WELCOME TO MY BLOG

Si Pelik yang jelik,
dream catcher
i hate backstabbers,
chocolates lover







Wednesday, January 9, 2013

piramid di lautan jepun dan salasilah melayu

salam semua.. aku berkenan dengan artikel ni.. dan nak kongsi dengan kawan - kawan aku.. meh usyar..


Tidak lama dahulu, beberapa pengkaji telah menjumpai satu kaum yang tinggal di tepi sebuah tasik di pedalaman Jepun. Kaum ini begitu jauh dari pembangunan dan masih mengamalkan cara hidup tradisional. Bahasa kaum ini tidak mampu difahami oleh para pengkaji tersebut dan bahasa mereka tidak pula punya persamaan dengan bahasa Jepun mahupun bahasa-bahasa sekitar. Namun anehnya, para pengkaji tersebut mengesan tiga perkataan yang memungkinkan hubungan mereka dengan satu bangsa lain. Perkataan itu adalah : mata, batu dan air.


Di laut sekitar Okinawa, berdekatan Pulau Yonaguni, telah dijumpai sebuah struktur piramid menyerupai ziggurat di dasar laut! Piramid ini terletak kira-kira 100 kaki ke dalam laut dan mempunyai gerbang, 
tangga dan jalan berturap batu. Pakar mengatakan usia piramid ini berdasarkan ujian radiokarbon ialah kira-kira 8000 tahun Sebelum Masehi, dan peradaban Jepun ketika itu hanyalah berdasarkan cara hidup memburu binatang dan mengumpul makanan untuk sara diri.

Peradaban piramid di Mesir bermula kira-kira 5000 tahun selepas itu. Siapakah yang membina piramid ini? Satu penemuan yang masih dirahsiakan oleh para pengkaji ialah :tulisan mirip tulisan Rencong telah ditemui di barat daya struktur itu terukir di 'hall chamber' di sebelah dalam piramid, yang merupakan 'access denied' atas sebab-sebab yang tidak munasabah oleh pihak-pihak tertentu.


Jim Mower, seorang ahli arkeologi di Universiti College London telah menimbulkan pandangan bahawa sekurang-kurangnya usia peradaban dasar laut Okinawa itu menjangkau 10,000 tahun dan peradaban ini kalau tidak melebihi sudah pasti setaraf dengan peradaban Mesopotamia dan Lembah Indus. Ahli arkeologi itu juga mengatakan bahawa "ini telah mengubah banyak pandangan tentang peradaban Asia Tenggara". Perhatikan, beliau tidak berkata tentang 'peradaban Asia Timur'.


Saya merasakan semua orang sudah tahu tentang satu keris purba yang ditemui di sebuah kuil purba di Okinawa. Ya...Okinawa lagi.

MISTERI GEN BANGSA MELAYU

Sebab itulah, tidak berapa lama dahulu beberapa penyelidik di Mistis Organization telah berusaha menghubungi seorang gadis yang juga seorang prodigi senyap dalam bidang sejarah di Malaysia. Gadis ini memiliki ciri-ciri kehidupan seperti beberapa prodigi terkenal dari gen bangsa misteri ini ; Adiputra, Sufiah Yusuf (kedua-duanya prodigi matematik ketika kanak-kanak) atau Ainan Celeste Cawley (prodigi kimia) sekadar menamakan beberapa contoh popular. Di Singapura, telah acapkali lahir prodogi-prodigi Melayu seperti di Nanyang Technological University, dan kisah seorang pemuda Melayu yang mendapat cGPA 4.00 dalam Fizik di Eropah.

Mistis Organization telah memantau gadis ini sejak dia berusia 12 tahun dan mula membuat kajian bagaimana beratus-ratus prodigi Melayu yang menunjukkan pencapaian luar biasa ketika kecil, mula menyusut bakat luarbiasa mereka apabila dewasa. Ingatkah saudara saudari akan Mohd. Shukri Hadafi, ketika kecilnya pada usia tiga tahun sudah mampu membaca suratkhabar. Mohd. Shukri Hadafi pernah menjadi anak angkat Prof. Diraja Ungku Aziz dan muncul dalam filem Menanti Hari Esok arahan Jins Samsuddin pada tahun 1977. Namun kehidupannya selepas itu menempuh hari-hari gelap dan akhirnya menjadi seorang penagih dadah.

