WELCOME TO MY BLOG

Si Pelik yang jelik,
dream catcher
i hate backstabbers,
chocolates lover







Saturday, March 7, 2015

Tribute to Mamu Arie

Salam semua..

    Hari ni genap setahun kehilangan pesawat MH370.. sampai sekarang tiada khabar berita mengenai pesawat tersebut.. jangan katakan bangkai pesawat, serpihan pesawat pun belum tentu jumpa.. ada yang kehilangan keluarga, sahabat handai.. malah yang tiada kena mengena turut tumpang simpati..

   Setahun yang lalu, kakak angkat menghubungi aku bertanya kan tentang pesawat yang hilang, aku yang kebetulan berada di stadium menyaksikan perbarisan yang disertai oleh anak sulung aku, malas mengambil tahu.. sejam kemudian tersebar mengenai kehilangan pesawat.. sebagai warga yg konon nya prihatin, aku turut mendoakan keselamatan penumpang dengan mengirimkan kiriman doa kepada semua group whatsapp yang aku sertai.. aku dikejutkan mengenai salah seorang ahli keluarga aku trurut terlibat.. terduduk aku masa tu.. mak mengesahkan yg ada ahli keluarga kami terlibat.. siapa ahli keluarga aku tu.. dia ialah kapten Zaharie yg merupakan bapak sedara sepupu.. sejak itu aku tak putus mengambil berat mengenai kehilangan pesawat .. tuduhan yang dikenakan padanya amat tidak berasas sekali.. sedih nya.. mamu arie dipalitkan dengan fitnah yang maha besar.. paling aku kesian pada keluarga..

    Kisah - kisahnya dirungkai satu persatu, siapa dia semasa zaman persekolahan, kenapa keluarganya menghilangkan diri.. rumah kedua ibu bapanya di siasat, nasib baik lah penduduk kampung enggan berikan kerjasama.. untuk pengetahuan semua, rumah ibu bapa  kapten Zaharie memamg tidak berpenghuni.. kedua ibu bapanya telah lama meninggal.. aku pernah menziarahi arwah Chaq Minah ( mak kapten Zaharie ) masa tu mak kapten Zaharie tinggal bersama salah seorang anaknya.. Arwah Chaq Minah selalu pesan, nanti Lina datanglah tgk Nani.. Rumah Chaq Minah banyak foto - foto anak - anaknya.. Anak - anak Chaq Minah semuanya berkerjaya dan kebanyakannya kahwin campur..

    Aku pernah beberapa kali bersua, mamu arie pernah bertanya khabar pasal mak dan arwah nani.. mamu Arie seorang yg passionate pada kapal terbang.. Bila mamu dapat jadi pilot, impiannya tercapai.. dia seorang abang dan adik yang baik, cukup prihatin .. anak yang cukup membanggakan kedua ibu bapanya.. beliau jugak seorang kawan yang baik dan disegani dengan kepakarannya dalam bab penerbangan..

  Sejak arwah Chaq Minah meninggal, aku terus lost contact dengan keluarga Chaq Minah.. aku pernah terserempak dengan adik Kapten Zaharie, khala Anis, masa tu aku mendapatkan rawatan kerana aku menghadapi masalah selepas melahirkan anak sulung, Khala Anis cakap kat aku, Lina, welcome to the motherhood.. itu lah kali terakhir aku jumpa ahli keluarga Chaq Minah..

   Hampir setahun, impian aku untuk melihat mamu bersatu sekeluarga ternyata pudar.. aku redha dengan dugaan Allah.. aku kasihankan pada ahli keluarga mamu Arie,. bukan mudah kehilangan ayah tersayang.. aku jugak tumpang simpati pada keluarga yang lain.. paling sedih dengan nasib intan maizura yang terpaksa membesarkan anak keseorangan.. Hope hangpa semua strong.. Aku salute pada dunia.. sama - sama bersatu di saat kehilangan MH370.. masing - masing bersembahyang mendoakan semoga terjumpa pesawat dan keselamatan penumpang dan krew.. aku tak sanggup mendengar satu puisi yang didedikasikan pada Mamu Arie.. berlinang air mata aku masa tu..

   Apa yang mampu aku doakan semoga Allah sentiasa melindungi Mamu Arie dan semua penumpang pesawat.. Semoga kalian terpelihara daripada kekejaman dunia.. andainya ditakdirkan kalian telah tiada, semoga kalian ditempatkan di kalangan orang yang beiman dan sentiasa dilimpahi rahmatnya.. Amin..



WE MISS YOU MAMU ARIE..
Al - FATIHAH..

  

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.