WELCOME TO MY BLOG

Si Pelik yang jelik,
dream catcher
i hate backstabbers,
chocolates lover







Monday, December 20, 2010

8 tahun selepas aku terima nikahnya..




pada hari ini 20hb disember, genap usia perkahwinan ku yg ke 8. Dah 8 tahun aku ngan cik abg berkahwin.. pelbagai dugaan telah aku tempuhi sepanjang tempoh 8 tahun..
teringat aku kenangan manis aku ngan abg, siapa sangka perkenalan di alam maya akhirnya membibitkan cinta antara kami & seterusnya menjadi suami isteri.. awal perkenalan aku mcm kaunselor utk abg, memandangkan masa tersebut abg ada krisis dgn ex gf abg, ada jugak le sekali dua abg contact aku masa kat kolej dan maktab.. hampir 3 tahun aku berkenalan ngan abg, aku makin rapat, kalau nampak je id abg, mesti aku pm ( private message) abg begitu juga abg.. sampailah ke satu tahap kami akhirnya berjumpa.. aku jatuh cinta pandang pertama ngan abg.. mata terpaku, lidah kelu utk berbicara.. 2 bulan selepas pertemuan pertama aku rasmi menjadi kekasih abg.. pelbagai dugaan perlu aku tempuhi.. pernah break off ngan abg, seakan menguji sejauh mana cinta aku pada abg,aku sedari bahawa aku perlukan abg utk melengkapkan hidup aku yg kosong ini..
hampir setahun bercinta ngan abg, maka pada 20.04.2002 aku selamat menjadi tunangan abg selama 8 bulan.. menjadi tunangan abg, mmg membahagiakan.. itulah kenangan paling indah utk aku.. saat diijabkabulkan pada tarikh keramat kami 20.12.2002, aku rasa dunia ini aku yg punya, rasa mcm nak laungkan pada 1 dunia aku dpt memiliki lelaki yg aku cintai.. perkahwinan aku melenyapkan segala buruk sangka rakan2 padaku, maklumlah cinta siber.. sampai sekarang kalau ditanya macamana aku kenal ngan abg, mesti ada yg tanya " boleh percaya ke cinta siber?" haha..
5 tahun aku mengenali abg, tak cukup utk membuktikan aku mengenali abg sepenuhnya.. jarak usia antara kami berdua, cara hidup yg berbeza merupakan cabaran yg harus kami berdua tempuhi...
dlm menempuh dugaan berumahtangga, bermacam2 yg telah aku harungi, ada yg mampu aku harungi ada yg tak termampu aku sebagai hamba Allah utk harungi.. bak kata pepatah sedangkan lidah lagi tergigit inikan pula suami isteri.. memang lumrah apabila kita berumahtangga akan berlaku perselisihan faham, terpulanglah pada diri & pasangan masing2 utk menyelesaikannya..
perkahwinan pada aku, ibarat pelayaran sebuah kapal.. sama ada kita akan sampai ke destinasi atau karam di tengah lautan.. kadang2 hujan atau ribut melanda, paling teruk pun tsunami melanda.. sama ada teguh atau karam, terpulang pada kebijaksanaan pasangan terbabit..
sepanjang 8 tahun perkahwinan aku, aku pelajari bahawa setiap perkahwinan perlu ada persefahaman, tolak ansur, sayang menyayang antara sesama, hormat menghormati.. dan ingin aku tegaskan disini bila kita nak sayang seseorg, sayang lah berpada2.. mula2 kena sayang diri sendiri, jgn terlampau sayangkan pasangan.. setiap daripada kita akan ditakdirkan berpisah sama ada bercerai hidup atau mati.. itulah natijahnya.. wallahualam..
8 tahun, cinta aku pada abg tetap utuh, seteguh cinta shah jahan kpd mumtaz, seindah cinta siti khadijah pada Rasulullah.. aku ingin menjadi satu kenangan terindah pada hidup abg.. byk kenangan yg kami cipta bersama.. buktinya.. setiap 2 tahun kami menerima kehadiran ahli baru dlm hidup kami.. hahahaha..
sesungguhnya, aku bersyukur pada Allah kerana dipertemukan dgn abg di dunia utk berkongsi hidup & suka duka.. aku x impikan lebih dari apa yg aku hadapi sekarang.. Allah telah merencanakan hidup aku lebih dari apa yg aku sangkakan.. buat abg, luv u so much & happy anniversary, semoga perkahwinan kita kekal hingga ke akhir hayat.. ameennn..

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.