WELCOME TO MY BLOG

Si Pelik yang jelik,
dream catcher
i hate backstabbers,
chocolates lover







Friday, January 11, 2013

Jodoh itu rahsia Allah

salam to all my readers.. actually apa yang aku nak post ni kiranya dah basi.. patutnya post sebulan yang lepas memandangkan kekangan masa dan tuntutan kerja menyebabkan entri ni tertangguh.. sorry guys..
    
 alhamdulillah.. 20hb disember lepas, genap sepuluh tahun ulangtahun perkahwinan aku dengan AS.. rasa macam aku baru je dapat baby.. sekejap benar masa berlalu.. 10 tahun mengajar aku banyak perkara.. dalam perkahwinan aku belajar banyak benda.. maklumlah aku berkahwin pada usia yang agak muda.. terngiang- ngiang kata bapak.. kawin senang.. tapi to maintain the marriage is not that easy.. ya.. aku akui kebenaran.. dalam setiap rumahtangga ada pasang surutnya.. 
    
 10 tahun aku berubah menjadi lebih matang.. sabar, memaafkan itu perlu.. segala asam garam rumahtangga telah aku tempuhi.. aku redha akan dugaan yang Allah turunkan padaku.. cuma aku minta terimalah aku seadanya.. jangan bandingkan aku dengan orang lain.. terima lah hakikat bahawa aku memang Allah ciptakan untuk nya.. setelah 10 tahun.. aku sedar kenapa aku ditemukan dengan AS.. aku redha dan bersyukur dengan amanah ini walaupun pada mulanya agak pahit untuk aku terima.. Allah telah rencanakan yang terbaik untuk aku.. Syukran Ya Allah..
        
     apa yang aku harapkan rumahtangga ini kekal bahagia hingga ke jannah.. alhamdulillah.. selama 9 tahun perkahwinan, aku dan AS tak pernah hatta sekali pun meraikan ulang tahun perkahwinan kami.. tapi untuk ulang tahun ke 10 tahun, buat pertama kalinya kami meraikannya.. AS hadiahkan percutian ke Pulau Pangkor untuk kami sekeluarga.. percutian ni merupakan sesuatu yang amat berharga untuk ku.. kami semua bahagia dan bergembira.. terima kasih AS.. 




10 tahun selepas berkahwin




sehari selepas ulang tahun perkahwinan.. kat restoran terapung kuala gula







No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.