WELCOME TO MY BLOG

Si Pelik yang jelik,
dream catcher
i hate backstabbers,
chocolates lover







Tuesday, December 16, 2014


Perjalanan Ke Beijing

        Salam to my readers.. seperti yang dijanjikan, aku update entry kali ni pasal perjalanan ke Beijing..

        kalau hangpa nak tau, aku pi beijing ni di atas ajakan kawan - kawan masa aku mengajar kat SK Wangsa Maju Zon R10.. kawan - kawan lama ada yg masih aku contact.. Kak mala la yg ajak aku.. aku pun excited nak pi coz boleh havoc dgn kawan - kawan r10.. Kali ni first time aku bawak laki aku ikut sekali.

        Untung pengetahuan hangpa, lepas aku blah dari r10, aku tak pun datang kat r10. ni kiranya first time jugak la aku mencemar duli menjejak kaki ke r10. Wow!! lain nya r10.. aku rileks dulu dalam kereta sampai la kakak aku kat r10, kak mala datang.. aku pun bersalaman dengan cikgu - cikgu yang lain.. ramai yang aku tak kenal.. tak berani nak menyembang.. 

      Kak Zan selaku ketua rombongan, menyerahkan riben berwarna oren kat kami sorang- sorang.. Katanya senang nak kenal beg rombongan. Kami semua kemudiannya, menaiki bas ekspress 2 tingkat. Sepanjang perjalanan dari r10 ke klia 2, kami sempat menonton tayangan Rombongan Che Kiah Ke Kelana Jaya. Kami dibekalkan 2 biji roti dan air mineral. 

      Sampai saja kat klia, kami pun terus check in.. boarding time 7.15 petang.. kami check in luggage, sempat berselfie beberapa gambar sambil jalan - jalan tengok kapal terbang. Macam orang jakun pun ada. haha!!

      Kami masuk dalam perut kapal adalah dalam pukul 7 petang. Alhamdulillah, aku dapat sebelah seat dengan my encik abang.. dapat pulak 2 seat saja.. Krew Air Asia sedaya upaya memastikan kami semua selesa.. aku pulak dapat kat tepi tingkap. Tengok saja pemandangan setakat yang nampak..Perjalanan ke beijing makan masa 6 jam.. Cuma rasa boring la sikit.. tapi aku banyak tidur sebab esok nak berjalan jauh dan kena bangun awal. 

     Masa sebelum pergi kak zan beberapa kali ingatkan kami, makan malam kat kapal terbang, duit sendiri ye.. Masing - masing dah lapar. Aku cuma pesan nasi basmathi lauk rendang dan air mineral. Abang pulak order nasi lemak dan air coklat panas. Habis je makan, kami pun tido dalam kekenyangan. Aku beberapa kali bangun, siap pakai pelindung mata lagi.. haha!! sesekali aku memandang tingkap.. gelap.. tak nampak apa..

    Bila pilot cakap nak mendarat.. aku teruja sangat.. Dari bawah aku nampak banyak lampu dan jalan.. Beijing.. aku datang.. Bila saja keluar dari kapal terbang, kami terus mengambil beg bagasi dan terus beg luggage aku bukak..sebab di khabarkan suhu mencecah negatif. tak sanggup aku menahan sejuk. Abang sempat ke luar dan cakap sejuk gila.. 




    Sampai di lapangan, ejen dari Beijing menyambut kami, tour ejent kami namanya Ricky. Ricky boleh berbahasa  melayu. Penerangan Ricky banyak dalam bahasa Melayu dan Inggeris. Sampai saja di hotel, aku dapat merasakan kesejukan yang teramat. Suhu masa tu -7. terus check in hotel dan ada yang beli long john dari Ricky dengan harga 120 yuan. Aku rasa berbaloi beli dari Ricky sebab long john tu lebih tebal. 

    Kami masuk ke hotel pukul 4 pagi.. Mandi segar kan badan dan terus tido coz esok nak mula kan perjalanan meneroka bumi Beijing..  Pengembaraan Ke Beijing akan aku ceritakan di entri yang akan datang. Insyaallah..




