WELCOME TO MY BLOG

Si Pelik yang jelik,
dream catcher
i hate backstabbers,
chocolates lover







Sunday, May 1, 2011

cinta pantai merdeka

lama gak saya tak meng update blog saya.. kebelakangan ini saya agak sibuk dengan kerja - kerja sekolah dan kerja rumah.. kebetulan sekarang ini saya ada sedikit kelapangan, baru lah boleh mengupdate blog saya ini.. 
Jumaat yang lepas, sekolah saya menganjurkan family day di pantai merdeka.. kat mana tu pantai merdeka? ramai yg tahu lagu cinta pantai merdeka.. tapi tak tahu dimana letaknya pantai merdeka.. actually, pantai merdeka terletak kat sungai petani, kedah... bukannya dekat ye.. jauh.. jalan lak tak berapa elok.. dah berkurun lama saya tak menjejak kan kaki ke sana.. memang dah banyak berubah pantai merdeka.. pantai merdeka tak lah seindah batu feringghi.. tapi ada lah port melepak dan berkelah kat kedah..
yg bestnya pasal pantai merdeka, kita boleh naik bot ke tanjung dawai.. tanjung dawai terkenal dengan hasil lautan nya.. tak sampai lima minit dah sampai dah kat tanjung dawai.. kalau guna jalan darat mahu 30 minit.. sempat lah gak memborong ikan bilis, sotong kecik kering ( first time tengok sotong kecik ) .. nanti nak cuba buat sambal tumis.. memandangkan masa agak suntuk, sempat sampai 15 minit je kat tanjung dawai.. bot nak cepat coz nak maghrib dah time tu..
berbalik pula pada aktiviti sekolah, ada lah beberapa aktiviti seperti musical chair, treasure hunt.. nak tergelak gak.. adriana dapat tempat ke 2 untuk musical chair.. hehe!!.. syukur...
pada malamnya, pulak diadakan makan malam secara buffet.... habis je makan, kami macam pacat kekenyangan, terus je blah.. tak sanggup berlama - lama memandangkan nak kena balik kulim lepas tu.. my cik abang tak boleh miss maharaja lawak.
disini saya uploadkan pic saya dan keluarga di pantai merdeka.. selamat menatap.. sorry, pic saya paling banyak, jarang interframe, sekali sekala interframe biasa lah ye.. hehe!!!
buli time.. hehe



Thursday, April 21, 2011

Petua untuk menegur orang

Entri saya kali ini, saya copy paste dari fb from pak ngah.. sekadar untuk mengingati diri ini dan ilmu untuk dikongsi bersama..

Perbezaan pendapat dan pandangan yang berlainan adalah sesuatu perkara yang lumrah. Apabila ia berlaku jangan sesekali ada di antara kita dengan mudah membuat kesimpulan yang menjurus kepada prasangka kononnya ia bertujuan memburukkan sesiapa. Allah s.w.t. telah mengingatkan kita dalam surah Yunus ayat 36 dengan menegaskan, ‘‘Prasangka itu tidak mendatangkan kebenaran apa pun.” Oleh itu jika tercetus sesuatu isu antara kita dan terwujudnya perbezaan pendapat atau terbentuk sesuatu teguran, ia seharusnya ditangani dengan sebijak-bijaknya.








Janganlah pulak kita terlalu gopoh ke hadapan dengan membuat andaian yang bukan-bukan atau berhujah dengan penuh emosi sehingga terwujud cabar-mencabar. Sebaliknya teguran atau sesuatu pandangan itu perlu diteliti dan dihalusi sertai dikaji kebenarannya.







Islam telah menggariskan dalam membuat teguran, kita haruslah berhati-hati apatah lagi jika kita cuba bertindak sebagai ‘orang perantaraan’ bagi menjelaskan sesuatu perkara.



3 faktor yang digariskan oleh Islam boleh menjayakan sesuatu teguran itu ialah,



1. Tidak merendahkan ego orang yang ditegur



2. Mencari waktu yang tepat



3. Memahami kedudukan orang yang ditegur







Islam memberi panduan yang jelas dalam kita memberi teguran dan bagaimana sikap kita apabila ditegur. Kita tidak harus melatah apatah lagi terlalu emosional sehingga menyebabkan kita melafazkan kata-kata yang tidak sepatutnya. Semua itu tidak akan menyelesaikan masalah sebaliknya hanya akan mengeruhkan lagi keadaan, tidak kira samaada kita pemimpin atau tidak, tetapi apa yang kita perkatakan pasti akan dinilai oleh manusia. Kalau kita gagal mengawal perasaan kita berhujah, pasti akan menyebabkan berlaku tuduh-menuduh yang kesudahannya akan mencetus permusuhan antara kita.







