WELCOME TO MY BLOG

Si Pelik yang jelik,
dream catcher
i hate backstabbers,
chocolates lover







Friday, April 3, 2015

Dugaan di bulan Mac

Salam semua..

          Alhamdulillah.. dah masuk bulan April.. yeahhh... bulan lepas banyak benar dugaan yang terpaksa aku tempuhi.. Rileks and chill lyna..haha..

Dugaan 1

          tercicir beg duit.. yang ni aku cukup terasa.. nak nangis dibuatnya.. dah seminggu aku mencari beg duit aku.. tak jumpa - jumpa.. Hampir seminggu hilang beg duit, aku decide untuk declare beg duit aku tercicir.. Aku ambik half day cuti, mula - mula tepon bapak aku.. bapak aku kan polis pencen.. so, aku ni tanya lah apa ayat yang perlu aku karang untuk buat polis report.. so, dengan perasaan serba salah dan takut yang amat, aku pergi lah ke balai polis untuk buat repot.. Polis pun pandai lah karang mengarang ni.. aku listkan kad- kad yang hilang.. peringatan ye, setakat kat jusco, kad mesra, bonuslink tak payah ler serta kan..

            habis buat report, aku pergi buat ic baru.. aku didenda rm110.. bayang kan lah dengan tak dak duit masa tu.. nak keluar duit pun pakai apa.. kad atm pun tak dak.. kemudian aku pergi JPJ, buat lesen memandu.. aku kena denda rm20.. melayang lagi duit aku.. then, kena pergi pulak kat bank atm aku.. ,memandangkan aku nih bukak buku bank kat ipoh ( dulu aku belajar kat sana ) jadi proses nak mendapatkan maklumat pasal aku ni ambik masa jugak la..part ni aku kena buat keesokan hari.. Setelah seminggu, beg duit aku dijumpai semula.. jumpa kat mana? part ni aku rasa mcm nak hantuk kepala aku kat dinding.. dalam stor ye.. setelah dipunggah segala benda yang ada di dalam stor.. part ni rasa mcm nak nangis.. takpe lah.. sekurang - kurangnya ic aku tidak disalah gunakan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.


Dugaan ke 2

     Kereta kesayangan aku dilanggar oleh budak mat rempit. part ni lah aku dugaan betul.. gara - gara langgar lampu isyarat, kereta aku dilanggar.. budak yang langgar aku lak keja despatch.. akibatnya, kereta aku kemek kat tepi kiri dan lampu signal aku patah.. dan sudah semestinya aku kena top up lah duit repair.. kopak lagi duit aku... huhuhu....


Dugaan ke 3

Gigi geraham mula menunjukkan tanda - tanda sakit.. bermula dengan sensitif di bahagian geraham..  tak tahan punya pasal, aku merelakan diri gigi aku dicabut.. Yarabbi sakit yang amat.. gigi aku gagal dikeluarkan oleh doctor, jadi doktor memanggil supervisor diaorang.. part ni yang paling seriau.. doktor ni pun dengan kasarnya berjaya mencabut gigi aku yang liat tu.. habih je ubat bius, aku nula sakit akibat surgery.. hasilnya, aku terpaksa menelan pain killer selama 3 hari. nasib la cuti sekolah masa tu.. tak payah pikir nak ambik mc. and the best part is, aku kena buat satu lagi surgery memandangkan ada satu lagi gigi aku menunjukkan tanda2 kena cabut.. haha!!

# apa2 pun aku kena positif dan redha pada masa yang sama..


 

Friday, March 20, 2015

bahagia itu milik Allah

salam to my readers..

        beberapa hari yang lalu, aku berbual dengan seseorang hamba Allah nih.. kami berbual banyak perkara.. tiba - tiba hamba Allah ni berkata pada aku, mesti hidup aku tak bahagia? tersedak aku masa tu.. What?? jerit aku.. Ya Rabbi.. sebegini dalam hamba Allah ini mentafsir hidup aku.. ada jugak yang stalker aku selama ni.. hmmm..

