah aku, aku halalkan duit tu.. tapi kalau bukan salah aku, aku tuntut di akhirat nanti.. satu hari nanti aku percaya awak akan bertemu buku dan ruas..insyaallah..

aku beruntung di saat di duga ini, ramai insan - insan yang bagi sokongan moral kat aku.. aku terima banyak mesej menerusi fb dan whatsapp mintak sabar dan redha dengan dugaan yang berlaku.. aku ucapkan terima kasih pada mereka.. hanya Allah sahaja yang dapat membalas jasa - jasa mereka .. terima kasih kepada boss aku yang memahami aku dan terima kasih daun keladi kepada rakan - rakan seperjuangan aku yang sanggup mengganti masa mengajar aku.. aku hargai jasa kalian..

 buat anak didik ku, terima kasih kerana memahami cikgu korang ni.. walau pun korang kecil tapi cukup memahami keadaan cikgu ini.. cikgu mintak maaf kerana gagal melaksanakan janji cikgu kat korang.. insyaallah sekiranya cikgu berpeluang mengajar korang lagi, cikgu akan laksanakan janji cikgu.. insyaallah.. apa janji aku?? haha!! aku janji nak tunjuk gambar - gambar ikan yang aku ambil masa berkunjung di Akuaria.. ramai yang tak berpeluang nak pergi.. aku janji lepas habis silibus.. aku akan tunjuk kat diaorang gambar tersebut.. maybe one day..insyaallah..

Sunday, October 28, 2012

raya Aidiladha

salam aidiladha buat semua..
terima kasih sebab sudi menziarahi blog yang tak seberapa ini.. Cuma kali ni aku nak cerita sedikit pasal raya   aidiladha baru ni..
     raya kali ni special sikit sebab kiranya kami sekeluarga tak beraya langsung.. di saat - saat orang sibuk menyiapkan juadah, aku pulak sambut dengan perasaan berdebar - debar.. AS kena operate untuk masukkan skru dekat sendi jari yang patah. Tepat pukul 8 malam, AS aku mula jalani pembedahan.. aku datang kemudian sebab sibuk menguruskan anak - anak. Aku sampai di hospital dalam pukul 9 malam.. masa tu perasaan sedih pun ada.. Maklumlah selama kawin,  tak pernah  lagi jadi benda - benda macam ni.. tambah - tambah terharu masa kejadian tu, dia sibuk nak betulkan paip bocor umah aku.. bertambah - tambah lah terharu perasaan aku.. bila dengar takbir raya bertambah - tambah lah sebak di hati aku.. 
     AS tiba di wad dalam pukul 11.45 malam.. masa tu AS dalam keadaan separuh sedar.. pilu hati aku tengok keadaan dia.. AS panggil aku dan cakap sakit sangat masuk skru.. actually, dia cuba sedaya upaya tidak mahu menyusahkan aku.. even kalau nak bawak kereta, AS nak bawak jugak.. tapi aku yang tegah AS daripada memandu kereta.. aku sanggup jadi ladydriver untuknya.. 
    Sepanjang malam tu, aku sukar melelapkan mata.. staff nurse kerap masuk untuk beri suntikan dan ubat buat AS.. keesokan harinya, hari raya aidiladha.. anak - anak tetap pakai baju raya.. aku pulak cover tido malam.. kesian kat anak - anak aku.. bila petang baru lah aku berani bawak anak - anak aku melawat ayah diaorang.. Paling banyak tanya soalan, anak bongsu aku, Adelia.. macam - macam dia tanya ayah dia.. Sempat pulak berfoto gediks bersama AS.. then upload dalam fb.. bukan nak mintak simpati.. tapi ramai yang tak tahu apa jadi pada kami sekeluarga.. 
          Sesungguhnya aku redha akan ujian ini.. aku akan cuba sesuaikan keadaan.. aku sempat bagitau kat AS.. selagi aku terdaya dan sihat, aku akan jaga dia.. aku tak kisah nak kena ulang alik banyak kali.. aku berdoa padaNya agar diberi kekuatan dan ketabahan untuk aku teruskan kehidupan bersama orang yang aku sayangi... Aminn..
   

   Sebelum kawin aku janji padanya.. susah senang aku akan tempuh hidup bersama -samanya..  pic aku ngan AS.. dlm fb ramai kata aku mcm sakit.. actually aku tak pakai mekap masa ni.. baru je lepas solat.. malas nak touch up balik.. hehe.. 
   
    

Thursday, October 4, 2012

no more weekend wife

Hari ini merupakan hari terakhir untuk aku bergelar weekend house wife.. dah setahun aku pegang gelaran ini.. Hubby dah ambik keputusan untuk kembali ke Kulim.. satu keputusan yang tak pernah aku duga sama sekali.. selepas hubby ambik keputusan untuk berhijrah kembali ke kl, aku bertawakal kepada Allah.. aku akui aku cukup kecewa dengan keputusannya.. tak tahu nak mengadu kepada sesiapa...

Setiap kali selesai solat, aku akan berdoa supaya hubby kembali ke pangkuan kami sekeluarga.. setahun tanpa hubby, banyak mengajar hidup aku.. aku jadi seorang wanita yang berdikari.. dengan kekuatan yang Allah hadirkan dalam diri aku, aku gagahi jua kehidupan tanpanya.. Lama kelamaan aku dah biasa dengan kehidupan ini.. aku bebas mencorakkan keputusan aku dan warna kehidupan aku.. Walaubagaimana pun, aku masih berpijak di bumi yang nyata, sedar akan status aku sebagai wanita Islam dan isterinya.. aku sama sekali takkan lupakan perkara itu..

Bila hubby menyatakan hasrat untuk kembali ke Kulim, aku antara yang menentang hasratnya.. aku minta hubby berfikir panjang.. aku tak boleh pentingkan diri sendiri.. yang penting, hubby enjoy dengan kerjayanya di sana.. Mungkin rezekinya di sini.. aku redha akan keputusannya.. Keputusannya bukanlah sesuatu yang mengembirakan aku walaupun sepatutnya aku lah manusia yang paling bahagia dengan keputusannya.." Fikir positif Lina" kata hatiku.. Tidak ada soal kalah dan menang dalam hal ini.. Bagi aku, keputusannya adalah demi kebahagiaan anak - anak..

   Buat hubbyku.. terima kasih di atas pengorbanan mu ini.. Insyaallah pahit akan manis jua akhirnya.. Doakan kami bahagia sentiasa.. Ameen..



Wednesday, September 26, 2012

open house

salam semua..
lama tak update cerita baru.. ( perasan mcm artis pulak.. hehe!!) kali ni lina nak bahasakan diri lina sebagai 'aku' ok dak? rasa2nya kalau sebut nama macam skema lak.. haha!!

        saja nak kongsi sikit pengalaman aku buat open house.. masa bulan puasa baru - baru ni.. hubby macam bagi signal nak buat open house.. aku dah tarik muka masam dah.. fobia.. keje berat beb.. nak buat open house merangkap birthday Adelia.. bagitau je kat Adelia, dia excited lebih.. dua minggu sebelum open house aku dah mula buat preparation.. buat list apa yang nak masak, barang yang nak kena beli, jadual apa yang nak kena buat.. pelan - pelan aku beli barang - barang sedikit demi sedikit.. 3 hari sebelum open house, aku dah mula kelam kabut.. aku beruntung mak sanggup tolong aku.. mak lah tolong kemaskan rumah aku.. aku pulak mula keluarkan pinggan mangkuk yang nak dipakai masa hari tu.. sehari sebelum open house memang kelam kabut.. hubby turut masuk dapur menolong aku.. hubby, Adriana dan Azriq tolong aku siapkan bergedil.. haha!! habislah sakit perut tetamu aku lepas nie.. 

