WELCOME TO MY BLOG

Si Pelik yang jelik,
dream catcher
i hate backstabbers,
chocolates lover







Sunday, May 27, 2012

double celebration

      lambat sikit entri lina.. dah basi pun.. actually lina memang bz sikit..  bulan ni lina sambut hari ibu dan hari guru.. syukur alhamdulillah, anak2 pun makin besar.. sedikit sebanyak anak - anak lina faham pasal hari ibu.. excited diaorang nak bagi hadiah kat lina.. adriana hadiahkan kerongsong warna pink.. siap pesan "kalau mama pakai baju pink gi keje, jgn lupa pakai kerongsang yg yana bagi kat mama". Azriq pulak bagi kad buatan sendiri dan sebiji coklat.. jadilah tu..
    tak lama lepas hari ibu, lina sambut hari guru.. sampai je sekolah, kami sesama rakan - rakan cikgu ucap sama - sama selamat hari guru.. serius.. lina rindu giler masa kat R10.. tapi tu semua tinggal kenangan.. teringat last minutes baru nak praktis persembahan guru.. 
    nak tengok hadiah hari guru yang lina dapat ??


jeng ..jeng.. jeng..
..
...
...



NINDIA...







 hadiah hari guru


apa2 pun, kuantiti hadiah bukanlah ukuran, kami cikgu cuma menjalankan tugas dengan ikhlas dan mengharapkan kejayaan pelajar kami.. terima kasih daun keladi buat anak didikku..




Friday, May 18, 2012

mahasitua

salam buat semua..
    nak cerita sikit.. sebanarnya bermula bulan februari 2012 lepas, lina dah bergelar mahasitua.. apa tu mahasitua?? gelaran ni popular di kalangan kami yang dah 30 an atau 40 an yang sambung belajar.. nak tak nak kena jugak.. segan gak ngan kawan - kawan yang dah ada degree.. actually, lina ada lebih dari 20 tahun untuk berkhidmat.. lagi 20 tahun cerita panjang.. demi masa depan yang lebih baik, lina pun apply sambung belajar.. alhamdulillah.. lina dah pun mendaftar kat UUM .. lina beruntung sebab kebetulan ada lagi 2 orang kawan sekolah pun dapat UUM jugak.. so, senang lah sikit kan..

        nak gi UUM tu jauh giler.. nama je area kedah tapi dari kulim ke sintok, adalah dalam 170km.. kelas lina pulak sebulan sekali.. jumaat dan sabtu.. so, terpaksa lah bermalam kat sana.. nak ulang alik rasanya tak berbaloi.. lina bersyukur, lina dapat moral support daripada family.. cik abang pun ok.. alhamdulillah.. terima kasih byk2 mak, bapak kerana sanggup layan karenah anak2 lina.. lina doakan mak bapak panjang umur dapat tengok lina amik scroll degree lak lepas nie.. insyaaallah..

       pagi - pagi jumaat, lina dah bertolak ngan kereta.. ikut giliran.. pukul 5.30 pagi dah kena ada kat BKE tunggu kawan.. then, bawak ler keta sampai r&r gurun. Kat sana kami solat subuh dan minum.. teruskan perjalanan sampai lah kat UUM sintok.. 



Jom pi kuliah..




kelas kenegaraan.. lecturer ni best.. sempoi.





kat sini lah kami menginap semalaman.. T Hotel kat pekan Changloon..





rileks kat sini.. hmm.. ok kan? tapi serius.. ketiga2 kami tidur lena.. bak kata omputih, we can sleep peacefully.. hehe





my dinner.. bihun kungfu.. naik lemau makan banyak2.. 





T Hotel waktu malam.. nampak happening lah sikit pekan Changloon ni..





pagi2 lagi sebelum pi kelas, kami bungkus nasi jagung yg kebetulan sebelah je ngan T Hotel.. tapi serius, sedap giler..





kari ayam.. nampak sedap.. 





kari kambing.. ni lah peberet kami.. siap tapau bawak balik bagi family makan.. sedap giler..





sempat lagi kami berfoto gediks selepas kuliah..


geng 1 Malaysia... hehe.. hari pertama..




 lepas kuliah.. hari kedua..


ini cerita saya..
Lina
19 Mei 2012


Friday, May 4, 2012

my dream gadget

salam to my readers..

      dah bersawang blog lina nih.. actually memang busy sangat2 sejak kebelakangan nih.. and faham2 lah anak - anak lina dah pandai main computer games.. lina nak buat keje pun payah.. sampai lah lina berhajat nak ada notebook sendiri.. sampailah baru - baru nih ada lah sedikit rezeki untuk lina.. ( syukur alhamdulillah ) terus mintak cik abang carikan lappy baru untuk lina..  cari punya cari.. akhirnya ketemu jugak dengan idaman hati... cekidaut ...

