WELCOME TO MY BLOG

Si Pelik yang jelik,
dream catcher
i hate backstabbers,
chocolates lover







Monday, March 21, 2011

Tsunami di Jepun

Entri aku kali ni agak lambat sikit.. maklumlah memang bz giler.. berita dah basi pun pasal tsunami.. cuma saya nak melahirkan rasa simpati pada mangsa2 musibah berkembar ini..
Pada mulanya Jepun dilanda gempa bumi berukuran 8.9 skala richter.. disusuli tsunami setinggi 10 meter.. kalau dah tsunami tu, memang akan mengakibatkan kemusnahan yg dahsyat lah.. ribuan mangsa terkorban walaupun sistem amaran telah di ketahui lebih awal.. banyak negara cuba menolong negara Jepun ni.. Jepun memang diketahui terletak di dalam kawasan yg kerap mengalami gempa bumi, dan letusan gunung berapi selain dari negara Indonesia.. Saya masih ingat lagi sekitar 90-an berlaku gempa bumi di Kobe yang turut melumpuhkan bandaraya Kobe itu sendiri.. Entah lah bagaimana keadaan bandar Kobe sekarang?..
   Paling bahaya ialah apabila loji nuklear mula bocor disebabkan gempa bumi.. kita doakan lah keselamatan rakyat Malaysia yang berada di Jepun.
Arahama di Sendai sebelum tsunami
Arahama di Sendai selepas tsunami
Pelan Nuklear 2004
Pelan Nuklear selepas tsunami

Sunday, March 13, 2011

persiapan utk presentation

saya bukanlah seorang yg mahir bab2 nak bagi talk or bercakap di hadapan khalayak ramai.. tapi pekerjaan saya melibatkan banyak presentation.. hanya sekadar berkongsi ilmu yg ada.. sayugia di ingatkan tak semua daripada kita memiliki kemahiran bercakap di hadapan khalayak ramai.. tapi nak buat camna kan, kdg2 terpaksa lah jugak kena present.. memang ketar gak lah kan.. di sini saya turunkan tips2 yg saya ada.. tips ini tidak dicopy paste dimana2 link.. hak milik Zalina Ismail yg mutlak..hehehe...

Sunday, February 13, 2011

14 sebab kenapa saya jadi seorang cikgu?

