WELCOME TO MY BLOG

Si Pelik yang jelik,
dream catcher
i hate backstabbers,
chocolates lover







Friday, December 23, 2011

Rahsia Hadiah Dari Si Dia






Hadiah yang anda beri kepada kawan/kekasih/isteri/suami anda mempunyai maksud yang tersirat...



JAM TANGAN... ... ... Tanda meningati setiap masa dan waktu.

CINCIN... ... ... ... .Tanda ikatan kasih yang abadi.

GELANG... ... ... ... .Tanda mesra

RANTAI LEHER ... ... .Ikatan cinta yang perlu perhatian.

SUBANG... ... ... ... .Tanda penghargaan dan penghormatan.

KASUT... ... ... ... ..Sentiasa mengambil berat/prihatin.

PAKAIAN/KAIN... ... .Semoga kasih berkekalan dan dekatselalu.

PAYUNG... ... ... ... .Tanda kasih dan sentiasa ingin melindungi.

MINYAK WANGI... ... .Tanda cinta

BINGKAI GAMBAR... ..Sentiasa merindu dan tak ingin berjauhan.

BUKU... ... ... ... ... Bersifat terbuka dan bertolak ansur.

BUNGA... ... ... ... ... Tanda perkenalan dan tanda sayang

COKELAT ... ... .. semanis cintamu.

LAGU/CD/KAD UCAPAN ... ... ... mengabadikan cinta

SEJADAH DAN ALQURAN... ... ... tandanya kekasihnya ituvmenyayanginya dunia dan akhirat.



Satu lagi... . zaman mellinieum... .

HANDPHONE... tandanya... . kau jangan lari dariku!!!!... ... .aku kan cari kamu walau dimanapun... melainkan kalau handphone tu ditutup... ..



HADIAH PALING BERHARGA DALAM DUNIA!!

MASUK MEMINANG... ... tandanya dia serius dan betul2 seriuss..!



Wednesday, December 14, 2011

tips untuk kurangkan hutang

Salam to all my readers.. kali ini saya nak berkongsi mengenai tips untuk kurangkan hutang.. saya bukannya seorang yang arif bab- bab hutang nih.. cuma saya terpanggil untuk berkongsi tips untuk kurangkan hutang.. layanz..

1. PERIKSA rekod perbelanjaan untuk tempoh 12 bulan. Setahun adalah jangka masa yang tepat untuk melihat apa yang berlaku. Jadi lihat semua perbelanjaan, penyata bank, rekod buku cek, penyata kad kredit atau apa sahaja rekod yang anda ada.


Dan untuk perbelanjaan yang menggunakan wang tunai, bawa buku nota untuk beberapa minggu dan tulis semua perbelanjaan anda, walaupun untuk membeli goreng pisang makcik. Akhirnya, anda akan dapati betapa sedikit akan menjadi bukit. Saya telah mencubanya dan memang boleh dapat angin ahmar tau (sebab terkejut)… hehe



2. KIRAKAN jumlah perbelanjaan anda dalam sebulan, dengan mencampurkan semua bil yang perlu anda bayar dalam sebulan.



3. TULISKAN senarai hutang yang anda tanggung. Jangan lupa masukkan sekali ansuran rumah. Telefon bank jika anda tidak pasti berapa hutang yang anda ada.(Pastikan ada selalu kemas kinikan rekod senarai hutang ini)



4. BUAT SENARAI pembayaran minima yang perlu anda lakukan setiap bulan. Katakan anda perlu membayar RM2000 setiap bulan.



5. TENGOK BAKI yang perlu anda bayar, dengan anggapan bahawa anda membayar setiap bulan tanpa ada yang tertunggak.



6. SENARAIKAN hutang anda supaya hutang yang sedikit diatas sekali, dan yang banyak terletak dibawah. Jangan lupa senaraikan semua hutang anda. Contohnya:



1)Hutang stereo RM2000

2)Hutang kad kredit RM5,000

3)Hutang kereta RM50,000

4)Hutang rumah RM100,000



7. Sekarang anda perlu ‘MENYERANG’ untuk membayar hutang yang sedikit dahulu. Buat keutamaan untuk habiskan hutang yang sedikit dahulu (tv?) dan akhir sekali hutang yang agak besar, contohnya kereta atau rumah.



8. Pada langkah Nombor 4, anda telah kirakan jumlah minima hutang yang perlu anda bayar setiap bulan iaitu RM2000. Sematkan di minda anda untuk tambahkan sebanyak 10% daripada jumlah tersebut, iaitu RM200!



9. Untuk mempunyai tambahan RM200 untuk membayar hutang, kurangkan RM200 daripada perbelanjaan, dan simpan untuk membayar hutang.



Cuba fikirkan semua cara untuk mengumpulkan RM200 ini. Anda perlu berbincang dengan keluarga anda apa yang perlu dan tidak perlu dibeli. Contohnya jika anda selalu makan diluar, cuba kurangkan. Jika anda merokok, cuba berhenti. Jika anda berusaha, pastinya anda temui jalan untuk jimatkan paling kurang RM200 sebulan.



10. Gunakan wang tambahan RM200 ini untuk membayar hutang No.1 anda yang kecil dahulu. Jika anda membayar RM100 sebelum ini, sekarang anda bayar RM300 (RM100+RM200). Apabila habis hutang pertama, gunakan RM300 untuk tambahkan bayaran kepada hutang kedua. Jika sebelum ini anda membayar RM200 untuk hutang kedua, anda bayar RM500 (RM200+RM300) selepas hutang pertama habis. Ianya akan memberikan impak maksima untuk melangsaikan hutang anda dengan cepat. Teruskan penambahan sehingga ke senarai yang terakhir.



Dengan cara ini anda akan bebas dari hutang dalam masa beberapa tahun. Kelebihan daripada sistem ini bermula hanya daripada RM200 yang anda jimatkan, dan ianya bertambah sebaik sahaja hutang pertama anda habis.

Cuba praktikkan teknik ini dan anda pasti terkejut dengan hasilnya dalam masa beberapa tahun akan datang. Jangan biarkan anak-anak anda sengsara kerana terpaksa menanggung semua beban hutang anda nanti.

p/s : apa - apa pun kenali diri anda dulu.. kalau anda tahu anda seorang yang agak boros, jangan cari nahas dengan menggunakan kad kredit. Saya tak nafikan kad kredit memang perlu pada zaman sekarang, tapi kad kredit boleh menjerat anda.. kurangkan jumlah kad kredit anda, pilih satu kad kredit yang rendah premium bunga.. guna apabila perlu sahaja.. seperkara lagi perlu faham antara keperluan dengan kehendak.. bincang dengan pasangan sekiranya anda hendak membeli sesuatu benda yang agak mahal.. sekiranya mampu, tidak salah sekiranya anda membelinya..

        Jangan sesekali bersaing dengan orang lain.. anda juga yang akan rugi.. setiap orang telah ditentukan oleh Allah akan rezekinya.. anda telah berusaha, mungkin bukan sekarang rezeki anda, rezeki bukannya datang dari segi kewangan sahaja.. ada banyak cara rezeki itu hadir dalam diri anda.. jangan cemburu dengan kemewahan orang.. syukur dengan apa yang anda ada..

