WELCOME TO MY BLOG

Si Pelik yang jelik,
dream catcher
i hate backstabbers,
chocolates lover







Saturday, March 26, 2011

earth hour

kali ini saya memang menyahut seruan  earth hour.. hehe.. pada anak - anak memang saya telah maklumkan mengenai earth hour.. Earth hour saya, saya padamkan lampu seawal 8.15 malam.. Memandangkan saya mempunyai anak yang masih kecil, maka saya mengambil kesempatan untuk keluar makan bersama anak - anak pada waktu earth hour.. Semua lampu dan pekakas elektrik dipadamkan kecuali lampu di luar rumah..
Selesai saja makan, saya membawa anak- anak saya jalan - jalan.. Memandangkan sekarang ini musim hujan, saya tidak berani mengambil risiko memandu dalam keadaan hujan lebat.. almaklumlah lah mata saya bukan lagi terang macam dulu..
Sebelum sampai rumah, saya meninjau kawasan kejiranan saya, memang gelap.. kalau terang benderang pun tak sampai 5 buah rumah.. alhamdulillah.. masing- masing ada kesedaran mengenai alam sekitar.. pada adriana dan azriq saya terangkan kenapa semua rumah bergelap.. alhamdulillah, diaorang faham.. adriana pulak, banyak bertanya soalan, azriq lak sekadar mengajuk percakapan adriana..
tepat 9.30 malam, lampu saya nyalakan.. adriana n azriq happy saja.. happy sebab boleh tengok tv.. apa lagi saluran astro ceria.. saya pulak meneruskan kerja rumah yang terbengkalai.. huhuhu...

Monday, March 21, 2011

Tsunami di Jepun

Entri aku kali ni agak lambat sikit.. maklumlah memang bz giler.. berita dah basi pun pasal tsunami.. cuma saya nak melahirkan rasa simpati pada mangsa2 musibah berkembar ini..
Pada mulanya Jepun dilanda gempa bumi berukuran 8.9 skala richter.. disusuli tsunami setinggi 10 meter.. kalau dah tsunami tu, memang akan mengakibatkan kemusnahan yg dahsyat lah.. ribuan mangsa terkorban walaupun sistem amaran telah di ketahui lebih awal.. banyak negara cuba menolong negara Jepun ni.. Jepun memang diketahui terletak di dalam kawasan yg kerap mengalami gempa bumi, dan letusan gunung berapi selain dari negara Indonesia.. Saya masih ingat lagi sekitar 90-an berlaku gempa bumi di Kobe yang turut melumpuhkan bandaraya Kobe itu sendiri.. Entah lah bagaimana keadaan bandar Kobe sekarang?..
   Paling bahaya ialah apabila loji nuklear mula bocor disebabkan gempa bumi.. kita doakan lah keselamatan rakyat Malaysia yang berada di Jepun.
Arahama di Sendai sebelum tsunami
Arahama di Sendai selepas tsunami
Pelan Nuklear 2004
Pelan Nuklear selepas tsunami

Sunday, March 13, 2011

persiapan utk presentation

saya bukanlah seorang yg mahir bab2 nak bagi talk or bercakap di hadapan khalayak ramai.. tapi pekerjaan saya melibatkan banyak presentation.. hanya sekadar berkongsi ilmu yg ada.. sayugia di ingatkan tak semua daripada kita memiliki kemahiran bercakap di hadapan khalayak ramai.. tapi nak buat camna kan, kdg2 terpaksa lah jugak kena present.. memang ketar gak lah kan.. di sini saya turunkan tips2 yg saya ada.. tips ini tidak dicopy paste dimana2 link.. hak milik Zalina Ismail yg mutlak..hehehe...