ni soalan yg patut ditanya 10 tahun yg lalu.. hehe.. tapi saja saya nak perbaharui azam di bulan februari.. hehe..
1 - sebab pertama, saya nak happykan bapak & mak saya ( serius, selagi saya hidup, saya akan cuba bahagiakan kedua2 ibu bapa saya)
2 - sekolah cuti saya pun cuti - hehe.. ni alasan saya yg sejujurnya.. tapi, selepas hampir sedekad saya bergelar guru, terus terang saya katakan bahawa terdapat pekeliling ( notis utk penjawat awam , penjawat awam terikat ngan pekeliling) mengatakan bahawa guru boleh dipanggil balik bertugas 2/3 daripada cutinya.. semasa bertugas di kl, guru besar saya mewajibkan kami semua datang bertugas selama 2 minggu, bertugas pada hari cuti selama 2 hari, kadangkala berkursus semasa bercuti.. bayangkan berapa sangat cuti kami, jika dibandingkan dengan penjawat awam yg lain.. kadang2 tak sampai 60 hari.. belum lagi guru2 yang terlibat dengan kelas tambahan terutama utk tahun2 peperiksaan.. kadang2 tak merasa cuti..
3 - bila dah bersara boleh dapat pencen.. bukan setakat pencen je, faedah2 perubatan di hospital kerajaan.. kalau nak servis baik, pakai duit sendiri lah jawabnya..
4 - senang buat pinjaman perumahan - tidak dinafikan memang penjual mencari penjawat awam utk beli rumah mereka.. lambat pun takpe, asalkan rumah dapat dijual.. paling awal pun 6 bulan, interest cuma 4%, mengikut kaedah baki berkurangan.. ( kalau tak silap saya )
5 - dijamin oleh kerajaan - memang ada kebenarannya, sekiranya berlaku inflasi atau kemerosotan ekonomi, kerjaya sebagai guru tetap terpelihara.. takde lagi kes guru kena buang keje ( untuk kerajaan saja ye ) kecuali kalau guru tersebut berhadapan dengan tindakan tatatertib.
6 - satu kepuasan .. kalau kita mengajar dan murid faham, dah jadi satu kemenangan peribadi buat guru tersebut.
7- kerjaya guru dihormati - betul ke? kalau zaman mak bapak tu yelah, bukan zaman 2000 milenium nih.. guru dianggap sebagai public enemy oleh sesetengah parents.. apa2 pun bergantung kepada niat guru tersebut..
8 - tengah hari dah boleh balik - zaman dulu boleh le, zaman sekarang semua benda nak kena buat, nak periksa buku2.. 1 kelas ada 40 org murid ( anggaran) bayangkan kalau 3 kelas.. tak muntah darah nak periksa.. kalau musim exam, cikgu pun demam exam.. belum lagi kerja2 pengkeranian itu belum lagi kerja2 pengkeranian.. tutup register setiap bulan ( kena kira ye bilangan, peratus, berapa hadir, peratus tidak hadir)
9 - boleh ajar anak sendiri - ini kelebihan kepada kami guru2.. tapi dengan bebanan kerja yang bertambah, kekangan masa, kadang2 guru tak sempat mengajar di rumah..
10 - anak2 cikgu dapat layanan istimewa dari pihak sekolah - anak2 cikgu dilayan seperti biasa je.. kalau murid lain kena marah, anak cikgu lagilah.. dengan mak bapak punya nama sekali terpalit.. bukan senang ye..
11 - best dapat hadiah hari guru - nasib le.. susah dapat hadiah yg mahal2.. paling koman pun pen, barang dari kedai rm2.. pada kami yg penting, murid2 berjaya dengan cemerlang dan jadi murid yang dapat membanggakan kami semua.. itu hadiah sebenarnya..
12 - nak amik hati pakwe dan bakal mertua.. hehe.. ni alasan yg logik gak.. haha!!! masa amik kursus perguruan di maktab, pakwe saya seorang guru, kedua2 ibu bapa dia pun guru gak.. kalau saya jadi guru adalah topik nak dibincangkan.. hehe .. tapi jodoh takde pun.. hehe.. buat dia, terima kasih kerana banyak membimbing saya ( awak tahu siapa awak )..hehe.. hope my hubby tak baca entri ini.. hehe!!
13 - boleh tukar ke negeri lain tanpa perlu berhenti kerja - ini kelebihan sebagai penjawat awam.. tapi bukan senang, ada yang terpaksa menunggu bertahun2 untuk bersama keluarga, kawan saya seorang ustaz, ingin balik ke kampung halaman di kelate, mohon dari tahun 2006 sampai ke entri ini ditulis, dia masih belum dapat ditukarkan di kampung halaman, bayangkan seorang ayah yg terpaksa berjauhan dengan isteri, anak2.. sedih betul dengar luahan hati ustaz..
14 - dikenang oleh anak murid - ini yg manis sekali, bila dah tua nanti mana lah tahu, ada anak murid saya yg ingatkan saya lagi.. saya bangga ada anak murid saya yang telah masuk sekolah berasrama, sekolah sains.. alhamdulillah...
rasa2nya setakat ni jelah yg boleh saya senaraikan.. hehe.. apa2 pun saya bangga ditakdirkan bergelar pendidik.. saya jatuh cinta dengan dunia perguruan.. saya ingin mengajar anak murid saya segunung ilmu, seluas lautan, kalau boleh apa yang boleh saya tahu nak saya ajar kepada semua anak murid saya.. saya sayang mereka sesayang2nya.. walaupun saya ni garang, niat saya cuma satu, saya nak dia tahu yang mana satu salah dan mana satu betul.. hati saya tersayat pilu bila anak murid saya meninggalkan dunia lebih dahulu, pengalaman kehilangan seorang murid benar2 menduga saya.. sedih, pilu semuanya bercampur baur.. semoga ditempatkan di kalangan orang beriman Muhamamad Arief B. Abd Aziz ( al- fatihah)..
disebalikya saya paling takut dengan gelaran cikgu, rasa satu batu besar menghempap saya.. saya juga manusia biasa yang tak terlepas daripada mebuat kesilapan.. saya paling takut kalau rang kata, nama je cikgu tapi perangai macam **** adoiii mintak simpang malaikat 44.. apa2 pun saya cuba jadi diri saya sendiri..