NINDIA... 

DEPAN LAPPY


MAI PAKAT USYAR KAT DALAM PULAK..


                            ACER ASPIRE ONE D270 LIMITED EDITION ( BALLOON CARNIVAL )


meh.. kita usyar lak apa specification lappy nih :

Acer Aspire One D270 Specification

  • Dimensions: 10.17” x 7.28” x 1.01” (W x D x H), weight: 2.87 lbs. (1.3 kg)
  • Processor: N2600 Intel Atom Dual Core – 1.6 GHz and cache 1M L2
  • Chipset: NM10 Mobile Intel Express Memory RAM: DDR3 1GB – 1 Slot, Max 1GB
  • Memory HDD: 320GB HDD, rpm 5400
  • Memory Card Readers: MMC, SD, MS, MS Pro, xD
  • Operating System: 32 bit Windows 7 Starter
  • Display resolution: 1024 x 600 pixels, WSVGA CrystalBrite 10.1 inch LED-backlit
  • Graphics: Intel Media Graphics Accelerator 3600, dedicated system memory – 64 MB
  • Web-camera: 0.3 mp
  • Wireless: 802.11b/g/n Wireless-N LAN Wi-Fi
  • Ethernet: RJ45 Port 10/100 Fast Ethernet LAN
  • Optical Drives: not included, sold separate as external optical drive
  • Bluetooth: not included, but you can buy external mini bluetooth drive
  • Ports: USB 2.0 (3 ports), LAN RJ45 port, HDMI, microphone port, headphone port
  • Keyboard: full-size keyboard
  • Touchpad: Multi-gesture
  • Security: Kensington lock slot
  • Battery/Power: Battery Lithium-Ion, 6-cell, 4400 mAh, up to 8 hours
  • Default Software: MS Office Starter 2010 with functionality limited MS Word and MS Excel; MS Windows Live Essentials
  • Warranty/Support: 1-year of limited international warranty
  • Netbook colors: Espresso Black, Aquamarine, Seashell White, Burgundy Red Retail

        Lina pun bukannya pakar bab- bab IT.. apa yang ada lenjan sampai lingkup.. dengan adanya lappy baru nih.. senang lah lina nak buat keje - keje sekolah & assignment.. maybe lappy ni bukannya yang terbaik.. tapi asalkan senang lina nak buat keje sudah lah... setakat ni, anak - anak memang dilarang menyentuh lappy nih.. hehe.. almaklumlah kaler putih.. senang lah sikit, lina nak buat keje sekolah & assignment lepas ni.. alhamdulillah... 


Thursday, January 19, 2012

30 minit bersama Ustaz Don Daniyal


salam to all my readers.. Sorry dah lama tak update cerita saya.. erkk.. ada ke orang yang ikuti blog saya?? hmm... tak kisah lah, kalau ada yang membaca blog saya, saya amat bersyukur..

        kali ini saya nak bercerita mengenai rancangan tv al- hijrah.. orang dah lama kecoh2.. saya pulak baru je menonton.. hehe.. better late than never.. kebetulan, saya tanpa sengaja menukar rancangan tv untuk mengelakkan anak- anak menonton kartun semasa membuat kerja sekolah dan mengulang kaji pelajaran, kebetulan pada masa itu ditayangkan rancangan '30 minit bersama ustaz don'. Ya Allah, indah sungguh rancangan tersebut.. banyak ilmu yang dipelajari selama 30 minit.. Bermula dari situ lah saya menjadi pengemar tv al- hijrah.. Kebetulan pulak, ustaz don daniyal mengacarakan rancangan tersebut dengan gaya yang bersahaja.. kelakar pun ada, beliau cukup merendah diri dengan ilmu yang ada.. yang paling penting, ustaz don daniyal ni masih bujang.. hehehe... lepas ni mesti ramai yang jatuh hati kat ustaz don ...
         Pada yang mahu mengikuti rancangan 30 minit bersama ustaz don, boleh lah menonton tv al- hijrah pukul 10 malam setiap isnin - khamis.. kalau tak tengok rugi sebab banyak ilmu yang boleh dipelajari..
   

