WELCOME TO MY BLOG

Si Pelik yang jelik,
dream catcher
i hate backstabbers,
chocolates lover







Thursday, July 24, 2014

Air mata Tasya

       
            Salam buat semua readers saya.. maaf ye lama tak meng update blog ni.. sebenarnya aku menghadapi masalah akses ke blog ni.. hari ni baru lah aku berkesempatan untuk mengupdate blog ni.. byk moment indah ingin saya kongsikan.. tapi apakan daya.. insyaallah pada masa akan datang., aku  akan lebih kerap mengupdate kan blog.

        Ini cerita tahun lepas.. anak murid aku kehilangan ibunya disebabkan kanser.. setelah beberapa bulan selepas kematian ibunya.. satu hari diadakan tazkirah utk murid sewaktu masa rehat. Sudah jadi kebiasaan, budak2 suka mengadu macam2 kat aku.. Satu hari tazkirah tersebut mengenai hari raya.. hati anak murid aku, Natasya cukup sayu.. 

       " Teacher, Tasya menangis teringat kat mak dia" aku terus memberhentikan kerja menanda buku latihan murid. " Panggil Tasya mai kat teacher" ujar ku kepada anak muridku.. tak lama kemudian, Tasya datang dengan dipimpin oleh beberapa rakannya.. Dari mata nya yang merah, aku dapat mengagak dia dah menangis cukup lama.. Tubuhnya cukup lemah.. 

       " Tasya, mai kat mama, sayang" aku menutur perkataan dengan nada yang lembut.. cukup lembut dan cukup untuk meruntun hati sesiapa yang melihat.. Terus ku peluk Tasya.. " Dah sayang, jangan nangis.. mama ada kat sini".. Ternyata aku tewas dengan seorang kanak2 yang naif dengan dunia yang akan diharunginya..

          Ku peluk Tasya lama.. Biar hilang rindu Tasya pada ibunya yang telah pergi mengadap Ilahi. Adriana datang selepas diberitahu aku memeluk seorang kanak2.. " Mama, mama.. awat mama peluk dia?" Adriana bercakap dengan nada yang cemburu.. " Yana, kesian kat dia.. mak dia meninggal, dia teringat kat mak dia" . Kesian kat dia.. 

         Sejak kejadian itu, Tasya lebih selesa dengan aku.. Aku tetap marah bila Tasya buat kesalahan.. Cuma aku beri perhatian yang lebih kepada Tasya dari yang lain.. Murid2 sekelas Tasya faham akan keadaan Tasya.. Sejak dari itu jugak, pelajaran Tasya dalam subjek Bahasa Inggeris makin meningkat.. Hmm.. Benar la.. Kalau murid dah suka kat cikgu tu, dia akan maju dalam pelajaran nya.. 

       Sekarang, Tasya dah temui penganti ibu baru.. makna nya pak dia kawin lain laa.. Ayah Tasya seorang yang simple.. Biarkan aku uruskan Tasya di sekolah. Sebagai cikgu, aku hanya mampu melihat Tasya dari jauh.. aku sentiasa doakan yang terbaik untuk Tasya.. moga dia bejaya suatu hari nanti.. aminn