      Aku cuma mampu berdiam.. Bahagia itu milik Allah kak.. ujarku.. Dalam kehidupan seharian, Allah menduga kita dengan pelbagai cara. Pada zaman dahulu, Allah menduga umat Islam dengan peperangan dan kelaparan. Allah juga menduga manusia melalui anak, perkahwinan dan harta.. Setiap manusia, aku percaya ada habuan masing - masing.. Allah telah menetapkan sesuatu itu sebagai ujian buat saya.. Siapa aku untuk menidak kan ujian Allah?? Siapa kamu yang memandai menulis takdir dalam hidup aku?? Aku redha dengan ujian Allah ini walaupun cukup pahit untuk saya telan.. Kamu yang menyibuk, aku mintak sila jaga tepi kain mu sendiri.. kain sendiri terkoyak, tak nampak.. Allah beri kamu pelbagai tanggungjawab tapi aku bkn tanggungjawab mu.. jangan kusutkan masalahku dalam mindamu.. biar aku sendiri yang tanggungnya..


      aku malas untuk berbalah kerana bercakap dengan manusia seperti ini hanya membuang masa.. biarkan saja.. dia hanya menyerlahkan sisi gelapnya yang lebih.. sekiranya aku bertindak seperti dia, maka aku hanya menjadikan diri aku seperti dia.. diam tak bererti kalah, diam ku kerana malas untuk bertelagah.. aku percaya, akan ada rahmatnya di sebalik setiap kejadian.. Insyaallah.. doakan aku tabah harungi dugaan ini.. aminn..



Saturday, March 7, 2015

Tribute to Mamu Arie

Salam semua..

    Hari ni genap setahun kehilangan pesawat MH370.. sampai sekarang tiada khabar berita mengenai pesawat tersebut.. jangan katakan bangkai pesawat, serpihan pesawat pun belum tentu jumpa.. ada yang kehilangan keluarga, sahabat handai.. malah yang tiada kena mengena turut tumpang simpati..

   Setahun yang lalu, kakak angkat menghubungi aku bertanya kan tentang pesawat yang hilang, aku yang kebetulan berada di stadium menyaksikan perbarisan yang disertai oleh anak sulung aku, malas mengambil tahu.. sejam kemudian tersebar mengenai kehilangan pesawat.. sebagai warga yg konon nya prihatin, aku turut mendoakan keselamatan penumpang dengan mengirimkan kiriman doa kepada semua group whatsapp yang aku sertai.. aku dikejutkan mengenai salah seorang ahli keluarga aku trurut terlibat.. terduduk aku masa tu.. mak mengesahkan yg ada ahli keluarga kami terlibat.. siapa ahli keluarga aku tu.. dia ialah kapten Zaharie yg merupakan bapak sedara sepupu.. sejak itu aku tak putus mengambil berat mengenai kehilangan pesawat .. tuduhan yang dikenakan padanya amat tidak berasas sekali.. sedih nya.. mamu arie dipalitkan dengan fitnah yang maha besar.. paling aku kesian pada keluarga..

    Kisah - kisahnya dirungkai satu persatu, siapa dia semasa zaman persekolahan, kenapa keluarganya menghilangkan diri.. rumah kedua ibu bapanya di siasat, nasib baik lah penduduk kampung enggan berikan kerjasama.. untuk pengetahuan semua, rumah ibu bapa  kapten Zaharie memamg tidak berpenghuni.. kedua ibu bapanya telah lama meninggal.. aku pernah menziarahi arwah Chaq Minah ( mak kapten Zaharie ) masa tu mak kapten Zaharie tinggal bersama salah seorang anaknya.. Arwah Chaq Minah selalu pesan, nanti Lina datanglah tgk Nani.. Rumah Chaq Minah banyak foto - foto anak - anaknya.. Anak - anak Chaq Minah semuanya berkerjaya dan kebanyakannya kahwin campur..

    Aku pernah beberapa kali bersua, mamu arie pernah bertanya khabar pasal mak dan arwah nani.. mamu Arie seorang yg passionate pada kapal terbang.. Bila mamu dapat jadi pilot, impiannya tercapai.. dia seorang abang dan adik yang baik, cukup prihatin .. anak yang cukup membanggakan kedua ibu bapanya.. beliau jugak seorang kawan yang baik dan disegani dengan kepakarannya dalam bab penerbangan..

  Sejak arwah Chaq Minah meninggal, aku terus lost contact dengan keluarga Chaq Minah.. aku pernah terserempak dengan adik Kapten Zaharie, khala Anis, masa tu aku mendapatkan rawatan kerana aku menghadapi masalah selepas melahirkan anak sulung, Khala Anis cakap kat aku, Lina, welcome to the motherhood.. itu lah kali terakhir aku jumpa ahli keluarga Chaq Minah..

