WELCOME TO MY BLOG

Si Pelik yang jelik,
dream catcher
i hate backstabbers,
chocolates lover







Saturday, December 27, 2014

Hari Ke 2 Beijing

         Salam again to my readers.. berjumpa lagi kita pada  entri kali ini. Sebelum aku proceed dengan cerita aku kali ni, ingin di ingatkan, tujuan utama aku memaparkan cerita aku kali ini adalah sebagai rujukan kepada sesiapa yang berhajat nak melancong ke Beijing. Serius aku katakan, aku sendiri buat rujukan sendiri sebelum ke Beijing, cukup berguna.. and all my doa's to all the flood victims, aku tumpang simpati atas musibah yang menimpa kalian dan aku doakan semoga usaha menyelamat dipermudahkan. aminn..

     Cerita aku kat Beijing..

       Pagi - pagi kami dikejutkan dengan wake up call dari pihak hotel. So, aku dan my incik abang pun bersiap untuk sarapan dan lawatan. Kali ni kami excited sebab nak pi kerabat ( memanjat ) Tembok Besar China. Ya Allah aku cukup excited sebab antara 7 keajaiban dunia. Lawatan pertama kami ke Kilang Membuat Jade. Kami diberi penerangan oleh seorang lelaki yang mengaku konon nya dia anak kepada tauke jade ni.. Cerita ni sebijik yang aku baca dalam beberapa blog. Dengan gaya sebutan yang tak seberapa dalam Bahasa Inggeris, kami dapat faham sikit - sikit. Dialog dia cukup popular di kalangan kawan - kawan hingga lah seminggu lepas balik pun masih diulang - ulang. ' You know, u don't know, I know'. Next time if I come to Maraysia, you remember me'. Haha!! Jade kat kilang tu agak mahal.. aku cakap tahap pancung kepala la.. berkilat lah jade tu, bayangkan gelang tangan yang biasa tu harganya 900+ yuan. Ada kawan aku yang membeli tapi aku tengok saja la, coz tak berapa minat dengan jade ..
   
     Lawatan kedua, kami di bawa ke kilang membuat kristal. Seperti biasa, kami diberi penerangan oleh pegawai bertugas dan seterusnya di bawa ke kedai menjual kristal. Serius memang lah cantik. Tergoda jugak la aku dibuatnya. Setiap lawatan ke government stores ni wajib luangkan masa sekurang - kurangnya 40 minit. Seterusnya kami dibawa untuk makan tengah hari. Perut semua dah berkeroncong al maklumlah cuaca sejuk. Kami dihidangkan dengan aneka sayur - sayuran. Setiap menu yang dihidangkan tak lah pedas sangat kecuali daging goreng. dan setiap menu tu wajib ada cili kering. Menu yang menarik perhatian kali ni, sup rumpai laut. Not bad lah.

      Seterusnya, kami di bawa ke Tembok Besar Cina. Perjalanan dari restoran muslim kat sini agak lama, lebih kurang sejam. Aku beberapa kali tidur dan bangun. Segala celoteh Ricky pun antara dengar dan tak dengar. Maklum lah dah kenyang, sejuk lagi lah seronok nak lena.

        Setibanya kat sana, kami serombongan bergambar dengan banner yang disiapkan oleh kawan - kawan R10. Aku berkira - kira tak nak naik sebab memikirkan kesihatan aku. Aku cuba gagahi jugak la sebab kalau tak naik rugi. Kami diberi peringatan supaya berhati - hati semasa naik dan turun tangga. Perlahan - lahan aku naik hingga ke menara satu. Tangga Tembok Besar Cina agak tinggi manakala sebelum naik lantainya agak curam. Siapa yang spesis ' ayam serama' compom berlaga punggung dengan tangga. Nak naik ke menara kedua, rasanya tak sanggup. Sebab menara 1 pun dah rasa tinggi. Kak Mala siap cakap gayat. Aku dengan incik abang sempat ambil gambar sambil menikmati panorama indah. Panjang tembok Besar Cina meliputi 6000+ km. Dari atas bukit, kelihatan seperti naga sedang  berehat di atas bukit. Kami menghabiskan masa seketika di menara satu. Kawan - kawan yang lain ada yang bergambar kenangan dengan sepersalinan pakaian maharaja cina atau pendekar cina.

      Kami pun menuruni tangga dengan berhati - hati. Di bawah kaki Tembok Besar ada di jual cenderamata kepada pengunjung. Aku dengan incik abang sempat membeli lukisan tembok besar yang dikatakan dilukis menggunakan ibu jari. Yang bestnya, aku jumpa gelang jade sebijik macam yang dijual macam kat kilang jade dengan harga 10 yuan. haha!! kalau aku beli kat sana kompom aku menangis lagu hindustan.. and one thing, minuman panas kat sana dijual dengan harga 20 yuan secawan sebesar polistrene..

   Dalam pukul 5 petang, kami bergerak meninggalkan Tembok Besar China dengan seribu kenangan. Sekian cerita aku untuk hari ke 2 Beijing. Kalau sempat, insyaallah aku akan update entri hari ke 3 beijing sekiranya keadaan mengizinkan. Thanks for reading.. See ya..


        kat kedai kristal. Berebut kawan - kawan nak pegang balang kristal konon nya boleh bawa tuah.








   

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.