Tuesday, February 8, 2011

cabaran mengajar anak sendiri
















tahun ini merupakan tahun yg paling mencabar selama sejarah aku mengajar selama 9 tahun ni.. tahun ni aku mengajar anak sulung aku sendiri. Dari tahun lepas aku dah cakap kat gpk aku, kalau boleh tahun 2011 aku x nak ajar tahun 1.. coz x nak mengajar anak sendiri.. anak org boleh di ajar tapi nak mengajar anak sendiri mmg payah..
lepas saja 3 minggu transisi, ada exam linus.. lepas habis saja exam maka murid2 akan ditempatkan mengikut markah ujian linus.. 2 hari lepas exam aku dah dapat tahu dah mana adriana.. first reaction aku, ya Allah, aku mengajar anak sendiri sambil tepuk dahi.. ( cuma x sebut ayoyo je ) masa proses pertukaran kelas mmg aku sendiri berada di dlm kelas.. dari jauh adriana dah tersengih bila nampak aku.. hari pertama mengajar kelas anak sendiri, mmg adriana give fast respond compared the others. then, bila adriana start panggil aku mama, aku ckp in this class i'm ur teacher but outside in the class, i'm ur mama.. sejak kejadian itu, adriana mmg panggil aku cikgu or teacher..
setakat ini mmg x susah, kelebihan mengajar anak sendiri ialah kita tahu sejauh mana kelemahan anak kita, apa yg dia buat cikgu2 dia akan report kat aku, dlm kelas aku boleh memantau cara dia buat keje sekolah & seterusnya tahu kelemahan dia.. kalau adriana buat silap, mmg dia akan ditegur. Dan x sampai sejam dua apa yg dia buat sampai ke telinga aku.. itulah keistimewaan seorang guru.. kwn2 boleh tolong jaga sama.. tapi yg x syoknya, kalau jadi apa2 org kata anak cikgu disiplin pun buat salah.. hmm.. itulah dugaan kami ibu bapa cikgu.. cikgu pun manusia biasa.. kami cuba jadi role model utk org lain tapi kdgkala kami terkantoi gak.. biasalah manusia mana ada yg x buat salah..

Sunday, February 6, 2011

cny
















sekolah aku start cuma rabu lepas.. maknanya 4 hari je aku bercuti memandangkan kaum cina tiada di sekolah aku.. karang nampak sgt cikgu diaorg yg nak bercuti.. ngeh..ngeh..ngehh





hari khamis lepas was my maksu's engagement day.. huk3.. hasil kreativiti mak aku, maka jadilah very simple pelamin utk dia.. x sangka dia pun nak pelamin gak.. but she was very simple.. selain dari makcik zah, dia lah paling simple.. x sempat tgk mana satu bakal paksu aku.. hehe.. aku mmg bertindak sebagai pengapit.. hehe.. dlm family bapak aku cuma yg dah kawin je boleh jadi pengapit.. kata diaorg kalau pengapit tu anak dara, dia nanti kawin lambat.. kata diaorg,. tapi hakikatnya jodoh di tangan Tuhan.. kitaorg yg bawah2 ni ikut sajalah.. sempat gak aku bertindak sebagai tukang tunjuk.. adat side mak & bapak aku kalau bertunang kena suap gula.. konon2nya nak bagi manis.. hehe.. actually suap tu takat sikit2 je..amik yg hujung2.. tapi aku siap usik lagi bagi penuh2.. hehehe.. maksu senyum je.. mana boleh marah.. hahaha!! masa ni lah aku nak kenakan dia.. hehehe..





hari jumaat petang aku dah chow balik.. misi mengemas rumah belum terlaksana.. sempat kemas sikit2 je.. cadangnya nak pulun hari sabtu, alih2 hari sabtu lak aku sakit kepala.. bkn fening kepala ye yg disebabkan org baru.. ni mmg betul2 sakit kepala.. makan ubat pun tak jalan gak.. mula2 ingatkan darah tinggi.. coz lately ni aku mmg stress sgt ngan keje & pindah rumah.. sampai ke hari ni misi tidak berjaya diselesaikan.. kesimpulannya cuti ni bknnya masa utk berehat & nak tenangkan fikiran tapi bagi aku serabut kepala.. adoiii.. tak sabar nak cuti lagi.. nak gi jalan2 cari pasal... anyway aku ada keja yg perlu disiapkan.. chow dulu.. adios..