Friday, December 23, 2011

Rahsia Hadiah Dari Si Dia






Hadiah yang anda beri kepada kawan/kekasih/isteri/suami anda mempunyai maksud yang tersirat...



JAM TANGAN... ... ... Tanda meningati setiap masa dan waktu.

CINCIN... ... ... ... .Tanda ikatan kasih yang abadi.

GELANG... ... ... ... .Tanda mesra

RANTAI LEHER ... ... .Ikatan cinta yang perlu perhatian.

SUBANG... ... ... ... .Tanda penghargaan dan penghormatan.

KASUT... ... ... ... ..Sentiasa mengambil berat/prihatin.

PAKAIAN/KAIN... ... .Semoga kasih berkekalan dan dekatselalu.

PAYUNG... ... ... ... .Tanda kasih dan sentiasa ingin melindungi.

MINYAK WANGI... ... .Tanda cinta

BINGKAI GAMBAR... ..Sentiasa merindu dan tak ingin berjauhan.

BUKU... ... ... ... ... Bersifat terbuka dan bertolak ansur.

BUNGA... ... ... ... ... Tanda perkenalan dan tanda sayang

COKELAT ... ... .. semanis cintamu.

LAGU/CD/KAD UCAPAN ... ... ... mengabadikan cinta

SEJADAH DAN ALQURAN... ... ... tandanya kekasihnya ituvmenyayanginya dunia dan akhirat.



Satu lagi... . zaman mellinieum... .

HANDPHONE... tandanya... . kau jangan lari dariku!!!!... ... .aku kan cari kamu walau dimanapun... melainkan kalau handphone tu ditutup... ..



HADIAH PALING BERHARGA DALAM DUNIA!!

MASUK MEMINANG... ... tandanya dia serius dan betul2 seriuss..!



Wednesday, December 14, 2011

tips untuk kurangkan hutang

Salam to all my readers.. kali ini saya nak berkongsi mengenai tips untuk kurangkan hutang.. saya bukannya seorang yang arif bab- bab hutang nih.. cuma saya terpanggil untuk berkongsi tips untuk kurangkan hutang.. layanz..

1. PERIKSA rekod perbelanjaan untuk tempoh 12 bulan. Setahun adalah jangka masa yang tepat untuk melihat apa yang berlaku. Jadi lihat semua perbelanjaan, penyata bank, rekod buku cek, penyata kad kredit atau apa sahaja rekod yang anda ada.


Dan untuk perbelanjaan yang menggunakan wang tunai, bawa buku nota untuk beberapa minggu dan tulis semua perbelanjaan anda, walaupun untuk membeli goreng pisang makcik. Akhirnya, anda akan dapati betapa sedikit akan menjadi bukit. Saya telah mencubanya dan memang boleh dapat angin ahmar tau (sebab terkejut)… hehe



2. KIRAKAN jumlah perbelanjaan anda dalam sebulan, dengan mencampurkan semua bil yang perlu anda bayar dalam sebulan.



3. TULISKAN senarai hutang yang anda tanggung. Jangan lupa masukkan sekali ansuran rumah. Telefon bank jika anda tidak pasti berapa hutang yang anda ada.(Pastikan ada selalu kemas kinikan rekod senarai hutang ini)



4. BUAT SENARAI pembayaran minima yang perlu anda lakukan setiap bulan. Katakan anda perlu membayar RM2000 setiap bulan.



5. TENGOK BAKI yang perlu anda bayar, dengan anggapan bahawa anda membayar setiap bulan tanpa ada yang tertunggak.



6. SENARAIKAN hutang anda supaya hutang yang sedikit diatas sekali, dan yang banyak terletak dibawah. Jangan lupa senaraikan semua hutang anda. Contohnya:



1)Hutang stereo RM2000

2)Hutang kad kredit RM5,000

3)Hutang kereta RM50,000

4)Hutang rumah RM100,000



7. Sekarang anda perlu ‘MENYERANG’ untuk membayar hutang yang sedikit dahulu. Buat keutamaan untuk habiskan hutang yang sedikit dahulu (tv?) dan akhir sekali hutang yang agak besar, contohnya kereta atau rumah.



8. Pada langkah Nombor 4, anda telah kirakan jumlah minima hutang yang perlu anda bayar setiap bulan iaitu RM2000. Sematkan di minda anda untuk tambahkan sebanyak 10% daripada jumlah tersebut, iaitu RM200!