Perlukah selepas ini saya menceritakan kepada anda, tentang Sufiah Yusuf? Ada sekumpulan pemikir di sebelah Barat telah mengkaji kemungkinan kacukan gen Melayu dengan mana-mana bangsa akan memudahkan lahirnya prodigi-prodigi luarbiasa bertaraf dunia. Mereka telah mula menyedari bahawa kacukan gen Melayu dan gen bangsa lain adalah kunci kepada 'manusia-manusia mutan' masa hadapan. Mereka telah mula memilih beberapa anak-anak muda dan melatih mereka serta menghantar mereka untuk cuba memikat gadis-gadis Melayu. Mengapa gadis Melayu? Kerana percubaan sebelum ini menghantar gadis-gadis mereka untuk membuat hubungan dengan lelaki Melayu menemui kegagalan, ada diantara gadis-gadis mereka 'dipaksa' mempelajari agama Islam dan ini berakhir dengan kes perebutan anak atau penceraian. Anda tahu pada era mana terdapat kekerapan kes-kes lelaki Melayu menghadapi kes perebutan anak dengan wanita asing bukan? Ya, dan saya ingin tekankan tentang 'sebab-sebab wanita-wanita asing itu begitu degil untuk mengambil anaknya dari gen Melayu itu, lari ke negaranya'. Saya boleh terima alasan ini ; kasih sayang seorang ibu.

Gadis ini mampu membaca sejarah Sriwijaya 500 tahun sebelum Masehi dan menterjemah tulisan-tulisan Mesir Purba dan maksud-maksud di dalam The Egyptian Book of The Dead, The Black Book dan The Golden Book of Scarab Ankh. Untuk mengetahui sejarah Melayu lebih 1000 tahun sebelum Masehi, terpaksa mencarinya di dalam kitab-kitab paling misteri di dunia The Mummy dan piramid yang menakjubkan!

Jika orang Melayu yang dungu berusaha memadamkan sejarah bangsanya sendiri, saya nasihatkan anda akan menemui kegagalan paling pahit kerana orang Mesir Purba, Phoenicia, Assyria, Babilon dan sejauh Viking di utara Eropah...mereka ada menyimpan jejak sejarah Kemelayuan yang paling misteri. Jika anak-anak Melayu yang bingung dan orang lain yang cemburu cuba membakar 'Sejarah Melayu'...malangnya 'Sejarah Melayu' telah di'fotostat' banyak-banyak dan diberi kepada bangsa-bangsa lain. Sepertimana Maharaja Sriwijaya telah menghantar keturunannya untuk membina berpuluh-puluh negarakota untuk mengekalkan survival dan hegemoni, maka sejarah Kemelayuan telah disimpan kemas dalam lipatan sejarah bangsa-bangsa lain untuk tujuan yang sama.

MELAYU - THE LOST TRIBE


Ketika Ptolemy, seorang ahli geografi Yunani melukis peta semenanjung Tanah Melayu,beliau telah menamakan semenanjung ini 'Golden Chersonese' yang bermaksud Semenanjung Emas ketika manuskrip-manuskrip India Purba menamakan tanah ini sebagai 'Suvarnabhumi' iaitu Tanah Emas. Sebuah manuskrip Yahudi Purba menceritakan sumber bekalan emas untuk membina negarakota Kerajaan Nabi Sulaiman diambil dari sebuah kerajaan purba di Timur Jauh yang dinamakan Ophir.