Islam tidak hanya mengajar etika menegur umat seagama tetapi Islam juga mengajar kita bagaimana cara menegur yang betul kepada umat daripada agama lain. Ia terkandung dalam Al-Quran melalui perintah Allah kepada Nabi Musa dan Nabi Harun untuk berkata lembut kepada Firaun seperti mana firman-Nya dalam surah Thaha ayat 44 yang bermaksud;



‘‘Berbicaralah kalian berdua kepadanya (Firaun) dengan kata-kata yang lemah lembut, mudah-mudahan ia ingat atau takut.”







Oleh itu kita perlulah berhemah apabila menegur “kesilapan” orang lain. Jangan kita mudah ikut hati atau emosi kita tanpa menyiasat keadaan sebenar. “Kesilapan” orang lain mungkin bukan “kesilapan” bagi mereka, kerana mungkin mereka ada sebab-sebab yang kukuh yang mendorong mereka membuat sesuatu perkara. Jadi, eloklah kita siasat atau Tanya dengan cara berhemah untuk mengetahui kedudukan sebenarnya.

Hakikatnya, bila nak menegur seseorang tu jangan lah sampai tahap menghina.. Ingat, hidup kita ini ibarat putaran roda, mungkin sekarang kita di tempat yg atas, satu hari nanti dengan izin Allah, orang yang kita hina itu, berada di tahap atas..  kalau org yang anda hina itu, jenis tak membalas, bahagia lah hidup anda. Andainya, dia hanya sekadar memulangkan paku buah keras, masa itu lah mana anda nak sorokkan muka anda? ( sila jawab.. hehe!!! )
natijahnya, biar lah kita menegur dengan cara yang berhemah.. lembut tutur kata, berlapik sikit bila bercakap.. ingat kita ada anak, adik, mak bapak.. hari ini kita bangga tuding jari arah orang yang ditegur.. ingat satu jari kita menuding ke arah orang itu, lagi empat mengarah ke arah kita.. muhasabah lah diri dulu sebelum kita muhasabah diri orang lain..


Sunday, April 10, 2011

my birthday..

8hb April genap lah usia ku ** tahun.. hehe.. org pertama wish, laura, kwn sekolah menengah saya, then slow2 ramai lah yg menconteng wall saya.. hehe.. tak payah promote birthday hari ni.. ramai gak yang wish.. tido pun tidur2 ayam je.. coz seronok baca post kawan - kawan wish birthday.. hehe.. memandangkan hari jumaat merupakan cuti umum di kedah, happy sakan le saya.. awal2 pagi dah bangun, sembahyang berjemaah ngan adriana, bukak je pintu nampak kabus menyelimuti pekan kulim.. memandangkan umah saya di kawasan bukit, maka tebal lah kabus..  wahhh apa makna nya.. hehe..
area umah saya
nampak tak kabus ?
Ini bukan rumah saya.. hehe

ini kawasan padang permainan..

bila malam, cik abang saya pun balik, dia beli pizza.. sebelum itu saya beli kek .. adoii sendiri punya hari jadi sendiri beli ka? huk3.. sedihnya sambut birthday mak, bapak, hani, azlan, and beloved adelia tak ada bersama saya pada hari istimewa saya.. saya tunggu adelia nyanyi lagu happy birthday to u pada saya.. 
    Saya bersyukur, Allah masih memberi nikmat Nya pada saya untuk dikecapi.. saya masih lagi bernyawa dan boleh bersama dengan orang yang tersayang... bagi saya tiada kekurangan dalam hidup saya, mungkin saya tidak kecapi kemewahan dan kesenangan hidup jika dibandingkan dengan orang lain.. tapi sekurang - kurangnya ada.. Pada umur menginjak **, saya bahagia.. hidup saya lengkap sebagai seorang perempuan.. saya sedar apa yang Allah beri pada saya hanya lah pinjaman semata - mata, suatu hari nanti Allah akan tarik balik nikmatNya.. saya mohon pada Allah supaya saya menjadi hamba Nya yang bertawaduk... Perlahan - lahan saya cuba baiki diri saya, saya cuba dekati Allah.. Insyaallah.. saya berdoa supaya diberikan keimanan yang teguh kepada saya.. Insyaallah... Amennn...