     16hb September 2012.. hari yang ku nanti - nantikan.. first time aku buat open house di rumah aku yang serba kekurangan ini.. Pagi - pagi lagi aku bangun siapkan kuah kacang, sup soto, goreng ayam, bergedil dan panaskan semua lauk..  first time aku masak soto.. sapa - sapa yang datang umah aku pada hari ni diaorang akan dapat merasa soto ayam, bihun sup utara, lemang, rendang dan kuah kacang.. 100% hasil air tangan aku. mak kata, aku ni suka amik cabaran.. aku sebenarnya takut.. gementar.. macam masuk pertandingan masterchef pulak.. hehe!!

    Tetamu pertama aku tiba, aku belum mandi lagi.. hehe!! kredit diberikan kepada aku.. alhamdulillah.. lepas je pakcik aku balik, terus rumah kami dikunjungi tetamu bertali arus.. syukur alhamdulillah.. kawan aku tak ramai yang datang, maklumlah cuti 3 hari ini dimanfaatkan sepenuhnya oleh kawan -kawanku untuk pulang ke kampung halaman masing - masing.. Nak dekat maghrib baru lah kami sekeluarga sempat memotong kek harijadi Adelia.. Adelia tersenyum sipu.. malu - malu.. Masa tu happynya kami sekeluarga.. rasa bahagia sangat, punya keluarga yang lengkap.. orang yang aku sayang ada disekeliling aku.. sama - sama menolong aku.. Ya Allah terima kasih di atas anugerah ini..

Lepas saja acara memotong kek, aku mula kelam kabut panaskan lauk..  Dalam pukul 8 malam, rumah aku mula dikunjungi tetamu sampai di luar rumah.. habis saja tetamu balik, mata aku mula kuyu.. letih sangat - sangat.. kemas lauk pauk, masuk dalam peti ais.. basuh kaserol dan sudu.. Letak saja kepala kat bantal.. aku terus dibuai mimpi nan indah.. 

   Keesokan hari, mulalah operasi mengemas rumah.. semuanya bergotong royong.. Hubby dah bagi hint macam nak buat lagi tahun depan.. mak tak tau lah menu apa pulak nak masak.. menu soto tak berapa jalan.. orang kedah tak berapa minat soto.. tapi bihun sup utara aku licin.. lepas ni aku tak boleh masak soto lah.. masak bihun sup utara saja.. hehe!!!   apa - apa pun memang puas hati lah bagi kawan - kawan dan sedara makan - makan.. Lauk yang selebihnya aku bawak ke sekolah keesokan harinya jamu kat kawan - kawan.. 
 

Tuesday, September 11, 2012

A D E L I A N A F I S A

Salam to my readers.. Alhamdulillah pada hari ni genaplah 4 tahun umur anak bongsu Lina.. Rasa cepat sangat Adelia membesar.. Tak puas tengok Adelia masa kecik.. Tahu - tahu dah besar depan mata.. Luv u so much ya.. 

Nak kongsi sedikit pasal detik - detik kehadiran Adelia dalam hidup Lina dan AS.. Adelia Nafisa binti Nor Azwan lahir pada 11 September 2008 pada pukul 10.15 malam.. Pada pagi - pagi 11 September 2008 tu, Lina ada appointment doctor.. Dalam hati memang Lina jangkakan Lina akan bersalin pada hari ini.. Pagi tu doktor check denyutan jantung baby.. Then, doktor kata dalam bacaan denyutan jantung baby, ada bacaan contraction.. " Awak mungkin bersalin malam ni.. awak dah ada contraction sikit.. Maybe awak tak rasa lagi ".. Serius masa tu memang tak rasa contraction.. 3 jam lepas tu baru lah rasa.. Masa tu cool down lagi.. Siap sms kawan - kawan tapi tak cakap tengah sakit..

 Dekat Maghrib, ( masa tu 11 hari umat Islam berpuasa ) Lina siap pesan dekat hubby, belikan nasi berempah & air tebu.. Hubby ketawa bila dengar Lina nak minum air tebu.. Lepas Isyak, Lina cakap nak pergi hospital sebab contraction makin kuat.. Untuk pengetahuan semua pembaca, selama bersalin 3 orang anak, Lina tak berpeluang rasa air ketuban pecah.. Semuanya doktor tolong pecahkan.. Cuma Lina tahu Lina nak bersalin, hanyalah tanda - tanda sakit nak bersalin.. 

Sampai saje kat hospital, staf - staf sambut dengan wheel chair.. Then ada sedikit soal jawab dengan petugas  - petugas hospital.. Doktor sempat check dah terbuka 6cm.. Masa tu pukul 9.45 malam.. Lina minta ubat tahan sakit sebab memang Lina bukan spesis boleh tahan sakit punya orang.. Lepas je inject Lina dah start menangis.. sebab tak tahan sakit.. Selalunya dah dekat- dekat 8 cm baru lah Lina start menangis, sebab tak tahan sangat.. Masa tu rasa kerdil badan dengan sakit yang ditanggung.. Hubby masuk untuk temankan Lina bersalin.. Then, Lina rasa sakit yang amat.. Nurse cakap ni contraction.. Tapi Lina rasa baby nak keluar sangat - sangat. Bila Lina start meneran, nurse tengok, dah nampak kepala baby.. Terus nurse panggil doktor, dan teruskan prosedur - prosedur untuk bersalin.. Dengan sekali teran, baby keluar dengan selamatnya.. Adelia tak seberat kakak dan abangnya.. Sepanjang sejam dua selepas bersalin, Lina ada dengar suara suara baby.. rupa - rupanya itulah suara Adelia.. Hubby datang dengar wajahnya cukup ceria.. Dia sempat 3g mak Lina dekat Penang bagi Adriana tengok dulu...

   Lina dibawa berehat ke wad dengan wheel chair, Lina mintak tolong dekat nurse nak tengok Adelia kejap.. Masa mula - mula pandang Adelia.. sayu sungguh rasanya, lain sekali denga pertama kali Lina tengok wajah Adriana dan Azriq... Air mata mula bergenang.. Lina cium Adelia perlahan - lahan.. Rasa tak percaya dia lah anak yang Lina kandung selama ni.. 

   Adelia lebih gemar didukung, letak saja sure start menangis.. Jenuhlah Lina dengan hubby asyik berdukung saja.. Menjaga Adelia memang lah rumit sedikit.. Sepanjang 2 minggu berpantang sendiri, Lina cukup beruntung, adik Lina, Hani banyak tolong Lina.. Dialah yang susah payah siapkan makanan Lina, bagi mandi Adelia.. Memang jasa dia banyak dekat Lina.. Paling terharu, masa baru bersalin Adriana, masa tu Lina teruk sangat, darah banyak keluar, dialah tukang basuh modes Lina .. Kadang - kadang Lina tertanya, mampukah Lina balas budi baik Hani bila dia bersalin nanti? Adelia dilayan oleh Hani macam anak sendiri.. Adelia lebih rapat dengan Hani jika dibandingkan dengan mama dia sendiri.. 

Adelia banyak mewarisi perangai Lina, haha!! Kaki melaram.. nak pakai baju cantik saja.. Suka dengan handbag dan pen.. Adelia lebih petah dan banyak cakap jika dibandingkan dengan kakak dan abangnya.. Dan yang paling istimewa sekali, dia banyak mewarisi keturunan sebelah nenek Lina.. Ala- ala turki.. lahir sahaja Adelia, kami sekeluarga dilimpah rezeki  yang tak pernah kami sangkakan.. syukur alhamdulillah..

  Adelia tidak membesar ditangan Lina.. Walaupun kami tidak rapat.. Tapi Adelia tahu, Lina mama nya.. dan tahu AS tu ayahnya.. Insyaallah Lina akan bawak balik Adelia dengan kami sekeluarga pada bulan Disember nanti.. Insyaallah.. 

  Doa Lina semoga suatu hari nanti, kami sekeluarga dapat bersama semula.. Lina berdoa agar Adelia dan hubby kembali ke pangkuan kami sekeluarga... Insyaallah.. Buat Adelia.. Selamat Hari Lahir sayang mama.. Semoga jadi anak yg solehah, rajin mendirikan solat, takut pada Allah, panjang umur, murah rezeki dan mama sentiasa doakan yang terbaik buat anak - anak mama.. mama sayang ya sangat2.. miss u always sayang mama.. I shayang u..