Kajian dari manuskrip kuno Firaun Mesir dan hieroglif di dinding-dinding kuil telah mendapati bahan pengawet, kapur barus dan rempah-rempah untuk upacara ritual mengawet mayat diimport dari sebuah kawasan di sebelah Nusantara ini. Apa yang terjadi di Nusantara beribu tahun yang silam? Benarkah ketika Firaun-Firaun Mesir sedang membina Piramid, bangsa yang tinggal di Nusantara masih bercawat dan melukis gambar monyet di gua-gua? Nampaknya perdagangan rempah telah berjalan beribu tahun dahulu malah bangsa misteri di Nusantara telah mampu mengeksport emas dikala kerajaan lain hanya mampu memperdagangkan kendi-kendi, gendang dan seramik purba.

'The Lost Tribe' adalah Bangsa Gunung (Malai) yang telah lama meninggalkan Tibet ; bergerak ke arah Timur ke satu destinasi yang tidak diketahui. Illuminati ingin benar mengenali bangsa ini. Kerana di dalam kitab-kitab Yahudi Kuno dan manuskrip-manuskrip suci ada menceritakan bangsa yang hilang. Juga Bumi Mala. Pada mulanya Yahudi Zionis menyangkakan Red Indian Amerika adalah ibu bagi segala orang-orang Manasseh 'the lost tribe'. Tetapi kesemua keputusan DNA adalah negatif. Prof Ralph Olssen kemudiannya mengkaji secara mendalam tentang Book of Mormon (yang diselewengkan dari satu manuskrip kuno) dan membuat kajian DNA sekali. Keputusan beliau adalah, ibu bagi segala keturunan Manasseh adalah orang-orang Melayu di Semenanjung Tanah Melayu.

Mengikut manuskrip kuno yang diseleweng menjadi Book of Mormon itu lagi, sebahagian daripada Melayu Semenanjung (termasuk Selatan Thai) juga adalah dari keturunan Bani Israel, iaitu dari kumpulan Lehi (iaitu terus dari Manasseh, yakni anak kepada Nabi Yusuf a.s. Nabi Yusuf mempunyai dua orang anak sahaja, iaitu Manasseh dan Ephraim).

Namun Mala bukanlah bangsa asal. Mala mempunyai 'benang-benang merah' dengan bangsa Scythia. Scythia merupakan bangsa asas kepada semua puak Eskimo, asli Yunan, asli Dai, asli Taiwan, hingga ke ke kaumAinu di Jepun dan suku misteri di pulau-pulau Jepun sebelum kedatangan kaum Yamato (kaum dominan Jepun pada hari ini) Lembah Mekong, Tanah Melayu, Borneo, Sumatera, Jawa, Sulawesi, Filipina, Pasifik , Madagascar dan Amerika Latin.

Scythia merupakan sebuah bangsa nomad berkerajaan yang berasal daripada Asia Tengah (ingat Teori kapak Tua dan bangsa Kambuja?) berhampiran dengan Laut Hitam. Kaitan antara Melayu dengan Scythia telah dirumus oleh seorang arkaelogis Eropah di sekitar tahun 1830an lagi. Maka ada kemungkinan Scythia merupakan bangsa asal daripada Nabi Adam a.s. Ini kerana Nabi Adam a.s. mempunyai 22 pasang anak, atau bermaksud 22 bangsa asas (kemungkinan dari kajian setakat ini).

'The Lost Tribe' telah bergerak ke 'Promised Land'.Semua puak Yahudi yang 12 (puak Yahudi asli yang pernah mengikut Nabi Musa a.s dan terlibat pada peristiwa di Padang Pasir Sinai) telah dikenalpasti oleh Yahudi Zionis (Yahudi ke-13 iaitu Yahudi campuran dari kaum Satanic-The Khazar dan Ashkenazi) namun masih terdapat satu puak Yahudi yang diketahui mereka mengamalkan ajaran Nabi Ibrahim dan Nabi Yusof, ajaran wahyu dari kitab Taurat. Pada istilah hari ini, mereka adalah orang-orang Yahudi Islam yang hilang dari rekod Illuminati dan Zionis.