Thursday, December 11, 2014

Persediaan Ke Beijing

              Alhamdulillah.. aku selamat sampai dan balik dari beijing.. aku ikut rombongan sekolah lama aku ke beijing.. tahun ni tahun yang agak sibuk untuk aku.. dari jadi guru kelas tahun 1, study kat uum, kerja rumah n wedding hani.. tahun ni agak padat keje aku.. i should reward myself..

           Dalam ruangan ni, just to share with hangpa la, tips ke beijing.. aku sendiri sebelum pi kat beijing, aku ada skodeng blog - blog orang yang pi kat beijing.. sangat sangat berguna untuk rujukan.. kita nak pi tempat orang, elok la amik tau sikit - sikit.. 

1. Sweater - Kalau hangpa pi beijing bulan 12, cuaca sejuk.. sweater atau baju sejuk yang tebal memang wajib.. coz cuaca sejuk.. aku sendiri pakai 4 lapis termasuk 2 sweater.. Kat beijing baju sejuk trendy and agak murah kalau nak dibandingkan kat Malaysia. Kawan aku beli ada lah dalam 200 yuan.. harga tak sampai rm100.. posibble get yourself sweater yg lightweight.. coz korang akan pakai sweater tu sehari suntuk.. 

2. long john - terpulang lah nak beli ke tak.. aku mula - mula cadang tak nak beli.. tapi 2 hari sebelum bertolak, aku beli gak.. tak berani tanggung risiko.. terpulang lah pada hangpa nak beli atau tak.

3. Penjagaan kulit - cuaca kat sana sejuk kering.. ejen suggested losyen vaseline dan utk bibir guna brand vaseline gak.. aku beli gak tapi utk bibir aku guna lip gloss dan pelembab bibir nivea.. bila balik Malaysia kulit mengelupas sikit dan gatal.. 

4.  Sport shoes - Pls invest for sport shoes yang baik and sedikit longgar.. coz korang banyak jalan kaki.. kalau pakai high heels macam tak sesuwei..

5.  Ubat - ubatan - bawak segala ubat - ubatan yang sesuai.. aku sendiri bawak ubat demam, selsema, panadol, kokyok dan yoko yoko.. selama di sana, aku sendiri guna ubat pening kepala, yoko - yoko, minyak cap kapak dan kokyok.. kawan aku ada yg demam masa pi sana.

6. Tukar duit yuan kat Malaysia - untuk dapatkan duit kecik, kawan aku suggest tukar duit rm300 atau 400 dulu.. sehari dua lepas tu tukar lagi rm300.. sebab kalau hangpa nak shopping kat tepi jalan, hangpa kena make sure hangpa bagi duit cukup- cukup.. jangan ada balance.. takut korang dapat duit palsu..

7. Sarung tangan, mafla dan mask - sangat penting .. coz tangan akan berkedut kalau hangpa tak pakai.. posibble beli yg boleh touch screen.. kalau nak amik gambar kat handphone tak payah lah hangpa bukak sarung tangan hangpa.. aku beli kat daiso je.. dapat rm 5 sepasang..hihi!!

8. Tisu basah dan botol kosong - untuk pengetahuan hangpa, toilet kat sana dalam tak dak pili air.. hangpa kena tadah botol kat sinki sebelum masuk toilet.. kalau yg malas tu pakai lah tisu basah.. botol kosong tu cukup berguna masa travel kat beijing.

9. Makanan kering dan jajan - aku suggest hangpa bawak la ikan bilis goreng, tempe atau kacang yang goreng kering, serunding, dan jajan.. masa makan, benda - benda ni cukup laku.. lagi pun cuaca sejuk, sikit - sikit lapar.. benda - benda macam ni hangpa letak dalam beg peti, jangan letak dalam hand luggage. 

10. Termos dan minuman 3 in 1 - ok.. sebab apa aku cadang hangpa bawak, sebab minuman panas kat sana mahai.. satu cawan kopi panas kat beijing ada lah dalam rm 15 - 20.. air panas boleh mintak kat restoran yang hangpa singgah.. 