Friday, August 31, 2012

Nostalgia Raya

Salam to all my readers..
    Baru lah Lina ada kelapangan nak update cerita baru.. Kali ni Lina nak cerita pasal raya.. cerita x basi kan?? hik3

    Alhamdulillah, Allah panjangkan umur Lina dan insan - insan disekeliling Lina untuk menyambut Syawal kali ni.. syukur pada Allah... Sejak tahun lepas, kami sekeluarga akan beraya di Kulim dulu, lepas tu baru lah berangkat ke Penang.. Sampai saja kat umah mak, Lina dah mula buat kerja - kerja menyiapkan juadah untuk tetamu - tetamu datang beraya.. Memandangkan mak tak berapa sihat, Lina sebagai anak sulung, terpaksa lah memikul tanggungjawab sebagai tuan rumah.. 

     Tahun ni raya tak lah semeriah mana, arwah nana ( datuk sebelah mak ) dah tak ada, rasa sunyi saja.. masa ni lah Lina rindu sangat - sangat dekat arwah Nani dan Nana..  Dulu masa Lina duduk KL lagi lah teruk.. pantang dengar lagu Air Mata Syawal ( Siti Nurhaliza ) mesti berjurai air mata.. Bila dengar takbir raya, mesti nangis sorang - sorang masa tu lah teringat kat mak bapak, teringat kat nani & nana, teringat kat adik beradik yg lain.. Tuhan saja yang tahu perasaan masa tu.. huk3

    Bila tengok anak - anak main bunga api, mesti teringat zaman kanak - kanak Lina.. rindu giler umah kat Taiping.. bila malam, mak ngan Auntie Rani sibuk siapkan juadah untuk raya, Lina dengan adik - adik sibuk main bunga api.. Lepas main, kami semua buat macam panggung wayang, kat hall atas.. malam raya lah selalunya banyak tayangan tv yang best2..

    Bila pagi raya, beraya ngan mak bapak, then jalan - jalan gi umah jiran.. petang baru balik umah sebab  kawan - kawan bapak akan datang.. masa ni lah dapat duit raya banyak - banyak.. hehe.. sekarang, turn Lina pulak bagi duit raya..

    Lina percaya setiap orang ada nostalgia dia sendiri.. Raya tahun ni tak semeriah mana kalau nak dibandingkan dengan dulu, tapi untungnya raya kali ni hubungan dengan sedara yang lain makin erat.. alhamdulillah.. Kat bawah ni, Lina just nak share beberapa pic Lina ngan family, tak perlu bercerita panjang, pic tells u more than words.. kan?? layan..


azriq main mercun


family potrait











    finally we met.. with my cinta muka buku.. kakak angkat dlm fb, kak Zai.



Thursday, August 16, 2012

Bebankah Menjadi Wanita Islam?



Ada kaum wanita berkata“susah menjadi wanita ISLAM”. Lihat saja peraturan dibawah ini :

1-Wanita auratnya lebih susah dijaga dibanding lelaki.

2-Wanita perlu meminta izin dari suaminya apabila mahu keluar rumah tetapi tidak sebaliknya.

3-Wanita menerima pusaka atau warisan kurang dari lelaki.

4-Wanita harus menghadapi kesusahan mengandung dan melahirkan anak.

5-Wanita wajib taat kepada suaminya tetapi suami tak perlu taat pada isterinya.

6-Talak ada di tangan suami dan bukan isteri.

7-Wanita kurang beribadah kerana masalah haid dan nifas yang tidak dialami lelaki.




PERNAHKAH KITA BERFIKIR SEBALIKNYA…?
Aurat serta perhiasan wanita adalah suatu yang sangat mahal dan berharga…maknanya..Benda yang mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan di tempat yang selamat dan terbaik. Sudah pasti intan permata tidak akan dibiarkan berselerak, bukan? Itulah bandingannya antara seorang muslimah dengan perempuan jalanan.

Satu:
Wanita perlu taat kepada suami, tetapi lelaki pun wajib taat kepada ibunya 3 kali lebih utama dari bapanya. Bukankah ibu adalah seorang wanita?

Dua:
Wanita menerima pusaka atau warisan kurang dari lelaki tetapi harta itu menjadi milik peribadinya dan tidak perlu diserahkan kepada suaminya.Manakala lelaki menerima pusaka atau warisan, ia akan menggunakan hartanya untuk isteri dan anak-anaknya.

Tiga:
Wanita perlu bersusah payah mengandung dan melahirkan anak, tetapi setiap saat dia didoakan oleh segala makhluk, malaikat, dan seluruh makhluk Allah di muka bumi ini, dan matinya jika saat melahirkan adalah syahid.

Empat:
Di akhirat kelak, seorang lelaki akan mempertanggungjawabkan 4 wanita ini:Isterinya, ibunya, anak perempuannya, dan saudara
perempuannya.

Lima:
Seorang wanita pula, tanggung jawab terhadapnya ditanggung oleh 4 orang lelaki ini: Suaminya, ayahnya, anak lelakinya dan saudara, lelakinya.

Enam:
Seorang wanita boleh memasuki pintu syurga melalui pintu mana pun yang disukainya cukup dengan 4 syarat saja : Solat 5 waktu, puasa di bulan Ramadhan, taat pada suaminya dan menjaga kehormatannya.

Tujuh:
Seorang lelaki perlu berjihad fisabilillah tetapi wanita jika taat pada suaminya serta menunaikan tanggungjawabnya kepada ALLAH, ia akan turut menerima pahala seperti pahala orang pergi berperang fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata.

MasyaAllah…demikian sayangnya Allah pada wanita, kan?Bagaimana……?
Masih merasa tidak adil?masih tak nak jaga aurat??
Sedarilah insan istimewa yang bernama wanita,bahawa kelembutan bukan kelemahan,bukan jua penghinaan dari Tuhan,bahkan sebagai hiasan kecantikan,Allah Maha Adil.

Wednesday, August 15, 2012

Al-Fatihah buat anak didikku..

Salam semua..
Baru - baru ini lina baru je kehilangan salah seorang anak didik lina, arwah Syamil Adry.. arwah kini dah tingkatan 3.. lina mengajar arwah masa arwah darjah 1.. dah besar anak didik lina.. arwah meninggal kerana sakit asma..

  Mula - mula lina tak perasan akan berita kematian arwah.. tapi bila rata- rata kawan - kawan lina dari R10 mula letak status takziah kepada adik arwah, barulah lina perasan.. masa tu terpikirlah macamana perasaan ibu bapa arwah yang kehilangan arwah, tambah- tambahan pula nak dekat raya.. sayu hibanya perasaan ni.. Paling terharu, ibu arwah meminta kami cikgu2 arwah, mintak dimaafkan segala kesalahan  arwah dan mintak kami halalkan ilmu yang diajarkan kepada  arwah.. sayunya bila baca status facebook arwah.. 

Arwah, sepanjang ingatan lina, memang budak yang baik, dan cerdik.. begitu jugaklah dengan adik arwah, arleen nazira.. memang ibu awah bijak mengajar anak - anak beliau.. 

Buat arwah, teacher mintak maaf sekiranya selama teacher mengajar Syamil, teacher terkasar bahasa, teacher halalkan segala ilmu yang diajar.. semoga syamil ditempatkan dikalangan orang yang diredhai oleh Allah.. semoga syurga menantimu nak.. hanya sekalung doa yang mampu teacher hadiahkan buat Syamil.. Al- Fatihah... ( mohon kepada pembaca yang membaca nukilan ini, agar dapat sedekahkan Al- Fatihah buat arwah Syamil Adry .. tq semoga anda diberkati oleh Allah sentiasa.. ameen)

Friday, July 27, 2012

Kenapa Jasad Firaun Terpelihara Sehingga Kini?


Jasad Firaun


Saintis Perancis Memeluk Islam Setelah Mengkaji Penemuan Mayat Firaun Pada pertengahan tahun 1975.