9. Untuk mempunyai tambahan RM200 untuk membayar hutang, kurangkan RM200 daripada perbelanjaan, dan simpan untuk membayar hutang.



Cuba fikirkan semua cara untuk mengumpulkan RM200 ini. Anda perlu berbincang dengan keluarga anda apa yang perlu dan tidak perlu dibeli. Contohnya jika anda selalu makan diluar, cuba kurangkan. Jika anda merokok, cuba berhenti. Jika anda berusaha, pastinya anda temui jalan untuk jimatkan paling kurang RM200 sebulan.



10. Gunakan wang tambahan RM200 ini untuk membayar hutang No.1 anda yang kecil dahulu. Jika anda membayar RM100 sebelum ini, sekarang anda bayar RM300 (RM100+RM200). Apabila habis hutang pertama, gunakan RM300 untuk tambahkan bayaran kepada hutang kedua. Jika sebelum ini anda membayar RM200 untuk hutang kedua, anda bayar RM500 (RM200+RM300) selepas hutang pertama habis. Ianya akan memberikan impak maksima untuk melangsaikan hutang anda dengan cepat. Teruskan penambahan sehingga ke senarai yang terakhir.



Dengan cara ini anda akan bebas dari hutang dalam masa beberapa tahun. Kelebihan daripada sistem ini bermula hanya daripada RM200 yang anda jimatkan, dan ianya bertambah sebaik sahaja hutang pertama anda habis.

Cuba praktikkan teknik ini dan anda pasti terkejut dengan hasilnya dalam masa beberapa tahun akan datang. Jangan biarkan anak-anak anda sengsara kerana terpaksa menanggung semua beban hutang anda nanti.

p/s : apa - apa pun kenali diri anda dulu.. kalau anda tahu anda seorang yang agak boros, jangan cari nahas dengan menggunakan kad kredit. Saya tak nafikan kad kredit memang perlu pada zaman sekarang, tapi kad kredit boleh menjerat anda.. kurangkan jumlah kad kredit anda, pilih satu kad kredit yang rendah premium bunga.. guna apabila perlu sahaja.. seperkara lagi perlu faham antara keperluan dengan kehendak.. bincang dengan pasangan sekiranya anda hendak membeli sesuatu benda yang agak mahal.. sekiranya mampu, tidak salah sekiranya anda membelinya..

        Jangan sesekali bersaing dengan orang lain.. anda juga yang akan rugi.. setiap orang telah ditentukan oleh Allah akan rezekinya.. anda telah berusaha, mungkin bukan sekarang rezeki anda, rezeki bukannya datang dari segi kewangan sahaja.. ada banyak cara rezeki itu hadir dalam diri anda.. jangan cemburu dengan kemewahan orang.. syukur dengan apa yang anda ada..

    Kurangkan meminjam barang orang dan mengaku barangan tersebut adalah barang anda.. anda boleh buat orang kagum dengan anda.. tapi ketahuilah anda apabila tembelang anda pecah.. mau diaorang gelak guling dengan sikap anda.. secara tidak langsung, anda tipu diri anda sendiri.. paling penting, jadilah diri anda sendiri tak perlu dibayangi oleh orang lain..





Monday, December 12, 2011

langsuir bertenggek di palung air

Salam to all my readers..
 Semalam saya saja - saja je bukak blog kawasan perumahan saya. Hasil carian saya mendapati ada cerita menarik untuk dikongsi bersama..
http://permatakaku.blogspot.com/2011/12/gemparlangsuir-bertenggek.html

    Selama dua tahun saya menetap di Kulim,saya  tak pernah lagi  dengar pasal cerita - cerita macam nih.. keesokan harinya saya ceritakan pada hubby.. hubby macam excited.. siap post dalam fb lagi blog tadi..
    alahai, nape lah kat area kawasan perumahan saya pulak 'dia' nak kacau.. mula - mula ketawa gak, boleh percaya ke? nak lalu kat area tu hati kata jangan cari nahas.. selama ini memang saya kerap menggunakan jalan situ, pernah jugak sampai pukul 2 - 3 pagi.. setakat ini tak pernah terserempak apa - apa.. Nampak gayanya kena lah lebih berhati - hati selepas ini..
    paling best, penjaga keselamatan di kawasan perumahan saya pulak dah bertambah anggota rondaan.. hehe.. takut jugak diaorang nih.. hehe..