11. Baju - jangan bawak baju byk- korang tak berpeluh pun kat sana.. boleh ulang baju tu balik.. 

12  Pasport dan visa - cukup penting ok.. memandangkan aku pi dengan ejen, diaorang uruskan visa aku.. 

Aku suggest lah, masa nak pi sana, tak payah bawak byk barang, beg peti yang ada roda tu, hangpa boleh pi kat sana.. lagi murah.. 

and as a reminder, kat sana tak boleh bukak facebook, maklumlah negara komunis.. so, toksah berangan lah nak upload live hangpa pi mana.. tapi whatsapp dapat.. aku tak beli pun simkad china.. 

Oklah my readers, setakat ni lah entri aku pada hari ni.. insyaallah aku akan update pengalaman aku kat sana untuk next entri.. thanks for reading my blog.. ta ti tu..

 
 


Saturday, November 1, 2014

Wedding Hani- Shah

salam to all the readers..

           Alhamdulillah.. satu - satunya adik yang saya ada selamat diijabkabulkan pada 10.10.2014.. Actually sebagai kakak sulung, aku tak banyak involved dalam persiapan wedding Hani.. cuma tengok dari jauh.. tanggungjawab terhadap anak, keje and study buat aku menyerahkan seratus peratus pada mak dan Hani. Just as a big sister, I want to be a part in his history..

       Pagi hari akad nikah, aku dah ada kat rumah mak.. tempatku sentiasa di dapur., menolong mak menyiapkan hidangan meja buffet.. Macam wedding aku, akad nikah pada hari Jumaat lepas Asar. Akad nikah dilakukan di Masjid Rawana.. kami sekeluarga berdebar - debar.. Bapak steady dengan baju Melayu dan aku rasa bapak pengantin yang paling sempoi.. bapak datang dengan motor..

         Shah berjaya melafazkan ijab dan kabul dengan sekali lafaz.. bapak mewalikan Hani.. bapak cool cuma bapak terpaksa sediakan skrip untuk lafaz ijab.. bila shah lafaz ijab kabul, aku, hani dan mak menitiskan air mata.. aku happy lihat kebahagiaan adik aku., Doa dibacakan, air mata aku dan mak bergenang..  bila Hani bersalam dengan mak, air mata bergenang.. tapi bila Hani bersalam dengan bapak, bapak menangis.. satu keluarga menangis.. bahkan sesiapa yang menyaksikan drama kami anak beranak, turut mengalirkan airmata termasuk kawan - kawan Hani.


          Aku sempat beramah mesra dengan keluarga Shah.. mak Shah very cool dan baik.. Family Shah terlebih dahulu mengenali AS sebelum ni.. Dalam pukul 10.30 malam, tetamu mula beransur pulang, kami sekeluarga ke dewan untuk majlis resepsi esok.. Kami terkedu dengan persiapan dewan.. Tunggang langgang.. macamana la esok dah nak kenduri.. Hani dah bengang.. Nasib lah ada hamba Allah yang sanggup menolong kami sekeluarga.. terima kasih daun keladi.. Pada malam tu, ramai sedara mara datang, tolong mana yang patut.. di sini aku salute kat keluarga sebelah bapak aku.. siap whatsapp tanya ada apa- apa yang nak tolong.. Bila malam, aku sibuk siapkan skrip untuk majlis keesokan hari.

11 OKTOBER

      Pagi - pagi lagi aku dah bangun, mak bapak nampak kalut, aku tolong mana yang patut.. Siapkan anak- anak aku yang akan jadi flower girl.. Pukul 11 pagi, Eisya dan anak - anak datang. Eisya mekapkan aku.. Mabeles jugak lah..

     Sampai di dewan, aku lakukan latihan perarakan masuk pengantin untuk flower girls. Aku siapkan rostrum dan jumpa sedara sebentar.. Skrip aku baca berulang kali agar tidak berlaku kesilapan.. Bila aku mendapat hint pengantin telah hampir ke dewan, tugas aku sebagai pengacara pun bermula. Banyak mata memandang ke arah ku.. Ada sedikit rasa gentar di hati tapi tidak ketara.. Dari jauh, sedara mara menunjukkan isyarat bagus.. AS tak lepas memandangku dan senyum padaku.. Tapi serius, janganlah jadi pengacara kalau adik yang kawin, tengah baca skrip, terpaksa bergegas sebab nak pastikan persiapan berjalan lancar.. berkejar anak aku dibuatnya.