Imbauan : Raja kepada segala Raja di Timur ialah empayar agung Melayu. Betapa hebatnya Raja bagi segala tamadun Timur ini apabila mereka terkenal dengan gelaran Raja Lautan dan Raja Daratan. Di mana-mana negeri-negeri yang berada dalam naungan mereka :

ada yang digelar tanah penghujung dunia,
ada yang digelar Semenanjung Emas,
ada yang digelar Survana Bumi,
ada yang digelar Golden Chersonese,

Bayangkanlah, hinggakan hamba-hamba di istana mereka juga mampu dihiaskan dengan emas. Ini belum lagi dibincangkan tentang sistem matawang mereka, kerana bangsa Melayu sebenarnya gemar berniaga dengan menggunakan emas, tetapi ke mana perginya semua rekod-rekod agung ni? Kemana perginya senjata-senjata canggih Melayu? Di mana perginya armada-armada laut Melayu yang besar gedabak dengan nama jolokan “JONG". Adakah ianya jauh lebih lebar dari kapal Laksamana Cheng Ho? Rekod sejarah yang benar ini semuanya selamat disimpan dalam arkib-arkib museum terkenal di Eropah dalam genggaman ejen sulit yang bertopengkan sang penyelamat. 


Mereka menubuhkan kerajaan BUNGA di tebing-tebing pergunungan. Kerana itu istilah Banjaran HiMalayakekal hingga ke hari ini… Mengenangkan bangsa gunung yang hebat lagi kuat dengan rajanya.

Jika anda sedar, bangsa Melayu-lah bangsa yang paling gemar menanam bunga-bunga di halaman rumah. Bunga sebenarnya terlalu sinonim dengan bangsa ini. Berhentilah menjadi goyyim kerana anda bukanlah sebuah robot ciptaan ejen Yahudi yang bertopengkan sang penyelamat. Tetapi anda sebenarnya adalah seorang pejuang yang dilahirkan sebagai bangsa Melayu dibumi Mala ini.

Bangsa Melayu juga merupakan bangsa terawal membina tugu-tugu kota yang merentasi dari :

UTARA (kemboja, cempaka, melati, petani, langkasuka, cermin, segenting)
TENGAH (kelantan, pahang, johor, melaka, kedah tua, selangor)
TIMUR (funan, okinawa, sulu,)
SELATAN (sumatera, riau, jawa)
Begitu hebatnya tamadun agung Melayu itu yang hanya segelintir sahaja para pewaris diraja yang tahu. Rekod tamadun ini berjaya disembunyikan oleh golongan Iluminati sehinggakan hampir kesemua teknologi Melayu dahulu kala berjaya disimpan di arkib-arkib tersohor dunia di Eropah. Tidak cukup dengan itu, tinggalan sejarah yang agung ini turut dikaji di dalam makmal-makmal oleh pengkaji logam. Bolehkah anda bayangkan bagaimanakah laksamana-laksamana dan pendekar-pendekar Melayu boleh sampai ke Hawaii dari semenanjung kepulauan cebu tanpa sesat dengan hanya berpandukan sejenis alat apungan dari cerdik pandai anak Melayu.

Dibawah ini pula adalah beberapa buah gambar yang telah berjaya dirakamkan oleh Gary Hagland (underwater photographer), Tom Holden (videographer) dan "C" Hagland (underwater videographer) :



















MELAYU DAN YAHUDI

Tahukah anda bahawa Yahudi (Zionis) kini sedang giat mengkaji tentang satu bangsa yang hilang?. Mengikut daftar bangsa yang hilang di dalam Kitab Yahudi Kuno, terdapat 12 puak Yahudi di masa lalu :