   Hampir setahun, impian aku untuk melihat mamu bersatu sekeluarga ternyata pudar.. aku redha dengan dugaan Allah.. aku kasihankan pada ahli keluarga mamu Arie,. bukan mudah kehilangan ayah tersayang.. aku jugak tumpang simpati pada keluarga yang lain.. paling sedih dengan nasib intan maizura yang terpaksa membesarkan anak keseorangan.. Hope hangpa semua strong.. Aku salute pada dunia.. sama - sama bersatu di saat kehilangan MH370.. masing - masing bersembahyang mendoakan semoga terjumpa pesawat dan keselamatan penumpang dan krew.. aku tak sanggup mendengar satu puisi yang didedikasikan pada Mamu Arie.. berlinang air mata aku masa tu..

   Apa yang mampu aku doakan semoga Allah sentiasa melindungi Mamu Arie dan semua penumpang pesawat.. Semoga kalian terpelihara daripada kekejaman dunia.. andainya ditakdirkan kalian telah tiada, semoga kalian ditempatkan di kalangan orang yang beiman dan sentiasa dilimpahi rahmatnya.. Amin..



WE MISS YOU MAMU ARIE..
Al - FATIHAH..

  

Wednesday, January 14, 2015

colourful beijing

    Sorry la my readers.. ( aku ada readers ke? ) anyway sapa2 yang follow blog aku ni terima kasih banyak - banyak.. kali ni entry aku yang terakhir pasal beijing.. sebab sekolah pun dah bermula.. kerja pun menimbun - nimbun dan bulan depan aku ada exam untuk universiti..

   Keesokan harinya, kami berkesempatan ke Zoo Panda. Rasanya ada la dalam 5 - 6 ekor panda yang kami berpeluang tengok. Aku tak teruja sangat pun.. Seterusnya kami di bawa ke government store iaitu kilang membuat kristal, kilang membuat barangan dari buluh dan kilang membuat teh. Ramai dari kawan - kawan aku bershopping kat kilang membuat barangan buluh. Antara barangan termasuk lah kain pencuci, pewangi, pakaian dalam. Aku sempat bershopping untuk dijadikan cenderamata untuk keluarga.

   Kemudian, kami dibawa ke Summer Palace atau dipanggil 'Istana Empat Musim'. Waktu tu tasik sekeliling pun beku.. Ikutkan boleh berjalan atas tasik tu.. sebab beku.. kawan aku, Usop cuba baling batu sebesar tapak tangan pun ais nya tak pecah. Cuma kami tak nak lah ambil risiko berjalan atas ais tu..  Cantik jugak la Summer Palace tu.. Tempat orang kita tengok je lah.

  Bila malam, Ricky bawak seorang ejen yang menjual alas meja, table runner, t shirt, beg beranak, key chain. Kami semua pakat serbu la bilik kak yus dan Niza. Aku sempat rembat alas meja, t- shirt, beg beranak dan beberapa keychain untuk cenderamata keluarga. Harga pun agak berpatutan. Selama 3 hari, aku cuma berbelanja makanan. Makanan pun tak semua boleh makan sebab diragui halal nya.

  Hari Ke empat, iaitu hari terakhir kami semua berada di bumi Beijing,  satu hari suntuk kami dibawa ke kompleks perniagaan kat sana. Paling menarik satu tempat yang bermula dengan huruf 'Y' aku dah lupa apa nama kompleks tu.. kat situ lah kami bershopping. Baju - baju sejuk trendy sangat, dengan harga murah. Nak beli tak berbaloi rasanya. Kat sana aku sempat beli barang kenangan dari Beijing. Untuk pengetahuan pembaca, peniaga kat sana tak lah berbudi bahasa, siap maki lagi. Kalau beli kat kompleks, kami tak payah susah hati pasal wang palsu. Cuma peniaga kat tepi jalan, kami terpaksa berhati - hati. Kalau nak beli jugak, make sure duit cukup - cukup. Harga yang dijual jauh lebih murah dari kompleks.