    Kurangkan meminjam barang orang dan mengaku barangan tersebut adalah barang anda.. anda boleh buat orang kagum dengan anda.. tapi ketahuilah anda apabila tembelang anda pecah.. mau diaorang gelak guling dengan sikap anda.. secara tidak langsung, anda tipu diri anda sendiri.. paling penting, jadilah diri anda sendiri tak perlu dibayangi oleh orang lain..





Monday, December 12, 2011

langsuir bertenggek di palung air

Salam to all my readers..
 Semalam saya saja - saja je bukak blog kawasan perumahan saya. Hasil carian saya mendapati ada cerita menarik untuk dikongsi bersama..
http://permatakaku.blogspot.com/2011/12/gemparlangsuir-bertenggek.html

    Selama dua tahun saya menetap di Kulim,saya  tak pernah lagi  dengar pasal cerita - cerita macam nih.. keesokan harinya saya ceritakan pada hubby.. hubby macam excited.. siap post dalam fb lagi blog tadi..
    alahai, nape lah kat area kawasan perumahan saya pulak 'dia' nak kacau.. mula - mula ketawa gak, boleh percaya ke? nak lalu kat area tu hati kata jangan cari nahas.. selama ini memang saya kerap menggunakan jalan situ, pernah jugak sampai pukul 2 - 3 pagi.. setakat ini tak pernah terserempak apa - apa.. Nampak gayanya kena lah lebih berhati - hati selepas ini..
    paling best, penjaga keselamatan di kawasan perumahan saya pulak dah bertambah anggota rondaan.. hehe.. takut jugak diaorang nih.. hehe..
    

Saturday, December 10, 2011

me & my bff

       Di kesempatan cuti sekolah ini, saya sempat berkunjung ke rumah kakak angkat saya, kak mala.. Hampir 2 tahun saya tidak bersua dengan kak mala.. kali ini disebabkan kak mala beriya- iya sangat, saya tidak sampai hati hendak menghampakan pelawaannya..

       Sampai saja di umah kak mala, kami seperti biasa, berborak sampai tak ingat dunia.. buat umah dia macam umah sendiri.. kak mala pun tak kisah sangat.. kak zan pulak sms kak mala, ajak saya sekali ke rumah dia.. sampai je kat umah kak zan, rupa- rupanya kak mek pun ada.. sempat berborak kejap sebab hajat di hati nak menyinggah umah kak mahizun.. tuan umah pulak tak ada..

    Kak mala sempat hadiahkan saya kain yang dibeli di vietnam.. terkejut gak saya.. kak mala mintak saya buat kain vietnam.. hmm.. kak mala bab berfesyen memang klass.. dia lah tukang rujuk aku kalau bab berfesyen.. sempat gak dia bercerita pasal trip dia kat vietnam.. jeles lak dengar.. kak mala memang tak boleh lupa saya.. best gi jalan - jalan dengan saya.. maklumlah stail kami gila - gila sikit.. sporting.. saya janji dengan kak mala, next trip aku akan ikut rombongan R10 nanti..insyaallah kalau panjang umur..


Wednesday, December 7, 2011

singgahan abadi buat nana

5hb Disember 2011.. tarikh yang tidak akan kami sekeluarga lupakan.. arwah nana ( panggilan untuk datuk sebelah mak ) telah menghembuskan nafas yang terakhir pada jam 9.25 mlm.. dapat tahu berita pun lambat, then, kelam kabut packing barang and balik penang.. malam tu memang saya tak dapat lelapkan mata..

   terkilan sungguh terkilan.. sampai saja kat kulim, rehat kejap maklumlah dah semalaman tidak dapat melelapkan mata.. sempat tidur 2 jam saja.. kelam kabut balik penang, dengan traffic jam lagi.. sampai - sampai je kat umah arwah nana.. semua dah lengang.. terus pergi tanah perkuburan kat Jalan Perak.. sampai - sampai kat sana, talkin sedang dibacakan.. abg anuar, suami kepada bu mimi sedar akan kehadiran saya, menyuruh saya pergi ke hadapan, nampak tanah perkuburan nana dengan kubur arwah nani di sebelah.. masa tu air mata tak dapat ditahan.. betapa saya terkilan tidak dapat menatap wajah nana untuk kali terakhir, cium nana pun tak sempat.. datang- datang semuanya dah selamat disempurnakan.. baru je tergerak untuk menjenguk nana, tahu - tahu nana dah tak ada.. 

   nana dikebumikan bersebelahan dengan kubur arwah nani.. selama arwah nani tak ada, nana lah yang kerap datang dan bersihkan kubur nani dan adik beradik nana.. nana seorang yang cukup simple.. suka menolong orang, tidak kedekut dengan wang ringgit, walaupun dia sendiri tak ada duit.. nana selalu pesan dekat anak - anak, harta tak penting, kalau mati  bukannya boleh bawak ke kubur pun.. saya kagum dengan semangat nana.. tapi apakan daya, saya redha dengan ketentuan Allah.. saya redha dengan pemergian nana.. nana dah terlalu menderita dengan sakitnya.. hampir 2 tahun arwah nana bertarung nyawa dengan sakit buah pinggangnya.. Allah lebih menyayanginya.. Al - Fatihah buat arwah nana..

    sebagai cucu arwah nana, saya dah buat apa yang patut seorang cucu patut buat, nana dah merasa duit gaji saya, saya  pernah jaga nana masa nana sakit.. masak untuk nana.. nana pun kata.. apa susah - susah lina, masak macam - macam.. Kalau bagi duit kat nana pun, dia teragak - agak untuk terima.. saya puas dapat berbakti untuk nana.. 

    nana, ampunilah dosa lina sejak lina dilahirkan hingga ke akhir hayat nana.. damai lah nana di sana.. lina tetap akan ingat dan rindukan nana.. Al - Fatihah buat nana tersayang.. :(

Monday, December 5, 2011

apabila nyawa menjadi taruhan

    hari sabtu lepas sempat gi melaka.. lama tak gi melaka.. anak - anak memang excited giler.. jalan - jalan cuma tengok tempat bersejarah dan beli ole- ole untuk diberi pada keluarga.. cuma kali ni nak cerita pasal kemalangan jalan raya.. selama saya menjadi lady driver, ni lah kali pertama tengok orang eksiden dan mangsa tersebut mati di tempat kejadian.. serius, scary giler..

   jam dah menunjukkan pukul 11.30 malam.. anak - anak pun diam sambil dengar alunan lagu - lagi di radio.. hubby pun berhentikan kereta apabila nampak isyarat merah.. tiba - tiba satu motor memecut laju, nyaris kemalangan.. hubby dah menjerit ingatkan eksiden.. eehh.. budak - budak ni tak sayang nyawa ke.. then, satu lagi motor memecut.. kali ni memang berlanggar dengan kereta yang nak membelok.. kereta tu perlahan je.. tapi dah memang budak tu bawak laju.. berdentum lah.. budak tu melambung, jatuh dan badan dalam keadaan berlipat dan berguling sebanyak 2 kali.. kami dalam kereta tergamam.. budak ni mati lah.. tak bergerak - gerak pun.. ramai yang tergamam.. hubby berhentikan kereta tengok keadaan budak malang tu.. darah keluar sampai ke jalan.. ngerinya.. hubby tak  jadi memberhentikan kereta sebab bawak anak - anak.. dalam kereta kami semua tak habis - habis bercakap pasal insiden tadi.. ngerinya Allah sahaja yang tahu.. kesian pada budak tu dan pemandu kereta.. terpikir lak pasal mak bapak budak ni.. kesiannya...