1. Reuben
2. Simeon
3. Levi
4. Judah
5. Issachar
6. Zebulun
7. Dan
8. Naphtali
9. Gad
10. Asher
11. Joseph
12. Benjamin

Di dalam 12 puak yang hilang ini, hanya keturunan Nabi Yusuf a.s. sahaja yang hilang daripada rekod Yahudi. Keturunan Nabi Yusof a.s menurunkan dua puak yang lain iaitu Manasseh dan Ephraim. Mengikut satu kitab Yahudi, satu ‘lost tribe’ Bani Israel (yang mendapat petunjuk ILAHI, iaitu beragama Islam) akan membunuh Yahudi Zionis di Palestin. Di dalam kitab Yahudi kuno yang lain pula, ada mencatatkan golongan Manasseh (anak kepada Nabi Yusuf a.s.) bakal menyembelih Yahudi jahat (Zionis/Yahudi Kabbalah) di Palestin. Setelah Yahudi membuat pencarian, terdapat banyak puak golongan Manasseh di sebelah timur.



Kajian projek genome oleh Rabbai Jacobovici telah dilakukan untuk mengesahkan hipothesis Dr.Ralp Olsen berkenaan Israel DNA variant dalam Bangsa Mala (rujuk www.mormonslocation.com). Projek genome itu dijangka lengkap dalam tempoh 5 hingga 10 tahun akan datang khusus untuk lost tribe disebelah South East Asia region.

Tuesday, December 11, 2012

kemana perginya kanak - kanak genius?

Salam to all my readers.. kebetulan masa kuliah baru - baru ni aku ada belajar tajuk kanak - kanak pintar cerdas dan multiple intelligent.. masa dalam kelas pensyarah aku ada bangkitkan isu - isu kanak - kanak genius ni.. sayangnya suatu ketika dulu, kanak - kanak ni mendapat perhatian lensa kamera.. semua rakyat jelata nak tahu pasal kanak - kanak genius ni.. tapi persoalannya, apa yang terjadi pada mereka? apa yang menyebabkan keadaan mereka sebegini? pelbagai persoalan menerpa di dalam mindaku.. jadi aku pun mengoogle lah kisah - kisah diaorang ni.. 


CEKIDAUT..


nur amalina
Nur Amalina Che Bakri adalah merupakan anak tunggal kepada pasangan Sabariah Hassan seorang guru dan bapanya Che Bakri seorang jurutera DBKL. Beliau mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan SPM 2004 dengan memperoleh 17A1. Beliau bercita-cita untuk menjadi pakar perbidanan dan sakit puan.
Selepas mendapat keputusan cemerlang itu, Amalina mendapat tajaan penuh dari Bank Negara untuk buat A-Level sebelum memasuki University Of Edinburgh, Scotland bagi melanjutkan pelajarannya dalam bidang perubatan
Tak lama kemudian tersebar di internet cerita dia gagal dalam peperiksaan dan sudah pun pulang ke Johor Bahru, Dan minggu ini kita dikejutkan dengan gambar yang dikatakan perubahan yang agak ketara (seksi) Nur Amalina Che Bakri. Mengejutkan, bila seorang yang dulunya dijadikan idola, kini hanyut dengan kebebasan di luar negara.
Gambar MOHD SHUKRI HADAFI genius
MOHD SHUKRI HADAFI
Dulu negara pernah dihadiahkan dengan seorang kanak-kanak genius yang sudah mampu membaca surat khabar di usia tiga tahun, bernama Mohd. Shukri Hadafi.
Kanak-kanak genius ini kemudiannya diambil berlakon oleh Jins Shamsuddin di dalam filemnya Menanti Hari Esok (1976/7) .
Prof. Diraja Ungku Aziz telah mengambil kanak-kanak genius itu sebagai anak angkat bagi membolehkannya mendapat perhatian dan pendidikan yang lebih rapi.
Bagaimanapun, beliau juga akhirnya melalui detik-detik hitam sepanjang menempuh alam remaja dan dewasa, tiba-tiba kita dikejutkan dengan berita pada akhir 90′an bahawa beliau bekerja sebagai penebar roti canai! Ada cerita yang memberitahu beliau menjual kelapa di Padang Terap, malah yang tidak enaknya ialah kisah beliau menjadi penagih dadah.

