WELCOME TO MY BLOG

Si Pelik yang jelik,
dream catcher
i hate backstabbers,
chocolates lover







Tuesday, December 16, 2014

Perjalanan Ke Beijing

        Salam to my readers.. seperti yang dijanjikan, aku update entry kali ni pasal perjalanan ke Beijing..

        kalau hangpa nak tau, aku pi beijing ni di atas ajakan kawan - kawan masa aku mengajar kat SK Wangsa Maju Zon R10.. kawan - kawan lama ada yg masih aku contact.. Kak mala la yg ajak aku.. aku pun excited nak pi coz boleh havoc dgn kawan - kawan r10.. Kali ni first time aku bawak laki aku ikut sekali.

        Untung pengetahuan hangpa, lepas aku blah dari r10, aku tak pun datang kat r10. ni kiranya first time jugak la aku mencemar duli menjejak kaki ke r10. Wow!! lain nya r10.. aku rileks dulu dalam kereta sampai la kakak aku kat r10, kak mala datang.. aku pun bersalaman dengan cikgu - cikgu yang lain.. ramai yang aku tak kenal.. tak berani nak menyembang.. 

      Kak Zan selaku ketua rombongan, menyerahkan riben berwarna oren kat kami sorang- sorang.. Katanya senang nak kenal beg rombongan. Kami semua kemudiannya, menaiki bas ekspress 2 tingkat. Sepanjang perjalanan dari r10 ke klia 2, kami sempat menonton tayangan Rombongan Che Kiah Ke Kelana Jaya. Kami dibekalkan 2 biji roti dan air mineral. 

      Sampai saja kat klia, kami pun terus check in.. boarding time 7.15 petang.. kami check in luggage, sempat berselfie beberapa gambar sambil jalan - jalan tengok kapal terbang. Macam orang jakun pun ada. haha!!

      Kami masuk dalam perut kapal adalah dalam pukul 7 petang. Alhamdulillah, aku dapat sebelah seat dengan my encik abang.. dapat pulak 2 seat saja.. Krew Air Asia sedaya upaya memastikan kami semua selesa.. aku pulak dapat kat tepi tingkap. Tengok saja pemandangan setakat yang nampak..Perjalanan ke beijing makan masa 6 jam.. Cuma rasa boring la sikit.. tapi aku banyak tidur sebab esok nak berjalan jauh dan kena bangun awal. 

     Masa sebelum pergi kak zan beberapa kali ingatkan kami, makan malam kat kapal terbang, duit sendiri ye.. Masing - masing dah lapar. Aku cuma pesan nasi basmathi lauk rendang dan air mineral. Abang pulak order nasi lemak dan air coklat panas. Habis je makan, kami pun tido dalam kekenyangan. Aku beberapa kali bangun, siap pakai pelindung mata lagi.. haha!! sesekali aku memandang tingkap.. gelap.. tak nampak apa..

    Bila pilot cakap nak mendarat.. aku teruja sangat.. Dari bawah aku nampak banyak lampu dan jalan.. Beijing.. aku datang.. Bila saja keluar dari kapal terbang, kami terus mengambil beg bagasi dan terus beg luggage aku bukak..sebab di khabarkan suhu mencecah negatif. tak sanggup aku menahan sejuk. Abang sempat ke luar dan cakap sejuk gila.. 




    Sampai di lapangan, ejen dari Beijing menyambut kami, tour ejent kami namanya Ricky. Ricky boleh berbahasa  melayu. Penerangan Ricky banyak dalam bahasa Melayu dan Inggeris. Sampai saja di hotel, aku dapat merasakan kesejukan yang teramat. Suhu masa tu -7. terus check in hotel dan ada yang beli long john dari Ricky dengan harga 120 yuan. Aku rasa berbaloi beli dari Ricky sebab long john tu lebih tebal. 

    Kami masuk ke hotel pukul 4 pagi.. Mandi segar kan badan dan terus tido coz esok nak mula kan perjalanan meneroka bumi Beijing..  Pengembaraan Ke Beijing akan aku ceritakan di entri yang akan datang. Insyaallah..




No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.