   Lepas solat jamak , kami bergegas ke Lapangan Terbang Beijing, untuk pulang ke Malaysia. sampai je dalam kompleks lapangan kapal terbang, kami mula membuka jaket dan baju sejuk. Kat dalam lapangan terbang jugak la, kami semua berkampung sambil membungkus barang- barang. Ada kawan - kawan yang bawak alat penimbang jadi tak susah hati lah. Kat sini lah banyak daripada kami yang kantoi sebab bawak powerbank yang diletakkan dalam beg luggage. Terpaksa lah membuka balik. Paling kesian, kawan - kawan yang siap beli plastik wrapping.. Patutnya powerbank dimasukkan dalam beg sandang.

Sampai je dalam kapal terbang, kami mula kepenatan. Masing - masing mula menutup mata.. Waktu subuh, aku nampak cantiknya pemandangan. Baru lah boleh nampak cantiknya ciptaan Allah.. awan yang pelbagai bentuk. Sampai saja kat lapangan terbang, kami dibawa pulang ke r10 dengan bas 2 tingkat. Sampai saja di r10, kami semua berpelukan mintak maaf dan harap dapat berjumpa lagi. Kawan - kawan yang tak kenal pun baik jugak dan tak sombong. aku sempat pesan kat Kak zan, next trip jangan lupa ajak, kalau kena tempat, budget dan masa, insyaallah aku ikut..

Saturday, December 27, 2014

Hari Ke 2 Beijing

         Salam again to my readers.. berjumpa lagi kita pada  entri kali ini. Sebelum aku proceed dengan cerita aku kali ni, ingin di ingatkan, tujuan utama aku memaparkan cerita aku kali ini adalah sebagai rujukan kepada sesiapa yang berhajat nak melancong ke Beijing. Serius aku katakan, aku sendiri buat rujukan sendiri sebelum ke Beijing, cukup berguna.. and all my doa's to all the flood victims, aku tumpang simpati atas musibah yang menimpa kalian dan aku doakan semoga usaha menyelamat dipermudahkan. aminn..

     Cerita aku kat Beijing..

       Pagi - pagi kami dikejutkan dengan wake up call dari pihak hotel. So, aku dan my incik abang pun bersiap untuk sarapan dan lawatan. Kali ni kami excited sebab nak pi kerabat ( memanjat ) Tembok Besar China. Ya Allah aku cukup excited sebab antara 7 keajaiban dunia. Lawatan pertama kami ke Kilang Membuat Jade. Kami diberi penerangan oleh seorang lelaki yang mengaku konon nya dia anak kepada tauke jade ni.. Cerita ni sebijik yang aku baca dalam beberapa blog. Dengan gaya sebutan yang tak seberapa dalam Bahasa Inggeris, kami dapat faham sikit - sikit. Dialog dia cukup popular di kalangan kawan - kawan hingga lah seminggu lepas balik pun masih diulang - ulang. ' You know, u don't know, I know'. Next time if I come to Maraysia, you remember me'. Haha!! Jade kat kilang tu agak mahal.. aku cakap tahap pancung kepala la.. berkilat lah jade tu, bayangkan gelang tangan yang biasa tu harganya 900+ yuan. Ada kawan aku yang membeli tapi aku tengok saja la, coz tak berapa minat dengan jade ..
   
     Lawatan kedua, kami di bawa ke kilang membuat kristal. Seperti biasa, kami diberi penerangan oleh pegawai bertugas dan seterusnya di bawa ke kedai menjual kristal. Serius memang lah cantik. Tergoda jugak la aku dibuatnya. Setiap lawatan ke government stores ni wajib luangkan masa sekurang - kurangnya 40 minit. Seterusnya kami dibawa untuk makan tengah hari. Perut semua dah berkeroncong al maklumlah cuaca sejuk. Kami dihidangkan dengan aneka sayur - sayuran. Setiap menu yang dihidangkan tak lah pedas sangat kecuali daging goreng. dan setiap menu tu wajib ada cili kering. Menu yang menarik perhatian kali ni, sup rumpai laut. Not bad lah.

      Seterusnya, kami di bawa ke Tembok Besar Cina. Perjalanan dari restoran muslim kat sini agak lama, lebih kurang sejam. Aku beberapa kali tidur dan bangun. Segala celoteh Ricky pun antara dengar dan tak dengar. Maklum lah dah kenyang, sejuk lagi lah seronok nak lena.