sufiah yusof
SUFIAH YUSOF
Kisah seorang lagi anak Malaysia yang genius yang gagal, Sufiah Yusof.
Anak kepada pasangan Halimahton dari Muar dan bapanya, Yusuf, berasal dari Pakistan, Sufiah Yusuf mencipta sejarahnya yang tersendiri apabila beliau diterima masuk ke pengajian di Universiti Oxford pada usia 13 tahun. Masa tu media penuh dengan berita kehebatannya..Apa yang dia makan?..Cara dia belajar?..Berapa jam Tido…semua tu dijadikan contoh kepada anak-anak pelajar sekolah masa tu.
Namun pada usia 15 tahun, Sufiah telah menghilangkan diri dari kampus hingga kemudiannya ditemui di Bournemouth, dan bekerja di sebuah hotel di sana.
Dia enggan pulang kepada keluarga, yang disifatkannya seperti hidup dalam neraka, Sufiah diletakkan di bawah jagaan sebuah pertubuhan sosial untuk kembali penyambung pengajian sarjananya di Oxford.
Hidup Sufiah terus tidak keruan, apabila perkahwinannya pada usia 19 tahun dengan Jonathan Marshall, runtuh hanya kira-kira setahun selepas diijabkabulkan.
Tidak lama kemudian, Bapanya pula ditangkap atas dakwaan mencabuli dua kanak-kanak berusia 15 tahun yang mengikuti kelas tusyen accelerated learing kendaliannya.
Dengan kebanyakan orang membayangkan Sufiah Yusuf bakal menjadi seorang genius atau sesuatu yang luar biasa sewaktu dia menjejakkan kaki ke Oxford, sebaliknya pula berlaku apabila Sufiah mencatatkan sesuatu yang lebih dahsyat apabila mencari nafkah dengan menjadi pekerja seks.
Sufiah mendapatkan wang dengan menjaja tubuhnya untuk memperoleh kira-kira RM828.99 untuk satu sesi perkhidmatan. Yang pasti di sebalik pendedahan itu, ia bagaikan halilintar kepada masyarakat Malaysia, lantaran berita yang tidak pernah terlintas itu akan berlaku.
gambar chiang ti ming
CHIANG TI MING
Tak banyak kisah mengenai Chiang Ti Ming yang menjadi pelajar termuda di California Institute of Technology (CalTech).
Chiang, ketika berumur 15 tahun pada masa itu, bukan sahaja pelajar termuda California Institute of Technology (CalTech). tetapi juga di kalangan “Top 5″ keputusan terbaik.
Antara kejayaannya, beliau menjadi pelajar termuda yang pernah menerima Anugerah “Undergraduate Students Merit Award” selama dua tahun berturut-turut di CalTech.
Kerana kepandaiannya yang luar biasa beliau kemudiannya melanjutkan dan berkelulusan doktor falsafah dalam fizik zarah di Cornell Universiti di New York.
Pada tahun 2002 dia telah dimasukkan ke HKL selepas dikatakan mengalami gejala-gejala kemurungan dan tekanan perasaan yang amat teruk. Dia kemudiannya meninggal pada 6 Januari 2007 di Seremban,

KISAH KEJAYAAN CHAN YAO BAN
Chan Yao-ban, seorang lagi anak kecil istimewa kelahiran Malaysia. Beliau kini adalah pemegang PhD termuda dari Universiti Melbourne. Pada usia 21 tahun, Chan Yao-ban telah menjadi salah seorang tenaga pengkaji penting di Universiti Melbourne, mengendalikan projek kajian metod statistik bagi mengenalpasti anomaliti protein di dalam otak untuk mendiagnos schizophrenia dan bipolar disorder.
Biar pun lahir di Malaysia, Chan Yao-ban telah dibesarkan di New Zealand. Beliau melalui proses home schooling oleh ibunya, seorang Mikrobiologist dan ayahnya, pengarah di sebuah syarikat industri makanan terkemuka, Heinz.
Chan Yao-ban akhirnya telah berjaya dan bakal memanfaatkan kelebihannya.Sejuk perut mak bapak dia.