Thursday, April 7, 2011

congrats big boss

sapa bb? hehe... bb aka big boss ni aku tujukan kepada big boss rockensteiners iaitu faizal tahir.. alhamdulillah memang rezeki dia.. tahun lepas memang kami harapkan ft menang.. tapi tewas kat aizat.. tapi bila ft kalah pada ana rafali.. ramai yg bersuara.. ramai yg jangkakan lagu hanyut akan menjadi juara ajl pada malam tu.. memang gempak tapi sekadar meraih persembahan terbaik.. walaupun tewas, ft tetap menang pada mata kami peminat - peminatnya..
sebelum ni, ft baru je dapat baby girl.. sedap nama nya ' siti rawdha nur jannah'.. memang murah rezeki dia pada setiap kelahiran anak2 dia.. betul lah anak tu pembawa rezeki..
aku terkezut gak tgk ft masa abpbh.. oklah gak.. first time tgk pic dia ikat rambut.. tapi aku paling suka kalau dia potong rambut pendek mcm dulu.. nampak muda sikit.. hehehe...
betul tak cakap aku.. mana lagi hensem.. hehe..

Saturday, March 26, 2011

earth hour

kali ini saya memang menyahut seruan  earth hour.. hehe.. pada anak - anak memang saya telah maklumkan mengenai earth hour.. Earth hour saya, saya padamkan lampu seawal 8.15 malam.. Memandangkan saya mempunyai anak yang masih kecil, maka saya mengambil kesempatan untuk keluar makan bersama anak - anak pada waktu earth hour.. Semua lampu dan pekakas elektrik dipadamkan kecuali lampu di luar rumah..
Selesai saja makan, saya membawa anak- anak saya jalan - jalan.. Memandangkan sekarang ini musim hujan, saya tidak berani mengambil risiko memandu dalam keadaan hujan lebat.. almaklumlah lah mata saya bukan lagi terang macam dulu..
Sebelum sampai rumah, saya meninjau kawasan kejiranan saya, memang gelap.. kalau terang benderang pun tak sampai 5 buah rumah.. alhamdulillah.. masing- masing ada kesedaran mengenai alam sekitar.. pada adriana dan azriq saya terangkan kenapa semua rumah bergelap.. alhamdulillah, diaorang faham.. adriana pulak, banyak bertanya soalan, azriq lak sekadar mengajuk percakapan adriana..
tepat 9.30 malam, lampu saya nyalakan.. adriana n azriq happy saja.. happy sebab boleh tengok tv.. apa lagi saluran astro ceria.. saya pulak meneruskan kerja rumah yang terbengkalai.. huhuhu...

Monday, March 21, 2011

Tsunami di Jepun

Entri aku kali ni agak lambat sikit.. maklumlah memang bz giler.. berita dah basi pun pasal tsunami.. cuma saya nak melahirkan rasa simpati pada mangsa2 musibah berkembar ini..
Pada mulanya Jepun dilanda gempa bumi berukuran 8.9 skala richter.. disusuli tsunami setinggi 10 meter.. kalau dah tsunami tu, memang akan mengakibatkan kemusnahan yg dahsyat lah.. ribuan mangsa terkorban walaupun sistem amaran telah di ketahui lebih awal.. banyak negara cuba menolong negara Jepun ni.. Jepun memang diketahui terletak di dalam kawasan yg kerap mengalami gempa bumi, dan letusan gunung berapi selain dari negara Indonesia.. Saya masih ingat lagi sekitar 90-an berlaku gempa bumi di Kobe yang turut melumpuhkan bandaraya Kobe itu sendiri.. Entah lah bagaimana keadaan bandar Kobe sekarang?..
   Paling bahaya ialah apabila loji nuklear mula bocor disebabkan gempa bumi.. kita doakan lah keselamatan rakyat Malaysia yang berada di Jepun.
Arahama di Sendai sebelum tsunami
Arahama di Sendai selepas tsunami
Pelan Nuklear 2004
Pelan Nuklear selepas tsunami

Sunday, March 13, 2011

persiapan utk presentation

saya bukanlah seorang yg mahir bab2 nak bagi talk or bercakap di hadapan khalayak ramai.. tapi pekerjaan saya melibatkan banyak presentation.. hanya sekadar berkongsi ilmu yg ada.. sayugia di ingatkan tak semua daripada kita memiliki kemahiran bercakap di hadapan khalayak ramai.. tapi nak buat camna kan, kdg2 terpaksa lah jugak kena present.. memang ketar gak lah kan.. di sini saya turunkan tips2 yg saya ada.. tips ini tidak dicopy paste dimana2 link.. hak milik Zalina Ismail yg mutlak..hehehe...