     then, hubby tersalah jalan, kami terpaksa lalu semula jalan tadi, kali ni ada lah kereta ambulans, bomba, pemandu kereta tadi mungkin buat report polis.. nampak badan budak tadi ditutup dengan kain putih.. angapan kami budak ni mungkin dah tak ada.. innalillahi wainna ilai hi rajiun..


anda bermakna untuk seseorang.. jangan biarkan dia menangis kerana pemergian anda..


   saya percaya budak malang ni memang tengah racing dengan kawan dia.. nasib dia saja yang terkena.. kalau bawak awek, tak ke naya.. sayang, kerana berlumba, nyawa melayang.. budak ni silapnya memecut ketika lampu isyarat berwarna merah.. satu kesalahan yang sukar untuk diterima.. kesian kat mak bapak budak ni.. dah lah kehilangan anak dalam keadaan yang tragis, kalau orang tanya meninggal sebab apa? sanggup ke jawab kerana merempit?.. dan mungkin yang pemandu kereta, trauma selepas kejadian ini.. saya percaya dia pemandu yang berhemah.. nak menghadapi kesulitan kerana orang lain.. kesiannya.. semoga Allah permudahkan lah urusannya kelak..

       sepanjang perjalanan, kami terjumpa dua lagi kemalangan.. tapi buat tak tahu je.. keesokan hari nya, berita melaporkan terdapat lagi dua kemalangan yang berakhir dengan kematian di melaka.. semuanya budak belasan tahun.. ya rabbi.. sayangi lah nyawa.. jangan kerana kawan, nyawa melayang dik..

Thursday, December 1, 2011

Melihat Kelip - Kelip Di Kampung Kuantan

salam semua..

    kebetulan cuti sekolah, hubby ajak ikut balik kl.. dalam perjalanan, terpaksa guna jalan lama sebab kesesakan trafik kat highway.. tiba - tiba je hubby ajak, jom kita tengok kelip - kelip nak tak.. bagai pucuk di cita, ulam mendatang.. setuju jerr.. Kg. Kuantan terletak kat Bestari Jaya ( dulu Batang Berjuntai ) cuma 45 minit je dari kl..

   jam menunjukkan pukul 10.30 malam.. ehh.. bukak lagi ke?? bukak lagi sampai pukul 11 malam.. dengan pantas kami bergerak.. nak kena naik sampan.. mula - mula susah hati lak.. maklumlah anak - anak saya masih kecil, mana lah tahu diaorang over lebih kot.. mau terbalik sampan tu.. tiket untuk naik sampan( maksimum 4 orang ) berharga rm 40.. mahal giler.. tengok kelip - kelip je.. bukannya kelip- kelip tu gi import.. tapi nak tengok punya pasal, naik sampan pun naik lah.. tension gak sebab tak dibenarkan guna kamera atau handphone untuk ambil gambar.. katanya takut kelip - kelip lari kalau nampak flash..


    mulut adriana macam bertih goreng.. tanya macam - macam.. mama, agak - agak sungai ni ada buaya tak? meremang bulu roma dengar dia kata macam tu.. tapi serius memang scary sikit.. tak lama lepas tu nampak lah pokok yang bersinar - sinar macam pokok krismas berhias pun ada.. cantik.. dengar khabar, hanya terdapat dua tempat saja di dunia yang ada pemandangan seumpama ini.. salah satunya di kampung kuantan.. kelip - kelip suka hinggap kat pokok berembang.. then, kami dibawa dekat dengan pokok berembang.. siap tangkap kelip- kelip lagi.. anak - anak punya lah happy.. seronok dengar gelak ketawa anak - anak.. azriq dengan adriana excited giler.. adelia lak macam takut - takut sikit.. tapi bila kelip - kelip jatuh dekat baju adelia, dia lak yang terlebih dos.. hehe..

  pada saya, sekali seumur hidup memang patut lah kita tengok kelip- kelip.. bukan senang tau nak tengok ribuan kelip - kelip hinggap kat satu pokok.. disebabkan tidak dibenarkan sama sekali snap gambar, saya hanya membuat sedikit carian google mengenai Kelip - kelip di Kampung Kuantan.. sila cek cekidaut ye..




        Peta Kuala Selangor..


jeti kampung Kuantan





macam ni lah kelip - kelip yang saya jumpa kat Kg Kuantan

Wednesday, November 30, 2011

my handbag organizer

salam to all my readers..

      kali ini saya nak bercerita mengenai handbag organizer.. saya percaya tak ramai yang ada handbag organizer.. kalau nak diikutkan handbag organizer ni patut apa pada handbag lovers..
      al kisahnya.. selalu saya menghadapi masalah nak mencari barang- barang dalam handbag.. paling lawak, terpaksa keluarkan sebahagian daripada isi handbag untuk memudahkan pencarian.. saya kira anda jugak menghadapi masalah yang sama kan? kadang - kadang bila bertukar handbag terlupa bawak barang lain.. so, saya ambil keputusan untuk mendapatkan satu handbag organizer..
      cari punya cari dapat lah satu, order online ler.. baru tadi dapat parcel.. not bad boleh tahan..

Tuesday, November 29, 2011

birthday bapak

1 Muharram lepas merupakan hari lahir bapak saya.. So, seperti biasanya mesti celebrate kat umah mak.. sehari sebelum tu, terpikir gak, nak bagi apa kali nih.. bapak bukannya seorang yang demanding.. bila bagi apa pun mesti muka bapak ceria.. Tetiba teringat nak hadiah kan handphone kali nih.. Share ngan adik beradik yang lain, bolehlah beli yang elok sikit untuk bapak.. bapak bukannya orang yang suka gajet - gajet nih.. bapak pakai apa yang ada..

 Bila bapak buka hadiah, bapak cakap nape beli mahal sangat.. berulang- ulang kali bapak tanya.. sampai ke sudah saya  tak beritahu berapa.. yang penting bapak suka.. bila malam bapak ajak kami semua makan.. datanglah semua adik beradik saya, n cucu - cuca bapak.. rasa dulu kami 5 orang sahaja.. sekarang dah makin bertambah..
 selagi bapak hidup, masa ni lah nak bagi bapak happy.. selama ni bapak ketepikan kepentingan dirinya.. asal anak - anak dia senang tak apa lah.. aku nak jadi macam bapak.. bapak aku jadikan role model dalam aku mendidik anak - anak.. insyaallah.. ameenn..

Saturday, November 26, 2011

tupperware online from koleksi bintang hati

salam to my readers.. tq for reading my entries.. luv korang ketat2.. haha!!

   kali ini saya ak bercerita pasal shopping online.. pernah korang buat shopping online tak?? ada beza lah sikit.. saya ni dah addicted rasanya shopping online ni.. tapi taklah teruk sangat.. cuma seronok menunggu parcel datang and boleh kecoh aku dapat parcel.. huhuhu..

   berbaloi ke tidak beli online?? sekarang ni kat bilik guru kecoh gak pasal tupperware.. mula - mula tu tak berminat sangat.. tapi bila my cousin buat business online tupperware.. rasa oklah harga tupperware nih.. puas hati & berbaloi.. itulah yang dapat saya katakan.. tupperware dengan suri rumah mana boleh dipisahkan.. bak kata seorang kawan.. kepuasan hati kita.. ewah - ewahh..

    mana nak dapat tupperware murah and ada yang dijual loose item?? ni dia, taip 'koleksi bintang hati' dalam fb. ownernya kak Amy..
      sila layan antara item - item yang ada kat koleksi bintang hati ni.. layanzzz...