        Setibanya kat sana, kami serombongan bergambar dengan banner yang disiapkan oleh kawan - kawan R10. Aku berkira - kira tak nak naik sebab memikirkan kesihatan aku. Aku cuba gagahi jugak la sebab kalau tak naik rugi. Kami diberi peringatan supaya berhati - hati semasa naik dan turun tangga. Perlahan - lahan aku naik hingga ke menara satu. Tangga Tembok Besar Cina agak tinggi manakala sebelum naik lantainya agak curam. Siapa yang spesis ' ayam serama' compom berlaga punggung dengan tangga. Nak naik ke menara kedua, rasanya tak sanggup. Sebab menara 1 pun dah rasa tinggi. Kak Mala siap cakap gayat. Aku dengan incik abang sempat ambil gambar sambil menikmati panorama indah. Panjang tembok Besar Cina meliputi 6000+ km. Dari atas bukit, kelihatan seperti naga sedang  berehat di atas bukit. Kami menghabiskan masa seketika di menara satu. Kawan - kawan yang lain ada yang bergambar kenangan dengan sepersalinan pakaian maharaja cina atau pendekar cina.

      Kami pun menuruni tangga dengan berhati - hati. Di bawah kaki Tembok Besar ada di jual cenderamata kepada pengunjung. Aku dengan incik abang sempat membeli lukisan tembok besar yang dikatakan dilukis menggunakan ibu jari. Yang bestnya, aku jumpa gelang jade sebijik macam yang dijual macam kat kilang jade dengan harga 10 yuan. haha!! kalau aku beli kat sana kompom aku menangis lagu hindustan.. and one thing, minuman panas kat sana dijual dengan harga 20 yuan secawan sebesar polistrene..

   Dalam pukul 5 petang, kami bergerak meninggalkan Tembok Besar China dengan seribu kenangan. Sekian cerita aku untuk hari ke 2 Beijing. Kalau sempat, insyaallah aku akan update entri hari ke 3 beijing sekiranya keadaan mengizinkan. Thanks for reading.. See ya..


        kat kedai kristal. Berebut kawan - kawan nak pegang balang kristal konon nya boleh bawa tuah.








   

Tuesday, December 23, 2014

My First Day In Beijing..

         Salam to all my readers.. Kali ni aku nak bercerita sedikit mengenai hari pertama aku di bumi Beijing.. Hotel yang kami menginap kat Hotel City Inn. Sebelah je hotel tu ada Tesco. The best part of hotel ni, dia orang ada 'wake up call' . Dalam pukul 8 pagi, pihak hotel sendiri call dan habaq boleh sarapan pagi.  Sarapan pagi kat hotel ni, tak seberapa sangat. Usyar punya usyar, last sekali aku ambik 2 keping roti bakar calit dengan jem strawberry. Kat cafe hotel, aku jumpa ramai orang Malaysia.. masing - masing bertegur sapa, tanya khabar dan asal dari mana. 

        Lepas makan, my cik abang pun nak berasap rokok. Sambil tu aku cuba keluar untuk rasa cuaca sejuk kat Beijing. Sejuk sangat.. aku tak rasa boleh tahan. mau demam kalau lama - lama kat luar. Cuaca kat Beijing panas kering. Kalau tengok dalam gambar memang nampak matahari tapi angin dia yang sejuk teramat. Aku pakai baju 3 lapis pun terketar - ketar.

      Perjalanan pertama kami serombongan ialah di Tianmen City atau Kota Larangan ( Forbidden City ). Asalnya dahulu di katakan Istana Maharaja Cina. Nak berjalan masuk ke Kota Larangan, punya lah jauh. Sebabnya bas tak dapat nak parking dekat. Ramai nya manusia kat sana. Aku suka tengok omputih dengan gayanya. Ada stail.. Kawan - kawan yang lain pun tak kurang jugak la memperagakan baju sejuk diaorang. Aku lebih selesa memakai jaket kulit. Not bad jugak. 

      Sampai saja di Tianmen City, kami semua berselfie. Kalau ambik foto tu, memang ada lah kiri kanan manusia berselfie. Aku cuba konon - konon nya bernafas keluar asap. Nampak jakun pun ada. haha!! Perjalanan nak ke Istana Maharaja sendiri jauh jugak.. Aku tak pasti berapa km.. tapi istana maharaja cina cukup jauh.. Aku diberitahu aku baru sampai di permulaan istana walhal kaki dah lenguh berjalan lama. Kat dalam istana tu sudah semestinya lah kami ni tengok dari luar saja. Tak dibenarkan mengambil gambar di dalam. Cuma aku katakan kagum la dengan senibina masyarakat Cina. Walhal tak heran sangat coz Cina kat Malaysia bersepah sana sini. 

