WELCOME TO MY BLOG

Si Pelik yang jelik,
dream catcher
i hate backstabbers,
chocolates lover







Wednesday, January 14, 2015

colourful beijing

    Sorry la my readers.. ( aku ada readers ke? ) anyway sapa2 yang follow blog aku ni terima kasih banyak - banyak.. kali ni entry aku yang terakhir pasal beijing.. sebab sekolah pun dah bermula.. kerja pun menimbun - nimbun dan bulan depan aku ada exam untuk universiti..

   Keesokan harinya, kami berkesempatan ke Zoo Panda. Rasanya ada la dalam 5 - 6 ekor panda yang kami berpeluang tengok. Aku tak teruja sangat pun.. Seterusnya kami di bawa ke government store iaitu kilang membuat kristal, kilang membuat barangan dari buluh dan kilang membuat teh. Ramai dari kawan - kawan aku bershopping kat kilang membuat barangan buluh. Antara barangan termasuk lah kain pencuci, pewangi, pakaian dalam. Aku sempat bershopping untuk dijadikan cenderamata untuk keluarga.

   Kemudian, kami dibawa ke Summer Palace atau dipanggil 'Istana Empat Musim'. Waktu tu tasik sekeliling pun beku.. Ikutkan boleh berjalan atas tasik tu.. sebab beku.. kawan aku, Usop cuba baling batu sebesar tapak tangan pun ais nya tak pecah. Cuma kami tak nak lah ambil risiko berjalan atas ais tu..  Cantik jugak la Summer Palace tu.. Tempat orang kita tengok je lah.

  Bila malam, Ricky bawak seorang ejen yang menjual alas meja, table runner, t shirt, beg beranak, key chain. Kami semua pakat serbu la bilik kak yus dan Niza. Aku sempat rembat alas meja, t- shirt, beg beranak dan beberapa keychain untuk cenderamata keluarga. Harga pun agak berpatutan. Selama 3 hari, aku cuma berbelanja makanan. Makanan pun tak semua boleh makan sebab diragui halal nya.

  Hari Ke empat, iaitu hari terakhir kami semua berada di bumi Beijing,  satu hari suntuk kami dibawa ke kompleks perniagaan kat sana. Paling menarik satu tempat yang bermula dengan huruf 'Y' aku dah lupa apa nama kompleks tu.. kat situ lah kami bershopping. Baju - baju sejuk trendy sangat, dengan harga murah. Nak beli tak berbaloi rasanya. Kat sana aku sempat beli barang kenangan dari Beijing. Untuk pengetahuan pembaca, peniaga kat sana tak lah berbudi bahasa, siap maki lagi. Kalau beli kat kompleks, kami tak payah susah hati pasal wang palsu. Cuma peniaga kat tepi jalan, kami terpaksa berhati - hati. Kalau nak beli jugak, make sure duit cukup - cukup. Harga yang dijual jauh lebih murah dari kompleks.

   Lepas solat jamak , kami bergegas ke Lapangan Terbang Beijing, untuk pulang ke Malaysia. sampai je dalam kompleks lapangan kapal terbang, kami mula membuka jaket dan baju sejuk. Kat dalam lapangan terbang jugak la, kami semua berkampung sambil membungkus barang- barang. Ada kawan - kawan yang bawak alat penimbang jadi tak susah hati lah. Kat sini lah banyak daripada kami yang kantoi sebab bawak powerbank yang diletakkan dalam beg luggage. Terpaksa lah membuka balik. Paling kesian, kawan - kawan yang siap beli plastik wrapping.. Patutnya powerbank dimasukkan dalam beg sandang.

Sampai je dalam kapal terbang, kami mula kepenatan. Masing - masing mula menutup mata.. Waktu subuh, aku nampak cantiknya pemandangan. Baru lah boleh nampak cantiknya ciptaan Allah.. awan yang pelbagai bentuk. Sampai saja kat lapangan terbang, kami dibawa pulang ke r10 dengan bas 2 tingkat. Sampai saja di r10, kami semua berpelukan mintak maaf dan harap dapat berjumpa lagi. Kawan - kawan yang tak kenal pun baik jugak dan tak sombong. aku sempat pesan kat Kak zan, next trip jangan lupa ajak, kalau kena tempat, budget dan masa, insyaallah aku ikut..

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.