       Selesai saja majlis, terus tido tak sedar diri, migrain aku dibuatnya.. sakit mata bila terkena flash kamera.. ni lah kelemahan aku..

            Ramai yang bertanya kan aku baju yang aku pakai.. hmm.. not bad jugak lah ye..


Tatarias aku pada hari resepsi  Hani :


Tudung            : Sugarscarf
Baju                 : Mak bagi kain chiffon pink, aku gi beli kain lining n border . Kos menjahit rm 70.
Mekap              : Adik ipar mekapkan.. Kos free of charge

     



Wednesday, September 3, 2014

Bengang!!!

Salam to my readers...
Salam bulan september uolls..

Just nak luah la sikit rasa kecewa aku ni..
Selama ni aku diam je.. nak luah takut mencetuskan provokasi.. tapi aku rasa kali ni hamba Allah ni agak melampau la..

Kalau tak suka aku sekali pun, jangan lah sampai menghina.. tak cukup dengan hadiahkan aku dengan pelbagai gelaran, ni pulak menghina aku depan anak aku.. pun bukanlah jenis kacau orang atau spesis yang nak menyibuk hal orang.. agak - agak la kalau nak menghina sekali pun.. fizikal orang jangan lah dihina.. ciptaan siapa aku ni?? Ini rezeki aku, aku redha..


Takpe la lina.. biarlah apa orang nak kata pasal diri kau.. bkn org tu yang bagi aku makan pun..
Buat hamba Allah brkenaan, sudah - sudah lah menghina orang.. satu hari nanti kena kat batang hidung sendiri. Daripada hang burukkan aku, baik hang pi keja buat duit.. lagi ada faedah..



Thursday, July 24, 2014

Air mata Tasya

       
            Salam buat semua readers saya.. maaf ye lama tak meng update blog ni.. sebenarnya aku menghadapi masalah akses ke blog ni.. hari ni baru lah aku berkesempatan untuk mengupdate blog ni.. byk moment indah ingin saya kongsikan.. tapi apakan daya.. insyaallah pada masa akan datang., aku  akan lebih kerap mengupdate kan blog.

        Ini cerita tahun lepas.. anak murid aku kehilangan ibunya disebabkan kanser.. setelah beberapa bulan selepas kematian ibunya.. satu hari diadakan tazkirah utk murid sewaktu masa rehat. Sudah jadi kebiasaan, budak2 suka mengadu macam2 kat aku.. Satu hari tazkirah tersebut mengenai hari raya.. hati anak murid aku, Natasya cukup sayu.. 

       " Teacher, Tasya menangis teringat kat mak dia" aku terus memberhentikan kerja menanda buku latihan murid. " Panggil Tasya mai kat teacher" ujar ku kepada anak muridku.. tak lama kemudian, Tasya datang dengan dipimpin oleh beberapa rakannya.. Dari mata nya yang merah, aku dapat mengagak dia dah menangis cukup lama.. Tubuhnya cukup lemah.. 

       " Tasya, mai kat mama, sayang" aku menutur perkataan dengan nada yang lembut.. cukup lembut dan cukup untuk meruntun hati sesiapa yang melihat.. Terus ku peluk Tasya.. " Dah sayang, jangan nangis.. mama ada kat sini".. Ternyata aku tewas dengan seorang kanak2 yang naif dengan dunia yang akan diharunginya..

          Ku peluk Tasya lama.. Biar hilang rindu Tasya pada ibunya yang telah pergi mengadap Ilahi. Adriana datang selepas diberitahu aku memeluk seorang kanak2.. " Mama, mama.. awat mama peluk dia?" Adriana bercakap dengan nada yang cemburu.. " Yana, kesian kat dia.. mak dia meninggal, dia teringat kat mak dia" . Kesian kat dia.. 

