WELCOME TO MY BLOG

Si Pelik yang jelik,
dream catcher
i hate backstabbers,
chocolates lover







Sunday, February 13, 2011

14 sebab kenapa saya jadi seorang cikgu?

ni soalan yg patut ditanya 10 tahun yg lalu.. hehe.. tapi saja saya nak perbaharui azam di bulan februari.. hehe..
1 - sebab pertama, saya nak happykan bapak & mak saya ( serius, selagi saya hidup, saya akan cuba bahagiakan kedua2 ibu bapa saya)
2 - sekolah cuti saya pun cuti - hehe.. ni alasan saya yg sejujurnya.. tapi, selepas hampir sedekad saya bergelar guru, terus terang saya katakan bahawa terdapat pekeliling ( notis utk penjawat awam , penjawat awam terikat ngan pekeliling) mengatakan bahawa guru boleh dipanggil balik bertugas 2/3 daripada cutinya.. semasa bertugas di kl, guru besar saya mewajibkan kami semua datang bertugas selama 2 minggu, bertugas pada hari cuti selama 2 hari, kadangkala berkursus semasa bercuti.. bayangkan berapa sangat cuti kami, jika dibandingkan dengan penjawat awam yg lain.. kadang2 tak sampai 60 hari.. belum lagi guru2 yang terlibat dengan kelas tambahan terutama utk tahun2 peperiksaan.. kadang2 tak merasa cuti..
3 - bila dah bersara boleh dapat pencen.. bukan setakat pencen je, faedah2 perubatan di hospital kerajaan.. kalau nak servis baik, pakai duit sendiri lah jawabnya..
4 - senang buat pinjaman perumahan - tidak dinafikan memang penjual mencari penjawat awam utk beli rumah mereka.. lambat pun takpe, asalkan rumah dapat dijual.. paling awal pun 6 bulan, interest cuma 4%, mengikut kaedah baki berkurangan.. ( kalau tak silap saya )
5 - dijamin oleh kerajaan - memang ada kebenarannya, sekiranya berlaku inflasi atau kemerosotan ekonomi, kerjaya sebagai guru tetap terpelihara.. takde lagi kes guru kena buang keje ( untuk kerajaan saja ye ) kecuali kalau guru tersebut berhadapan dengan tindakan tatatertib.
6 - satu kepuasan .. kalau kita mengajar dan murid faham, dah jadi satu kemenangan peribadi buat guru tersebut.
7- kerjaya guru dihormati - betul ke? kalau zaman mak bapak tu yelah, bukan zaman 2000 milenium nih.. guru dianggap sebagai public enemy oleh sesetengah parents.. apa2 pun bergantung kepada niat guru tersebut..
8 - tengah hari dah boleh balik - zaman dulu boleh le, zaman sekarang semua benda nak kena buat, nak periksa buku2.. 1 kelas ada 40 org murid ( anggaran) bayangkan kalau 3 kelas.. tak muntah darah nak periksa.. kalau musim exam, cikgu pun demam exam.. belum lagi kerja2 pengkeranian itu belum lagi kerja2 pengkeranian.. tutup register setiap bulan ( kena kira ye bilangan, peratus, berapa hadir, peratus tidak hadir)
9 - boleh ajar anak sendiri - ini kelebihan kepada kami guru2.. tapi dengan bebanan kerja yang bertambah, kekangan masa, kadang2 guru tak sempat mengajar di rumah..
10 - anak2 cikgu dapat layanan istimewa dari pihak sekolah - anak2 cikgu dilayan seperti biasa je.. kalau murid lain kena marah, anak cikgu lagilah.. dengan mak bapak punya nama sekali terpalit.. bukan senang ye..
11 - best dapat hadiah hari guru - nasib le.. susah dapat hadiah yg mahal2.. paling koman pun pen, barang dari kedai rm2.. pada kami yg penting, murid2 berjaya dengan cemerlang dan jadi murid yang dapat membanggakan kami semua.. itu hadiah sebenarnya..
12 - nak amik hati pakwe dan bakal mertua.. hehe.. ni alasan yg logik gak.. haha!!! masa amik kursus perguruan di maktab, pakwe saya seorang guru, kedua2 ibu bapa dia pun guru gak.. kalau saya jadi guru adalah topik nak dibincangkan.. hehe .. tapi jodoh takde pun.. hehe.. buat dia, terima kasih kerana banyak membimbing saya ( awak tahu siapa awak )..hehe.. hope my hubby tak baca entri ini.. hehe!!
13 - boleh tukar ke negeri lain tanpa perlu berhenti kerja - ini kelebihan sebagai penjawat awam.. tapi bukan senang, ada yang terpaksa menunggu bertahun2 untuk bersama keluarga, kawan saya seorang ustaz, ingin balik ke kampung halaman di kelate, mohon dari tahun 2006 sampai ke entri ini ditulis, dia masih belum dapat ditukarkan di kampung halaman, bayangkan seorang ayah yg terpaksa berjauhan dengan isteri, anak2.. sedih betul dengar luahan hati ustaz..
14 - dikenang oleh anak murid - ini yg manis sekali, bila dah tua nanti mana lah tahu, ada anak murid saya yg ingatkan saya lagi.. saya bangga ada anak murid saya yang telah masuk sekolah berasrama, sekolah sains.. alhamdulillah...
rasa2nya setakat ni jelah yg boleh saya senaraikan.. hehe.. apa2 pun saya bangga ditakdirkan bergelar pendidik.. saya jatuh cinta dengan dunia perguruan.. saya ingin mengajar anak murid saya segunung ilmu, seluas lautan, kalau boleh apa yang boleh saya tahu nak saya ajar kepada semua anak murid saya.. saya sayang mereka sesayang2nya.. walaupun saya ni garang, niat saya cuma satu, saya nak dia tahu yang mana satu salah dan mana satu betul.. hati saya tersayat pilu bila anak murid saya meninggalkan dunia lebih dahulu, pengalaman kehilangan seorang murid benar2 menduga saya.. sedih, pilu semuanya bercampur baur.. semoga ditempatkan di kalangan orang beriman Muhamamad Arief B. Abd Aziz ( al- fatihah)..
disebalikya saya paling takut dengan gelaran cikgu, rasa satu batu besar menghempap saya.. saya juga manusia biasa yang tak terlepas daripada mebuat kesilapan.. saya paling takut kalau rang kata, nama je cikgu tapi perangai macam **** adoiii mintak simpang malaikat 44.. apa2 pun saya cuba jadi diri saya sendiri..

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.