WELCOME TO MY BLOG

Si Pelik yang jelik,
dream catcher
i hate backstabbers,
chocolates lover







Friday, March 20, 2015

bahagia itu milik Allah

salam to my readers..

        beberapa hari yang lalu, aku berbual dengan seseorang hamba Allah nih.. kami berbual banyak perkara.. tiba - tiba hamba Allah ni berkata pada aku, mesti hidup aku tak bahagia? tersedak aku masa tu.. What?? jerit aku.. Ya Rabbi.. sebegini dalam hamba Allah ini mentafsir hidup aku.. ada jugak yang stalker aku selama ni.. hmmm..

      Aku cuma mampu berdiam.. Bahagia itu milik Allah kak.. ujarku.. Dalam kehidupan seharian, Allah menduga kita dengan pelbagai cara. Pada zaman dahulu, Allah menduga umat Islam dengan peperangan dan kelaparan. Allah juga menduga manusia melalui anak, perkahwinan dan harta.. Setiap manusia, aku percaya ada habuan masing - masing.. Allah telah menetapkan sesuatu itu sebagai ujian buat saya.. Siapa aku untuk menidak kan ujian Allah?? Siapa kamu yang memandai menulis takdir dalam hidup aku?? Aku redha dengan ujian Allah ini walaupun cukup pahit untuk saya telan.. Kamu yang menyibuk, aku mintak sila jaga tepi kain mu sendiri.. kain sendiri terkoyak, tak nampak.. Allah beri kamu pelbagai tanggungjawab tapi aku bkn tanggungjawab mu.. jangan kusutkan masalahku dalam mindamu.. biar aku sendiri yang tanggungnya..


      aku malas untuk berbalah kerana bercakap dengan manusia seperti ini hanya membuang masa.. biarkan saja.. dia hanya menyerlahkan sisi gelapnya yang lebih.. sekiranya aku bertindak seperti dia, maka aku hanya menjadikan diri aku seperti dia.. diam tak bererti kalah, diam ku kerana malas untuk bertelagah.. aku percaya, akan ada rahmatnya di sebalik setiap kejadian.. Insyaallah.. doakan aku tabah harungi dugaan ini.. aminn..



No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.