ady putra
ADY PUTRA ABDUL GHANI
Teringat kembali kisah pelajar genius Malaysia, kira-kira 2 tahun lalu kita didedahkan tentang kemunculan seorang lagi pelajar genius Matematik yang berasal dari Bagan Serai, Perak. Ady Putra Abdul Ghani yang kini berusia 9 tahun mendapat perhatian luar biasa kerana kebolehannya menyelesaikan soalan matematik peringkat universiti.
Bagaimanapun, dia kini berdepan dengan dilema lantaran sistem pendidikan yang dikatakan kurang menyokong kemahirannya. Soalnya, apakah Ady Putra mampu mengubah kisah malang yang dilalui oleh Sufiah dan Shukri?
Yang pasti, seluruh rakyat Malaysia tidak putus-putus mendoakan agar Adi Putra mencapai impiannya bergelar profesor matematik Islam
Rakyat Malaysia mendoakan agar Ady Putra mencapai cita-citanya untuk menjadi pakar matematik Islam.



Thursday, December 6, 2012

jadilah ibu bapa yang prihatin

salam to all my readers..
      kali ni aku nak cerita pasal sesi bertemu waris kat sekolah aku.. kata orang mak bapak amik report card.. aku di minta untuk menggantikan rakan aku yang kebetulan pada hari tu ada exam.. why me??

     Dari pukul 8.30 pagi sampai lah pukul 1 petang non stop, parents datang jumpa aku .. total semua parents yang aku layan ialah seramai 39 orang.. fuhh!! ramai jugak, aku sendiri tak sempat makan dan minum.. Parents kelas yang aku handle tu alhamdulillah lah ok jugak.. ada yang sporting habis.. tapi jenuh jugak lah aku ni nak explain kat diaorang pasal sistem KSSR dan PBS. Among 39 parents aku kira adalah 35 parents yang tanya aku pasal sistem PBS. Apa tu band, kenapa anak diaorang dapat band 1.. Siap tanya lagi kenapa tak balik ke sistem lama.  Aku rasa kami cikgu - cikgi kat sini suka sangat sistem lama.. sistem baru ni alahai.. banyak keje dengan sistem online yang mengalahkan  siput.. Malah ada kalangan kawan - kawan aku yang bersengkang mata sampai 3-4 pagi semata - mata nak isi  kotak pentaksiran. Bayangkan satu kelas kalau ada 40 orang cuba kalikan dengan jumlah kelas. kalau cikgu tu mengajar 5 kelas. cuba kalikan 40 x 5 = 200. 200 orang untuk di isi sebulan. Kami wajib isi dari bulan Januari sampai lah bulan Oktober. 200 orang  x 10 bulan = 2000. tak buang masa ke tu?

   Ada jugak yang suara - suara sinis yang aku dengar luar daripada kawasan sekolah.. kalau cikgu tak suka habis lah anak diaorang.. Tak kan lah dari tahun 1 sampai tahun 6, cikgu tak suka pelajar tu.. kami cikgu - cikgu sering di ingatkan bila bagi band tu, kesian lah kat budak - budak korang, korang pun ada anak - anak. Kadang - kadang nak di ikutkan budak tu pun tak layak dapat band, kami tetap bagi band yang tinggi sikit dari yang sepatutnya sebab kesiankan budak.. lagi pun kami cikgu - cikgu ni pikir  diaorang nak carry band tu sampai tahun 6.

      Sistem pentaksiran dah dua tahun dilaksanakan. Aku tengok siap ada promo kat tv lagi pasal sistem pentaksiran. sedangkan awal - awal tahun sekolah dah beri taklimat mengenai sistem pentaksiran. Jadilah ibu bapa yang prihatin akan pembelajaran anak. Jangan alpa akan hal anak. Luangkan sedikit masa anda denga menyemak buku latihan anak anda. Kami di sekolah dah mencuba setakat mana yang mampu.. apa - apa pun terpulang pada ibu bapa untuk memantau perkembangan anak anda..