WELCOME TO MY BLOG

Si Pelik yang jelik,
dream catcher
i hate backstabbers,
chocolates lover







Saturday, January 26, 2013

Bila mahasitua sambung belajar ..

Salam semua..
Sorry lama tak menconteng blog sendiri.. sibuk dengan exam.. aku terpanggil untuk membuat entri ni sebab sejak kebelakangan ni ramai kawan - kawan aku yang bertanya ok tak kalau diaorang sambung belajar? Susah tak kalau sambung belajar? Macamana ekk korang belajar ? 

Buat kakak - kakak ku di luar sana, aku amat menggalakkan korang sambung belajar walaupun di usia emas.. Tapi aku tak nafikan kekangan masa dan tuntutan kerja membuatkan aku tensen seketika.. Di sini lah terletaknya kebijaksanaan anda menguruskan masa.. Kali ni aku cuma nak share sedikit cerita aku sambung belajar..

Aku dapat offer kat UUM.. Nama je UUM kat Kedah, tapi nak menuju arah sana, 170km.. Pehh.. Nak termuntah aku mula - mula bila dapat tahu aku ditempatkan di UUM.. Masa tu terpikir jugaklah nak menolak.. Malam tu susah aku nak pejamkan mata bila terfikir macamana nak berulang alik dari Kulim ke Sintok.. 10km lagi masuk border Bukit Kayu Hitam.. Korang ingat dekat ke? Terpikir jugak kos nak pergi.. Garu kepala jugak aku masa tu.. Keesokan harinya, kecohlah sesama kawan - kawan aku kat sekolah.. Allah permudahkan urusan aku.. 2 orang lagi rakan aku Nurul dan Thana pun dapat UUM dan course yang sama dengan aku.. Boleh lah bergilir - gilir bawak kereta.. 

Al-kisahnya, kelas kami bermula dari jam 8 pagi. So, pukul 5.30 pagi kami dah terpacak depan BKE.. Berhenti kat R& R Gurun untuk solat Subuh.. Sampai pun memang cun 7.45 pagi.. Penat jangan cakap lah maklumlah tenaga wanita mana sama dengan tenaga lelaki.. 

Kat entri ini, ingin aku tegaskan fikir positif, releks dan cool bila hadapi masalah.. Yakin pada Allah sentiasa..      kami bertiga ambil pendekatan positif, enjoy setiap perjalanan kami.. maklumlah mahasitua.. hehe.. 

YANG BESTNYA!!

1. Boleh pi mana - mana kami suka sebab ada kereta, budak U yang lain, berapa kerat yang ada ? 
2. Boleh pakai baju lawa - lawa sebab duit masyukk.. lebih bergaya lah kalau nak dicompare kan dengan lepasan mahasiswa muda. hehe!! 
3. Makan  kat tempat gempak - gempak!! Ko ader?
4. Boleh bawak handbag coach.. Hahaha!! 
5.Kelas habis awal, kami pun terus berlibrary kat Padang Besar.. Kalau budak U, dah balik dorm atau pun lepak kat library.. tapi kami ADVANCED!! hehe
6. Balik je dari library kat Padang Besar, terus check in kat hotel.. Paham - paham le nikmat tidur kat hotel walaupun 3 bintang.. asalkan hotel, jadi lerr...
7. Tak payah pikir banyak - banyak, masa ni lah nak rehatkan badan dan minda.. tido awal.. Pukul 10 malam, sekoq2 dah terbungkang tido.. bak kata Thana," we can sleep peacefully". Best bukan??
8. Pagi - pagi dah makan best2.. kami ni jenis kekwat..hehe.. tolak free breakfast tapi sebaliknya makan gerai - gerai tepi jalan.. setakat ni, pilihan sarapan kami setiap sabtu perjumpaan, wajib Nasi jagung Jan.. Aku ni pengemar kari, kak Nurul dan Thana pun kata ok.. Pagi - pagi selalunya, kawan kami yang seorang lagi,  Tan Li Na yang belanja.. hehe..
9. Kawan - kawan tak kisah belanja.. sebab masing - masing ada duit sendiri.. Dah macam rutin.. tapi tak bolehlah selalu menerima, kena juga memberi kan??
10. Assignment selalunya dalam bentuk groupwork.. Pensyarah pun naik kesian.. Rambut metalik pun sanggup belajar.. Kat sini aku nak tabik spring kat kawan - kawan aku.. Ada daripada kawan aku dah ada cucu.. tapi semangat tu yang buat aku respek habis kat diaorang..