Thursday, November 24, 2011

saya show off??

salam to all the readers..

Kali ini saya cuma nak meluahkan isi hati saya.. dah lama saya pendam.. post kali ini saya tujukan untuk orang berkenaan.. siapa yg makan cili dia le yg rasa pedasnya..
selama ini saya hanya berdiam diri, kerana malas nak melayan kata- kata org.. yang penting aku tahu apa aku buat.. malangnya, lagi saya berdiam diri makin orang berkenaan naik tocang.. kemuncaknya apabila saya naik 'hangin' terhadap manusia ni yg makin lama makin menabur cerita yang bukan2..

selama saya hidup ini, ini lah dugaan saya yang terhebat.. nak lari bukan penyelesaian masalah.. saya dituduh oleh pihak berkenaan yang tidak senang dengan apa yang saya miliki.. penat2 kerja dan bersengkang mata menyiapkan assignment pada waktu di maktab dulu.. disalah erti oleh org berkenaan.. saya tidak ada niat untuk menunjuk2 atau berlawan dengan orang berkenaan.. selama ini saya terpaksa kurangkan 'melaram'  kerana tidak mahu di 'highlight' oleh orang berkenaan.. malangnya, buatlah macamana sekalipun kalau orang dah tak suka biar sezarah kesilapan pun akan jadi hot issue..

mintak maaflah pada pihak berkenaan, andai anda terasa yang saya mencabar anda untuk menunjuk2 apa yang mampu dimiliki.. lillahi taaala.. saya cuma buat apa yang saya suka.. saya jenis manusia yang menghargai diri.. apabila saya penat- penat menyiapkan sesuatu tugasan, ada masanya, kita patut beli sesuatu untuk buat kita lebih bersemngat untuk buat sesuatu kerja dengan lebih baik.. saya tiada niat untuk mencabar pihak berkenaan, kerana saya bersyukur jadi diri saya sendiri tanpa perlu dibayangi oleh orang lain.. biarpun saya tidak lah semewah orang lain.. saya cukup bersyukur dengan apa yang ada pada saya tanpa perlu bergantung pada ibu bapa hatta  suami.. salah kah saya mengejar apa yang saya impikan selama ini? saya hanya manusia biasa yang punya impian dan cita - cita..

Minta maaflah, selama ini saya memang tidak berkudis dengan apa yang anda miliki, tunjuklah rumah anda, barang kemas yang terkini, handbag mewah, kereta baru.. semua itu tidak sama sekali menggugat saya atau membuat saya gigit jari.. saya cuma tengok ( berlakon untuk ambil hati anda, yang dah perasan tahap diva.. cehh..) dan tersenyum..
belilah rumah yang lebih mahal dari saya, belilah handbag yang lebih mahal dan berjenama dari saya, belilah pinggan mangkuk yang mahal.. asalkan anda tampak  lebih hebat dari saya..  reka lah lagi gelaran - gelaran yang boleh memalukan saya andainya itu yang membuatkan anda puas dan bahagia.. buatlah... kerana pada saya yang penting keluarga, saudara, dan teman rapat tahu saya macamana.. anda tidak mengenali hati budi saya.. yang penting Allah tahu saya macamana.. biarlah hanya Allah yang menghakimi saya..

tolonglah hentikan lah mengata saya dan mencari keburukan saya.. saya tak ada niat nak show off pada anda.. atau anda sendiri yang tak senang duduk tengok kesenangan orang lain?? tepuk dada tanya iman!! saya pun heran bin ajaib kenapa orang sebegini harus ada dalam hidup saya.. gi main jauh2 lah achi!!

buat pihak berkenaan, terima kasih banyak - banyak kerana bersusah payah menburukkan saya, terima kasih kerana menjaja kisah saya, terima kasih kerana bersusah payah memikirkan gelaran terbaik untuk menjatuhkan nama saya, dan terima kasih juga kerana bersusah payah memalukan saya di depan orang yang saya sayang..  semoga anda bahagia dengan hasil usaha anda.. dan diberkati oleh Allah.. Insyaallah.. ameenn..

Saturday, September 24, 2011

19 Tanda lelaki DiCintai Oleh Jin Betina

Saja je, saya nak post entry ni.. mula2 saya terbaca, rasa excited pun ada.. lepas tu terpikir lak nak update dalam blog.. mesti ada yg baca.. hehe.. ( ada ke yg baca? ..huk..huk..) sila ikuti cerita ni.. ;D


Apabila seseorang manusia lelaki itu dicintai jin betina maka ia ada beberapa tanda:




1. Anda akan mempunyai sikap seperti seorang wanita seperti sangat kuat emosi seperti pemarah, kuat merajuk, sangat pemalu, mudah panik atau gelabah, putus asa dan sebagainya.



2. Anda sangat suka menyendiri, sangat tak selesa berada di khlayak ramai, apalagi kalau menjadi tumpuan ramai dan anda mungkin dapat perhatikan sekurang-kurang jari anda akan menggeletar atau mungkin diri anda sepenuhnya panik dan menggeletar.



3. Anda suka melamun dan berkhayal membayangkan perkara-perkara romantik contohnya berasamara atau ‘berkasih-kasihan’ dengan wanita (siapa saja wanitanya samada sesorang yang anda kenal, pernah lihat atau anda cipta sendiri orangnya)

3. Anda suka bersendirian berjalan malam.



4. Anda suka duduk melamun dan melayan perasan dibawah cahaya bulan purnama.



5. Anda sering merasa gembira, sedih, sayu, atau rindu, pada seseorang yang anda sendiri tak tahu pada siapa.



Nota



Semua faktor di atas boleh jadi sederhana atau sangat kuat menguasai diri anda bergantung kepada sejauh mana angin bisa atau malah jin itu sendiri masuk ke dalam jasad anda, terutamanya pada bahagian kepala.



Begitu juga ia bergantung kepada kekuatan dan perangai jin betina itu sendiri, di mana kalau ianya sering datang menziarahi atau mengikut anda ke mana saja anda pergi, maka kesan gangguan itu akan anda rasa pada banyak masa, tak kira siang atau malam.



6. Anda mudah jatuh hati atau jatuh cinta pada mana-mana wanita, samada yang dah lama atau baru anda kenal malah mungkin yang anda nampak di tengah jalan sekali nampak saja anda akan ingat atau terbayang-bayang orangnya dengan perasaan yang penuh rasa rindu dan cinta.



7. Anda mungkin selalu didatangi perempuan yang anda kenal atau tidak, perempuan yang sama atau berganti-ganti pada masa mula terlelap atau ditengah malam dalam keadaan antara tidur dan jaga.



Kemudian apa saja boleh jadi, mungkin sekadar datang, atau berasmara dengan anda, atau lebih…



8. Anda mungkin sering bermimpi didatangi dan berasmara dengan perempuan.



Dan kalau anda sampai melakukan hubungan jenis dengannya maka ia sangat bahaya, kerana mimpi pada anda, tapi alam nyata baginya ia mungkin ketagih atau menjadi sangat sayang, dan akan terus menjaga anda dengan ketat.