    Lepas saja destinasi pertama, kami ke tempat mengurut. Mengikut Ricky ( tour agent beijing ) urutan tu ada dalam pakej. Jadi tak perlu bayar apa - apa. Memandangkan aku ada lah stalk blog mengenai Beijing, aku sedia maklum la. kat government store ni harga memang mahal.. So, jangan lah tertipu dengan helah depa ni. Mula - mula aku dengar penerangan dari seorang tabib. Dia ni boleh cakap Bahasa Indonesia. kami sorang - sorang didatangi oleh tabib cina dengan seorang penterjemah. Ada saja lah masalah kesihatan yang dia kata. Entah betul ke tidak aku tak pasti. Kaki ku di urut oleh budak pelatih mengurut. Aku beberapa kali tahan sakit. 

     Seterusnya, kami dibawa ke Muslim Restaurant. Kalau nak tahu, muslim restaurant ada pemidang hijau kat depan. Aku teruja nak tengok masakan cina ..lapar pun ada jugak.. memandangkan cuaca sejuk, faham - faham je laa.. bila sejuk la rasa nak makan macam - macam. Nasi kat restoran rasa macam beras pulut. Piring pun kecil. Sebesar piring kuih. Aku cukup suka dengan lauk daging. Ntah macamana masak dia.. Masakan cina tak pedas sangat. tapi daging yang aku suka ni memang boleh tahan pedas. Makanan kat sana banyak guna cili kering dan sayur. Sepanjang aku kat Beijing, kami semua dihidang dengan 8 lauk. Semua nya kami cuba. Kat sini lah kalau hangpa ingat dengan entri aku sebelum ni, aku ada suggest bawak makanan kering. Masa ni lah makanan macam tu laku.. aku sendiri bawak serunding daging, Sebelum ni, serunding tu tak berapa laku kat rumah. Tapi kat sana, kawan - kawan berebut nak mintak.. 

   Seterusnya, kami di bawa ke masjid untuk solat Jamak Zuhur dan Asar. Kat sini lah, kami ambik masa lebih sikit. Sebabnya kami semua ni pakai baju banyak lapis. Nak menunduk tu punya lah terseksa. Kat sana, ada dua lapisan saf. Warna hijau dan warna putih. Penjaga masjid tak bagi kaki kami menyentuh pemidang putih. Katanya yang tu lagi sejuk. Bila aku perhatikan, kat bahagian kain putih tu laa yang dahi menyentuh lantai bila sujud. Baguihnya depa ni..  Kami terpaksa menyegerakan solat sebab cuaca dah semakin gelap. Waktu siang kat sini adalah pendek. Pukul 5 petang dah mula bergelap. Kami semua terpaksa bergegas untuk ke destinasi seterusnya. 

     Seterusnya, kami ke Pertunjukan Akrobatik. My incik abang cakap yang ni best. Aku tak berapa teruja sangat. Bila pertunjukan di mulakan, kami pun menumpukan perhatian. Aku tak nafikan kehebatan ahli - ahli akrobat china. Boleh bagi 5 bintang. Antara persembahan yang kami lihat, menukar topeng muka, menyusun kerusi satu persatu hingga hampir atas pentas. Actually banyak lagi yang aku tonton hari tu, tapi aku tak dapat menyusun nya dengan kata - kata. 

    Kami tiba di bilik hotel dalam pukul 8.30 malam. Aku meletak kan beg sandang dalam bilik hotel dan seterusnya ke tesco berhampiran. My incik abang sempat membeli sehelai baju sejuk yang light weight manakala aku membeli makanan ringan untuk makan dalam bas. Kawan - kawan aku yang lain pun melakukan perkara yang sama. 

   

  Oklah hangpa, aku akan update lagi hari kedua aku di bumi Beijing.. Jumpa lagi..






Kawan lama, aku dan kak Mala



selfie kat Kota Larangan




    On the way nak pi Kota Larangan




                                                  Gambar Kenangan sebelum masuk ke Kota Larangan.




        Tianmen City
        

Tuesday, December 16, 2014