Presiden Perancis menawarkan kerajaan Mesir bantuan untuk meneliti, mempelajari dan menganalisis mumia Firaun, Ramsess II yang sangat terkenal. Firaun yang dikatakan hidup di zaman Nabi Musa yang akhirnya mati tenggelam dalam Laut Merah ketika mengejar Musa dan para pengikut baginda yang melarikan diri daripada kekejamannya. Mesir menyambut baik tawaran itu dan membenarkan mumia itu diterbangkan ke Paris.
Malah ketika sampai di sana kedatangan mumia itu disambut dengan pesta dan keramaian. Ini termasuklah apabila Mitterand dan para pemimpin Perancis yang lain tunduk hormat ketika mumia itu dibawa lalu di hadapan mereka. Mumia itu kemudiannya diletakkan di ruang khas di Pusat Arkeologi Perancis. Di situ ia bakal diperiksa sekali gus membongkar rahsianya oleh para pakar, doktor bedah dan autopsi Perancis yang dipimpin oleh doktor yang sangat terkenal, Prof. Dr. Maurice Bucaille.
Bucaille seorang pakar bedah kenamaan Perancis yang dilahirkan di Pont-L’Eveque pada 19 Julai 1920. Memulakan kerjaya di bidang perubatan am dan pada tahun 1945 beliau diiktiraf sebagai pakar di bidang gastroentorologi. Ramai kerabat diraja dan keluarga pemimpin dunia menggunakan khidmat Dr. Bucaille, termasuk Raja Faisal Arab Saudi dan pemimpin Mesir, Anwar Sadat. Lalu kesempatan beliau untuk membedah dan menyiasat mumia Firaun, mengerah seluruh tenaga dan mindanya untuk menguak misteri di sebalik penyebab kematian raja Mesir kuno itu.
Ternyata, hasilnya sangat mengejutkan. Dr. Bucaille menemukan sisa-sisa garam yang masih melekat pada jasad mumia tersebut sebagai bukti terbesar bahawa Firaun itu mati akibat tenggelam di dalam laut. Iaitu jasadnya segera dikeluarkan dari laut, ‘dirawat’ segera dan dijadikan mumia supaya jasad itu kekal awet.
Namun penemuan itu menimbulkan persoalan yang sangat besar kepada Dr. Bucaille. Bagaimana jasad tersebut masih dalam keadaan sangat baik berbanding jasad-jasad yang lazimnya tenggelam dan dikeluarkan daripada laut? Lalu beliau menyiapkan sebuah laporan akhir yang diyakininya sebagai penemuan baru, iaitu proses menyelamatkan mayat Firaun dari laut dan kaedah pengawetannya.
Laporan tersebut diterbitkan dengan tajuk; Mumia Firaun: Sebuah Penelitian Perubatan Moden (judul asalnya; Les Momies Des Pharaons Et La Midecine). Ekoran penerbitan laporan itu, Dr Bucaille dianugerah penghargaan tertinggi kerajaan iaitu Le Prix Diane Potier-Boes (Penghargaan Dalam Sejarah) oleh Academie Frantaise dan anugerah Prix General daripada Academie Nationale De Medicine, Perancis. KISAH FIRAUN DI DALAM AL QURAN.
Namun seorang rakan sempat membisikkan kepada Dr. Bucaille bahawa penemuan ini sebenarnya bukan sesuatu yang baru. “Jangan tergesa-gesa kerana sesungguhnya umat Islam telah berbicara mengenai peristiwa Firaun yang mati lemas dan mayatnya dipelihara sehingga hari ini!” Namun kata-kata itu ditentang keras oleh Dr. Bucaille kerana beliau menganggap sangat mustahil. Baginya membongkar sesebuah misteri yang lama tidak mungkin dapat diketahui kecuali dengan perkembangan teknologi moden, peralatan dan makmal canggih yang mutakhir dan tepat.
Dr. Bucaille menjadi serba salah dan bingung apabila diberitahu bahawa al-Quran yang diyakini dan dipercayai oleh umat Islam telahpun meriwayatkan kisah tenggelamnya Firaun dan kemudian mayatnya diselamatkan.
Beliau semakin tertanya-tanya, bagaimana perkara seperti itu dapat diterima oleh akal kerana mumia itu baru sahaja ditemui sekitar tahun 1898. Sedangkan al-Quran telah ada di tangan umat Islam sejak ribuan tahun sebelumnya. Sambil mata tidak lepas memandang mumia Firauan yang terbujur di hadapannya, Dr. Bucaille terus tertanya-tanya bagaimana al-Quran dapat membicarakan kisah Firaun yang jasadnya diselamatkan dari hancur sejak ribuan tahun lalu. “Apakah masuk akal di hadapanku ini adalah Firaun yang cuba menangkap Musa (Nabi)? Apakah masuk akal Muhammad (Nabi) mengetahui hal sejarah ini? Pada hal kejadian Musa dikejar Firaun telah berlaku sebelum al-Quran diturunkan,” bicara hatinya sendirian.
Lalu beliau mendapatkan kitab Injil yang di dalamnya hanya membicarakan Firaun yang tenggelam di tengah laut saat mengejar Nabi Musa tetapi tidak diceritakan mengenai mayat Firaun. Sementara dalam Kitab Perjanjian Lama (Injil Lama) pula yang diceritakan dalam kitab itu hanyalah: “Air (laut) pun kembali seperti sebuah lautan yang berombak dan beralun, menenggelamkan kereta-kereta (chariot) kuda, pasukan berkuda dan seluruh bala tentera Firaun tanpa ada seorang pun yang berjaya menyelamatkan diri. Tetapi anak-anak Israel dapat menyelamatkan diri atas daratan kering di tengah-tengah laut itu”. (Exodus 14:28 dan Psalm 136:15) Dr. Bucaille sangat terkejut kerana tidak ada disebut langsung mengenai apa yang terjadi seterusnya kepada mayat Firaun selepas tenggelam itu. Ini menjadikan beliau semakin kebingungan.
Apabila mumia dikembalikan semula ke Mesir, Dr. Bucaille terus mendapatkan kepastian mengenai mumia itu. Lalu beliau memutuskan untuk bertemu dengan para ilmuwan Islam mengenai sejarah Nabi Musa, kekejaman Firaun sehinggalah Bani Israel meninggalkan Mesir dan dikejar Firaun dengan seluruh bala tentera di belakang mereka. Maka salah seorang mereka terus bangun dan membaca ayat al-Quran berhubung sejarah tersebut untuk Dr. Bucaille mendengarkannya sendiri:
“Maka pada hari ini Kami selamatkan badan kamu supaya kamu dapat menjadi pelajaran bagi orang-orang yang datang sesudah kamu dan sesungguhnya kebanyakan manusia lengah dari tanda-tanda kekuasaan Kami.” (Yunus: 92)
Apabila mendengar ayat ini, hati Dr. Bucaille benar-benar tersentuh. Beliau akhirnya mengakui kebenaran ayat itu kerana ia dapat diterima akal dan memberikan satu inspirasi serta dorongan kepada sains untuk maju meneroka lebih jauh lagi.
Lalu dengan hati yang begitu bergetaran dalam menahan sebak dan keharuan, beliau pun bangun dan dengan suara yang lantang berkata: “Sesungguhnya aku masuk Islam dan beriman dengan al-Quran ini.” Tidak sekadar beliau mengakui kebenaran dan memeluk Islam tetapi beliau kemudiannya pulang ke Perancis dengan menggali seluruh isi al-Quran. Akhirnya beliau berjaya menerbitkan buku yang sangat mengejutkan seluruh dunia dan sehingga kini telah diterjemahkan dalam pelbagai bahasa pada tahun 1976, iaitu The Bible, the Qur’an, and Science : The Holy Scriptures Examined in the Light of Modern Knowledge.
Melalui buku ini, Dr. Bucaille yang kemudiannya dikenali sebagai Dr. Yahya Maurice Bucaille berjaya membuktikan bahawa al-Quran adalah selari dengan fakta-fakta sains sementara kitab Injil adalah sebaliknya. “Sains dan Islam umpama saudara kembar yang tidak boleh berpisah. Ini kerana dalam Injil terdapat pelbagai kesilapan dari aspek saintifik tetapi tiada sedikitpun kesilapan seperti itu ada dalam al-Quran. “Al-Quran yang di dalamnya diceritakan segala penjelasan mengenai fenomena alam semula jadi yang sangat bertepatan dengan sains moden,” katanya. Beliau memberikan kesimpulan bahawa tidak syak lagi al-Quran benar-benar kalam Allah.