Malah ia akan menjadi lebih berat, bila anda ada anak dengannya di alam jin itu, anda mungkin nampak anak itu dalam mimpi anda, Wallahua’lam.



(Risikonya kalau cuba dipisahkan anda mungkin akan menghampiri, atau jadi gila, atau mungkin melakukan sesuatu yang di luar dugaan dari sebab tekanan angin bisa atau dirasuk oleh perasaan jin itu sendiri.)



9. Pada gangguan yang lebih teruk, jin itu menjelma di hadapan anda seperti manusia, maka anda rasa berhubungan dengannya itu adalah di alam nyata.



Biasanya pada tahap gangguan kuat peringkat ini, sesorang itu sentiasa menyendiri atau mengasingkan diri agar sentiasa dapat bersama dengan ‘kekasihnya’ itu dan selalu bercakap sendirian sedangkan pada pandangannya ada temannya.



Ia terutamanya kalau jin itu adalah jin hutan dan seseorang itu sentiasa berada pada tempat yang tiada manusia seperti dalam hutan atau rumah-rumah terpencil dan sebagainya.



10. Anda mungkin bangun pagi dan terasa seperti ada orang menemani anda tidur semalamnya dan anda mungkin merasakan orang itu seorang perempuan.



11. Anda mungkin bangun pagi dan merasa ada melakukan hubungan badan semalamnya, walaupun anda mungkin tidur seorang diri.



12. Mungkin pada wajah anda ada cahaya lembut, iaitu suatu aura dari makhluk halus itu dan mungkin menjadi pelembut hati orang yang memandang anda, seperti mereka itu sedang memandang seorang wanita cantik yang penuh kelembutan.



Kecuali kalau jin itu marah, atau tak puas hati dengan anda terutama kalau amalan pendinding anda mula memberi kesan kepadanya, maka cahaya lembut itu akan hilang dan bertukar kepada cahaya wajah ‘mendung’ atau gelap seperti orang yang sedang marah.



13. Kalau gangguan lebih berat, anda mungkin akan mengalami rasukan oleh ‘awek‘ anda tersebut.



14. Anda mungkin selalu terasa seperti ada orang mengekori anda ke mana-mana.



15. Orang lain mungkin nampak bayangan hitam atau wanita yang selalu menemani anda.



Biasanya ia boleh dilihat dari jarak jauh tapi bila dah dekat, tak ada pula ‘orangnya’.



16. Kalau anda terkena jin yang kuat cemburu, nescaya ia akan menghalang anda dari berkahwin, kerana tak mahu berkongsi kekasihnya.



17. Kalau dapat kahwin tapi jin itu belum terlepas gangguannya, mungkin rumahtangga anda selalu jadi ‘perang saudara laki bini’, anda berlaku curang, tak peduli atau tak suka mendekati isteri, cemburu atau marah tak tentu pasal dan sebagainya.



Soalnya selagi jin itu belum berpuas hati ia akan terus menghasut dan berusaha memporak porandakan rumahtangga anda, kalau boleh biar bercerai agar anda akan menjadi miliknya seekor.



18. Nafsu anda naik tak tentu masa dan tak ada sebarang sebab munasabah dan tak mustahil kalau isteri ‘berhalangan’, anda guna atau cari jalan lain termasuk cara yang tak senonoh, kecuali kalau anda seorang yang berilmu dan kuat iman.



Malah ia boleh jadi antara faktor penyebab seseorang itu melakukan keganasan seks, termasuk merogol, terutamanya kalau jin betina itu gila seks kerana ia akan dapat ikut serta.



19. Kalau dapat anak, maka tak pula mustahil antara anak-anak itu yang didatangi jin betina pada mana-mana cara seperti bapanya juga terutama bagi anak-anak lelaki.



…dan sebagainya…



Adapun cinta itu boleh jadi cinta sama cinta, cinta sama paksa, atau cinta sama tak tau, iaitu anda tak sedar menjadi pujaan jin betina.



Biasanya lelaki yang dicintai jin betina itu akan mengalami gejala gangguan pada bahagian dada dan kepala.



Wallahua’lam



Wednesday, September 7, 2011

abang, tunggu mak di syurga ya!!

     Baru2 ini saya ada terbaca kisah sedih dalam satu blog.. hati saya terdetik untuk membacanya hingga ke titik terakhir.. tanpa saya sedari airmata mengalir, sedihnya kisah ni.. betapa besarnya pengorbanan seorang ibu.. ibu dalam kisah ini adalah seorang ibu yang cukup tabah.. saya sendiri tidak sanggup berada di tempat beliau.. semua ibu di dunia ini sayangkan anak2nya, malah ada yang sanggup mati kerana anak.. itulah pengorbanan seorang ibu.. sila ikuti detik2 terakhir seorang ibu yang menghadapi hari2 terakhir anaknya..


Mak pandang jenazah abang yang terbaring kaku. Walaupun muka sembap, perut membusung, namun mak nampak ketenangan pada wajah abang.



Mak ambil pisau. Mak potong baju-T yang tersarung pada tubuh abang, baju terkahir yang abang pakai, Mak terpaksa potong kerana kerana baju itu tidak muat untuk melalui perut abang yang ‘buncit’.



Tapi, mak akan simpan baju itu. Mak tak cuci, sesekali boleh mak cium baju itu, sekadar pengubat rindu di hati. Kemudian abah kendong tubuh abang ke pangkin yang telah disediakan. Lalu abah dan mak mandikan jenazah abang. Hanya kami berdua. Mak tak mahu orang lain. Biar tangan abah dan mak yang menjiruskanair buat kali terakhir pada tubuh kecil abang.



Mak nampak anak mata abah, berkaca-kaca, setitis dua air matanya tumpah, mengalir di pipi, tapi cepat-cepat abah sapu dengan lengan sasanya.



“Bang, jangan menangis. Kita selesaikan hingga ke titisan terkahir,” begitulah kata mak pada abah.



Setelah abang dimandikan, mak bantu abah kapankan jenazah abang. Pun hanya kami berdua juga. biar tangan kami saja yang memakai dan membalutkan kain terakhir pada tubuh abang.



“Kakak, jangan menangis. tak baik buat abang macam tu!”



Itu pesan mak semasa kakak-kakak mahu mengucup dahi abang buat kali terakhir. Abah pula selepas mengucup dahi abang, cepat-cepat abah menjauh memalingkan muka.



Mak nampak air mata abah berjuntaian membasahi pipi. Dan buat kali terakhir itu juga, mak usap dahi abang. Mak senyum, lantas kucup dahi abang.



Mak bisikkan: “Abang tunggu mak di syurga ya!”



Akhirnya, wajah abang ‘ditutup’. Kami sembahyangkan abang buat kali terakhir. Ramai betul jemaah yang turut serta. Setelah itu, kami bawa abang ke tanah perkuburan.



Abah masuk ke dalam liang lahad untuk menyambut jenazah abang. Alhamdulillah, semua kerja dipermudahkan. Abang sudah selamat di sana.



Bertubi-tubi mak terima ucapan takziah daripada tetamu yang datang. Abang nak tahu, ada satu soalan yang mereka tanyakan pada mak.



