WELCOME TO MY BLOG

Si Pelik yang jelik,
dream catcher
i hate backstabbers,
chocolates lover







Friday, April 3, 2015

Dugaan di bulan Mac

Salam semua..

          Alhamdulillah.. dah masuk bulan April.. yeahhh... bulan lepas banyak benar dugaan yang terpaksa aku tempuhi.. Rileks and chill lyna..haha..

Dugaan 1

          tercicir beg duit.. yang ni aku cukup terasa.. nak nangis dibuatnya.. dah seminggu aku mencari beg duit aku.. tak jumpa - jumpa.. Hampir seminggu hilang beg duit, aku decide untuk declare beg duit aku tercicir.. Aku ambik half day cuti, mula - mula tepon bapak aku.. bapak aku kan polis pencen.. so, aku ni tanya lah apa ayat yang perlu aku karang untuk buat polis report.. so, dengan perasaan serba salah dan takut yang amat, aku pergi lah ke balai polis untuk buat repot.. Polis pun pandai lah karang mengarang ni.. aku listkan kad- kad yang hilang.. peringatan ye, setakat kat jusco, kad mesra, bonuslink tak payah ler serta kan..

            habis buat report, aku pergi buat ic baru.. aku didenda rm110.. bayang kan lah dengan tak dak duit masa tu.. nak keluar duit pun pakai apa.. kad atm pun tak dak.. kemudian aku pergi JPJ, buat lesen memandu.. aku kena denda rm20.. melayang lagi duit aku.. then, kena pergi pulak kat bank atm aku.. ,memandangkan aku nih bukak buku bank kat ipoh ( dulu aku belajar kat sana ) jadi proses nak mendapatkan maklumat pasal aku ni ambik masa jugak la..part ni aku kena buat keesokan hari.. Setelah seminggu, beg duit aku dijumpai semula.. jumpa kat mana? part ni aku rasa mcm nak hantuk kepala aku kat dinding.. dalam stor ye.. setelah dipunggah segala benda yang ada di dalam stor.. part ni rasa mcm nak nangis.. takpe lah.. sekurang - kurangnya ic aku tidak disalah gunakan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.


Dugaan ke 2

     Kereta kesayangan aku dilanggar oleh budak mat rempit. part ni lah aku dugaan betul.. gara - gara langgar lampu isyarat, kereta aku dilanggar.. budak yang langgar aku lak keja despatch.. akibatnya, kereta aku kemek kat tepi kiri dan lampu signal aku patah.. dan sudah semestinya aku kena top up lah duit repair.. kopak lagi duit aku... huhuhu....


Dugaan ke 3

Gigi geraham mula menunjukkan tanda - tanda sakit.. bermula dengan sensitif di bahagian geraham..  tak tahan punya pasal, aku merelakan diri gigi aku dicabut.. Yarabbi sakit yang amat.. gigi aku gagal dikeluarkan oleh doctor, jadi doktor memanggil supervisor diaorang.. part ni yang paling seriau.. doktor ni pun dengan kasarnya berjaya mencabut gigi aku yang liat tu.. habih je ubat bius, aku nula sakit akibat surgery.. hasilnya, aku terpaksa menelan pain killer selama 3 hari. nasib la cuti sekolah masa tu.. tak payah pikir nak ambik mc. and the best part is, aku kena buat satu lagi surgery memandangkan ada satu lagi gigi aku menunjukkan tanda2 kena cabut.. haha!!

# apa2 pun aku kena positif dan redha pada masa yang sama..