TAPI YANG TAK BESTNYA..

1. Kadang - kadang malu jugak dah tua2, baru nak belajaq.. eee..
2. Memori kitaorang tak sehebat lepasan SPM.. Huk3 tu yang buat kitaorang sedey sangat.. bayangkan lah kalau exam.. baca 2-3 kali belum tentu masuk kepala hotak.. tak kan nak rebus nota kitaorang lepas tu minum?? LOGIK DAK ?
3. Duit ulang alik pakai duit sendiri.. dengan jauh 170km x2, tol, duit hotel, makan minum, korang boleh agak2 kan berapa kami korbankan setiap bulan?? terpaksa control budget.. kalau lepasan SPM tak payah pikiaq pasal benda2 ni.. duit ptptn ada, duit mak pak pun ada..
4. Jenuh dok pikiaq sapa lah nak jaga anak2 kami ni... kalau suami, mak bapak sanggup, alhamdulillah.. tapi tak nak hulur ke?? sendiri mau ingat ye..
5. Susah nak fokus sebab bebanan keje, keje umah, anak2.. kalau nak jadi cerita, dalam masa sibuk2 buat keje masa tu lah exam, memang bahagia lah kami.. setakat tido 2-3 pagi biasa dah bagi kami..
6. Pensyarah suka perlekeh kami.. Maklumlah kami ni CIKGU CIKGI.. 
7. Memandangkan perjumpaan kami sebulan sekali, bab - bab melaram ni.. jangan cakap lah.. ada yang siap buat baju baru semata - mata nak pergi kelas.. malulah beb.. repeat baju yang sama.. sekurang-kurangnya satu sem tak boleh pakai baju yang sama.. Ada yang kisah, ada yang tak kisah.. yang tak bestnya aku pun tergolong dalam kategori ni.. Huk3..
8. Pembelajaran maya agak menyukarkan kami untuk memahami tugasan dan nota pensyarah.. Kalau bersemuka lebih baik.. 
9. Banyak beg yang nak kena bawak.. huk3.. suami - suami kami memang geleng kepala bila tengok kami punggah beg masuk dalam kereta.. mana taknya, beg baju, beg sembahyang, beg kuliah, handbag.. bersama dengan 1 hanger baju kuliah untuk esok.. Bayangkan!!Kalau tertinggal salah satu.. naya weii..
10. Lebih terkongkong.. kejap2 suami telefon, anak telefon, tanya mana letak barang? bila habis kelas.. macamana nak fokus belajar? Yang bestnya, aku tak tergolong dalam kategori ni.. hehe

itulah aku boleh rumuskan 10 kebaikan dan 10 keburukan belajar zaman anak dara dan zaman sekarang.. aku sendiri tak sangka boleh buat sampai 10 senarai.. hehe.. Apa - apa pun yang penting, bak kata kawan - kawan aku yang lain, kita ni dah ada kerjaya sendiri, setakat dapat kredit pun jadi lah.. tak payah pulun - pulun sangat.. asal jangan repeat paper sudah lah.. Kat sini, aku juga doakan semoga dipermudahkan segala urusan kami kawan - kawan yang amik course PPG ni.. doakan kita semua selamat pergi dan balik.. dan dapat keputusan yang gempak..Insyaallah.. Amin yarabbal alamin..


geng 1 Malaysia aku.. 


Pemandangan dari Tingkat 2 Bazaar Padang Besar


rindunya aku kat makcik jual cincau.. maybe masa tu penat dapat basah tekak minum cincau pun dah rasa sedap



mak aku tengok, mesti dia suka.. nasib baik dia tak ikut sama.. mau kopak duit aku..



meh usyar, kawan aku beli apa..



lunch kat marrybrown.. pic ni masa perjumpaan pertama.. 



ni lah warung  peberet kami, yusuf jan nasi jagung.. 


kari kambing yang mabeles.. saja tayang nak bagi hangpa terliuq.. 


ni lah bajet hotel kami menginap.. not bad sangat  walaupun 2 star..





aku bangga dapat belajaq kat sini.. 




HABEH DAH !!









No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.