Soalan itu asyik terngiang-ngiang di telinga mak. Tanya mereka: “Kakak uruskan jenazah anak kandung sendiri, tapi setitis air mata tak jatuh ke pipi? Kenapa kakak tidak menangis?” Itulah soalan mereka.



Mereka hairan kenapa mak tidak menangis, sebaliknya bibir mak tidak lekang dengan senyuman. Kenapa mak masih mampu tersenyum di saat memangku sekujur tubuh yang pernah berada dalam rahim mak dulu?



Petang itu, mak duduk di satu sudut di ruang tamu rumah. Mak terfikir tentang soalan mereka itu. Mak tak tahu nak jawab macam mana. Kemudian, mak nampak sebuah diari di atas para di sudut ruang tamu.



Lantas mak capai diari kecil itu. Di dalamnya tercatat peristiwa yang berlaku sepanjang empat tahun dua bulan mak membesarkan abang.



Mak selak helaian demi helaian paparan kertas dalam diari yang sedikit usang itu. Aduh! Banyak sungguh memori yang tercatat di dalamnya.



Membacanya bagaikan meruntun jiwa mak kembali mengenangkan perjalanan derita abang sejak lahir hingga menghembuskan nafas terakhir.



Mata mak terpaku pada catatan peristiwa lebih kurang tiga bulan sebelum abang pergi. Mak rasa, di sinilah terkandung jawapan yang mak cari-cari.



Jawapan untuk soalan yang mereka tanya kenapa mak tidak menangis? Mak akan bacakan sedikit rentetan diari ini supaya mereka tahu kenapa mak tidak menangis, sayang.



Januari 2011- Perut abang semakin membusung kerana hati membengkak. kata doktor, semua organ dalaman abang sudah rosak,sudah ‘reput’. Tak boleh diselamatkan lagi. Tidak mengapa. Hati mak berkata, cukuplah! Tidak akan ada lagi pembedahan untuk abang.



26 Februari 2011- Hari ini ulang tahun ke-4 abang. Dua hari sebelum itu, mak tanya, abang nak kek apa? Abang jawab, nak kek lori sampah!



Hah Hah.. Tergelak mak.Abang suka sangat melihat lori sampah yang lalu setiap pagi depan rumah. Sebab itu abang nak kek bentuk lori sampah,



Puas mak dan abah melilau sekitar Kuala Lumpur, tapi tak jumpa kek macam tu. Tak ada yang sanggup buat kek macam yang abang minta.



Mak kecewa! Selama ini, mak tunaikan apa saja permintaan abang, tapi kali ini mak gagal. Mak belikan kek coklat strawberi sebagai pengganti.



Dengan perut membusung, dada berombak kerana sukar bernafas, abang masih tersenyum dan nampak ceria melayan rakan-rakan yang datang, sama-sama menyanyikan lagu hari jadi abang. Dan ketika itu, hati mak sudah terdetik, mungkin ini hari jadi abang yang terakhir.



7 Mac 2011- Keadaan abang makin kritikal. Perut abang semakin besar. Abang tak mampu nak bergerak, lebih banyak terbaring dan asyik sesak nafas. Mak tak tahan lihat keadaan abang.



Mak bawa abang ke IJN, rumah ‘kedua’ abang sepanjang tempoh hayat abang. Kata doktor, tiada apa yang boleh dilakukan lagi.



Abang hanya menanti waktu. mak angguk perlahan. Mak redha. Dalam hati mak juga sudah berkata, masa abang tidak lama lagi.



Para ibu di wad tersebut asyik bertanya pada mak, macam mana dengan abang? Mak jawab: “InsyaAllah, abang akan sihat!”



Mak terpaksa cakap begitu pada mereka, sebab mak tak mahumereka semua lemah semangat jika mereka tahu abang sudah tiada harapan lagi.



Mereka pun sama, masing-masing bertarung dengan ujian apabila anak yang dikasihi ditimpa penyakit. jadi biarlah jawapan yang mak beri itu kedengaran manis pada telinga mereka. Pahitnya, biarlah mak sendiri telan.



13 Mac 2011- Hari Ahad. Mak pinta kebenaran doktor untuk bawa abang pulang kerumah . Doktor izinkan. Biarlah abang habiskan waktu-waktu terakhir bersama keluarga. Dan di saat-saat akhir ini, mak mahu tunaikan apa saja permintaan abang.



Di rumah, setiap hari mak akan tanya: “Abang nak apa harini?”



Mak masih ingat pada suatu pagi, abang menjawab: “Mak, abang nak naik kereta bomba!”



Mak termenung dengar permintaan abang. Bila abah pulang ke rumah, terus mak ajak abah keluar. Abah tanya pergi mana? Mak jawab: “Balai bomba!”



Sampai di situ, mak minta izin pegawai bomba. Mak kata, abang teringin nak merasa naik ke dalam trak bomba. Pegawai itu garu-garu kepala, kemudiannya menggeleng-gelengkan kepala.



Belum sempat pegawai bomba itu menjawab, lantas mak tarik baju abang ke paras dada. Separuh berbisik, mak beritahu pegawai itu: “Encik, ini anak bongsu saya dan hanya menanti masa untuk ‘pergi’! Benarkan saya tunaikan impian terakhirnya ini!”



Bila lihat perut abang yang buncit dan dada dipenuhi kesan parut dan jahitan, pegawai itu tak tunggu lama. Terus diacapainya kunci, dibuka pintu salah satu trak bomba itu.



Dia dukung abang, letakkan ke atas tempat duduk bahagian pemandu. Abang nampak gembiru sangat biarpun cuma 15 minit abang di dalam trak itu. Abang tak perasan, mak palingkan muka lima saat. Sekadar mahu mengelap titisan air mata yang mula bertakung.



Hari lain, mak tanya lagi: “Abang nak apa?”



Abang jawab: “Abang nak naik lori sampah!”



Mak dukung abang, tunggu depan rumah. Bila lori sampah lalu pagi itu menjalankan rutinnya mengutip sampah, Mak tahan lori itu.



“Encik, anak saya teringin naik lori ni. Boleh izinkan sebentar?”



Pekerja itu tertawa mendengar kata-kata mak. Kemudian, mak angkat baju abang dan beritahu perkara sama. Berubah mimik wajah mereka.



Segera mereka angkat abang, letakkan di tempat duduk pemandu. Ada antara pekerja itu yang memalingkan muka, tak sangup lihat abang lama-lama. Sedih agaknya.



Begitulah seterusnya. Setiap hari, mak akan tanya pertanyaan yang sama. Abang kalau nak tengok gajah, mak bawa abang pergi zoo. Walaupun abang tak larat jalan, tak apa. Mak dan abah tidak kisah, kami silih berganti dukung abang.



Abang kata nak tengok burung, mak bawa ke taman burung. Abang kata nak main permainan robot, mak bawa ke kompleks beli-belah yang ada permainan seperti itu. Ke mana saja abang nak peri,semuanya mak tunaikan!



Setiap hari juga mak tanya abang nak makan apa. Macam-macam abang teringin nak makan. Martabak, nasi paprik, milo ais, cendol, air tebu, air bandung, rojak dan macam-macam lagi, semuanya mak tunaikanwalaupun makanan itu abang pinta pada pukul 3.00 pagi!



