WELCOME TO MY BLOG

Si Pelik yang jelik,
dream catcher
i hate backstabbers,
chocolates lover







Saturday, November 1, 2014

Wedding Hani- Shah

salam to all the readers..

           Alhamdulillah.. satu - satunya adik yang saya ada selamat diijabkabulkan pada 10.10.2014.. Actually sebagai kakak sulung, aku tak banyak involved dalam persiapan wedding Hani.. cuma tengok dari jauh.. tanggungjawab terhadap anak, keje and study buat aku menyerahkan seratus peratus pada mak dan Hani. Just as a big sister, I want to be a part in his history..

       Pagi hari akad nikah, aku dah ada kat rumah mak.. tempatku sentiasa di dapur., menolong mak menyiapkan hidangan meja buffet.. Macam wedding aku, akad nikah pada hari Jumaat lepas Asar. Akad nikah dilakukan di Masjid Rawana.. kami sekeluarga berdebar - debar.. Bapak steady dengan baju Melayu dan aku rasa bapak pengantin yang paling sempoi.. bapak datang dengan motor..

         Shah berjaya melafazkan ijab dan kabul dengan sekali lafaz.. bapak mewalikan Hani.. bapak cool cuma bapak terpaksa sediakan skrip untuk lafaz ijab.. bila shah lafaz ijab kabul, aku, hani dan mak menitiskan air mata.. aku happy lihat kebahagiaan adik aku., Doa dibacakan, air mata aku dan mak bergenang..  bila Hani bersalam dengan mak, air mata bergenang.. tapi bila Hani bersalam dengan bapak, bapak menangis.. satu keluarga menangis.. bahkan sesiapa yang menyaksikan drama kami anak beranak, turut mengalirkan airmata termasuk kawan - kawan Hani.


          Aku sempat beramah mesra dengan keluarga Shah.. mak Shah very cool dan baik.. Family Shah terlebih dahulu mengenali AS sebelum ni.. Dalam pukul 10.30 malam, tetamu mula beransur pulang, kami sekeluarga ke dewan untuk majlis resepsi esok.. Kami terkedu dengan persiapan dewan.. Tunggang langgang.. macamana la esok dah nak kenduri.. Hani dah bengang.. Nasib lah ada hamba Allah yang sanggup menolong kami sekeluarga.. terima kasih daun keladi.. Pada malam tu, ramai sedara mara datang, tolong mana yang patut.. di sini aku salute kat keluarga sebelah bapak aku.. siap whatsapp tanya ada apa- apa yang nak tolong.. Bila malam, aku sibuk siapkan skrip untuk majlis keesokan hari.

11 OKTOBER

      Pagi - pagi lagi aku dah bangun, mak bapak nampak kalut, aku tolong mana yang patut.. Siapkan anak- anak aku yang akan jadi flower girl.. Pukul 11 pagi, Eisya dan anak - anak datang. Eisya mekapkan aku.. Mabeles jugak lah..

     Sampai di dewan, aku lakukan latihan perarakan masuk pengantin untuk flower girls. Aku siapkan rostrum dan jumpa sedara sebentar.. Skrip aku baca berulang kali agar tidak berlaku kesilapan.. Bila aku mendapat hint pengantin telah hampir ke dewan, tugas aku sebagai pengacara pun bermula. Banyak mata memandang ke arah ku.. Ada sedikit rasa gentar di hati tapi tidak ketara.. Dari jauh, sedara mara menunjukkan isyarat bagus.. AS tak lepas memandangku dan senyum padaku.. Tapi serius, janganlah jadi pengacara kalau adik yang kawin, tengah baca skrip, terpaksa bergegas sebab nak pastikan persiapan berjalan lancar.. berkejar anak aku dibuatnya.

       Selesai saja majlis, terus tido tak sedar diri, migrain aku dibuatnya.. sakit mata bila terkena flash kamera.. ni lah kelemahan aku..

            Ramai yang bertanya kan aku baju yang aku pakai.. hmm.. not bad jugak lah ye..


Tatarias aku pada hari resepsi  Hani :


Tudung            : Sugarscarf
Baju                 : Mak bagi kain chiffon pink, aku gi beli kain lining n border . Kos menjahit rm 70.
Mekap              : Adik ipar mekapkan.. Kos free of charge