Monday, January 31, 2011

kursus kepimpinan pengawas

inilah projek aku utk tahun ni.. tahun lepas kak noridah ada lah cakap nak buat kursus kepimpinan pengawas sksu kat poly.. this year alhamdulillah aku berjaya buat.. mula2 mmg kelam kabut sikit.. kat en.shamsul aku berterus terang yg ni merupakan pertama kali aku organize kursus kepimpinan pengawas. kelam kabut sebab aku berpindah pada minggu yg maha bz.. mana x bznya, kena presentation pasal sppk.. but alhamdulillah, managed to do it.. syukur..
bertempat di politeknik sultanah bahiyah, kulim.. budak2 aku dah mula membanjiri kawasan politeknik pada pukul 2.15 ptg.. yg lawaknya ada yg tunggu kat sekolah walhal dah briefing dekat budak2 nak tunggu kat mana.. memang aku lepas tangan le bila bila sampai sana.. mmg tukang pantau je lah keje aku.. tapi mmg best lah.. aku mmg tabik spring kat facie2 kat situ.. paling touching bila slot muhasabah diri.. nak menitik gak air mataku.. budak2 aku jgn cakaplah mmg ada yg menangis.. aku yg kat belakang pun leh dgr..
keesokan harinya, budak2 aku mmg ok.. tapi yg x tahan boleh lak nangis nak berpisah ngan abg & kakak2 facie.. kalau cikgu disiplin korang kena tukar, korang nangis mcm ni x? hahaha!!! apa2 pun satu pengalaman utk budak2 aku.. biar rasa mcmana duduk hostel.. hehe.. ada gak parents yg nanges nak berpisah ngan anak2.. hehe..
abis je kursus aku lak start demam.. hehe!! aku gi sekolah gak ahad tu.. memandangkan en. salleh nak observed aku utk kt.. aku tahan jugak jebat.. haha!! ni lah sebab tido lambat, pindah, presentation taksiran, kursus kepimpinan, observation.. rasa makin ringan lak bahu aku.. lega.. boleh concentrate nak kemas umah lak.. ada lagi yg x abis.. huk3

Monday, January 24, 2011

rumah baru

alhamdulillah.. berkat doa yg tak putus2, aku berjaya melakar pada tarikh tersebut aku berjaya memiliki rumah sendiri.. proses berpindah mmg cukup memenatkan kami .. rasa nak kejang kaki.. sakit kaki pun ada jugak sbb aku banyak main ngan air.. umah baru nak kena cuci, umah lama pun nak kena bersihkan..
hari sabtu tu, masuk umah pukul 11.30 mlm.. anak2 aku dah terbongkang tido.. aku dah terbongkok2, sakit badan.. sampai je umah terus mandikan anak2 aku, then kemas master bedroom.. letih jgn cakap ler.. masa nak tido mata lak tak leh pejam.. nak kemas mmg badan dah tak larat..
hari pertama di rumah sendiri, aku tak ada kat rumah, mujur lah aku apply cuti rehat, kalau tak teruk kelam kabut.. mana tidaknya, baju uniform sekolah adriana tak jumpa, yg paling tensen sekali, pakaian dlm ku pun tak tahu kat mana letaknya.. hahaha... then pi kat tm tukar alamat, pi umah lama, cabut astro.. jumpa mak bapak lak on the way dtg.. seperti biasa, mmg mak bapak aku lah org pertama rasmi umah aku tu.. adelia pun ada.. happy je nampak aku.. comel yaya.. bila tunjuk umah.. nampak bapak tersenyum bangga.. bapak ngan mak cakap cantikumah aku.. hehe.. tapi kena pandai jaga lah.. pastu, kami berempat sempat buat tahlil utk mak bapak mertuaku.. semoga roh kedua2nya di tempatkan di kalangan org yg beriman.. ameennn..
sekarang ni aku mmg busy ngan presentation kursus sppk yg aku gi bln lepas.. kursus kepimpinan pengawas, yg memeningkan aku, observation utk p&p.. fuhh.. penuh jadual aku.. tak sabar nak tunggu chinese new year, rasa nak cuti lagi.. tak puas.. huk3.. insyaallah kalau sempat aku akan upload lagi kisah aku..