Apa saja yang teringin oleh tekak abang, semua mak cari walaupun abang sekadar menjamahnya sesudu dua. Apa saja abang pinta, kami tunaikan.



Mak tahu, mak faham, masa abang bersama mak dan abah semakin suntuk!



27 Mac 2011- Abang semakin kritikal! Nak bercakap pun terlalu lemah, apatah lagi untuk bergerak. Mata kuyu, hanya terbaringsambil memeluk Aina, anak patung kesayangan abang. Mak ajak abah bawa abang ke hospital.



“Kali ini kita bawa abang ke IJN, tapi kita mungkin akan keluar dengan tubuh abang yang sudah tidak bernafas!”



Itu kata-kata mak pada abah sebelum bertolak ke IJN. Mak mahu abah bersedia dan redha jika apa-apa berlaku. Sampai di IJN, abang terus ditempatkan di wad khas untuk pesakit kritikal.



5 April 2011- Mak telefon sekolah asrama kakak yang sulung di Seremban. Mak minta pelepasan daripada cikgu untuk benarkan kakak pulang.



“Adik tenat. Saya mahu kakak-kakaknya berada di sampingnya pada saat terakhir!”



Itu kata-kata mak pada cikgu dan akak diizinkan pulang pada hari ini. Kemudian, Dr. Adura. , doktor yang sinonim merawat abang datang melawat.



Mak memang rajin bercerita dengan Dr. Adura. Kebetulan mak ceritakan yang mak terkilantak dapat tunaikan permintaan abang mahukan kek berbentuk lori sampah.



7 April 2011- Pagi ini Dr. Adura datang melawat abang. Kemudian Dr. Adura beritahu ada surprise untuk abang tengah hari ini.



Rupa-rupanya, tengah hari itu datang tetamu yang juga rakan-rakan alam maya Dr. Adura membawa kek lori yang abang mahukan sebelum ini.



Ada dua kek mereka bawa. Mak tak sanka, Dr Adura tulis di dalam blognya kisah abang dan ramai yang mahu menyediakan kek yang abang pinta.



Sekali lagi, para tetamu bersama jururawat dan doktor menyanyikan lagu selamat ulang tahun untuk abang. Tapi abang kurang ceria, wajah abang tampak letih dan nafas abang turun naik.



8 April 2011- Tengah hari ini, masih ada lagi tetamu datang membawa kek berbentuk lori warna pink untuk abang. Tapi abang sekadar lemah. Abang sekadar terbaringmerenung kek itu.



Malam itu, semasa jururawat mengambil tekanan darah abang, bacaanya meningkat naik. Tapi hati mak dapat rasakan abang sekadar mahu meredakan keresahan hati mak. Malam itu, hanya mak berdua dengan abang di dalam bilik.



Mak pandang sayu wajah abang yang semakin lesu dan pucat. Mak duduk di sebelah abang, mak peluk dan usap rambut abang. Mak menangis teresak-esak bagai anak kecil.



Dalam tangis itu, mak katakan pada abang: “Mak tahu abang nak senangkan hati mak. Abang tak perlu buat macam tu. Mak tahu abang nak pergi.



“Jangan tahan-tahan abang. Pergilah. Mak sudah sedia. Mak redha segalanya. Mak puas dapat sempurnakan apa saja hajat yang abang pinta. Mak juga bangga kerana Allah hadirkan abang dalam hidup mak walaupun seketika!”



Abang hanya diam, memandang mak dengan pandangan lesu. Dan ketika itu mak menangis sepuas-puasnya. Dan mak berjanji tidak akan menangis lagi selepas itu! Ya, mak tidak akan menangis lagi biarpun abang sudah tiada lagi di dunia



Abang pada tahun 2007.



9 April 2011- Pagi itu mak pesan pada abah agar bawa semua anak-anak datang ke hospital. Masa abang dah dekat sangat. Mak lihat abang dah kritikal. Wajah abang sudah tampak biru, lebam! Dada berombak, tercungap-cungap menarik nafas.



Abang dah tak mampu bercakap lagi sejak malam tadi. Makan minum pun tak mahu. Pakul 8.00 pagi, abah dan kakak sampai.



Mak suruh kak long bacakan Yaasin di sebelah abang. Mak suruh abah baca juga, tapi bacaan abah tersekat-sekat kerana cuba menahan tangisnya.



Pukul 3.00 petang, abang makin lesu. Lantas mak ajak abang keluar berjalan-jalan.



“Abang, nak tengok matahari tak? Jom kita turun kantin minum sambil tengok matahari!”



Abang hanya mengangguk lemah. Mak dukung abang dan kita satu keluarga turun ke kantin. Abang mahu minum air coklat. Tapi abang hanya minum seteguk. Kemudian, abang lentukkan kepala pada bahu mak.



“Abang, tu tengok kat luar tu? nampak taj sinar matahari tu? Cantikkan?”



Mak tunjuk pada abang sinar matahari yang kelihatan di celah-celah rintik hujan yang turun waktu itu.



Abang angkat kepala melihat ke arah matahari itu. kemudian, abang menguap.



“Abang ngantuk!” Itu kata abang dan kemudian abang terlentuk semula pada bahu mak.



Tiba-tiba jantung mak berdegup kencang.



“Bang, jom naik. Abang nak ‘tidur’! Mak terus ajak abah dan kakak naik semula ke wad walaupun mereka belum sempat jamah makanan di atas meja.”



Mak tahu, masa abang sudah hampir tiba!



Sampai di wad, mak baringkan abang atas katil. Dan abang terus merintih dalam nada yang lemah: “Makkk..sakit perut..!”



Dan abang terus memanggil: “Makkkkk!”. Suara abang perlahan dan amat sayu bunyinya. Lantas mak letak tapak tangan mak atas dahi abang.



“Abang, hari ini, waktu ini, mak redhakan abang pergi. Mak halalkan segala makan minum abang. Mak halalkan air susu mak untuk abang. Pergilah abang. Mak izinkan abang pergi!”



Mak ucapkan kata-kata itu sambil merenung jauh ke dalammata abang yang semakin kuyu. Saat abang sedang nazak itu, mak panggil kakak-kakak agar mengucup abang selagi abang masih bernafas. Mereka kucup pipi abang bertalu-talu dan mula meraung dan menangis.



“Kakak! kalau kamu semua nak menangis, keluar dari bilik ini. Mak tak mahu abang dengar kamu menangis! Jangan seksa abang dengan tangisan kamu!”



Mak marah mereka buat begitu pada abang. Mak tak mahu abang lihat kami menangisi pemergian abang. Mak tahu, abang akan jadi lebih sedih dan berat hati untuk pergi bila melihat kami menangis di saat akhir sakaratulmaut menjemput abang.



Mak tak mahu tambahkan lagi kesedihan abang untuk meninggalkan kami. Abah pula hanya berdiri di penjuru bilik, meraup wajah menahan suara tangisannya.



Jururawat yang ada dalam bilik juga menangis, mak suruh jururawat keluar dan tutup tirai bilik itu. Mak tak mahu orang luar lihat. Mak tak mahu ada orang menangis di saat abang akan pergi. Setitis dua mengalir juga air mata mak. Tapi mak masih mampu tersenyum.



