WELCOME TO MY BLOG

Si Pelik yang jelik,
dream catcher
i hate backstabbers,
chocolates lover







Sunday, March 13, 2011

persiapan utk presentation

saya bukanlah seorang yg mahir bab2 nak bagi talk or bercakap di hadapan khalayak ramai.. tapi pekerjaan saya melibatkan banyak presentation.. hanya sekadar berkongsi ilmu yg ada.. sayugia di ingatkan tak semua daripada kita memiliki kemahiran bercakap di hadapan khalayak ramai.. tapi nak buat camna kan, kdg2 terpaksa lah jugak kena present.. memang ketar gak lah kan.. di sini saya turunkan tips2 yg saya ada.. tips ini tidak dicopy paste dimana2 link.. hak milik Zalina Ismail yg mutlak..hehehe...

sebelum presentation
  • sebolehnya elakkan last minutes presentation.. buat persediaan awal..
  • kuasai tajuk presentation anda.. cari maklumat sebanyak mungkin, boleh bertanya rakan2 atau pensyarah yg mahir.
  • kenal pasti bahan media yg ada.. visual kan idea anda, power point presentation adalah yg terbaik..
  • sediakan skrip sekiranya perlu - atur perjalanan presentation anda
  • hafal skrip anda.. depan cermin, dlm bilik air, dalam kereta..
  • kenal audiens anda - kenal pasti rakan anda yg rajin lontarkan soalan2 cepu emas, daripada maklumat anda, anda  boleh mengagak soalan apa yg akan di tanya semasa presentation anda
  • pakai baju cantik pada hari presentation ( to boost ur confident )
  • semak bahan2 anda - jangan terlupa bawa bahan pembentangan anda..
semasa presentation
  • baca bismillah banyak2
  • tarik nafas
  • mula beri salam, ucap terima kasih kepada pengerusi majlis ( sekiranya ada ), tetamu kehormat anda,
  • mulakan dengan sesuatu yg menarik, boleh jadi daripada you tube yg releven dengan tajuk pembentangan anda, elakkan lawak kotor atau yg ada double meaning ( x profesional beb )
  • bahan slaid mestilah menarik, berwarna, highlight idea anda atau fakta2 penting
  • jangan gugup walaupun anda memang ketar lutut atau nak pengsan pada masa itu .. rileks lah beb bukannya nak gi perang.. hehehee..
  • suara mesti jelas, eye contact dengan audiens anda, jgn halakan mata anda 1 atau 2 kelompok, sekiranya ada antara audiens anda mula membuat hal sendiri, itu tandanya presentation anda membosankan, cari inisiatif lain supaya audiens anda tetap mendengar anda.. lebih elok diselitkan sedikit humor..
  • elakkan isu2 perkauman, perbezaan jantina ( gender bias ) ayat2 yg panjang berjela2, lograt yang agak pekat, guna perkataan yg senang difahami..
  • akhiri persembahan anda dengan sesuatu yg menarik, it can be song, perumpamaan, pantun.. sebelum menutup bicara, dengan rasa rendah diri katalah yg baik itu daripada Allah SWT dan yg buruk itu datangnya daripada kelemahan anda, minta maaf sekiranya ada perkataan anda yg menyinggung perasaan audiens anda..
selepas presentation
  • dapatkan feedback daripada audiens anda..
  • perbaiki kelemahan yg ada
  • jawap pertanyaan audiens anda, kemukakan fakta, jangan main hentam sahaja..
  • sekiranya anda mendapat feedback yg agak melukakan hati anda, ingat seperkara, anda adalah seorang yang berani, bukan semua orang boleh bercakap di hadapan khalayak ramai.. anda berjaya.. jangan ambil hati..
  • "reward " diri sendiri - selepas presentation berakhir, pergilah dengan rakan2 anda makan di tempat yg disukai, atau beli barang yg anda suka.. hehehe...

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.