Tuesday, June 12, 2012

Makhluk Sebelum Nabi Adam a.s

salam to all my readers.. Kebetulan lina sedang menyiapkan tugasan yang bertajuk 'Manusia Menurut Islam'. Hasil kajian lina, lina terjumpa dengan artikel ni.. so lina copy paste je lah ye.. semoga kita sama - sama mendapat manfaat.. Insyaallah..


kpd pembaca sekalian..tajuk kali ini agak berat dan sukar hendak diterima akal..anda diminta membuka minda dan melapangkan fikiran..
Isi dibawah adlah satu teori dan adalah terpulang kpd pemikiran akal saudara2 sendiri samada utk mempercayai atau tidak..

Orang Islam, Yahudi dan Nasrani percaya bahawa Adam a.s. adalah bapa mereka semua, ertinya Adam a.s. dan Siti Hawa adalah nenek moyang semua manusia yang hidup zaman berzaman. Mereka adalah ‘manusia’ pertama yang diturunkan ke bumi.’Manusia’ itu setakat yang saya fahami adalah makhluk berakal keturunan Adam a.s. bermula dari Adam a.s. (dalam konteks planet bumi) yang diajarkan berkata-kata, menulis dan membaca oleh Allah s.w.t. Akal yang ada pada manusia di planet bumi ini mampu memahami semua ini, dan ia digunakan untuk mengkaji serta menyelesaikan masalah dan menghasilkan teknologi. Allah telah mensyariatkan Islam kepada manusia bermula dari Adam a.s.

Sebelum saya paparkan pada anda artikel yang ditulis, ada baiknya saya sertakan di sini mafhum firman Allah yang menyentuh kisah kejadian Adam a.s. Saya harap anda dapat meneliti ayat-ayat ini untuk memahami mengapa dikatakan bahawa tidak mustahil ada humanoid di bumi ini sebelum Adam a.s. ‘diturunkan’ dan mungkin humanoid itu suka berperang dan bertumpah darah.
Walau apa pun, saya harap anda semua dapat menerima catatan nation_kingdom sebagai ‘pembuka fikiran’ kita semua dan sebagai penggalak agar bijak pandai Islam mengkaji dengan lebih serius untuk memecahkan persoalan ‘manusia’ sebelum Adam. Namun satu perkara sudah jelas: Kita semua adalah dari keturunan Adam a.s. dan Adam a.s. bukan berasal dari beruk sebagaimana pendapat Darwin, para pengikutnya serta pendokong Neo-Darwinism. Pada pendapat saya, Adam a.s. dan keturunannya tiada pertalian darah langsung dengan ‘humanoid’ sebelum Adam a.s. Adam dijadikan khalifah (pemimpin atau pengganti) kepada sesiapa yang pernah menghuni dan menguasai planet bumi sebelum itu.
‘Dialah (Allah) yang menjadikan untuk kamu segala yang ada di bumi, kemudian Dia menuju dengan kehendakNya ke arah (bahan-bahan) langit, lalu dijadikannya tujuh langit dengan sempurna dan Dia Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu. Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada malaikat: Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi. Mereka bertanya (tentang hikmat ketetapan Tuhan itu dengan berkata): Adakah Engkau (Ya Tuhan kami) hendak menjadikan di bumi itu orang yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah (berbunuh-bunuhan), padahal kami sentiasa bertasbih dengan memujiMu dan mensucikanMu?. Tuhan berfirman: Sesungguhnya Aku mengetahui akan apa yang kamu tidak mengetahuinya’. (Surah Al-Baqarah 2: Ayat 29-30).
Sebagai umat Islam, adalah menjadi rukun kepada kita untuk mempercayai bahawa moyang kita yang pertama adalah Nabi Adam A.S. dan isterinya Siti Hawa. Namun timbul keraguan kepada saya yang jahil ini; adakah benar Adam itu adalah manusia pertama yang berjalan di muka bumi ini. Persoalan ini timbul adalah berdasarkan pengamatan saya selama 9 tahun yang menjurus kepada penemuan akan beberapa klu-klu penting. Adalah ditegaskan tegaskan di sini bahawa saya sama sekali tidak menafikan bahawa salasilah sekalian manusia yang ada di dunia ini bermula daripada seorang manusia sempurna bernama Adam A.S. Selain agama Islam, ia juga adalah pegangan penganut agama Kristian dan Yahudi.
Dalam artikel ini, saya mengistilahkan manusia awal yakni sebelum Nabi Adam diturunkan ke dunia sebagai humanoid demi untuk mengelakkan sebarang kontroversi yang mungkin timbul berikutan pegangan kita sekarang bahawa tiada manusia sebelum Adam. Saya juga bukanlah ahli di dalam lapangan ketamadunan manusia; mahupun pakar kitab. Namun saya dengan sedaya-upaya cuba menyampaikan pemikiran saya melalui susunan kata-kata di dalam artikel ini supaya mudah diterima orang kerana saya percaya sudah tentu ada orang yang yang amat berminat dengan paradigma baru ini; terutama individu yang sering diburu persoalan-persoalan akan sejarah kehidupan manusia yang mengelirukan.
Sepanjang kajian dan pengamatan saya, terdapat empat klu utama yang mendorong saya untuk mempercayai bahawa terdapat humanoid-humanoid yang wujud lama sebelum Nabi Adam A.S. dan Siti Hawa diturunkan ke bumi.
Klu 1: Ketandusan Ilmu Manusia Awal
Sebagai seorang nabi sudah tentunya Allah Taala mengurniakan kapadanya ilmu yang selayaknya bagi seorang manusia untuk menjalankan tigasnya sebagai khalifah di muka bumi. Fakta ini telahpun termaktub di dalam Surah al-Baqarah, ayat 31-33 yang bermaksud;
Dan Ia telah mengajarkan Nabi Adam, akan segala nama benda-benda dan gunanya, kemudian ditunjukkannya kepada malaikat lalu Ia berfirman; ‘Terangkanlah kepada-Ku nama benda-benda ini semuanya, jika kamu golongan yang benar’. Malaikat itu menjawab; ‘Maha Suci Engkau (ya Allah)! Kami tidak mempunyai pengetahuan selain apa yang Engkau ajarkan kepada kami; sesungguhnya Engkau jualah Yang Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana’. Allah berfirman; Wahai Adam! Terangkanlah nama benda-benda ini semua kepada mereka.