“Pergilah abang. Mak izinkan. Mak izinkan.. pergilah..!” Dan perlahan-lahan mata abang yang layu tertutup rapat, genggaman tangan abang pada jari mak semakin lemah dan akhirnya terlepas…



Pukul 3.50 petang, akhirnya abang meninggalkan dunia fana ini. Innalillah… Mak kucup dahi abang. Mak bisikkan di telinga abang: “Tenanglah abang di sana. Suatu hari nanti, mak juga pasti akan turuti jejak abang. Abang… tunggu mak di sana ya! Di syurga!”

Abang, sekarang mak dah dapat jawapanyya. Mengapa mak tidak menangis?



Pertama, abang telah di takdirkan menjadi ahli syurga yang akan membantu mak di sana nanti.



Kedua, apa saja keinginan abang semasa hayat abang telah mak tunaikan. Tiada lagi rasa terkilan di hati mak.



Ketiga, segala hutang sebagai seorang ibu telah mak langsaikan semasa hayat abang. Mak telah sunatkan dan buat akikah untuk abang.



Keempat, mak telah menjalankan tanggungjawab sepenuhnya, sentiasa berada di sisi abang dan menggembirakan abang setiap saat dan waktu.



Kelima, mak rasa istimewa dipilih Allah untuk mendapat anak seperti abang. Mak jadi ‘kaya’ dengan kehadiran abang. Kaya kesabaran, kaya tawadhuk, kaya keredhaan , kaya keimanan, kaya kawan, kaya ilmu, dan kaya pengetahuan.



Mak telah beri segalan-galanya melebihi 100% untuk abang. Mak telah beri yang terbaik dan mak telah berusaha hingga ke garisan penamat. Sebab itu mak tak perlu menangis lagi.



Abang.. biarpun kini hidup mak dan abah terasa sunyi dan kosong tanpa abang ta[i… mak akan sentiasa tersenyum mengenangkan saat-saat terindah kehadiran abang dalam hidup kami biarpun cuma sebentar.

Abang dalam kisah ini adalah adik Iqbal Fahreen Hamdan, anak bongsu daripada lima beradik. Abang masuk hospital seawal usia dua minggu akibat menghidapi lima jenis kompilasi jantung termasuklah kekurangan injap, jantung berlubang dan saluran sempit. Abang telah menjalani pelbagai siri pembedahan seawal usia dua bulan dan ada antara pembedahan seawal usai dua bulan dan ada antara pembedahannya gagal, malah abang pernah disahkan ‘mati’ apabila jantungnya berhenti berdenyut. Walaupun pada awalnya doktor mengjangkakan hayat abang tidka lama selepas lahir ke dunia, namun ternyata anak kecil ini mampu bertahan sehingga usia empat tahun untuk meninggalkan kenangan terindah dalam hidup Jamilah (ibu) dan Hamdan (bapa).



Monday, September 5, 2011

dia pergi jua..

Setelah hampir 3 bulan aku memendam rasa, menahan sebak di dada, akhirnya dia pergi jua.. sedih.. memang aku sedih, pilu, memang aku pilu.. betapa sayunya hati ini memandang dia pergi.. airmata, jangan katakan umpama empangan pecah.. dia dengan wajah tak bersalah, dia  berlalu begitu sahaja..
     Tuhan, telah sedekad aku berkorban segala jiwa dan raga, ku persembahkan yg terbaik semampu aku untuk dia.. inikah balasan yg ku terima di atas pengorbananku?
    Si dia bangga, pulang ke tempat kelahirannya meninggalkan isteri & anak2.. inilah yg dia mahukan, pulang ke tanah kelahiran tanpa isteri dan anak2.. mahu bebas tanpa halangan sesiapa.. aku yg pilu ini ditebak dgn pelbagai soalan sinis.. parut di hati kembali berdarah malah makin bernanah.. siapa org berkenaan yg memandai - mandai susun atur perjalanan hidup kami? sila jaga kain sendiri, jgn nak menyibuk kain org lain..
   aku percaya setiap yg berlaku pasti ada hikmahnya.. aku redha atas ujian ini.. Ku pinta agar diberi ketabahan dan kekuatan utk mengharungi dugaan hebat ini..
   kepada dia, berbahagialah dgn apa yg kau cari, doaku jgn lupa diri, paling utama jgn lupa Allah... jgn lupa disebalik kegembiraanmu, ada airmata yg berduka.. jgn sesekali abaikan anak2..
     buat anak2 ku yg baik budi, bersabarlah di atas dugaan ini, mama akan cuba mengembirakan anak2 mama.. Berilah sokongan pada mama yg lemah ini.. :(  Mama perlukan anak2 masa masa ini...  
    pada orang2 di sana, doakan supaya aku tabah hadapi dugaan ini.. pada beberapa insan yg suka menaguk di air yg keruh, sedarlah sikit, hari ni hari anda, esok lusa mungkin hari org yg anda susahkan... tak berkat hidup, bina kebahagiaan di  atas airmata org lain...
  
   

Monday, August 22, 2011

mission accomplished

dah bersawang gak blog  saya nih.. actually sekarang ni, merupakan musim busy untuk cikgu  cikgi.. mula- mula mengenai saps ( sistem analisis berasaskan sekolah ) nak kena key in markah murid - murid.. nasib 1 kelas saja.. tapi kerja2 yang lain pun banyak gak..
    kali ni saya nak bercerita mengenai masak memasak.. terus terang, saya bukannya pakar bab2 memasak.. saya antara yang kurang gemar memasak.. tapi cukup happy kalau cik abg, anak2 makan.. saya sanggup belajar memasak demi diaorg..
   nak cerita mengenai masak kek.. haha!! dengan bangganya.. cheq nak habaq kat org kampung, cheq gheti buat kek.. hehe!! percubaan pertama kurang berjaya.. kali kedua, alhamdulillah.. boleh lah.. tak lah sesedap secret recipe.. tapi boleh lah nak makan.. selama ni kena tunggu birthday baru boleh beli kek.. tapi lepas ni boleh buat sendiri.,.yabeda beduuu...
  kredit to kak Nurul.. thanks a lot..



RESEPI MOIST CHOC CAKE..

Bahan A
180 gm butter
320 gm gula
3 biji telur gred A
( campur & dipukul )

Bahan B
240 gm tepung gandum
 70 gm serbuk koko
1 sudu teh soda bikarbonat
1 sudu teh baking powder
( campur dan diayak sebanyak 3X )

Bahan C
250 ml air ( lebih baik kalau guna susu coklat )
1 sudu teh nescafe

Cara buat :
1. Pukul telur, butter, gula.. kacau guna mixer sampai gula hancur.. kalau nak tambah esen vanilla pun ok gak.
2. Ayak bahan B. Masak sedikit demi sedikit Bahan B ke dalam mixer. Kacau hingga adunan sebati.
3. Campur Bahan C.
4. Masuk ke dalam oven 150 darjah.

Senang bukan?.. Hehe.. Lupa nak bagitau, kalau anda letakkan kek dekat dengan api, masa untuk memasak ialah selama 30 minit.. Sekali sekala jenguklah kek anda.. Kalau nak tahu kek dah masak atau belum, gunakan pencungkil gigi, cucuk di kek.. kalau ada bahagian kek yang melekat di pencungkil gigi, kenalah tambah masa untuk memasak.. pandai 2 anda lah ye..

kali pertama buat cupcakes.. sila abaikan kecomotan cupcakes saya.. maaflah saya baru belajar.. ;D