         Sejak kejadian itu, Tasya lebih selesa dengan aku.. Aku tetap marah bila Tasya buat kesalahan.. Cuma aku beri perhatian yang lebih kepada Tasya dari yang lain.. Murid2 sekelas Tasya faham akan keadaan Tasya.. Sejak dari itu jugak, pelajaran Tasya dalam subjek Bahasa Inggeris makin meningkat.. Hmm.. Benar la.. Kalau murid dah suka kat cikgu tu, dia akan maju dalam pelajaran nya.. 

       Sekarang, Tasya dah temui penganti ibu baru.. makna nya pak dia kawin lain laa.. Ayah Tasya seorang yang simple.. Biarkan aku uruskan Tasya di sekolah. Sebagai cikgu, aku hanya mampu melihat Tasya dari jauh.. aku sentiasa doakan yang terbaik untuk Tasya.. moga dia bejaya suatu hari nanti.. aminn


Tuesday, May 28, 2013

Master Chef di hatiku..

dia bukanlah orang ternama, dia bukan hartawan, dia bukan celebriti, dia bukan profesor ternama, dia bukan peguam petah bicara.. dia yang aku maksudkan ialah Maria Bt Noor .. the only mum that i ever had.. 

      Mak, panggilan ku buat insan mulia ini.. mak aku bukanlah hebat memasak, anak dia lagi terror daripada dia.. pernah sekali aku usik mak, suruh dia belajar memasak sebab menu mak wajib ada kari dlm seminggu.. aku bosan juga pada asalnya.. bila aku berada di tingkatan 5, biasa lah waktu tu bertukar buku biodata sesama kawan, aku tulis di biodataku, masakan kegemaranku ialah masakan ibu.. mak terbaca biodata aku.. dia cakap " tak sangka lina suka masakan mak".. aku nampak kelopak mak bergenang airmata.. masa tu lah aku menyesal.. aku memang kuat mengusik .. siapa yang kenal aku faham sangat dengan karenah aku.. 

        keluarga aku bukanlah kaki memasak.. baik di pihak mak mahupun bapak.. famili mak dengan bapak simple saja.. tak banyak songeh bab masak memasak.. sebab itu lah kami di kalangan sepupu.. rata - ratanya tak pandai memasak.. tapi kalau bab makan.. kitaorang lah juara..

    aku masih ingat, di awal - awal perkahwinan aku, aku suka mencuba resepi baru.. mak lah yang cari kan resepi dalam majalah dan compile kan jadi satu buku untuk aku.. dia cukup teruja dengan hobi baru aku.. setiap kali mak bapak menziarahi aku di kl, wajib ada satu resepi baru akan aku sajikan buat mak bapak ku.. bila aku dah menetap di kulim, bapak cukup teruja nak merasa masakan anak dia ni.. bapak dengan mak akan cari satu hari cuti untuk datang ke rumah aku.. 

     satu hari bapak tegur aku.. sebab aku kuat makann setiap kali aku balik penang, aku cakap " bapak, bila lagi lina nak makan masakan mak, satu hari nanti kalau mak tak dak, lina mesti rindu masakan mak, masa tu tak tau nak cari tang mana" bapak terdiam bila aku cakap macam tu.. kalau mak datang ke rumah aku, mak mesti cakap, mak nak lina masak, anak mak lagi terror dari mak.. aku bukan lah terror mana.. aku bukanlah suri rumah.. mana lah ada masa sangat nak memasak.. cuma aku boleh berbangga, dari cuma tahu masak nasi masa baru kawin, sekarang ni boleh lah walau pun tak sehebat mana.. nak masuk master chef serius aku tak layak..

          walaupun masakan mak tak lah sehebat chef ternama, tak sehebat restoran ternama.. tapi bagi aku masakan mak lah yang paling enak.. tak ada galang gantinya bagi aku.. dia lah masterchef di hatiku.. sempena hari ibu merangkap hari lahir mak, lina tak mampu beli hadiah mahal, hanya lah sekadar bingkisan dan doa kudus nan tulus lahir dari hati anakmu, semoga mak panjang umur, bahagia bersama kami sekeluraga, dimurahkan rezeki & hidup mak sentiasa diberkati Allah selalu.. Ya Allah, terima kasih kerana engkau hadirkan mak dalam hidupku.. aminn..