Allah Taala juga telah mengurniakan api untuk kegunaan manusia melalui Adam. Riwayat menceritakan bahawa api yang ada di bumi sekarang ini hanyalah percikkan bunga api neraka yang sebesar zarah. Malaikat Jibril-lah yang telah diperintahkan untuk mengambilnya daripada malaikat Zabaniah. Oleh sebab kepanasan yang keterlaluan, api neraka sebesar zarah itu terpaksa disejukan dengan mencelupnya ke dalam 70 batang sungai di syurga dan 70 celupan di setiap batang sungai (70X70). Kemudian Jibril A.S. pun membawa api itu turun ke dunia dan diletakan di atas sebuah bukit yang tinggi. Tetapi sejurus setelah diletakan, tiba-tiba bukit itu terus meleleh cair; maka cepat-cepat jibril mengambil semula api tersebut dan dihantar semula ke neraka. Maka, hanya sisa-sisanya sahajalah yang kita gunakan pada hari ini. Konklusi, peristiwa ini jelas menerangkan kepada kita bahawa umat manusia yang pertama berada di muka bumi iaitu Adam sudah awal-awal lagi menggunakan api untuk kehidupan seharian.
Walaupun begitu, ahli sarjana arkeologi barat telah mendedahkan bahawa selama beberapa kurun, humanoid yang dianggap sebagai manusia pertama selama ini tidak tahu menggunakan api baik untuk memasak, memanaskan badan, mahupun sebagai pertahanan diri. Kehadiran humanoid ini dapat dikesan di Hadar, Ethopia; Olduvai Gorge an Laetoli, Tanzania; Timur Turkana, Kenya; dan di sekitar Afrika Timur. Tapak-tapak arkeologi ini mengandungi bukti kewujudan spesis bipedal (bejalan tegak dengan dua kaki). Mereka hanya tahu menggunakan api 3 juta tahun kemudian (1.4 juta S.M). Adalah dipercayai penemu api yang pertama ialah spesis Homo erectus di gua Zhoukoudian, China.
Gua tersebut suatu masa dahulu (sepertimana juga hari ini) bukan sahaja dihuni oleh humanoid malah burung hantu dan juga kelawar. Longgokkan najis kelawar di dalam gua yang kaya dengan potassium nitrate mungkin terbakar akibat suhu tinggi ataupun oleh percikan elektrik statik. Walaupun begitu, pendapat utama bagaimana humanoid primitif mendapat api adalah daripada kebakaran hutan akibat panahan petir. Mereka mula makan makanan yang masak apabila tiada pilihan lain selain daripada memakan haiwan yang mati terbakar dalam kebakaran, dan secara kebetulan rasanya lebih enak daripada dimakan mentah.
Klu pertama ini membuktikan bahawa humanoid-humanoid primitif ini tidak sealiran darah dengan Nabi Adam A.S. Ini adalah kerana dalam paradigma sejarah sekarang, masa yang berlalu telah menyaksikan kemajuan demi kemajuan manusia dalam bidang teknologi; dan bukannya kemunduran (walaupun terdapat kemelesetan dari segi moral mahupun ekonomi). Jika spesis humanoid primitif ini adalah berketurunan Adam, maka zaman-zaman yang telah berlalu menjadi saksi kepada kemunduran yang teruk kepada sesuatu bangsa bersasal daripada sekumpulan manusia yang berilmu dan senonoh; kemudiannya beransur-ansur berkembang kepada makhluk yang tak bertamadun, bodoh, kotor, makan haiwan mentah, dan bogel; sama seperti yang anda dapat saksikan dalam buku-buku rujukan arkeologi sekarang.
Idea utama yang ada dalam fikiran saya ialah; bumi sekali lagi telah mengalami proses penseterilan selepas yang pertama menyebabkan kepupusan spesis dinasor. Malangnya saya tidak dapat membincangkan tentang apa atau bagaimana penseterilan kedua tersebut terjadi kerana hal tersebut bukanlah dalam lingkungan pengetahuan, sebaliknya ia harus dikaji oleh pakar di dalam lapangan tersebut. Namun apa yang pasti, kesan kejadian tersebut telah menyebabkan kepupusan spesis-spesis manusia awal yang hidup pada zaman ais, zaman baru, dan zaman logam. Kesemua golongan manusia ini tidak mempunyai sistem tulisan sebuah elemen tamadun yang terpenting. Namun apa yang ada hanyalah klu-klu melalui lukisan pada dinding-dinding gua yang memberitahu sedikit-sebanyak tentang kehidupan mereka sehari-harian.
Klu 2: Kalendar Adam
Pada dasarnya, Kalendar Adam adalah setara dengan Kalendar Gregorian (Masihi) tetapi dengan offset pada permulaan. Tahun masihi diukur bermula daripada kelahiran Nabi Isa A.S. dan tahun-tahun sebelumnya disebut sebagai sebelum masihi (S.M). Kalendar Adam pula diukur bermula daripada hari peristiwa Nabi Adam A.S diturunkan ke muka bumi. Idea kalendar Adam ini telah dicetuskan oleh En. Mohd Fadhil Hassan bertujuan untuk memudahkan pengiraan detik-detik peristiwa sejarah terutama sekali yang berlaku dalam tahun-tahun sebelum masihi. Kalendar ini pernah diketengahkan dalam majalah Mastika, Januari 2006.
Kalendar Adam dihasilkan melalui pengamatan dan kajian Fadhil selama 10 tahun. Walaupun begitu, beliau menyatakan bahawa kalendar tersebut masih terbuka kepada pembetulan dan kajian yang lebih mendalam. Beberapa penemuan fakta penting yang beliau dapati ialah:
1. Nabi Adam A.S. dan Siti Hawa dikurniakan dengan ramai anak. Setetengah pendapat menyatakan ramainya adalah 120 orang, manakala ada juga yang berpendapat 80 orang. Manusia sempurna inilah yang telah mencetuskan ketamadunan manusia.
2. Nabi Ibrahim A.S. berpindah ke Mesir pada 1900 S.M. ketika berumur 40 tahun. Ini bermakna Nabi Ibrahim lahir pada tahun 1940 S.M.
3. Selang masa di antara Nabi Nuh dengan Nabi Ibrahim ialah 2140 tahun. Ini bermakna Nabi Nuh wafat pada tahun 4080 S.M.
4. Nabi Nuh dikatakan mempunyai umur yang panjang iaitu 950 tahun. Ini bermakna Nabi Nuh Lahir pada tahun 5030 S.M.
5. Selang masa antara Nabi Adam dengan Nabi Nuh adalah 2000 tahun. Ertinya Nabi Adam wafat pada 7030 S.M.
6. Nabi Adam mempunyai umur yang paling panjang, iaitu 1000 tahun. Maka Nabi adam di turunkan ke dunia pada tahun 8030 S.M. Pada detik ini juga bermulanya Kalendar Adam.

Daripada fakta-fakta di atas maka dapatlah disimpulkan bahawa sekarang (tahun 2006) adalah bersamaan dengan 10036 Tahun Adam (T.A). Alangkah mudanya ketemadunan manusia ini jika hendak dibandingkan dengan apa yang dipanggil selama ini oleh sains arkeologi sebagai permulaan manusia pertama yang wujud 4.4 juta tahun yang lalu!
Seandainya segala output daripada segala kajian yang di buat oleh En. Fadhil tepat, maka terbuktilah bahawa segala makhluk yang berbentuk seperti manusia (humanoid) yang wujud sebelum 10036 tahun yang lalu tiada pertalian darah dengan manusia selepas Adam, lalu tidak layak untuk dipanggil sebagai manusia. Namun adalah diluar pengetahuan samada spesis tersebut telah dipupuskan oleh Allah Taala secara keseluruhannya, ataupun masih wujud segelintir darinya sehingga zaman sekarang. Mungkin inilah mahkhluk misteri yang sekarang dianggap orang sebagai Big Foot yang membuatkan manusia melakukan pelbagai andaian tentangnya.
Timeline yang kedua ini telah dihasilkan oleh saintis yang berpegang kepada teori evolusi Charles Darwin manusia berasal daripada monyet. Jikalau dahulu saya memang menentang teori ini bulat-bulat kerana ia bercanggah dengan asas agama Islam. Namun sekarang saya tidak begitu mengambil peduli kerana mungkin ada benarnya pendapat itu. Rupabentuk manusia awal sebelum Adam mungkin seperti beruk yang berbulu lebat. Tak siapa tahu tentang hal ini kerana tinggalan mereka yang ada kini hanyalah tulang-temulang, jauh sekali cebisan-cebisan kulit atau rambut. Alangkah baiknya sekiranya terdapat antara humanoid-hominid ini terfosil di dalam ais (seperti yang terjadi pada gajah mammoth); maka bolehlah kita lihat bagaimana sebenar-benarnya rupa mereka.
Walaupun begitu, ternya kelas mereka lebih tinggi daripada hidup-hidupan lain yang terdapat pada zaman tersebut itu kerana mereka berupaya menghasilkan peralatan daripada batu dan melukis pada dinding-dinding gua. Anda mungkin pernah didedahkan dengan haiwan-haiwan primitif yang seperti dinasor, gajah mamonth, pepatung gergasi, nyamuk gergasi, dan burung pra-sejarah. Tetapi pernahkah anda tahu akan monyet-monyet pra-sejarah yang hidup bersama-sama manusia primitif? Nampaknya telah berlaku kesilapan sangat besar dalam sistem kategori spesis-spesis primat primitif ini. Kesemua spesis primat yang ada pada zaman sebelum Adam telah digolongkan dan dilebelkan sebagai manusia awal (tidak kira yang berakal atau tidak) bermula seja zaman ais lagi. Ini adalah kerana pengelasan spesis-spesis tersebut dilakukan oleh ahli-ahli sains yang menganuti Teori Evolusi Charles Darwin kesemua manusia dan monyet yang ada di dunia ini bermoyangkan sejenis monyet (common ancestor).
Klu 3: Tiada Ketamadunan sebelum 10000 tahun lalu.
Ketamadunan yang pertama hanya bermula kira-kira 3000 tahun selepas Adam diturunkan (menurut kalendar Adam) ke dunia apabila pertanian jagung bermula di Mexico iaitu pada 5000 S.M. Dunia seterusnya menyaksikan tumbuhnya kerajaan-kerajaan silam yang tersohor (sebelum masihi) bermula dengan kerajaan Sumeria (3400 S.M), dinasti pertama kerajaan Mesir (2350 S.M.), empayar Akkadian atau Mesopotamia (2205 S.M), dinasti Xiao di China (1600 S.M.), tamadun Minoan (1380 S.M.), Babylon (597 S.M), Republik Rom (509 S.M), dan berakhir dengan empayar Roman (27 S.M.). Selain daripada itu, banyak lagi ciptaan manusia yang mengkagumkan seperti pembinaan Tembok Besar China yang siap pada tahun 27 S.M.
Secara kesimpulannya ketamadunan manusia berkembang dengan pesat selepas 3000 tahun turunnya Adam ke dunia, dan selepas ramainya keturunan Adam di bumi ini. Inilah bukti yang kukuh bahawa peningkatan kehidupan manusia yang pesat hanya boleh dilakukan oleh manusia yang sempurna keturunan Nabi Adam dan Siti Hawa. Manusia yang terdahulu daripada Nabi Adam tidak mempunyai apa-apa teknologi selain daripada peralatan batu, tanah liat dan logam yang ringkas, sedangkan mereka sudah wujud sejak berjuta-juta tahun (tanpa sebarang pembaharuan teknologi yang nyata). Sesungguhnya mereka tidak boleh dibandingkan dengan keturunan Nabi Adam yang boleh membuat pembaharuan yang drastik dalam jangkamasa hanya 10000 tahun!
Klu 4: Keengganan Bumi
Pada suatu ketika, Allah SWT menitahkan kepada malaikat Jibril supaya turun ke bumi untuk mengambil sebahagian tanahnya untuk mencipta Adam, manusia pertama. Akan tetapi apabila Jibril sampai ke bumi, bumi enggan membenarkan tanahnya diambil untuk dijadikan Adam, kerana bumi khuatir Adam jadi maksiat kepada Allah. Lalu Jibril kembali ke hadrat Tuhan, kerana ia tidak dapat berbuat apa-apa, setelah mendengar sumpah bumi. Seterusnya, Allah memerintah malaikat Mikail, jawapan bumi masih sama dan selepas itu Allah memerintahkan malaikat Israfil, tetapi malangnya jawapan bumi masih tidak berganjak, dan masing-masing kembali dengan tangan kosong.
Lalu yang terakhir, Allah menyuruh malaikat Izrail turun ke bumi. Firman Allah, Hai Izrail, engkaulah kini yang aku tugaskan mengambil tanah. Meskipun bumi bersumpah-sumpah dengan ucapan, bagaimanapun jangan engkau mundur. Katakan bahawa kerjakan atas perintah dan atas namaKu. Apabila Izrail turun ke bumi dan menyampaikan perintah Allah kepada bumi, maka akhirnya barulah bumi mengizinkan akan tanahnya itu diambil.
Setelah Izrail mengambil beberapa jenis tanah, kembalilah dia ke hadrat Allah.Lalu Allah berfirman; Ya Izrail, pertama engkau yang Ku-tugaskan mengambil tanah, dan kemudian di belakang hari kelak akan kutugaskan engkau mencabut roh manusia. Maka Izrail khuatir kerana bimbang dibenci oleh umat manusia kelak. Lalu Allah berfirman lagi; Tidak, mereka tidak akan memusuhi kamu, Aku yang mengaturnya, dan Aku jadikan kematian mereka itu bersebab, terbunuh, terbakar, sakit dan sebagainya.
* * * * * * * * * * * * * * *
Berikut merupakan riwayat yang menceritakan tentang proses awal penciptaan Adam; pengambilan tanah daripada bumi. Persoalan utama daripada riwayat ini adalah keenganan bumi untuk diambil tanahnya. Kebimbangan bumi bukanlah kerana takut tanahnya kurang, atau takut rupanya berlubang-lubang, tetapi bumi khuatir seandainya Adam itu menjadi maksiat kepada Allah. Tidakkah itu bermakna bumi telah menyaksikan kerosakan yang dilakukan oleh manusia terdahulu di muka bumi ini? Mengapa tiada riwayat yang menceritakan akan keengganan bumi apabila Allah S.W.T hendak menciptakan gajah, lembu, atau unta? Ini jelas menjukkan hanya spesis humanoid sebelum Adam telah melakukan perbuatan-perbuatan yang tidak disukai oleh bumi.
Banyak antara kerosakan ini dapat dibuktikan di benua Autralia. Australia dianggap sebagai pusat kajian yang terpenting kerana ia dikelilingi oleh lautan dan susananya bebas dari humanoid sehinggalah 50000 tahun yang lalu. Kajian yang dijalankan di sini berupaya untuk menunjukkan perbezaan sesuatu kawasan sebelum dan selepas kehadiran humanoid.
Menurut kajian yang dijalankan oleh Nicolle Rager Fuller (2005) dari National Science Foundation; Ujian isotop karbon fosil-fosil telur spesis burung yang tidak terbang di Australia mendapati humanoid telah menggunakan api secara melampau. Hal ini telah membawa perubahan yang drastik kepada ekosistem yang menyebabkan kepupusan secara besar-besaran sejumlah spesis haiwan di kepulauan tersebut 50000 tahun yang lalu tahun yang sama dengan ketibaan humanoid. Diet yang tetap selama 140000 tahun untuk spesis burung tersebut telah bertukar (terjejas apabila humanoid tiba di kepulauan tersebut.) daripada rumpai yang bernutrien (padi, gandum, atau beri) kepada sampah gurun (desert scrub).
Gangguan pada ekosistem ini juga telah menggugat kewujudan mamalia-mamalia besar di Australia, yang juga mengalami kepupusan sejurus kehadiran humanoid. Profesor Gifford Miller (2005) dari CU-Boulder’s Institute of Arctic and Alpine Research menafikan kepupusan tersebut adalah kerana perubahan suasana iklim kerana kajian menunjukkan tiada bukti perubahan iklim yang nyata yang disepanjang tempoh tersebut yang boleh menyokong pendapat ini. Berikutan itu, ramai ahli sains percaya bahawa manusialah yang menyebabkan kepupusan tersebut samada melalui pemburuan melampau, penularan wabak, atau pembakaran habitat-habitat semulajadi. Kajian isotopik (ujian karbon) terhadap fosil-fosil telur burung emu dan genyornis (bersaiz seperti burung unta moden) mendedahkan bahawa ekosistem flora juga mengalami perubahan sejak ketibaan humanoid.
Selain burung, mamalia-mamalia besar juga pernah wujud seiringan dengan humanoid suatu ketika dahulu di Australia seperti gajah mammoth, mastodons, saber-toothed tiger, singa marsupial (Thylacoleo carnifex marsupial terbesar pernah wujud) dan kuda asli Amerika. Kepupusan spesis ini berlaku pada lewat zaman Pleistocene (lihat timeline). Pendapat bahawa perubahan iklim global menjadi faktor penyumbang kepupusan juga tidak boleh disangkal. Akan tetapi, perubahan iklim tidak menghapuskan spesis-spesis tersebut secara drastik tetapi dengan lebih perlahan. Kepupusan drastik hanya terjadi sejah wujudnya aktiviti pemburuan melampau oleh humanoid; yang membawa kepada kepupusan dalam jangkamasa maksimum 1500 tahun. Pemburuan secara blitzkrieg, dikatakan berupaya menumbangkan kewujudan sesuatu spesis fauna dalam jangkamasa kurang daripada 500 tahun!
Di bahagian Amerika utara pula; Woolly mammoths, giant armadillos and tiga spesies unta adalah sebahagian daripada lebih 30 mamalia yang diburu sehingga kepupusan oleh humanoid di Amerika Utara 13000-12000 tahun lampau (akhir zaman Pleistocene). Kajian ini telah dijalankan oleh John Alroy (2001, University of California) dengan menggunakan sistem ecosystem modelling yang paling sofistikated dan realistik pada ketika itu. Lebih daripada setengah jumlah spesis mamalia tewas diancam oleh humanoid-humanoid pada akhir zaman Pleistocene. Perkara ini merupakan sesuatu malapetaka yang besar dalam sejarah dunia yang mana kesemua humanoid di seantero planet ini seolah-olah bersatu hati untuk melakukan kerosakan ekosistem secara besar-besaran.
Ternyata sekali masalah kepupusan yang disebabkan oleh manusia bukanlah perkara baru di bumi ini, malah telah dilakukan oleh manusia sebelum Adam lagi. Memanglah patut bumi khuatir dan tidak enggan menyerahkan tanahnya kepada malaikat untuk dijadikan manusia. Bumi sememangnya mengetahui akan sifat-sifat manusia yang terdahulu tamak dan memusnahkan. Kekhuatiran bumi adalah cukup berasas kerana dewasa ini kita mengulangi semula kerosakan demi kerosakan yang pernah dilakukan oleh manusia terdahulu. Bukan sahaja pemusnahan spesis haiwan, bahkan lebih teruk; pembunuhan sesama manusia melalui peperangan, penggunaan senjata pemusnah besar-besaran, dan sengketa nuklear. Gejala sosial dalam masyarakat pula kian menjadi-jadi penagihan dadah, pelacuran, jenayah rogol, merompak, dan haruan makan anak telah menjadi berita-berita yang biasa dan seolah-olah tidak lagi memanaskan hati masyarakat kita pada hari ini.
. Namun setelah beberapa lama mencungkil mencari, di sini dapatlah dikumpulkan beberapa dalil dari al-Quran yang menguatkan pendapat saya tentang kewujudan ‘umat terdahulu’ sebelum Adam A.S.
Al Ankabuut – Ayat 19
Dan apakah mereka tidak memperhatikan bagaimana Allah menciptakan (manusia) dari permulaannya , kemudian mengulanginya (kembali) . Sesungguhnya yang demikian itu adalah mudah bagi Allah.
Al Ankabuut – Ayat 63
Dan sesungguhnya jika kamu menanyakan kepada mereka: Siapakah yang menurunkan air dari langit lalu menghidupkan dengan air itu bumi sesudah matinya? Tentu mereka akan menjawab: Allah , Katakanlah: Segala puji bagi Allah, tetapi kebanyakan mereka tidak memahami(nya).
Note :
Mereka dalam ayat disini adalah ditujukan kepada “hamba-hamba Allah SWT”. Dimana mereka-pun adalah hamba-hamba Allah SWT, yang telah mengalami azab murka Allah SWT , sehingga mereka tentu tahu bahwa Allah SWT -lah yang menurunkan air . Dan mereka tahu bahwa bumi dihidupkan kembali dengan air. Mereka tahu semua itu karena memang telah menyaksikan dan mengalami kehancuran bumi mereka tanpa air.
Al Jin – Ayat 8 & 9
dan sesungguhnya kami telah mencoba mengetahui (rahasia) langit , maka kami men-dapatinya penuh dengan penjagaan yang kuat dan panah- panah api,dan sesungguhnya kami dahulu dapat menduduki beberapa tempat di langit itu untuk mendengar-dengarkan (berita-beritanya). Tetapi sekarang barang siapa yang (mencoba) mendengar-dengarkan (seperti itu) tentu akan menjumpai panah api yang mengintai (untuk membakarnya).
Note :
Sekarang tidak lagi diperkenankan hal itu , sebab mereka (jinn) sekarang ini hanya diperbolehkan “menumpang” dibumi manusia . Walaupun manusia secara harfiah dan teknologi , adalah tidak “secanggih” mereka .
Al Anaam – Ayat 6
Apakah mereka tidak memperhatikan berapa banyak generasi yang telah Kami binasakan sebelum mereka, padahal (generasiitu) telah Kami teguhkan kedudukan mereka di muka bumi, yaitu keteguhan yang belum pernah Kami berikan kepadamu , dan Kami curahkan hujan yang lebat atas mereka dan Kami jadikan sungai-sungai mengalir di bawah mereka , kemudian . Kami binasakan mereka karena dosa mereka sendiri, dan Kami ciptakan sesudah mereka generasi yang lain.
Note :
Disini dibicarakan mengenai generasi sebelum anak-cucu Adam AS . Bukanlah kebesaran kaum atau kerajaan manusia dizaman dahulu . Sebab berapapun besar dan hebatnya kerajaan zaman dahulu , masih lebih hebat manusia di zaman kini (Ayat ini adalah ayat yang berlaku sepanjang masa , bukan ayat yang hanya ditujukan pada suatu umat dizaman dahulu)
Banyak lagi ayat-ayat yang menekankan dengan berulang kali , bahwa bumi telah dihidupkan kembali (berulang-kali) dari matinya . Dimana matinya itu di sebabkan karena tidak di berikannya air / hujan kepada para pendahulu generasi manusia anak-cucu Adam AS , yang baru berumur 10,00 tahun.
An Nahl – Ayat 65
16:65. Dan Allah menurunkan dari langit air (hujan) dan dengan air itu di-hidupkan-Nya bumi sesudah matinya. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda (kebesaran Tuhan) bagi orang-orang yang mendengarkan (pelajaran).
Ar Rum – Ayat 24
30:24. Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya , Dia memper lihatkan kepadamu kilat untuk (menimbulkan) ketakutan dan harapan , dan Dia menurunkan hujan dari langit , lalu menghidupkan bumi dengan air itu sesudah matinya . Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang mempergunakan akal.
Al Hadiid – Ayat 17
57:17. Ketahuilah olehmu bahwa sesungguhnya Allah menghidupkan bumi sesudah matinya . Sesungguhnya Kami telah menjelaskan kepadamu tanda-tanda kebesaran (Kami) supaya kamu memikirkannya.
Nabi Muhammad semasa diangkat ke langit dalam peristiwa IsraQ MikraJ telah diperlihatkan keadaan manusia diazab di neraka walaupun kiamat belum terjadi. maybe(wallahu’alam) tu adalah seksa yg dikenakan kat manusia sebelum Adam (generasi Adam sebelum Adam kita) n Nabi Muhammad saw dan kita adalah pelengkap n penamat kepada siri Adam2 yg telah diturunkan sebab bumi kita dah tua
NOTA:
Kami berharap agar pembaca dapat membaca artikel ini dengan hati yang terbuka. Pendapat penulis ini sepatutnya dikaji lagi oleh para sarjana Islam, tidak hanya menolaknya mentah-mentah. Sesungguhnya banyak perkara yang masih belum diketahui oleh manusia mengenai makhluk-makhluk yang pernah mendiami bumi sebelum Adam a.s. Berikut ada satu ayat buat renungan bersama:
Al-Baqarah 002:30. “Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada malaikat: Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi. Mereka bertanya (tentang hikmat ketetapan Tuhan itu dengan berkata): Adakah Engkau (Ya Tuhan kami) hendak menjadikan di bumi itu orang yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah (berbunuh-bunuhan), padahal kami sentiasa bertasbih dengan memujiMu dan mensucikanMu?. Tuhan berfirman: Sesungguhnya Aku mengetahui akan apa yang kamu tidak mengetahuinya.”